Tuesday, August 26, 2008

Galeri gambar sekitar pilihan raya kecil Permatang Pauh
26-08-2008 09:41:45 PM


Petugas-petugas SPR membawa peti-peti undi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sambil diiringi anggota-anggota polis ketika tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun. Pengundian di 25 pusat mengundi bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 5 petang tadi.


Petugas SPR menjaga peti-peti undi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat kawalan rapi di kawasan tempat mengundi di Permatang Pauh.


RAGAM... Penyokong PKR memakai topeng 'hantu' sebagai simbolik supaya berhati-hati jika terdapat 'pengundi hantu.


PENYOKONG MUDA... Kanak-kanak ini mengenakan baju yang dibuat daripada bendera PKR serta mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan.


Para pengundi perlu menyemak nama dan saluran tempat mengundi di kaunter SPR sebelum menjalankan tanggungjawab bagi menentukan wakil mereka bagi Parlimen Permatang Pauh.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meninjau pusat pembuangan undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2. Hadir sama pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersalaman dengan pengundi-pengundi semasa tiba di pusat pengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah bersama isterinya Datin Latifah Asmawi dan anaknya Izwan Shah menyemak nama mereka sebaik tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sempat beramah mesra dengan para pengundi sebaik tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 di sini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meninjau suasana di kaunter semakan nama BN di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 ketika melakukan tinjauan ke pusat-pusat pengundian di sini.


SESAK ... Keadaan lalulintas sesak berikutan orang ramai keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih calon di kawasan pusat pengundian pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Penyokong BN di Permatang Pasir terus merayu undi kepada pengundi-pengundi di kawasan itu sejak awal pagi.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) mengangkat tangan kepada penyokong-penyokong BN ketika mengadakan lawatan di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2. Mohd Najib hadir untuk memberi sokongan kepada calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah yang bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang pauh hari ini.


Walaupun berkerusi roda, seorang warga emas tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang lalu di hadapan penyokong-penyokong BN ketika mengadakan tinjauan di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.


Penyokong PKR menunjukkan wang kertas RM50 kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Seorang penyokong PKR ditahan polis di luar Sekolah Kebangsaan Penanti.


Warga tua, Azizah Md Saad ,65, dibantu kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan kertas undi selepas menunaikan tanggungjawabnya di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.


Penyokong BN menunjukkan kepada penyokong PKR berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan dua Exco Perak yang ditahan kerana terlibat dengan rasuah semasa berkempen di di Jalan Permatang Pauh.


Walaupun bertongkat, warga emas Mohd Tahir Wan, 83, tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh

Galeri gambar selepas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh
26-08-2008 11:54:42 PM


Penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat meraikan kemenangannya di Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Penyokong PKR menanti keputusan rasmi di Institut Perguruan Tuanku Bainun sambil dikawal ketat pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).


Saat gembira penyokong PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Penyokong setia PKR berkumpul di Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi menunggu keputusan rasmi SPR.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah menyemak jumlah undi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebelum menghadiri sidang media Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Datuk Arif Shah Omar Shah, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Liow Ting Lai semasa sidang media di sebuah hotel.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah (kiri), yang tewas kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh

Anwar kembali dipilih MP Permatang Pauh, letak dua tuntutan awal
27-08-2008 01:57:43 AM Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini, pukul 0200) PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

MENANG... Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melambai ke arah penyokongnya selepas diumumkan secara rasmi memenangi pilihan raya keci Parlimen Permatang Pauh malam tadi.

Beliau dikerumuni penyokongnya (gambar bawah) sebelum meninggalkan Pusat Operasi Utama PKRdi Yayasan Aman, menuju ke Pusat Penjumlahan Undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun untuk mengetahui keputusan rasmi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah; Anwar selaku Penasihat PKR, dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.

Maya Karim Contoh Artis Malaysia..

Foto: Kidchan Studio

Oleh: ROSLI MANAH Foto: SHAHRIL AZMAN ZAIN

Maya Karin kini sedang meniti bahagia setelah bergelar isteri kepada seorang guru, Steven David Shorthose pada 14 Ogos 2008 lalu. Semua tahu majlisnya berlangsung di Bellagio, Itali.

Maya bertemu pihak media pertama kali pada 26 Ogos 2008 dan sedia berkongsi bahagia yang sedang dilaluinya setelah lebih seminggu menjalani hidup sebagai seorang isteri. Maya nampak riang dan bahagia walaupun kelihatan kurang sihat. Dia alami selesema aja.

