Sunday, August 3, 2008
Berbagai Orang Berbagai Ragam .. itulah manusia ..
Umrah Ke CH .. satu perjalanan yang menarik ..
Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal ... mengapa harus kita melihat secara negatif ?


Jika anda kunjungi Terengganu .. saya datangkan anda harus membuat "umrah" ke Taman Tamadun Islam @ Masjid Kristal ... apabila anda datang sendiri barulah anda boleh menilai kepentingannya .. saya rasa terkilan kerana lebih ramai yang bercakap negatif daripada yang positif dan selalu menidakkan keupayaan Terengganu mencipta icon baru pelancongan. Kini saban hari minggu TTI dan masjid kristal akan didatangi dengan kumpulan "umrah" samada dalam negeri Terengganu mahupun luar Terengganu .. inilah membuktikan projek ini tidak membazir ... soal kos projek yang mahal itu perkara yang berasingan yang perlu kita bicarakan . Jangan sekali-kali kita yang tidak pernah hadir mengatakan projek ini membazir dan tidak berguna. Apa yang menyedihkan lagi ..bila minggu lepas saya berbual dengan seorang guru dari pahang yang ingin membawa anak muridnya ingin melawat TTI .. tetapi sebelum pergi dia dah kata nak gi masjid hiasan itu .. yg lebih kecewa lagi bila yang berkata itu seorang guru muslim . Inilah jahilnya kita ... jangan kita bertindak seperti itu hanya kerana kita meniru cakap-cakap orang lain sebelum kita melihat sendiri keadaanya..wassalam
Jom Makan ..



Jom makang .. itulah yang selalu orang terengganu mengajak kawan-kawan makan petang.. kalu anda datang terengganu jangan terkejut jika member kata jom gi makan ICT ... bukan makan barangan komputer atau Internet Computer & Techn tetapi maksud ICT adalah IKAN CELUP TEPUNG... Begitu juga makan sata... bukanya aziz sata .. sata tu adalah isi ikan + kelapa .. best .. lagi best kalu dapat makan sata + otot otot ... pekena pulak denga ABC dan Teh Ping ..... jom makan ..
Mampukah KuLi bertanding Presiden UMNO?


Jika usia dijadikan ukuran .. pasti tiada halangan untuk YM Ku Li mencabar buat kali ke 2 bagi jawatan Presiden UMNO... kali pertama semasa mencabar Dr.M dan insyallah untuk kali ke 2 kalu mendapat undi mencukupi ..mencabar Paklah pulak. Namu n persoalannya sehingga kini tiada berita gembira yang mampu dijadikan ukuran kepada YM KuLi bagi mencabar Presiden. Sebagaimana kata-kata beliau , jika tiada sistem kouta pasti dia mampu menang ... benarkah itu ? Jadi kita mengharapkan UMNO bersedia untuk semua pertandingan secara jujur tanpa unsur paksaan berlaku. Siapa sahaja menjadi Presiden bukan satu perkara yang menjadi penting selepas pertandingan tetapi kemampuan melihat senario keperluan rakyat dan memahami keperluan rakyat .. itulah harapan kita.
SUKMA 2008 lahirkan semangat dan minat sukan
Tahniah atas kejayaan Terengganu kerena kejayaan mengendali dan menjayakan penganjuran sukma yang terbaik. Apa yang lebih menarik sukma telah berjaya membantu usaha perubahan minda rakyat dan warga negeri Terengganu. SUKMA telah membina keyakinan yang tinggi kepada jiwa motivasi warga Terengganu. SUKMA juga dilihat telah berjaya melahirkan minat sukan yang tinggi kepada rakyat Terengganu. Kini dengan kejayaan Terengganu tersebut, ibubapa telah begitu yakin untuk mendorong anak mereka meminati sukan ... moga sukma akan datang mampu mencemerlangkan sukan negara. ...
Subscribe to:
Comments (Atom)
