Tuesday, July 22, 2008

Teknik Suka Atau Tidak Suka

Teknik “Suka dan Tidak Suka”

June 22nd, 2008 | by Fadzli Yusof |

Ini mungkin salah satu teknik yang sesuai untuk memupuk semangat di kalangan ahli pasukan, iaitu Teknik Pro dan Kontra. Ia adalah satu teknik yang mudah sahaja, tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Caranya adalah seperti berikut:writing.jpg

a) Peruntukkan masa yang sesuai

b) Sediakan sehelai kertas

c) Bahagikan kertas kepada tiga bahagian; “Suka”, “Tidak Suka”, dan “Penawar”

d) Fikirkan perkara-perkara baik tentang sesuatu perkara, dan tulis dalan ruangan ‘Suka’. Manakala untuk perkara yang tidak baik, tulis dalam ruangan ‘Tidak Suka’

e) Selepas itu, fikirkan apakah penyelesaian kepada “Tidak Suka”. Berfikirlah secara kreatif dan positif. Bayangkan yang indah dan harapan.

Tingkatkan Motivasi Anda

Tingkatkan Motivasi Anda

June 29th, 2008 | by Fadzli Yusof |

Hidup ini perlukan motivasi. Tidak kira motivasi di tempat kerja, di rumah, kerja pejabat, kerja persatuan, dan apa sahaja; anda memerlukan motivasi. Bila kita tidak bermotivasi, banyak kerja yang tak jadi. Bila motivasi kita merosot, kita perlu lakukan sesuatu dengan segera supaya ia tidak menjejaskan rekod prestasi kita selama ini. Dari mana datangnya motivasi? Adakah dari ceramah, buku, dan program motivasi? Bacalah tip di bawah ini, dan cubalah mempraktikkannya. Mungkin ia boleh membantu.

sq-mi2-bike-flames-pmt.jpg1. Senaraikan alasan-alasan kenapa anda inginkan kejayaan. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapakah ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan-alasan samada daripada rakan anda, daripada keluarga, boss, atau alasan daripada diri anda sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.

2. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik. Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasi diri anda sendiri, lebih-lebih lagi ketika anda sedang melalui saat-saat sukar dan genting.

3. “Kerana saya suka tugasan ini!” boleh dijadikan motivasi untuk anda terus melakukan kerja. Memang setiap tugasan ada yang tidak menyeronokkan, tetapi anggaplah kesukaran itu hanya muncul kemudian nanti. Apa yang penting, anda memang tidak sabar untuk melakukan tugasan anda sekarang!

4. “Saya ingin buktikan bahawa saya BOLEH!”. Ini adalah ungkapan yang biasa disebut oleh ahli sukan dan ramai lagi. Ia mungkin boleh menjadi sumber motivasi yang hebat, tetapi hanya jika anda mempraktikkannya.

5. “Saya memang layak untuk ini!”. Dengan kata-kata sebegini, anda akan mengiktiraf kemampuan dan kejayaan selama ini. Katakan anda sudah dilantik untuk menjadi eksekutif pemasaran, dan tugasan anda sekarang ialah tugasan kerja-kerja pemasaran. Anda semamgnya mempunyai kriteria untuk menjadi eksekutif pemasaran, jadi kenapa perlu takut untuk melakukan tugasan eksekutif pemasaran? Anda memang layak untuk melakukannya!

Apakah lima lagi tip untuk meningkatkan motivasi diri? Mungkin anda boleh kongsikan di sini, dan dalam masa yang sama, saya akan menyambung topik ini dalam episod yang kedua. Tunggu…

Modul Motivasi

MODUL 1: MOTIVASI PELAJAR SUPER

Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, seseorang itu perlu membina kapasiti diri dan mempelajari teknik-strategi yang betul. Modul Menjadi Pelajar Super telah dijalankan di ratusan buah sekolah, dan dibukukan dalam 3 jilid buku yang bakal terbit tidak lama lagi. Bagaimana untuk meningkatkan motivasi belajar, sakhsiah diri, dan fikiran positif? Tingkatkan keupayaan kefahaman, keupayaan memori dan kemahiran output learning.
modul-pelajar-super.JPG
Objektif Modul
1. Untuk membantu pelajar mengatasi masalah motivasi belajar, dengan mencetuskan motivasi dari dalam diri mereka sendiri.
2. Meningkatkan tahap fokus dan tumpuan belajar dengan memahami mekanisme minda beroperasi.
3. Meningkatkan kekuatan memori belajar dengan beberapa ‘kuasa memori’ yang diaplikasikan dalam teknik-teknik Memori Super.
4. Mewujudkan rasa seronok dan minat belajar di kalangan para pelajar, dengan teknik pembelajaran yang sungguh menarik dan menyeronokkan.