Maya hadir sendiri dalam majlis ringkas yang juga turut memperkatakan pasal kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia baru-baru ini. Dia tidak dapat menerima trofi sendiri kerana sudah berada di Itali semasa majlis berlangsung.

"Suami saya memang tidak suka pada glamor... mungkin dia akan rasa tidak selesa apabila berdepan dengan situasi macam ini. Anda boleh bertemunya dalam majlis resepsi perkahwinan saya pada 29 Ogos ini. Mungkin selepas itu dia tidak akan bersama saya dalam urusan kerja saya," kata Maya.

Semakin bahagia Maya selepas kahwin.

Maya juga belum memikirkan untuk mengurangkan aktiviti seninya. Malah pada minggu kedua puasa dia akan ke Bangkok. Thailand untuk menjalani penggambaran iklan L'Oreal selama seminggu. Selepas itu memulakan latihan untuk wataknya dalam filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly. Filem itu terbitan Red Communications.

"Jadual kerja suami saya sudah tetap dan dia sudah tahu sejak setahun bilakah masa dia bercuti, sedangkan rutin pelakon tidak tetap... saya tidak boleh tentukah apa yang akan berlaku dalam masa sebulan, tapi segalanya boleh disesuaikan.

"Saya tak adalah dikenakan peraturan, tapi untuk keluarga... saya akan pastikan akan memiliki masa untuk diri sendiri dan keluarga," kata Maya yang belum merancang memiliki anak dalam masa terdekat.

Akhirnya Maya Karin menang juga anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM.

Apatah lagi banyak perkara yang sudah diatur dan bakal dilakukan. Malah memiliki tawaran berlakon dua buah filem lagi selepas ini. Suami juga mahukan dia terus berdikari dan melakukan kerja yang dilakukan.

"Ikut giliranlah... kita dah ada apa yang nak dilakukan. Sekarang ini baru berkahwin, biarlah saya tak fikirkan pasal anak dulu. Lagipun sekarang ini keperluan membesarkan anak semakin banyak. Untuk memberikan pendidikan yang sempurna memerlukan kos dan juga banyak masa.

"Saya tak rancang memiliki anak ramai, dua pun sudah cukup. Lagipun sekarang populasi dunia semakin ramai. Suami saya juga mempunyai pemikiran yang sama dengan saya pasal pertambahan penduduk dunia. Itu salah satu perkara yang saya boleh berkongsi bersamanya," kata Maya.

Memasak untuk suami

Apabila ditanya pasal peranan isteri untuk memasak dan menyediakan apa-apa keperluan suami, Maya akui itu satu taggungjawab. Tapi Maya ada cara sendiri untuk sentiasa happy melakukan apa sahaja.

"Kalau kita fikir apa-apa yang dilakukan itu satu tanggungjawab, mungkin kita akan rasa beratnya nak buat. Tapi saya dan suami lakukan apa sahaja dengan rasa gembira. Contohnya apabila mahu memasak, kita buka peti sejuk dan tengok apa yang ada dan fikirkan apa yang boleh dimasak.

"Saya memang jenis yang suka memasak, jadi tak ada masalah, suami saya juga suka memasak dan kami juga lakukan bersama-sama," kata Maya.

Kad jemputan ringkas

Kad jemputan majlis perkahwinan Maya pada 29 Ogos 2008 ringkas sahaja. Ada yang mempertikaikan mengapa dia tidak membuat kad yang lebih baik. Maya yang begitu menyayangi alam sekitar itu ada sebab munasabah di atas apa yang dilakukannya.

Kad jemputan Maya hanyalah sekeping kad manila yang memuatkan maklumat ringkas majlis. Kad tersebut dihasilkan dengan idea dia sendiri.

"Kad jemputan ini hanya untuk khabarkan dan menjemput tetamu hadir. Selepas itu orang buang kad itu. Saya fikir tak ada guna kita berhabis membuat kad yang cantik-cantik kalau akhirnya untuk dibuang.

"Lagipun kad itu juga menggambarkan betapa ringkasnya majlis perkahwinan saya nanti. Majlis saya cukup ringkas, santai dan tak ada protokol," jelas Maya pasal majlis yang akan berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu.

Ia juga sebuah majlis sederhana untuk meraikan kenalan dan keluarga.

