Wednesday, September 17, 2008

Nasi Lemak NACC - kena cuba ..

Hanya 50 sen sebungkus .. best nasi lemak NACC .. lihatkan keenak

Noor Atikah Songket - Premis Baru

Sebut songket kita ingatkan Terengganu .. Sebut songket Terengganu kita akan mencari Noor Atikah Songket ... inilah premis baru noor atikah songket yang menggabungkan showroom dan pusat demonstrasi tenunan ...ke Terengganu jangan lupa ke Noor Atikah ..

Puasa itu kesabaran ..


Ramadhan itu menjadi suci kerana disinilah kesabaran dan keimanan kita diuji. Lihat anakanda sajidah dan ain .. letih tapi tabah bersabar menunggu ketibaan waktu berbuka. Letih dan sabar itu hanya sebahagian yang mengisi ramadhan tetapi sucinya ramadhan terbukti kerana Allah swt menjadikan siapa yang kaya mahupun miskin sama sahaja tarafnya disisi allah ... apakah kita sedar hikmat ramadhan yang perlu dibudayakan kepada kehidupan kita .. sama samalah kita renungkan agar keimanan bertambah ..

YPSI Learning di Kolej Komuniti Terengganu


Minggu lalu kami telah dipelawa untuk berkongsi pengetahuan keusahawanan dengan para pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Terengganu ... untuk membicarakan peluang dan realiti keusahawanan . Secara umum para pelajar KKT amat bertuah kerana mampu meningkatkan kemahiran tetapi agak sayang kurang pengetahuan bagaimana untuk merebut peluang pasaran perniagaan ... disini dengan masa yang agak terhad kami telah berkongsi pengetahuan dengan tambahan informasi lebih kreatif dan inovasi agar kemahiran yang diperolehi mampu diterjemahkan kepada duit ... kita harus sedar bahawa disebalik perkaraan pekerjaan yang kita mahu adalah duit ... itulah yang dibincangkan selama 2 jam bersama para pelajar KKT ... siapa cepat dia yang dapat itu adalah realiti bisnis ..

Galeri gambar Ramadan

LELONG RAYA ... Peniaga pinggan mangkuk di Jalan Raja Bot, Chow Kit di sini melelong pinggan mangkuk kaca dan porcelin dengan harga RM2.50 sekilo sempena Aidilfitri.- fotoBERNAMA.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pencegahan Chik Omar Chik Lim membuka sebuah kotak yang mengandungi mercun yang dirampas selepas mengadakan sidang media di stor pencegahan Seberang Jaya hari ini. Mercun dan bunga api yang dianggarkan seberat 25.5 tan yang bernilai kira-kira RM300,000 itu dirampas daripada sebuah lori oleh sepasukan pegawai Kastam Bahagian Pencegahan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah, Perak.

BAHANG AIDILFITRI ... Pelbagai cara dilakukan untuk mewujudkan kemeriahan bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Kelihatan seorang pekerja memasang lampu hiasan berbentuk ketupat ketika tinjauan di Jalan Raja Abdullah berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru.

Juadah Ramadan: Pelbagai juadah menarik disediakan di Hotel Holiday Inn Subang. Antaranya adalah Ayam Manok. Lebih istimewa ia dimasak dalam buluh. Foto the Star oleh Azlina Abdullah.

Menjadi trend....Berbuka puasa di hotel sudah menjadi trend masyarakat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kepelbagaian juadah yang disediakan menjadi daya penarik pengunjung yang hadir.

Bahang Aidilfitri kian terasa..Peniaga mula menjual barang persiapan raya, antaranya adalah songkok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan)menyampaikan replika cek bernilai RM250,000 untuk Tabung Kebajikan Pesakit PPUM kepada Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Rafiah Salim pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada pesakit-pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Cabaran Ramadan: Nur Elaine Aisyah yang baru memeluk Islam ceria dapat berbuka puasa keluarganya.

Pelbagai juadah menarik disediakan di Jeti Pulau Jerejak sempena majlis berbuka puasa di sana.