“… Sebelum ini memang kami pernah jemput konsultan yang mampu menyentuh hati dan emosi pelajar. Tetapi setakat itu sahaja.

Kami mahukan sesuatu yang lebih berkesan iaitu melatih pelajar tentang ‘bagaimana’ berubah dan konsisten dengan kesedaran mereka. Sebab itulah saya berminat pada modul ini. Ianya adalah lebih praktikal dan terperinci dari segi tindakan yang boleh diamalkan oleh pelajar.”
Puan Hajar (Kaunselor SSP Cyberjaya)

“Inilah kali pertama saya menghadiri program motivasi yang seronok dan tidak membosankan. Yang lebih penting, ia mengubah saya menjadi lebih fokus semasa belajar!” (Solehah, Tingkatan 3)

“Dengan Teknik Mengingat Super, kesukaran mengingat sebelum ini dapat diatasi. Saya sendiri pun tidak menyangka bahawa menghafal itu sungguh seronok dan mudah- dengan memahami kuasa memori dan Teknik Memori Super…” (Nadia, 8A PMR)

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
contactuslogo2.jpg

=========================================

MODUL 2: KUASA HIJRAH, KUASA UNTUK BERUBAH

Ingin meningkatkan potensi dan dayasaing? Inginkan perubahan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula? Itulah antara keluhan orang yang ingin ’berhijrah’,tetapi tidak berapa pasti apakah ’mekanisme psikologi’ yang patut diaplikasi untuk melakukan perubahan.

1-modul-kuasa-hijrah2.JPGModul Kuasa Hijrah, Ayuh Kita Berubah! adalah adaptasi daripada buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah tulisan bersama Konsultan RK Training, iaitu Sdr Hj Ahmad Fadzli Yusof, bersama dengan motivator tanahair yang terkenal, iaitu Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Melalui program ini, para peserta akan didedahkan dengan LIMA Langkah Hijrah bagaimana untuk berubah dan mendapatkan apa yang anda impikan dalam hidup selama ini!

Objektif Modul
1. Mencetuskan rasa ingin berhijrah, seterusnya bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik.
2. Memandu dan membimbing para peserta tentang langkah-langkah psikologi yang paling penting jika ingin melakukan perubahan dalam hidup; samada dari segi akademik, kerjaya, kewangan, sosial, spiritual, dan kekeluargaan.
3. Melatih para peserta bagaimana mencipta dan mengekalkan motivasi diri.
4. Melatih para peserta kaedah pengawalan diri supaya prestasi diri menjadi sentiasa konsisten dan meningkat dari semasa ke semasa.
5. Melahirkan personaliti yang sentiasa optimis, berdayasaing, dan sentiasa meningkatkan prestasi tidak kira apa jua yang dilakukannya.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
contactuslogo2.jpg

=========================================

MODUL 3: MENUJU PUNCAK PRESTASI

Prestasi diri banyak bergantung kepada sejauh mana kita mampu mengaplikasi kehebatan dan potensi yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Keupayaan untuk mengawal akal, emosi, dan tindakan sangat penting jika seseorang itu ingin meningkatkan prestasi hidupnya; tidak kira dalam kehidupan peribadi, kekeluargaan, kerjaya, dan sebagainya.
Objektif Modul4puncakdiri3.JPG

Modul ini akan menjelaskan tentang ’sains minda’- iaitu bagaimana minda kita mempengeruhi perasaan, dan seterusnya menggerakkan diri kita. Ia berasaskan kepada teknik Neuro Linguistik Programming, dengan beberapa pengubahsuaian yang lebih praktikal dan Islamik. Ia diadakan dalam bentuk yang praktikal, dan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan.

