Wednesday, September 10, 2008
"Saya sudah habis edah," kata penyanyi Noraniza Idris apabila ditanya bilakah tarikh tepat dia bercerai dengan suami kedua yang masih mahu disembunyikan identitinya.
Tapi penyanyi yang digelar Ratu Pop Etnik itu enggan memberitahu tarikh tepat bilakah dia bercerai. Noraniza mengakui susah untuk dia berbicara banyak kerana status suaminya yang sudah mempunyai isteri semasa mengahwininya.
"Kalau saya cakap tarikh saya bercerai... nanti kamu bilang berapa hari saya berkahwin," jelasnya tenang dengan reaksi membayangkan tempoh perkahwinannya tidak panjang. Malah Noraniza juga menganggap dia masih belum mengenali sepenuhnya bekas suaminya itu.
Noraniza, 40, mengakui mengalami saat sukar semasa berkahwin, apatah lagi melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsipnya. Dia sebenarnya tidak boleh menerima situasi berkongsi kasih, tapi pilih berkahwin yang membuatkan dia berada dalam situasi itu.
"Saya memang selalu pegang prinsip tidak mahu berkongsi kasih. Saya selalu cakap itu, tapi saya melakukannya juga... saya anggap ini satu dugaan Allah untuk saya. Tapi sekarang saya tenang dan boleh menerimanya dengan pasrah.
"Saya akui selepas bercerai kali kedua saya mahu menyembunyikan... saya terfikir apa pandangan orang apabila saya bercerai lagi. Orang akan mudah membuat anggapan salahnya datang dari kita, sebab itulah saya mahu berdiam diri dan menyimpan beban itu. Saya fikir dengan memendamnya saya boleh lari dari masalah.
"Sebenarnya sebaik sahaja saya memberitahu (kepada media) pasal perceraian kedua ini, saya terus rasa tenang dan masalah yang saya selalu fikirkan terus hilang. Itulah hikmah yang saya dapat apabila saya sedia memberitahu kebenaran," kata Noraniza.
Kesakitan yang dilalui kini tidak sekuat pengalaman semasa bercerai kali pertama dengan Fareez. Dia rasa suasana lain apabila tiba-tiba bersendirian. Kini kerja seninya banyak dan dia boleh memberi sepenuh tumpuan kepada pekerjaan. Apatah lagi ada projek mega menunggunya selepas ini.
Anak jadi penasihat
Noraniza mengakui anak sulungnya Mohammad Aliff Haiqal Mohammad Fauzi, 20, menjadi penasihat apabila dia berdepan dengan masalah. Aliff yang meminta dia memberitahu kedudukan sebenarnya demi kebaikan. Ternyata kadang-kadang nasihat anak remaja juga berguna untuk ibu bapa.
"Aliff meminta saya memberitahu perkara sebenar. Itulah saya yang sudah berusia 40 tahun ini kadang-kadang tak boleh berfikir perkara ringkas apabila berdepan dengan masalah," kata Noraniza.
Aliff pula redha dan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh ibunya. Malah Aliff juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat Noraniza Idris Production Sdn. Bhd. (NIP) yang ditubuhkan pada 18 Januari 2008.
"Saya mahu mama berterus terang pasal statusnya... manalah tahu kalau ada seseorang yang benar-benar menyukainya selepas ini. Saya terima kalau mama ada jodoh lagi selepas ini dengan lelaki yang benar-benar menyintainya," kata Aliff.
Terus perjuang irama etnik
Noraniza ada cerita baru pasal dunia seninya. NIP menandatangani memorandom persefahaman (MoU) dengan Pro Sinar Event Management Sdn. Bhd. untuk menggerakkan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada mengangkat irama etnik negara ini. Mereka menamakannya Serentak Seirama Ke Arah Kecemerlangan. Majlisnya diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 9 September 2008 lalu.
Projek pertama gabungan tersebut ialah Jelajah Etnik... Noraniza Idris. Sebuah album istimewa yang bakal mengangkat kembali irama pop etnik akan diterbitkan. Selepas itu bakal diadakan penjelajahan mengetengahkan irama etnik ke peringkat yang lebih tinggi termasuk mempromosikan kepada pelancong luar negara. Malah Noraniza mengidamkan penjelajahan yang dijadualkan bermula tahun depan itu bakal dimuatkan dalam kalendar Kementerian Pelancongan Malaysia 2009.
