Inilah bakal isteri komposer Ajai. Liza Ilyas namanya. Kini orang kuat bahagian promosi dan pemasaran Maestro Records. Dalam orang sibuk-sibuk bercerita pasal Ajai dan beberapa wanita, sebenarnya wanita inilah yang bertakhta di hati Ajai. Mereka akan kahwin Julai depan."Tapi tarikhnya belum pasti lagi... kami dah bersetuju cari tarikh pada bulan Julai depan sebab saya dan Ajai masing-masing banyak komitmen kerja," kata Liza kepada ManggaOnline.Liza, 35, sedar sejak gambar-gambar Ajai, 33, dan beberapa wanita tersebar di Internet, banyak juga yang bertanyakannya. Kata Liza dia tidak rasa tergugat kerana percayakan Ajai. Malah Liza juga faham bidang kerja Ajai kerana dia sendiri seorang yang bekerja dalam dunia hiburan."Dalam urusan kerja Ajai bertemu dengan sesiapa sahaja. Kalau ada peminat yang bergambar dengannya macam itu tak boleh nak elak," kata Liza lagi.Liza dan Ajai pernah bekerja bersama di bawah bumbung syarikat Warner Music. Pada masa itu mereka hanyalah pasangan good team dalam bekerja. Apabila Ajai bercerai dengan Nurul, barulah mereka mula serius berkawan sehingga akhirnya tercetus perasaan cinta. Itupun semasa terlibat dalam satu projek bersama kawan sekitar awal tahun lalu."Ajai seorang yang tidak membosankan, sporting dan caring," kata Liza.
Walupuh sudah ebrkira-kira pasal kahwin,. namuan kata LIza dia sendiri belum fikirkan pasal konsep kahwin.
"Yang penting kita selesaikan yang wajib dulu... akad nikah. Bertunang pun belum difikirkan lagi. Kalau terusk nikah sahaja pun memadai. Kita ni bukanlah bercinta macam budak-budak. Masing-masing dah matang kira percintaan orang matanglah," katanya.
Sekali lagilah Ajai ada mentua di Utara. Liza juga orang Pulau Pinang. Selamat berbahagia dan moga-moga dapat lalui apa sahaja cabaran menjelang hari bahagia nanti.
Aksi mesra Ajai dan artis naungan syarikatnya Tasha yang pernah tersebar sebelum ini.