Friday, July 4, 2008

Honda Stream Baru



MPV lagi! Kenderaan segmen begini sudah makin mendapat tempat dan perhatian masyarakat Malaysia. Mungkin selain pelbagai guna, saiz dan ruang yang luas menjadi pilihan untuk mereka yang sudah berkeluarga.

Namun Honda Stream Baru ini bukan sahaja sesuai untuk yang sudah berkeluarga, malah untuk mereka yang berdua sahaja pun boleh… tetap nampak anggun. Kesempatan yang diberi Honda Malaysia untuk menguji Stream generasi kedua ini, digunakan sebaik-baiknya.

Stream generasi pertama mula diperkenalkan pada tahun 2000. Kali ini saya benar-benar menguji kepelbagaian penggunaan saiz dan ruang ini. Kebetulan pula ada majlis kenduri di kampung, waktu yang tepat saya menguji samada kenderaan ini benar-benar pelbagai guna atau sekadar hebat hanya di dalam iklan sahaja.


Luaran yang sporty mantap


Bentuk dan ketinggian Stream sudah berubah dan nampak lebih sporty dan mantap. Rekaannya ada irasiras ‘abangnya’ iaitu Odyssey dan bahagian tepi cermin belakangnya seperti CRV baru. Namun apa yang pasti, Honda tetap mengekalkan kesempurnaan reka bentuknya. Sukar mencari kelemahan rekaan. Lampu berbentuk tirus, namun amat terang. Begitu juga dengan lampu belakang. Rim sport 15 inci menampakkan kenderaan ini tidak terlalu tinggi dan umpama sebuah kenderaan sedan biasa. Secara keseluruhannya, menarik dan mantap.


Kepuasan ruang dalaman


Ini merupakan perkara yang paling utama untuk Stream. Ruang dalaman yang luas dan selesa. Dengan dua baris tempat duduk di belakang boleh dilipat, maka akan memaksimumkan penggunaan ruang. Dengan menurunkan baris tempat duduk ketiga, di ruang itu, saya sumbat dengan barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung.
Ditambah pula dengan barang-barang bayi, seperti tab mandi, rocking chair, beg-beg, bakul dan bermacam lagi kelengkapan. Semuanya muat!


Pemanduan lancar bertenaga

Dengan enjin 1.8 SOHC i-VTEC, ianya memang lancar dan bertenaga. Tiada masalah memandu kenderaan ini. Malah anda tidak terasa yang kelajuan anda sudah melebihi had laju kerana bunyi-bunyian asing dari luar amat kurang sekali selain kelancaran enjinnya yang tetap hebat di pelbagai permukaan jalan. Dengan gear transmisi elektronik automatik 5 kelajuan, pengendaliannya seperti sebuah kereta walaupun ianya MPV!


Keseluruhan


Faktor keselamatan tiada kompromi buat Stream dengan teknologi Kawalan G-Force di mana jika berlaku kemalangan, Stream menerima dan menyuraikan remukan sambil mengekalkan zon selamat untuk penumpang. Terdapat empat pilihan warna dan harga atas jalan RM149,800 adalah harga yang agak munasabah. Penggunaan petrol juga menjimatkan dan mampu bergerak sejauh 500 km dengan satu isian penuh pada pelbagai kelajuan, membawa barang atau penumpang. Pendapat saya, inilah kenderaan yang dicari-cari jika saya mampu memilikinya satu hari nanti… wait for me Stream!


Spesifikasi

Model: Stream 1.8L i-VTEC
Enjin: 1799 Kuasa: (140ps) kuasa kuda pada 6300rpm
Tork: 174 (Nm) / 4300 rpm
Transmisi: 5 kelajuan automatik
Kapasiti minyak: 55 liter
Harga: RM149, 800 (tanpa insurans)

Tampak hebat, lebih gaya

Zack melihat rambut barunya dalam cermin berulang kali. Kemudian dia membelek pula majalah yang dari tadi dipegangnya. Kenapa model itu kelihatan hebat dan bergaya, tetapi apabila dia meniru gaya rambut itu, dia nampak seperti tak kena… atau lebih tepat, tak sesuai. Geram pun ada dalam hatinya memikirkan RM yang sudah banyak dibelanjakan.

Bagaimana menentukan stail dan potongan rambut yang sesuai untuk anda? Mahu tampil bergaya bukan hanya semata-mata meniru stail rambut seorang di majalah yang berkilat cantik, sebaliknya anda juga perlu ketahui ciri-ciri dan bentuk wajah sebelum mengubah stail rambut baru.


Ketahui stail dan potongan sesuai?