Roti John: Hanya kerana ingin menikmati roti john sebagai juadah berbuka puasa orang ramai sanggup beratur panjang digerai tersebut di Bazar Ramadan, Putrajaya.

Berkat Ramadan: Orang ramai tidak melepaskan peluang berbuka puasa di masjid Kampung Hulu, Melaka sempena bulan Ramadan ini. Masjid yang dibina pada tahun 1728 ini merupakan salah satu warisan dunia yang diiktiraf oleh Unesco.

Galeri gambar Ramadan

Chef Zaliha Asmael menunjukkan pelbagai juadah menarik disediakan di Cinnamon Coffee House. Foto The Star oleh: Ricky Lai

Menteri Besar Datuk Ahmad Said (kanan) mengagih-agihkan bubur lambuk sempena sambutan Ramadan kepada penduduk setempat di Taman Shahbandar.Seramai 40 tukang masak dibawa khas dari Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur untuk menyediakan 30 periuk bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai. foto BERNAMA.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bersama isteri Datin Seri Siti Nooriah Ana Razak dan datuk Bandar KL Hakim Borhan tidak mlepaskan peluang membuat lawatan di sekitar Bazar Ramadan di Jalan Masjid India.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bercakap sesuatu kepada seorang peniaga Rohaizah Musa, 32,(kanan)selepas merasmikan Bazar Ramdan di Terminal Bas Larkin.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail diringi Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkenan melawat tapak gerai jualan Ramadan pada majlis perasmian pelancaran Zoom Ramadan di perkarangan Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim Al-Husna Bandar Penawar pada majlis perasmian pelancaran Zoom Ramadan di perkarangan Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar.

Peniaga, Siti Khatijah Sulaiman, 21, menyusun kasut-kasut raya untuk wanita yang dijual di gerainya ketika tinjauan di Bazar Ramadan Jalan Pasar.

Yang mana satu: Mungkin itulah soalan yang ditanyakan ayah kepada tiga kana-kanak ini. Pelbagai jenis minuman disediakan di bazar Ramadan di Kampung Melayu.

Pelbagai juadah berbuka puasa dijual di Bazar Ramadan di Kampung Melayu. Seorang peniaga Abdul Rahman Boy, 41, sibuk memasak "Ikan Bakar Power" yang menjadi pilihan ramai penggemar ikan bakar.

ADA NILAI TERSENDIRI ... Tengku Noor Azizah Tengku Abdul Kadir, 27, tertarik melihat kad ucapan Selamat Hari Raya yang dijual di kompleks beli belah Kuantan Parade di sini, hari ini. Meskipun kini telah tersedia pelbagai kemudahan sistem komunikasi seperti internet dan sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang lebih cepat dan murah, namun tradisi menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya melalui kad masih tetap menjadi pilihan orang ramai sesetengah individu yang mahukan nilai 'sentimental' tersendiri.

Galeri gambar Ramadan

BERSEDEKAH... Pelajar dari Melaka (dari kiri) Muhd Fadli Masharruddin, 9, Izzulhuzaimi Zainudin, 10, dan Muhd Bazil Rukhadi, 10 memberi sedekah kepada seorang warga tua. Amalan ini amat digalakkan kepada semua umat Islam bagi membantu insan yang memerlukan terutamanya di bulan Ramadan.

Peniaga Zulkifli Hussin membantu pengunjung di kedainya bagi memilih tudung yang sesuai mengikut citarasa mereka.

Gulai daging kawah antara lauk yang menjadi pilihan orang ramai untuk berbuka puasa. Menurut peniaga juadah itu, Yaakob Ahmad, 71, dia mampu memperolehi hasil jualan sebanyak RM400 hingga RM500 sehari dengan mengenakan harga RM5 semangkuk.

Para petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengedarkan bubur lambuk kepada warga Shah Alam sempena kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak. Acara tahunan ini merupakan kerja amal warga MBSA di mana lebih 2,000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan.

'Ops pemeriksaan kawalan makanan' di bazar Ramadan Melati bagi memastikan juadah yang dijual kepada orang ramai bersih dan selamat dimakan.