1. Memberi kefahaman tentang bagaimana minda boleh mengawal emosi dan tindakan seseorang.
2. Melatih peserta bagaimana untuk mengawal dan memanipulasi minda sendiri ke arah kejayaan.
3. Membimbing para peserta bagaimana untuk meningkatkan prestasi diri dan kerjaya.
4. Membantu menyelesaikan masalah prestasi yang rendah di kalangan individu/organisasi.
5. Meningkatkan pencapaian sesebuah organisasi dengan meningkatkan keupayaan dan prestasi individu yang berada bersamanya.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
contactuslogo2.jpg
=========================================

MODUL 4: MENJADI ‘STAR PLAYER’

Dalam kehidupan ini, kita tidak boleh lari daripada berhubung dan bekerja dengan orang lain; tidak kira samada di dalam keluarga, sesama jiran, dalam masyarakat, di tempat kerja, atau di mana sekalipun. Ada keadaan tertentu di mana memerlukan kita bekerjasama dengan orang di sekeliling kita, dan ianya memerlukan kemahiran yang khusus. Tidak semua orang memiliki 3star-player.jpg
kemahiran tersebut, dan kerana itulah modul ini dihasilkan- untuk melatih para peserta tentang bagaimana untuk bekerja dengan orang lain secara optima. Ia berasaskan kepada beberapa teori dan teknik hubungan interpersonal dalam Neuro Linguistic Programming (NLP), serta beberapa lagi teknik yang dijadikan pelengkap kepada modul Star Player ini.

Objektif Modul
1. Untuk meningkatkan prestasi individu dan pasukan dalam mencapai matlamat organisasi.
2. Menyelesaikan masalah dan konflik yang mungkin ada dalam sesebuah pasukan/jabatan/persatuan/kelompok/unit.
3. Membina semangat kerja berpasukan di kalangan peserta.
4. Membimbing dan melatih para peserta tentang kaedah bekerjasama dengan orang lain.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
contactuslogo2.jpg
=========================================

MODUL 5: [TIGA SOAL DIRI] EMOTIONAL SPIRITUAL GENIUS (ESG)

Kami percaya bahawa setiap manusia ingin menjadi lebih baik, dan terus menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Islam telah memberikan garis panduan dan gayahidup yang sungguh lengkap. Dengan berpegang teguh pada akidah dan syariat Islam, seseorang itu pasti akan melakukan yang terbaik sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di muka bumi ini.Dengan memahami dan komited dengan ajaran Islam, maka seseorang itu akan bekerja dengan penuh dedikasi, meningkatkan prestasi, mengatasi masalah yang berlaku, teguh dengan integriti dan amanah. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim yang sejati tidak akan melakukan kerja secara acuh tak acuh, curi tulang, lemah, ataupun melakukan penyelewengan dan rasuah.
tiga-soal-diri2.JPG
Ramai orang meluangkan masa dan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya mereka. Sekurang-kurangnya lima hari seminggu diperuntukkan di tempat kerja. Jikalau segala urusan kerja dapat dihubungkan dengan rasa spiritual yang tinggi, pasti akan dapat memberikan kepuasan; samada kepada individu, mahupun kepada organisasi.

Lantaran itu, kami dengan segala kesungguhan telah mengkaji dan membuat penyelidikan tentang bagaimana untuk melahirkan manusia yang lebih berwawasan, dinamik, progresif, dan berdaya saing. Justeru, kami memperkenalkan satu modul komprehensif yang dinamakan; [3 Soal Diri] Emotional Spiritual Genius (ESG).

Objektif Modul
1. Memberi kefahaman tentang asas-asas akidah dalam bentuk yang lebih santai, interaktif, mudah dan menyeronokkan.
2. Memberi panduan tentang bagaimana kerjaya boleh menjadi ibadah di sisi Allah dan memberikan ‘saham’ di akhirat nanti.
3. Memberikan bimbingan tentang akhlak-akhlak dan syariat yang berkait rapat tentang kerjaya dan profesionalisme.
4. Menimbulkan kesedaran yang mendalam terhadap akauntabiliti kerja dan hubungannya dengan kehidupan di akhirat nanti.

Bagaimana memotivasikan satu pasukan

Bagaimana membina motivasi berpasukan?