Baru-baru ini saya ke sebuah salun rambut yang terletak di Mutiara Damansara. Sementara pendandan sedang asyik membelai rambut, saya bertanyakan kepadanya trend terkini rambut lelaki. Jawapannya ringkas, “Ikut suka!” Ikut suka? Maknanya apa sahaja stail boleh digayakan? Apa yang bermain di fikiran anda sekarang atau apakah maknanya kepada anda?

Sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam dandanan rambut, dia tidak menetapkan apa-apa stail atau trend kepada pelanggan. Sebaliknya dia mengikut stail yang dikehendaki. Namun dia memberi saranan, adalah amat penting potongan atau stail rambut yang sesuai perlulah bergantung kepada bentuk kepala, tekstur rambut dan ciri-ciri bentuk wajah.

Walau bagaimanapun ini bukannya alasan untuk anda tidak mencuba mendapatkan stail rambut baru yang sesuai dan sempurna. Sebagai langkah permulaan untuk memberikan inspirasi kepada anda mendapatkan potongan atau stail rambut yang berbeza, berikut beberapa contoh potongan dan stail yang patut anda cuba.

Potongan pendek
Kebanyakan selebriti terutama di barat hari ini memilih potongan rambut shorter route. Di mana rambut dipotong pendek pada keseluruhan kepala atau dipanggil ‘neat’. Ada yang berpendapat mereka memilih potongan rambut sebegini kerana tidak memerlukan penggayaan dan penjagaan yang rapi. Lebih mudah diurus dan ringkas. Jika anda memilih untuk menggayakan rambut yang selalu digayakan oleh Matthew Fox ini, panjang rambut yang dipotong bergantung kepada anda. Sama ada betulbetul pendek sehingga menampakkan kulit kepala atau hampir potongan crew. Kedua-duanya sesuai.

Separuh panjang dan messy
Anda juga boleh menggayakan stail rambut separuh panjang. Sama ada ia panjang di bahagian belakang atau di bahagian atas. Semuanya terpulang kepada anda. Ia juga lebih bergantung kepada bagaimana anda menggayakannya. Anda boleh menggayakan dengan kemas atau kelihatan seperti ‘just got out of bed’, atau biarkan sahaja secara semula jadi tanpa menggayakannya.

Ikut saja gaya rambut ala Scott Speedman, pelakon filem Underworld I & II. Namun untuk lebih menarik, gunakan apa sahaja produk penggayaan bagi menjadikan rambut anda lebih bertekstur dan beralun.

Aku Seorang Pemarah?

Marah? Siapa yang tidak pernah marah seumur hidupnya? Rasanya semua individu, tidak kira lelaki atau wanita pernah marah akan sesuatu, marah kepada seseorang, waima dirinya sendiri. Marah adalah emosi semulajadi yang jarang dapat kita elakkan dan ia sukar untuk dikawal.

Tetapi, apa pula kisahnya apabila rasa marah beraja di hati hingga mencengkam jiwa? Banyak label yang diberikan kepada lelaki yang pemarah, contohnya gengster tahi minyak, kaki gaduh, kepala angin, panas baran dan beberapa cop lain yang mempunyai konotasi yang agak negatif.

Dipendekkan cerita, lelaki yang mudah berasa marah adalah termasuk di dalam golongan individu yang kurang stabil kerana kadang kala lelaki seperti ini boleh membawa bahaya kepada orang lain (dan juga dirinya sendiri tanpa disedari).

Masalah yang paling besar apabila seorang individu sedang berasa marah adalah hilang daya kemampuan untuk berfikir serta membuat pertimbangan secara rasional. Bayangkan dilema serta kerumitan yang mungkin timbul jika kemarahan yang sedang membuak di dada seorang lelaki ‘disembur’ kepada orang lain yang berada di sisinya seperti isteri, anak atau teman sekerja lelaki tersebut…

Seperti lumrah, penyesalan hanya akan hadir setelah nasi bertukar menjadi bubur hingga akhirnya kering menjadi kerak dan hangus…

*******

Bicara Julai ‘08
“Ada tak cara paling berkesan nak kurang rasa marah? Hari tu saya marah sangat pasal hal tempat kerja sampai terbawa ke rumah. Saya terlampau marah sampai nyaris terpukul anak bongsu saya yang kebetulan hari tu asyik meragam. Tuhan saja tau betapa lega hati saya tak terbuat perangai ganas macam tu.

“Memang saya bengis sikit kata orang, kat tempat kerja, bos pun pernah kena bentak dengan saya! Kadang-kadang rasa macho juga dan lega lepas marah. Tapikan, saya sedar itu bukan cara terbaik luahkan rasa marah dan tindakan tu bodoh sebab boleh makan diri saya sendiri satu hari nanti.

Apa kata Tuan?”