PELBAGAI PILIHAN... Fariz Samsudin, 17, membantu perniagaan bapa saudaranya menjual pelbagai jenis kuih raya di bazar Chow Kit.

Galeri gambar Ramadan

Replika bangunan bertemakan Timur Tengah setinggi 40 kaki menjadi tarikan pusat membeli belah One Utama sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pengusaha dan peniaga kek lapis Sarawak, Rabiah Amit menyusun kek lapis bermotifkan kebudayaan Sarawak di gerainya pada Promosi Kraf Aidilfitri 2008 di Kompleks Kraf di sini, hari ini. Terdapat 120 jenis kek di gerainya yang dijual pada harga antara RM80 hingga RM130.

Pelbagai jenis biskut raya dibungkus dibungkus dengan begitu menarik untuk menarik pembeli bagi sajian di Hari Raya.

Rosmawati Ismail, 21, tertarik melihat kad ucapan Hari Raya gergasi yang dijual di kompleks beli belah Kuantan Parade di sini, hari ini. .

Menjelang Aidilfitri ini, kuih tradisional seperti bahulu sememangnya menjadi pilihan dan antara juadah yang mesti ada. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi, Pengurus Kedai Bahulu Kampung Baru, Ahmad Tajuddin Ismail (kiri) turut turun padang bersama-sama pekerjanya bagi menyiapkan tempahan ketika tinjauan fotoBERNAMA hari ini di gerainya di Jalan Raja Bot, Chow Kit.

Rabu September 17, 2008
Najib dilantik Menteri Kewangan
ABDULLAH Ahmad Badawi dan Mohd. Najib Tun Razak pada sidang media di Putrajaya petang ini. - foto The Star ROHAIZAT MD. DARUS

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru berkuat kuasa serta-merta.Ia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi.Abdullah pula akan mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan yang disandang Najib.

Najib mengambil alih jawatan itu daripada Abdulllah yang merupakan Menteri Kewangan sejak Oktober 2003.Pada masa yang sama, Abdullah berkata, pelan peralihan kuasa akan dilaksanakan sebagaimana telah dipersetujui oleh beliau dan Najib sebelum ini iaitu Jun 2010.Pertukaran portfolio pertahanan dan kewangan oleh Abdullah dan Najib dilihat sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010.

Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti.Tan Sri Nor Mohamed Yakcop merupakan Menteri Kewangan Kedua.Bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Najib di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri berkata, portfolio kewangan adalah penting dalam mengambil kira situasi ekonomi semasa dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Kata Abdullah, beliau yakin Najib akan dapat melaksanakan peranannya yang amat penting itu terutama dalam memastikan ekonomi teguh dan kuat menghadapi cabaran.

Abdullah berkata, dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan kini, beliau (Najib) boleh memainkan peranan yang lebih penting apabila berada di New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.Ini kerana, sebagai Menteri Kewangan, Najib akan dapat menemui pelabur dan pengurus dana semasa di New York nanti, kata Perdana Menteri.Abdullah turut mengumumkan Najib kini mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan. Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Abdullah.Najib pula berkata, langkah Perdana Menteri melantiknya sebagai Menteri Kewangan menggambarkan keikhlasan Abdullah bahawa beliau adalah penggantinya kelak.

"Ia melambangkan keyakinan Perdana Menteri pada saya sebab saya akan sentiasa bincang dan rujuk pada Perdana Menteri, khususnya berkaitan dengan ekonomi, hala tuju ekonomi dan keutamaan ekonomi, supaya dasar,dasar kerajaan lebih jelas dan tepat," kata Najib.Ditanya mengenai penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, Abdullah berkata: "Lagi turun lagi baik."Harga minyak mentah dunia semalam mencatatkan AS$92 setong.Bagaimanapun Abdullah berkata penurunan harga minyak dunia itu juga akan menyebabkan pengurangan pendapatan Petronas.Ditanya sama ada harga pengguna bagi petrol dan diesel akan dikurangkan, Abdullah berkata: "Tunggulah lain kali."