June 9th, 2008 | by Fadzli Yusof |

Selain daripada motivasi individu, sesebuah pasukan juga memerlukan motivasi secara berpasukan. Ini juga sangat penting untuk memastikan pasukan itu sendiri mempunyai motivasi yang mendorong. Antara perkara yang anda perlu lakukan ialah:

serdang2.JPGa) Menggalakkan pasukan saling tolong-menolong sesama sendiri

Ini adalah asas utama sistem pasukan yang diajar oleh Nabi Muhammad semasa membina pengikutnya di Mekah. Beliau mengajar pengikutnya supaya sentiasa tolong menolong dan lengkap-melengkapi (ta’awun dan takaful) sesama manusia. Hasilnya, apabila beliau berpindah ke Madinah, penduduk Madinah telah menyerahkan seluruh kehidupan mereka untuk membantu pendatang dari Mekkah. Walaupun dari latarbelakang yang berbeza, mereka telah menunjukkan satu contoh pasukan yang paling hebat dalam sejarah, dan akhirnya mereka diiktiraf oleh Nabi Muhammad sebagai sebaik-sebaik generasi.


Semasa mengendalikan Seminar Motivasi
Atlet Jabatan Kesihatan Selangor

b) Berkongsi maklumat yang penting atau rahsia dengan mereka

Ini boleh menjadikan ahli-ahli pasukan terasa diri mereka penting dan diterima dalam kumpulan tersebut. Berkongsilah maklumat-maklumat ‘sensasi dan penting’ dengan setiap ahli pasukan. Namun begitu, anda perlu berhati-hati. Jangan pula sebarkan berita tentang keaiban dan keburukan orang lain. Maklumat yang boleh anda kongsi ialah maklumat yang rahsia, tetapi yang baru sahaja menjadi tidak rahsia. Contohnya, sebuah persatuan pelajar sedang mencari seorang tokoh pelajar untuk diberikan anugerah pelajar contoh. Sebagai ketua persatuan, anda boleh bertemu dengan ahli-ahli dan berkongsi sesuatu yang ‘rahsia’ seperti apa yang Azri lakukan di bawah:

Dalam satu mesyuarat mingguan persatuan:

“ Salam sejahtera rakan-rakan semua. Anda semua tahu yang persatuan kita sedang mencari tokoh pelajar bagi tahun ini. Selama tiga bulan lepas pihak panitia telah membuat pemilihan, dan sehingga hari ini kita sudahpun mempunyai nama tokoh pelajar itu” . Kata Azri, presiden persatuan.

“ Bolehkah kami tahu apakah kriteria yang diambil kira oleh lembaga panitia tersebut?. Tanya Nurul, seorang AJK persatuan.

“ Sebenarnya soal kriteria adalah perkara sulit dan rahsia. Tetapi memandangkan kita sudahpun memilih tokoh tersebut, saya kira lebih baik saya berkongsi maklumat rahsia ini dengan rakan-rakan semua. Adakah anda semua berminat?” Azri mengangkat kening dan senyum.

Hampir semuanya mengangguk-angguk. Mata mereka bersinar-sinar kerana terlalu ingin tahu ‘maklumat rahsia’ itu. Azri kemudiannya menerangkan satu persatu apakah kriteria untuk pemilihan pelajar contoh.

“ Terima kasih Azri kerana sudi berkongsi dengan kami maklumat tersebut. Kami sangat menghargainya. Tetapi bolehkah kami tahu siapakah pelajar yang sudah terpilih itu”. Tanya Hazmir pula. Azri senyum dan memandang Hazmir.

“ Saya berharap sangat untuk beritahu anda semua sekarang, tetapi saya juga mesti mematuhi peraturan panitia. Namun, saya boleh beritahu anda, tarikh majlis penyampaian hadiah tersebut. Saya yakin anda semua masih belum tahu bukan?” . Terang Azri.

“Bila ?”. Tanya Palanavelu. Rakan-rakan lain pun kelihatan teruja dengan perkara tersebut.

Azri kemudiannya memberitahu tarikh hari penyampaian anugerah tersebut. Rakan-rakannya yang lain berasa ‘puas’ dengan apa yang mereka perolehi pada petang itu. ‘Maklumat rahsia’ itu benar-benar menjadikan mereka berasa penting dan dihargai. Keinginan untuk bersama pasukan semakin teguh dan padu.

Anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan rakan-rakan anda. Tetapi ingat, pastikan maklumat itu benar-benar rahsia (sebelum ia didedahkan). Jika anda memberitahu maklumat yang biasa dan diketahui ramai, maka anda akan ‘hilang bisa’ dan integriti. Jangan jadi ular yang tidak berbisa, nanti akan dipukul orang!

c) Latihlah mereka bersama-sama

Ada satu prinsip yang mudah, “Jika anda melakukan kerja bersama-sama, anda akan semakin rasa bersama”. Dengan prinsip ini, anda boleh membina pasukan dengan melakukan aktiviti dan tugasan secara bersama. Anda boleh memilih aktiviti santai seperti berkelah, bersukan, memancing, dan sebagainya. Semakin intim aktiviti itu, semakin erat pasukan anda. Contohnya, memanjat gunung memerlukan aktiviti yang lebih intim berbanding dengan memancing. Begitu juga bermain catur berbanding membaca bersama. Anda perlu memilih aktiviti yang paling berkesan untuk membina rasa bersama dalam pasukan.

d) Anggap setiap orang sebagai sebahagian daripada pasukan

Pasukan terbina dengan gabungan manusia-manusia. Tanpa setiap daripada mereka, maka tiadalah pasukan. Oleh itu, anda mesti menghargai setiap daripada mereka, tidak kira samada dia adalah presiden, setiausaha, bendahari, Exco, AJK, ataupun hanya bertugas sebagai pembancuh kopi dalam pejabat. Mereka adalah sebahagian daripada pasukan yang besar. Oleh pastikan mereka diterima sebagaimana yang sepatutnya.

Lelaki dan wanita kuasai sektor pekerjaan berbeza

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Harun menjangkakan pasaran kerja yang memerlukan kemahiran akan dibanjiri pekerja lelaki manakala pekerja wanita mendominasi sektor pekerjaan yang memerlukan keupayaan kognitif di masa depan.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada nisbah pelajar yang sedang mengikuti pengajian tinggi dan bakal memasuki pasaran pekerjan di masa depan.

"Sebanyak 65.3 peratus pelajar wanita sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada sesi akademik 2008/2009, berbanding dengan hanya 34.7 peratus pelajar lelaki.

"Isu pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki di IPTA sudah lama kedengaran. Untuk mengimbangi keadaan ini, kementerian menggalakkan pelajar lelaki yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk menyambung pengajian ke politeknik atau kolej komuniti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Idris berkata setakat ini politeknik sudah menerima kira-kira 75 peratus permohonan kemasukan pelajar lelaki bagi sesi kemasukan tahun ini, manakala 65 peratus pula menyertai kolej komuniti.

"Orang lelaki bernasib baik sebab kementerian mengiktiraf politeknik sebagai sebahagian dari IPT. Jadi angka itu nampak seimbang," katanya.

Idris berkata lebih ramai pelajar lelaki mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta berbanding pelajar wanita.

Terdahulu semasa menjawab soalan Senator Wan Ramlah Wan Ahmad pada persidangan Dewan Negara, Idris berkata kerajaan tidak boleh melaksanakan pengurangan sistem meritokrasi untuk pelajar lelaki yang ingin memasuki IPTA.

"Ini kerana pada hari ini kita telah kenal pasti pelajar perempuan memberikan tumpuan kepada membaca, menulis, mengira. Maka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan periksaan lain di matrikulasi telah meletakkan pencapaian pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki," katanya.

Idris berkata pada sesi akademik 2008/2009, Universiti Malaya menerima 3,334 pelajar baru dan 62 peratus daripadanya adalah pelajar perempuan, Universiti Kebangsaan; 3,892 pelajar dengan 70 peratus pelajar perempuan dan Universiti Sains Malaysia; 3,562 pelajar dan 65 peratus pelajar perempuan.

"Universiti teknikal pun mengalami tsunami yang serupa apabila 58 peratus daripada pelajar baru ialah pelajar perempuan," katanya menjawab soalan Senator Osman Bungsu.

Idris berkata, bagaimanapun beberapa universiti teknikal seperti Universiti Kuala Lumpur mencatatkan 80 peratus pelajar lelaki mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian pada sesi akademik kali ini. BERNAMA

Terengganu sedia kemuka bukti kos selenggara Perdana V6 Executive

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu sedia mengemukakan bukti terperinci kos perkhidmatan dan kerosakan kereta Proton Perdana V6 Executive, yang telah digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri sebelum ini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri tidak mampu membiayai lagi kos selenggaraan kenderaan berkenaan kerana sejak mula digunakan empat tahun lepas, ia telah melibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan tersebut.