Fesyen artis di festivalFestival Filem Malaysia 2008 baru berlalu. Tahniahlah kepada pemenangnya. Kalau ke festival, pasti fesyen pakaian artis juga j

Festival Filem Malaysia 2008 baru berlalu. Tahniahlah kepada pemenangnya. Kalau ke festival, pasti fesyen pakaian artis juga jadi perhatian.

Nampaknya kali ini artis kita memilih untuk bergaya ringkas sahaja. Ringkas tapi tetap nampak menarik.

Erra Fazira dan suami nampak santai sahaja.

Gaya Nasha Aziz di red carpet.

Dynas pilih gaun hijau tanpa corak. Datang sendirian saja?

Bintang popular di TV, Zizie Ezzette dan Farahdhiya juga bergaya ringkas.

Awal datang dengan Yatt.

Bulan Ramadan belum lagu muncul tapi ada yang sudah memikirkan baju raya baru. Maklumlah inilah masanya untuk turut bergaya. Tapi fesyennya lebih kepada konsep tradisionallah. Baju kurung atau kebaya bagi wanita serta baju Melayu untuk lelaki.

Apa kata kalu cuba baju yang ala-ala batik pula tahun ini. Menarik juga kan?

Mark dan baju berkonsep batik yang sesuai dipakai pada Hari Raya.

Apa fesyen pakaian Hari Raya anda tahun ini? Kalau nak pakaian yang lebih glamor, bolehlah fikirkan rekaan terbaru pereka terkenal Michael Shu.

Tapi kalau mahu pakai semasa di kampung mungkin tak sesuailah. Namun kalau ada majlis formal sempena musim Hari Raya nanti bolehlah mencuba fesyen ini.

Antara persalinan yang digayakan oleh Amber Chia.

Fesyen Ashraff Muslim dan Dynaz juga menarik.

Fesyen Zahnita sesuai untuk yang bergerak aktif.

Shafique dan Zahnita tampak meriah dengan pemilihan warna terang.

Majlis Fatwa Kebangsaan: Lafaz sumpah hanya selepas proses perundangan

KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam."Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan. Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan."(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. BERNAMA

Galeri gambar sekitar pilihan raya kecil Permatang Pauh
26-08-2008 05:54:58 PM


Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat kawalan rapi di kawasan tempat mengundi di Permatang Pauh.


RAGAM... Penyokong PKR memakai topeng 'hantu' sebagai simbolik supaya berhati-hati jika terdapat 'pengundi hantu.


PENYOKONG MUDA... Kanak-kanak ini mengenakan baju yang dibuat daripada bendera PKR serta mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan.


Para pengundi perlu menyemak nama dan saluran tempat mengundi di kaunter SPR sebelum menjalankan tanggungjawab bagi menentukan wakil mereka bagi Parlimen Permatang Pauh.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meninjau pusat pembuangan undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2. Hadir sama pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersalaman dengan pengundi-pengundi semasa tiba di pusat pengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah bersama isterinya Datin Latifah Asmawi dan anaknya Izwan Shah menyemak nama mereka sebaik tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sempat beramah mesra dengan para pengundi sebaik tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 di sini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meninjau suasana di kaunter semakan nama BN di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 ketika melakukan tinjauan ke pusat-pusat pengundian di sini.


SESAK ... Keadaan lalulintas sesak berikutan orang ramai keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih calon di kawasan pusat pengundian pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Penyokong BN di Permatang Pasir terus merayu undi kepada pengundi-pengundi di kawasan itu sejak awal pagi.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) mengangkat tangan kepada penyokong-penyokong BN ketika mengadakan lawatan di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2. Mohd Najib hadir untuk memberi sokongan kepada calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah yang bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang pauh hari ini.


Walaupun berkerusi roda, seorang warga emas tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang lalu di hadapan penyokong-penyokong BN ketika mengadakan tinjauan di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.


Penyokong PKR menunjukkan wang kertas RM50 kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Seorang penyokong PKR ditahan polis di luar Sekolah Kebangsaan Penanti.


Warga tua, Azizah Md Saad ,65, dibantu kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan kertas undi selepas menunaikan tanggungjawabnya di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.


Penyokong BN menunjukkan kepada penyokong PKR berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan dua Exco Perak yang ditahan kerana terlibat dengan rasuah semasa berkempen di di Jalan Permatang Pauh.


Walaupun bertongkat, warga emas Mohd Tahir Wan, 83, tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2