"Album ini akan memuatkan sebuah lagu dalam dua versi iaitu etnik sepenuhnya dan fusion hasil gabungan dengan irama pop, rock, hip hop, world music dan sebagainya. Amy Search, Cat Farish, Yasin antara artis yang disenaraikan. Album ini akan diterbitkan hujung tahun ini.
"Apabila album diterbitkan barulah bermula jelajah etnik. Kami rancang mengadakan di enam negeri iaitu di Utara tanah air, Selatan tanah air, pantai Timur, kawasan tengah serta Sabah dan Sarawak. Ia bukan berbentuk konsert semata-mata sebaliknya bakal diisi dengan aktiviti pembelajaran yang mengetengahkan irama etnik," jelas Noraniza.
Noraniza juga bekerjasama dengan kumpulan Akasia merakam lagu raya terbaru berjudul Cinta Lebaran.
Oleh Roslah Othman
Tetamu kehormat, Datin Shuryani Shuib (kanan) tertarik melihat koleksi batik yang terdapat di Galeri Seri Endon.
MENARIK dan penuh kepelbagaian konsep. Itulah ungkapan sesuai menggambarkan rekaan lima pereka tempatan pada majlis minum petang sempena sambutan ulang tahun pertama Galeri Seri Endon dan kemerdekaan negara ke-51, baru-baru ini.
Rekaan penuh kontemporari dan kreatif itu memperlihatkan perkembangan menarik dalam industri fesyen tanah air di samping menonjolkan kreativiti pereka yang penuh berseni.
Dari warna, rekaan dan motif, pereka bebas berkarya tanpa membataskan pada sesuatu konsep bagi batik kontemporari rekaan mereka.
Lima pereka itu terdiri daripada Masrina Abdullah (juara Piala Seri Endon 2003), Azizi Hassan (ketiga 2003) Micheal Shu (kedua 2004), Zoey Tan (juara 2007) dan pereka dalam Galeri Seri Hendon sendiri, Shuiri Marlina (pemenang ketiga 2004).
Semua pereka berkenaan pernah memenangi pertandingan Piala Seri Endon dari 2003 hingga 2007, di samping menyertai pelbagai pertandingan rekaan fesyen yang lain.
Masrina yang cukup terkenal sebagai pereka yang sering menghasilkan motif batik melalui unsur penyamaran, bukan sahaja menonjolkan pendekatan berbeza, tetapi turut melahirkan rekaan indah dengan kelas tersendiri.
Koleksi Azizi Hassan yang juga pemilik Zizi Design ini tidak kurang mencuri tumpuan tetamu apabila cuba memperkenalkan sesuatu yang baru dan segar dalam rekaannya.
Penekanan pada pembentukan warna latar dalam rekaannya kali ini menyerlahkan lagi motif batik pada fabrik.
Tidak ketinggalan, pereka Micheal Shu mengetengahkan rekaan yang menggabungkan pembentukan warna latar dalam rekaan bagi menyerlahkan motif batik pada fabrik.
Sementara himpunan Zoey Tan juga tidak kurang menariknya dengan menampilkan rekaan yang cukup segar dan menawan.
Manakala himpunan batik Galeri Seri Endon turut memukau mata para tetamu dengan corak dan rekaan terkini. Himpunan yang diperagakan memperlihatkan warna hitam mendominasi rekaan hasil sentuhan pereka dalaman galeri itu sendiri iaitu Suhairi Marlina.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, isteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datin Shuryani Shuib serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang (Penyayang), Datuk Leela Mohd. Ali.
Sebagai simbolik kepada majlis pada petang itu acara memotong kek turut diadakan sebagai simbolik kepada sambutan ulang tahun pertama pembukaan Galeri Seri Endon serta sambutan kemerdekaan negara ke-51 tahun.
|
Aksesori unik untuk yang berani mencuba
|
PUTERI AZREEN SHEENA HANIF |
Dirinya sememangnya kreatif. Selain daripada mahir menjahit manik, wanita kecil molek ini juga boleh mereka aksesori hiasan wanita yang unik lagi daring.
