Dato' Ahmad bersalaman dengan jemaah haji di dalam pesawat MAS Boeing 747 yang membawa jemaah dari Kuala Terengganu terus ke Madinah.
Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Yang Teramat Mulia Tengku Seri Panglima RajaTengku Baderulzaman berkata demikian pada Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji kumpulan pertama di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini (13 November).Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abu Musa Asa’ari Mohamed Nor serta exco kerajaan negeri.
Sebahagian jemaah haji daipada kumpulan pertama penerbangan terus Kuala Terengga u ke Madinah berkumpul di Stadium Tertutup, Gong Badak.
Tambahnya, dalam keghairahan melaksanakan ibadat haji, para jemaah perlu menjaga tatasulisa semasa di tanah suci.“Seorang bakal haji perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi. Keadaan cuaca yang berbeza, kesesakan yang luar biasa dan budaya yang agak asing bagi kita, memungkinkan kita terdedah kepada sifat tidak sabar dan marah,” ujarnya.
Sanak saudara jemaah haji berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji.
“Makkah dan Madinah adalah bumi suci, bumi yang penuh dengan keberkatan. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang sentiasa bersabar,” katanya.
Beliau turut menyeru para jemaah haji agar tidak jemu untuk memperbanyakkan doa di waktu-waktu terluang untuk menambah pahala serta jauhilah perkara yang tidak boleh membawa manafaat.
“Bercakapalah tentang perkara yang berfaedah dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita,” ucapnya.Sementara itu, sebanyak lapan penerbangan menggunakan pesawat Boeing 747 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terus ke Jeddah yang bermula pada hari ini dan penerbangan terakhir pada 25 November ini.Penerbangan sulung dari LTSM terus ke Jeddah turut mencipta sejarahnya tersendiri apabila dipandu oleh kapten yang berasal dari Besut, Dato’ Mohd Nawi Awang berlepas tepat jam 11.55 pagi.Penerbangan pertama itu turut membawa sebahagian kecil jemaah haji dari Kelantan dan Pahang dan dijangka tiba di Madinah pada jam 8.45 malam ini waktu Malaysia.