Saturday, September 27, 2008

Promosi cara terbaik jajah minda pelanggan.


Lihat bagaimana giant banner digunakan sebagai alat promosi terbaik untuk menjajah minda pelanggan. Lihat inilah cara bagaimana minda kita ditakluki.

Mana sifat Budaya bersih orang KL ?


Gambar ini diambil pada jam 7.40am bertempat di Jalan Tunku A.Rahman pada bulan puasa. Persoalannya mengapa keadaan ini masih dapat dilihat apa awal pagi? Mana DBKL .. mana sihat budaya bersih warga kota.. kalaulah pandangan ini dilihat selalu ..apakah boleh kita katakan KL sebagai Bandaraya ..layakkan warga KL sebagai warga kota ... kita harus membawa warga kota ataupun warga DBKL memikirkan satu tindakan yang wajar untuk memastikan kebersihan kota tetap indah dimata dan indah dibudayakan.

2 Tokoh 2008 - Lemah & Mengelirukan Malaysia.


Siapakah tokoh tahun 2008? yang pasti dua tokoh diatas ini adalah tokoh yang mengisi ruang akhbar setiap hari pada tahun 2008. Satu tokoh kerana kegagalan ketara dalam memimpin eutuhan kerajaan dengan pelbagai isu ..terutama selepas Mac 2008 . Kepimpinan beliau telah dipertikai dan diuji demi ujian ... cuma keberaniannya dan keyakinan beliau masih utuh untuk beliau terus berdiri sebagai pemimpin negara. Manakala seorang lagi tokoh disebut sebut sebagai satu tokoh pilihan. Namun selepas 16 Sept .. ketokohannya mula dipersoalan dan kenyataan beliau dilihat lebih banyak merugikan masyarakat khasnya orang melayu dan negara. Terlalu mengejar impian telah mengakibatkan kekeliruan kepada masyarakat Malaysia. Kerana buruan keyakinan beliau mampu menjadi pemimpin negara ..kenyataan beliau kini lebih banyak merugikan negara... inilah dua tokoh yang mengisi dada akhbar Malaysia .. lemah dan mengelirukan ... Malaysia rugi kerana dua tokoh ini ...kita perlukan pengisian kepimpinan baru. Harapan tahun 2009 akan membawa sinar kepada Malaysia tanpa perlu masyarakat memikirkan dan berbual kepada 2 tokoh ini.

Terengganu Berjaya Lagi - lahirkan ulu albaq kecil

Tahniah kepada YIT yang dikemudikan oleh Hj.Zulkifli sebagai Pengarah YIT meneruskan dasar sebelum ini menerajui program pintar al quran. Program ini satu langkah bijak ke arah melahir golongan ulu albaq . Siapa sangka anak berusia bawah 7 tahun kini mampu menamatkan alquran ... inilah satu lagi kejayaan perubahan minda ..kejayaan demi kejayaan setiap tahun membuktikan suatu yang dikatakan halangan itu mampu direalitikan dengan usaha dan kegigihan semua pihak.