Bermula sejak berumur enam tahun lagi, minat kepada hiasan ini telah boleh dilihat. Rantai pemberian emak saudara telah dibuka dan digunting semula bagi menghasilkan barang hiasan yang lain, mengikut kreativitinya sendiri. Inilah yang mendorongnya hingga sekarang dalam menghasilkan pelbagai aksesori wanita seperti rantai, gelang, anting-anting, cincin dan bag charms.
Menggunakan jenama Adeen sempena nama timangannya sejak kecil lagi, Puteri Azreen Sheena Hanif, 36, berjaya membawa perniagaan aksesori batu semula jadinya menjelajah bukan sahaja di Lembah Klang malah telah sampai ke Seattle, Amerika Syarikat, menerusi kawan yang tinggal di sana yang membantu memasarkan produknya.
Berasal dari Shah Alam dan pernah bekerja dalam bidang peruncitan pakaian keluaran syarikat Sepanyol, Putei Azreen memberitahu, beliau sememangnya meminati dunia fesyen dan kerana itulah juga rekaan aksesori menjadi hala tujunya dalam menceburi bidang perniagaan.
“Kebanyakan idea dalam mereka cipta aksesori batu semula jadi ini datang daripada pemerhatian melalui pertunjukan fesyen dan majalah.
“Sebagai contoh, apabila melihat pertunjukan fesyen, saya boleh menggambarkan aksesori bagaimana sesuai untuk sesuatu pakaian yang digayakan. Begitu juga untuk menyesuaikan dengan motif kontemporari supaya tidak mereka aksesori yang ketinggalan zaman.
“Bagi yang berbaju kurung dan bertudung, aksesori yang sesuai harus dibuat bagi memberi gaya kepada pemakainya.
“Selalunya aksesori seperti rantai panjang tetapi tidak terlalu ringkas dengan rekaan unik sesuai dengan golongan ini. Ini akan memberi imej elegan kepada pemakainya,’’ kata ibu kepada dua orang cahayamata, Puteri Mysarah Iskandar, 9, dan Sulyman Shah Iskandar, 4.
Dalam penciptaan aksesori, katanya, konsepnya ialah mengeluarkan satu rekaan sahaja iaitu produk eksklusif, tiada dua yang sama dengannya.
“Justeru itu, pelanggan tidak akan memperoleh aksesori yang sama di tempat lain. Inilah yang istimewa aksesori Adeen.
“Bahkan pemilihan batu juga unik, dalam satu produk aksesori, terdapat pelbagai jenis batu, saiz dan warna yang menjadikan aksesori itu nampak berlainan daripada yang ada dalam pasaran.
“Kebanyakan aksesori rekaan saya berimej daring. Justeru, ia sesuai untuk mereka yang berani mencuba sesuatu yang berlainan dan unik,’’ jelasnya.
Kebanyakan batu seperti turquoise, smoky quartz, topaz, chalcedony, cat’s eye, tiger’s eye menjadi kegemarannya dalam mereka cipta aksesori Adeen.
“Bagi peminat yang ingin mendapatkan aksesori ini bolehlah datang ke Bangsar Shopping Centre setiap Sabtu dan Ahad di hujung bulan; Crown Princess Hotel, sebulan sekali dan Great Eastern Mall, empat bulan sekali.
“Di tiga tempat inilah saya menjual produk Adeen menerusi gerai yang disewa mengikut waktu yang ditetapkan. Walaupun tidak mempunyai premis tetap, tetapi alhamdulilah menerusi jualan seperti ini, barangan juga laris dijual,’’ kata bekas graduan undang-undang dari Rima College ini.
Ditanya sama ada menyimpan impian untuk mempunyai premis, Adeen berkata, mungkin dalam masa tiga tahun lagi.
Sekarang, kediamannya di Seksyen 14, Petaling Jaya dijadikan premis tetapnya bagi menerima pelanggan dan membuat aksesorinya.
Beliau memberitahu, dalam bulan puasa ini, telah banyak tempahan diterima daripada pelanggan yang mahukan aksesori untuk dipakai pada Aidilfitri.