"Misalnya, kos penyelenggaraan dua kereta tersebut mencecah RM175,229.97 yang tertinggi dan RM132,357.76 dari 2004 sehingga hari ini," menurut kenyataan itu yang dihantar kepada Bernama melalui faks di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri Terengganu terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu kerana kereta nasional itu mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa langkah kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes itu juga adalah setelah mengambil pertimbangan tentang kenaikan harga bahan api dan nilai terpakai yang tinggi untuk kereta berkenaan.

"Daripada segi ciri-ciri keselamatan, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor. Ini adalah penting kerana pegawai-pegawai yang menggunakan kereta ini merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan dan keselamatan mereka adalah keutamaan," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menjelaskan bahawa pembelian 14 buah kereta Mercedes bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri itu adalah telus dan wajar.

Pembelian kereta untuk kegunaan pegawai tinggi kerajaan adalah telus dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak.

Pembelian ini juga selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) yang mensyaratkan semua kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD) sahaja.

"Kereta Mercedes E200 Kompressor ini mematuhi syarat tersebut kerana ia dipasang di Pekan, Pahang sebagai produk CKD. Kewajaran pembelian kereta ini juga berdasarkan kelasakan kereta model ini dan kos penyelenggaraannya yang rendah," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga menjelaskan bahawa Menteri Besar masih menggunakan kereta kerajaan negeri yang lama bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun dan bukan yang baru seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan. BERNAMA

Satu bisnis baru - Mangkuk Tingkat

MangkukTingkat.com

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


KEBERSIHAN menjadi keutamaan dalam proses penyediaan makanan.

Program perniagaan bantu ibu tunggal - Nur Hikmah akan perluaskan program MangkukTingkat.com ke seluruh negara mulai bulan depan

MANGKUK tingkat dalam budaya penduduk Malaysia pada suatu masa dulu digunakan pekerja sektor pembinaan dan petani di kebun untuk menikmati makanan yang lazat, panas dan bersih seperti di rumah.

Bukan luar biasa melihat 'pekerja kontrak' membawa mangkuk tingkat sambil berbasikal dan tiada siapa pun peduli.


Nilai mangkuk tingkat mungkin berubah tidak lama lagi apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak Jun lalu, memperkenalkan program penghantaran makanan menggunakan mangkuk tingkat yang dikenali sebagai Program MangkukTingkat.com.

Di seluruh dunia, `kotak makan tengah hari’ seperti mangkuk tingkat adalah sebahagian budaya popular.

Di India yang turut menggunakan mangkuk tingkat, dabbawala (orang yang menghantar kotak makan tengah hari) di Mumbai amat popular hingga Putera Charles ketika lawatan ke negara itu bergambar bersama mereka.

FATAHIYAH antara pelanggan MangkukTingkat.com sejak dilancarkan Jun lalu.

Jepun berbangga dengan bento, makanan dan lauk yang diisi dalam kotak kayu pelbagai bentuk yang cantik.

Apa pun istilah atau di mana juga, matlamat akhir adalah untuk membolehkan pelanggan menikmati makanan yang murah, bersih dan enak.

Berbanding dabbawala dan bento yang mempunyai sejarah dan tradisi yang panjang, Program MangkukTingkat.com yang diperkenalkan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (Nur Hikmah) masih terlalu muda, tetapi berpotensi mencipta revolusi dalam budaya makan orang kita.

Presiden dan Pengasas Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, mengakui program itu berdasarkan kejayaan dabbawala di Mumbai, tetapi disesuaikan dengan keadaan di negara ini.

PENGHANTARAN cepat menghantar mangkuk tingkat kepada Fatahiyah di Cheras.

Perbezaan utama, katanya mangkuk tingkat di Malaysia adalah versi teknologi alam maya hingga ada yang memberi gelaran kepada program itu sebagai `nasi internet’ apabila semua proses adalah melalui internet.

“Pelanggan membuat tempahan melalui internet. Bayaran adalah secara dalam talian. Kami tidak mengenali mereka dan jika ada sebarang aduan atau cadangan, semuanya disalurkan melalui internet,” katanya.

Beliau berkata, program itu tidak bermotif keuntungan, tetapi menyediakan pancing kepada ibu tunggal serta penjaga anak yatim, sejajar kedudukan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai penaung kepada lebih 200 anak yatim, miskin dan terbiar di enam pusat jagaan seluruh Malaysia.