“Kebanyakan mereka mahukan dalam bentuk set yang senang disesuaikan dengan baju raya. Kata mereka, aksesori Adeen memang unik dan berlainan, sebab itulah mereka menempah kerana tidak mahu sama dengan orang lain,’’ ujarnya yang boleh menyiapkan dua set aksesori sehari.
Kata Adeen, dalam mereka sesuatu aksesori, paling cepat untuk menyiapnya ialah satu jam dan paling lama ialah tiga hari. Semuanya bergantung kepada motif dan rekaannya.
“Saya juga ada menawarkan kelas bagi sesiapa yang berminat untuk mereka cipta aksesori, boleh hubungi 012-2059509 dengan bayaran di bawah RM100 berserta peralatan dan batu hiasan,’’ katanya dengan penuh yakin bahawa perniagaan aksesori ini mempunyai masa depan yang cerah terutamanya dalam mendapatkan pendapatan tambahan.
Aida popular dengan kubah sajian
|
JIKA pada mulanya dianggap ‘hijau’ tetapi Aida Melisa kini berjaya meletakkan diri antara individu penting di syarikat. |
BELIAU baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan hartanah di salah sebuah universiti di selatan tanah air ketika mula-mula dipelawa menyertai Madetill Industries (M) Sdn. Bhd. (MIMSB) pada tahun 2004.Ketika itu dalam fikiran Aida Melisa M. Hanapiah, 27, sekadar untuk bekerja secara sambilan dan memenuhi jawatan sebagai pegawai pemasaran membantu bapa saudaranya, Harun Abdul Hassan, pemilik syarikat tempatan tunggal yang memasar dan membuat kubah sajian sejak lebih sedekad lalu.
Kini setelah empat tahun berada di syarikat tersebut, seluruh jiwanya bagai bersatu dengan pekerjaan yang dilakukan.
Berbanding awal penyertaan, beliau masih dianggap hijau dan kurang berpengalaman, kini berjaya meletakkan diri antara individu penting di syarikat yang telah membuka cabang perniagaan lain iaitu Madetill Event Management Sdn. Bhd. (MEMSB).
Penubuhan MEMSB bukan sahaja menyediakan khidmat jualan kubah sajian sebaliknya turut menyediakan khidmat sewa kubah sajian dan kerjasama dengan perkhidmatan katering.
Kini MEMSB semakin berkembang maju dan dikenali ramai sebagai satu-satunya syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya dari A hingga Z.Selain di Kuala Lumpur, MEMSB turut membuka cawangan di Kuantan, Pahang dan Sungai Petani, Kedah bagi memenuhi permintaan pelanggan di sana.“Adanya saya di sini kerana sokongan dan dorongan bapa saudara dan ibu saya sendiri, Rukiah Abdul Hassan yang bertindak sebagai Pengarah Urusan MEMSB,’’ ujarnya memulakan perbualan ketika ditemui baru-baru ini di ibu pejabat dan kilang MEMSB di Balakong, Selangor.
Menurut anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik ini, setelah berada beberapa tahun di sana, hatinya semakin terbuka untuk terus sama-sama memaju dan mengembangkan perniagaan milik keluarganya itu.Tanpa ada prejudis, sebaliknya melihat kepada kesungguhan dan kerja keras, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bersama di MEMSB sejak dua tahun lalu.
Sambil mengakui penubuhan MEMSB adalah satu lagi petanda kepada cabaran besar yang perlu dihadapi demi memastikan syarikat tersebut terus dikenali ramai.
Sukar menyakinkan pelanggan
Ditanya tentang cabaran, kata anak kelahiran Kepong, Selangor ini.“Agak sukar menyakinkan pelanggan ketika itu. Ada yang kata sejauh manakah pengalaman dan pengetahuan saya berbanding mereka yang lebih berpengalaman untuk bercerita tentang sesuatu produk itu.’’Namun, berkat sokongan serta tunjuk ajar seorang lagi bapa saudaranya, Roslan Rahilah, yang ketika itu juga bertindak sebagai pegawai pemasaran beliau memberanikan diri untuk terus menemui pelanggan pada masa sama cuba belajar mengenali produk dan pembuatan.
Kata Aida Melisa, setelah benar-benar mengenali produk, ia bagaikan membangkitkan semangatnya untuk terus menyakinkan pelanggan bahawa produk keluaran tempatan juga setanding produk luar negara dari segi mutu dan rekaan.“Maklum balas daripada pengguna banyak membantu kami untuk sentiasa cuba meningkatkan keupayaan produk daripada semasa ke semasa sama ada daripada segi pembuatan dan reka bentuk agar apa yang dihasilkan benar-benar bermutu dan terjamin,’’ ujarnya lagi.
Akui Aida Melisa lagi, apa yang lebih membanggakan sehingga ke hari ini pelanggan mereka bukan sahaja terdiri daripada hotel-hotel, tetapi juga individu yang terlibat dalam industri katering dan individu.Bercerita mengenai perkhidmatan yang ditawarkan MEMSB, katanya, perkhidmatan sewaan kubah tersebut bermula apabila ada permintaan daripada pihak katerer untuk menyediakan 100 kubah bagi satu majlis perkahwinan tidak lama dulu.Memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi, Madetill kemudiannya menyewakan sahaja kubah-kubah tersebut.
Lebih agresif
Dari situlah bermula perkhidmatan sewaan kubah secara lebih agresif antaranya peralatan majlis-majlis yang diperlukan seperti set pinggan mangkuk, kerusi, sarung kerusi, meja jamuan, alas meja, reben-reben yang diperlukan serta kanopi.Ditanya sejauh mana baik buruknya bekerja dalam sebuah keluarga, kata Aida Melisa meletakkan diri dan cuba memahami tanggungjawab masing-masing membolehkan beliau terus selesa bekerja bersama.
Sebagai individu yang terdidik dengan nilai-nilai kasih sayang dan saling menghormati, beliau percaya kepada ikatan keluarga yang memberi banyak kelebihan kepada syarikat ini untuk terus berkembang maju.‘‘Di pejabat saya menghormati mereka sebagai ketua, apabila di luar mereka tetap bapa saudara dan ibu,’’ ujarnya sambil tersenyum.Walaupun sudah bergelar isteri dan ibu, komitmen beliau terhadap tugas tidak pernah berubah, sebaliknya sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi kemajuan syarikat.Apa yang penting kata wanita yang memegang prinsip melakukan kerja dengan penuh kesungguhan dan sentiasa berdoa ini mengakui pembahagian masa amat penting demi memastikan keseimbangan antara tugas dan rumah tangga.
Jual kuih 10 sen pun untung
di gerainya di Pekan Baling semalam.
BALING - Tidak ramai peniaga yang sanggup menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji tetapi itulah yang dilakukan seorang suri rumah Halipah Dahaman apabila tidak pernah menaikkan harga kuihnya sejak 26 tahun lepas.Halipah, 52, menyifatkan kenaikan harga barang bukan menjadi halangan untuk beliau mengekalkan harga kuih 10 sen sebiji kerana beliau masih mendapat keuntungan apabila kuantiti yang dijual itu adalah banyak.Beliau membuat lebih sepuluh jenis kuih termasuk tepung talam, pulut seri muka, kuih lompang, cucur udang, kuih keria dan buah melaka, yang kesemuanya dijual dengan harga 10 sen sebiji.
Halipah berkata, terdapat peniaga di Pasar Ramadan yang tidak begitu senang dengannya kerana beliau dapat menghabiskan kuih yang dijualnya di pasar itu dalam tempoh sejam selepas membuka gerai."Memanglah ramai peniaga yang tidak begitu senang dengan cara saya berniaga kerana menjual kuih pada harga yang begitu murah tetapi bagi saya ia adalah cara saya mendapat pelanggan," katanya kepada Bernama ketika di temui di sini semalam.Mengenai rahsia membolehkan beliau menjual kuih dengan harga yang murah, Halipah berkata setiap sekilogram tepung gandum sebenarnya boleh menghasilkan hampir 200 biji kuih.
Beliau berkata, pelanggannya berpuas hati dengan kuih yang dibuatnya bukan sahaja kerana ia murah, tetapi sedap kerana dibuat menggunakan bahan yang cukup dan mengadun setiap bahan kuih seperti untuk dihidang kepada keluarga sendiri. - Bernama
10-09-2008 08:19:40 AM
Oleh SA'ODAH ELIAS
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan semasa.