“Kita boleh memberi bantuan wang tunai atau kebendaan, tetapi lebih baik memberi pancing yang boleh menjana pendapatan kepada mereka, berbanding memberi ikan yang akhirnya tidak ke mana,” katanya.

Selain ibu tunggal, katanya waris yang menjaga anak yatim mempunyai tanggungan masing-masing dan menyertai program ini sebagai pembekal makanan meringankan beban kewangan mereka.

Mengapa mangkuk tingkat? Ameer Soekre berkata, makanan tingkat kedap udara membolehkan makanan kekal panas hingga kira-kira lima jam, selain menjimatkan, berbanding bekas polisterin yang berharga 12 sen sebungkus dan tidak mesra alam.

Katanya, Program MangkukTingkat.com. mendapat bantuan RM15,000 dari Tekun Nasional untuk membeli mangkuk tingkat.

Beliau berkata, setiap mangkuk tingkat mempunyai empat mangkuk, tetapi hanya tiga digunakan, iaitu setiap satu diisi nasi, lauk berkuah dan sayur.

“Satu mangkuk lagi dibiarkan kosong sebagai lambang kasih sayang kami dan tukang masak. Setiap Jumaat, mangkuk kosong diisi buah seperti pisang. Pada hari ulang tahun kelahiran pelanggan, kami hantar kek.

“Kadang-kadang usahawan yang mahu mempromosi produk masing-masing meletakkan sampel makanan dan kad perniagaan dalam mangkuk kosong itu.

“Menjelang Ramadan dan kemudian menyambut Aidilfitri, sudah ada mahu mempromosi kuih raya menggunakan mangkuk tingkat,” katanya.

Memperjelaskan Program MangkukTingkat.com, Pengurus Nur Hikmah, Syaidiatul Syahirah Roslan, berkata program bermula Jun lalu dengan seorang pembekal yang menyediakan makanan ke kawasan sekitar Cheras.

“Sasaran awal ialah pelanggan mengambil sendiri makanan, tetapi mereka lebih suka makanan dihantar terus kepada mereka. Dari sini bermula program mangkuk tingkat,” katanya.

Ketika ini, katanya 60 peratus daripada pelanggan adalah pekerja pejabat dan baki penghuni kediaman.

Pada peringkat permulaan, katanya pelanggan adalah sekitar Lembah Klang, meliputi dari Bukit Beruntung hingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, pelanggan mendapat makanan dari pembekal makanan paling hampir seperti makanan untuk pelanggan di KLIA adalah dari Dengkil.

Untuk masa depan, katanya Nurhikmah dengan bantuan Tekun Nasional melantik vendor untuk membekalkan bahan mentah seperti ayam, daging, rempah dan sayur-sayuran.

“Sebagai contoh, seorang vendor mendapat bantuan menanam sayur-sayuran yang dijual kepada kami dengan harga lebih rendah berbanding pasaran. Ada juga vendor yang dipilih memang sudah berniaga,” katanya.

Melalui program vendor, katanya harga bahan mentah dapat dikawal, sekali gus memastikan harga makanan yang dijual berpatutan.

Katanya, Program MangkukTingkat.com akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat dan mulai Ogos ini akan dimulakan di Pulau Pinang, selain beberapa lokasi di Johor Bahru, Melaka dan Negeri Sembilan.

FAKTA
Mangkuk tingkat


  • Alamat laman web: www.mangkuktingkat.com

  • Hidangan makan tengah hari sebelum jam 11 pagi atau antara jam 1 hingga 2 petang dan makan malam, antara jam 5 petang hingga 8 malam (rumah). Pelanggan pejabat menerima makanan antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

  • Lokasi pembekal makanan di Lembah Klang adalah di Bukit Beruntung, Selayang, Gombak, Keramat, Ampang, Pandan, Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Dengkil, Kelana Jaya, Shah Alam dan Klang.

  • Dua pakej, iaitu lauk + sayur (RM3.50) dan lauk + sayur + nasi (RM4.50). Kos penghantaran ke rumah dan pejabat (RM1.50).

  • Ada 300 menu lauk dan sayur. Menu berbeza setiap hari. Contoh menu setiap Isnin sepanjang Julai: ayam masak kicap dan tauge goreng (7 Julai), daging kicap dan buncis goreng (14 Julai), ikan kembung percik dan sayur petola (21 Julai), kari udang dan peria goreng (28 Julai).
  •