Ketika mendedahkan perkara itu di sini pagi ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyididn Yassin berkata, Dr. Mahathir sendiri memberitahu beliau akan hasratnya untuk kembali ke Umno bagi membolehkannya memberikan pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan pelbagai perkembangan tidak menggembirakan sejak akhir-akhir ini.Beliau memberitahu, Dr. Mahathir menyatakan persetujuannya untuk kembali kepada Umno dalam pertemuan beberaja jam antara kedua mereka Sabtu lalu.Dr. Mahathir pernah dipecat semasa kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan keluar sendiri Mei lalu atas alasan tidak setuju kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Muhyiddin berkata, beberapa veteran Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Tan Sri Sanusi Junid telah berjumpa dengan Dr. Mahathir dalam pertemuan di Cyberjaya Sabtu lepas.Dr. Mahathir bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu.Menurut Muhyididn, hasrat Dr. Mahathir itu telah pun beliau sampaikan kepada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak. semalam, tetapi belum berkesempatan bertemu Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Menurut Muhyiddin. pertemuan itu diadakan atas permintaan Dr. Mahathir sendiri yang ingin menyampaikan kepada beliau rasa bimbangnya terhadap perkembangan dalam Umno, BN serta beberapa perkembangan lain yang meninggalkan kesan negatif kepada rakyat banyak."Saya katakan kepada beliau, untuk beliau memberikan sumbangan secara lebih berkesan adalah lebih baik untuk beliau menyertai semula Umno. Beliau kemudian bersetuju.
"Ya, saya bersetuju, katanya tetapi kemudian beliau menyatakan kebimbangan sama ada akan diterima semula oleh Majlis Tertinggi.
"Tetapi saya jelaskan kepadanya bahawa ketika MT menerima keputusannya keluar Umno dahulu, kita terima dengan hati yang berat. MT juga ada membuat kenyataan ketika itu bahawa sekiranya beliau (Dr Mahathir) telah bersedia untuk kembali kepada Umno, MT akan menerima dengan hati yang terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MIDA di sini.Pada 22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuarat khas hampir tiga jam menerima keputusan Dr. Mahathir untuk keluar Umno serta-merta.Ketika mengumumkan keputusan MT pada hari tersebut, Najib berkata: "Kita telah menerima surat rasmi Dr. Mahathir. Ini bukan kehendak kita, ini kehendak beliau, jadi kita terima.""MT berharap Tun akan kembali ke Umno pada satu masa nanti," kata beliau.Dr. Mahathir yang memegang nombor keahlian Umno '1' mengumumkan keluar Umno di Alor Star pada 19 Mei.
Turut keluar ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak mereka Mokhzani.
Bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid juga keluar Umno.
----------------------------------------------------------
MUHYIDDIN Yassin ketika ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perkhidmatan Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. Pada sidang media ini beliau mengumumkan hasrat Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali ke Umno.
- foto BERNAMA
----------------------------------------------------------
Ditanya sama ada pertemuannya dengan Dr Mahathir itu telah dirancang terlebih dahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawab:
"Dalam semua perbuatan kita mestilah ada perancangan. Bagi saya, saya menghormati Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah banyak berjasa."Saya tidak menolak jika dia hendak jumpa. Bukannya maca saya ini besar sangat. Setidak-tidaknya dengan pertemuan itu saya dapat satu berita yang baik, iaitu beliau bersedia untuk kembali kepada Umno."Dr. Mahathir, katanya, tidak menetapkan sebarang syarat untuk kembali kepada Umno selain daripada untuk memudahkan beliau menyalurkan pandangan serta bantuannya untuk mengukuhkan kembali Umno dan BN.Ditanya bilakah Dr. Mahathir akan menyertai semula Umno, Muhyiddin berkata, beliau menunggu pejabat bekas perdana menteri itu untuk menghantar borang keahlian kerana ia adalah satu formaliti bagi sesiapa yang hendak menjadi ahli.
"Saya harap ia akan dihantar secepat mungkin. Ini bukan keputusan saya, tetapi keputusan parti, tetapi saya tidak fikir MT ada masalah menerima semula beliau kerana saya yakin MT masih menghormati beliau. Sebagai naib presiden saya mengalu-alukan keputusan beliau itu," tambah beliau.
Muhyiddin menambah, Dr. Mahathir memang seorang yang krtikal terutama tentang perkara-perkara yang dilihatnya sebagai tidak betul dan beliau percaya tidak ada orang yang boleh menahan beliau daripada terus bersuara termasuk untuk terus mengkritik pucuk pimpinan Umno."Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita terus tidak pedulikan apa yang dikatakannya kerana beliau adalah seorang bekas pemimpin berpengalaman dan berkedudukan tinggi di mata masyarakat. Beliau hanya bimbang dengan keadaan dalam negara yang semakin buruk sejak pilihan raya umum yang lalu."Kita tidak perlulah bersetuju dengan pandangan beliau sepanjang masa, tetapi kita mesti menerima hakikat bahawa beliau adalah seorang yang berkredibiliti tinggi. Setelah beberapa jam mendengar pandangan beliau, saya faham dengan pendirian beliau," katanya.
16 kemudian 20 ...selepas ini berapa ?
10-09-2008 03:59:30 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Jika tidak 16 September, 20 September? Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk 20 September semalam?Ketika berucap di kediamannya sempena bulan Ramadan malam tadi, Anwar berkata, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang."Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah," katanya.
Sebelum ini 16 September banyak dikaitkan dengan tarikh pembentukan Malaysia - yang membawa kepada kemasukan Sabah dan Sarawak.Bagaimana pula dengan 20 September?Tanggal 20 September merupakan hari bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan mendatangkan kemudaratan kepada negara.
Anwar telah ditangkap oleh pihak polis pada pukul 10 malam 20 September 1998 di rumahnya no. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Penangkapannya dibuat di bawah seksyen 73(1) (a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mendatangkan kemudaratan negara.Kemudian beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.
Beliau keluar penjara pada April 2004 dan bebas larangan aktif berpolitik April lalu - sebulan selepas pilihan raya umum ke-12.Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil 26 Ogos lalu.Sasaran Selasa depan tak jadi? 20 September mungkin tarikh baru Pakatan - Anwar (Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang."Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.
10-09-2008 11:09:06 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.
Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.
"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi."Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN."Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.Pendakwa pohon pindah ke Mahkamah Tinggi, kes liwat Anwar ditangguh hingga 24 September
10-09-2008 03:47:13 PM
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.Beliau juga membenarkan permohonan Sulaiman untuk diberikan masa menyediakan hujah kerana mendakwa pihak pembelaan diberitahu mengenai pemindahan itu hanya 10 minit sebelum prosiding hari ini bermula pada 10 pagi tadi.Anwar, 61, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Komathy memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk membuat persiapan bagi penghujahan nanti.Sebelum itu, Sulaiman mempertikaikan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan alasan Abdul Gani sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ekoran
laporan oleh Anwar yang mendakwa Peguam Negara itu telah memalsukan keterangan dalam kes liwat yang juga melibatkan Anwar pada 1998.Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang mengetuai pendakwaan tidak hadir pada prosiding hari ini. Selain Yusof, pihak pendakwaan hari ini diwakili Datuk Nordin Hassan, Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.Pasukan pembelaan turut mengandungi R. Sivarasa, Sankara N. Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.Kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dikawal anggota polis termasuk daripada Unit Simpanan Pesekutuan dan Pasukan Gerakan Am. Polis membuka kaunter pendaftaran di luar pintu masuk ke kompleks itu."Kami ambil butiran setiap orang awam bagi memastikan kompleks ini terkawal dan keadaan keselamatan terurus," kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan.
Terdahulu Anwar di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi - pukul 9.30 pagi - dengan pasukan peguamnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.Kes tersebut disebut semula pagi ini dengan kawalan keselamatan ketat di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.Ketika ditemui wartawan sebaik tiba di pekarangan mahkamah, Anwar berkata: "Saya tidak pasti apa yang akan berlaku di mahkamah hari ini. Saya berharap jaminan (peribadi) tidak ditarik balik. Sememangnya tiada asas untuk mengenakan tuduhan, jadi mengapa bercakap mengenai ikat jamin?"Peguamnya, Sankara Nair pula berkata: "Jika pendakwa mahu menafikan jaminan ke atas Anwar, mereka perlu memohon dan kami akan respons. Begitu juga langkah memindahkan kes ke mahkamah lain (Mahkamah Tinggi)."
ANWAR Ibrahim, (dua dari kanan) bersama isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) ketika tiba di pekarangan mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi tadi. - foto AP
Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.
Beliau diwakili sembilan orang peguam.Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
Semalam Sankara ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian."Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan)."Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.
Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.
10-09-2008 01:17:52 PM
oleh ABDUL RAHMAN SENIN dan AZHAR MAHFOF
Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan para wartawan yang bertugas sebaik beliau tiba di Mahkamah Sesyen pagi tadi.
Anwar hadir bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.
Pihak polis menyediakan kaunter pendaftaran di hadapan mahkamah.
Pihak polis mengawal keadaan di mahkamah.
Anwar melambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya yang menunggu di luar mahkamah.
Ramadhan 2
Galeri gambar Ramadan
Semangat Ramadan...Kira-kira 90 orang anak yatim di Rumah Nur salam berbuka puasa beramai-ramai. Foto The Star oleh Azman Ghani.
Dimsum...Menu makanan Jepun yang diminati di Malaysia. Azizi Abdin dan adiknya, Azalina menunjukkan dimsum yang sudah siap dimasak dan sedia dijual kepada pelanggan di Bazar Ramdan di Medan Gopeng, Ipoh.
Membantu golongan kurang berkemampuan...Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal sempena majlis 'Nur Ramdan' yang dianjurkan oleh Amanah Raya Berhad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (tiga dari kiri), bersama-sama pemimpin Umno menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ibu tunggal dan golongan kurang upaya sempena majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Umno Kedah.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz (dua, kanan) berkata sesuatu kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (kiri), Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal pada majlis penyerahan sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. Turut sama Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Sahrizat Abdul Jalil (tiga, kiri).
Koleksi Ramadhan
Galeri gambar Ramadan
TUMPUAN ... Orang ramai mula keluar membeli makanan bagi persiapan untuk berbuka di Bazar Ramadan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini, semalam. Tinjauan mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada penduduk tempatan dan juga kakitangan kerajaan yang baru habis bekerja. Pelbagai lauk-pauk dan kuih-muih tradisional dengan harga berpatutan boleh diperolehi di bazar tersebut. -foto BERNAMA
REZEKI RAMADAN ... Pengusaha kuih tradisional Zarina Yahaya, 41, (kanan) dibantu pekerjanya membungkus kuih rempeyek bagi memenuhi permintaan pelanggannya pada bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan ke rumahnya di Taman Kobena, Senawang dekat sini, semalam. Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lepas menyediakan 500 keping rempeyek sehari dengan dibantu lima pekerjanya. Walaupun permintaan kuih itu tinggi, namun dia hanya mampu menyediakan kira-kira 3,000 bungkus dalam tempoh sebulan. Kuih yang mengandungi 50 keping itu dijual oleh suaminya, Zulkifli Mahmud, 43, di bazar ramadan sekitar Senawang dan Seremban pada harga RM15 sebungkus
RINGKAS ... Anggota tentera dari Kem Sasaran Penting Briged Kelapan Infantri yang menjalankan tugas mengawal kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok (dari kiri) Prebet Allyusman Nor Hashim, Prebet Shamsudin Kossim, Lans Koperal Kamaruzaman Awang, Prebet Manan Ismail dan Prebet Mohd Zaki Mohd Zain menikmati juadah berbuka puasa di kawasan rondaan mereka semalam. Walaupun juadahnya ringkas dan jauh dari keluarga tersayang, tugas yang diamanahkan tetap dijalankan dengan penuh tanggungjawab. Kawasan di sepanjang Sungai Golok sering menjadi sasaran penyeludup dan pendatang asing tanpa izin untuk masuk ke negara ini secara haram.
MURAH ... Peniaga kuih Halipah Dahaman, 52, (kiri) menyusun pelbagai jenis kuih ketika tinjauan ke gerainya di Pekan Baling di sini, semalam. Halipah yang telah berniaga sejak 26 tahun lepas menjual kuih yang terdapat di gerainya dengan harga yang murah walaupun harga tepung semakin mahal berbanding dahulu. Setiap kuih itu dijual pada harga 10 sen satu