Ridwan Rafie
Pinggir Ibu kota

*******

Apa kata saya?
Tentunya cara yang diambil Ridwan untuk melepaskan kemarahannya bukan cara yang terbaik dan ia bukan cara yang produktif untuk mengurangkan kemarahan yang membakar di dadanya. Tetapi saya yakin, Ridwan sendiri sedar tentang perkara ini seperti juga ramai lelaki lain yang mungkin dicop sebagai kepala angin dan panas baran.

Jika diperhalusi, melepaskan rasa marah sesuka hati kita boleh membawa bencana yang lebih besar misalnya, jika seorang lelaki yang sedang marah akhirnya bertindak agresif dan ganas di luar batasan. Ini kerana tindakan fizikal yang melampau sering kali menyusul apabila rasa marah berada di luar kawalan diri.

Akan tetapi, daripada pengalaman saya sendiri apabila kita sedang amat marah, semua perkara rasional seakan-akan ‘terpadam’ sebentar daripada ingatan. Kadang-kadang seperti kita dirasuk oleh hantu atau syaitan, sebilangan kaum lelaki mudah menjadi berang apabila berasa amat marah hingga pintu boleh ditumbuk, televisyen boleh disepak, barang-barang kaca dapur boleh dibaling hingga hancur.

Dan seperti biasa, penyesalan yang datang selepas rasa marah itu reda – lazimnya sudah terlambat. Mula melatih diri untuk bersabar dari detik ini Meminta seorang lelaki yang sedang marah untuk bersabar, ada kalanya tidak ubah seperti mencurah air ke dalam kuali dengan minyak panas.

Ada pula waktunya, si polan yang meminta lelaki itu bersabar pula akan menjadi mangsa tangan atau kaki lelaki berkenaan! Ertinya di sini, nilai kesabaran harus datang dari dalam diri lelaki berkenaan. Biar betapa lama masa yang diambil dan tanpa memberi terlalu banyak alasan, saya, anda serta manamana lelaki yang mudah berasa marah perlu belajar dan terus-menerus melatih untuk bersabar dan membantu meredakan kemarahan dalam diri.

Langkah mudah adalah seperti menjauhkan diri daripada individu atau situasi yang membuatkan kita marah untuk beberapa ketika. Minta juga ‘disedarkan’ oleh orang di sekeliling kita ketika kita sedang marah agar kita boleh berhenti sebentar untuk menarik nafas dan meredakan keadaan.

Dan jangan lupa aktiviti kerohanian dan keagamaan untuk melemahkan nafsu marah yang mudah menyerang seorang lelaki. Dengan melakukan ibadah contohnya, pasti dapat melegakan hati yang mudah diserang rasa marah yang kronik.

KONTEMPORARI TROPIKA DI RUANG MAKAN

KONTEMPORARI TROPIKA DI RUANG MAKAN

Kediaman berkonsepkan kontemporari tropika terserlah melalui pemilihan material yang menyempurnakan ruang menonton dan ruang makan formal ini.

Binaan bongkah kayu vertikal yang dibina sebagai pembahagi ruang makan dan ruang menonton, serta kaunter bar yang membahagikan ruang dapur dan ruang makan nampaknya sengaja diwujudkan untuk memperjelaskan konsep terbuka antara ruang-ruang utamanya.

Ruang makan formal pula nampaknya begitu selesa dengan pemilihan lantai lamina rona krim muda. Gandingan meja makan dengan enam tempat duduk yang berwarna gelap begitu menonjol di ruangan yang berlatar cerah.

Permainan mozek persegi lima rona yang disusun bersama kepingan jubin slate, sengaja dipilih untuk memenuhi dinding utama ruang makan. Selain berperanan sebagai titik tumpu, kewujudan dinding ini memperjelaskan lagi konsep kontemporari tropika yang menjadi idaman mereka.


Dari aspek pencahayaan pula, pemilik memilih pencahayaan kuning untuk membangkitkan mood pada ruang makan ini. Kelihatan lampu halogen suluhan bawah dengan bingkai persegi menjadi pilihan untuk menampilkan cita rasa moden. Penambahan aksesori lain seperti singki, kepala paip, cermin yang berciri moden dan ringkas, ternyata membantu melengkapkan lagi gaya ruangan. Pemilik juga bijak mewujudkan laluan yang sempurna untuk ruangan ini.

Selain menyediakan laluan dari ruang menonton ke ruang makan, pemilik juga tidak lupa mewujudkan laluan dari dapur ke ruang makan. Konsep terbuka ini memberikan keselesaan optimum kepada pemilik dan sesiapa sahaja yang bertandang ke kediaman mereka.


MODEN KONTEMPORARI DI RUANG DAPUR

Dapur milik pasangan ini pasti memukau hati sesiapa sahaja yang sukakan gaya moden dan berani. Rona merah cili yang mendominasi ruang, ternyata membantu menyerlahkan lagi peranan dapur berkeluasan 20 x 17 kaki persegi ini. Berpandukan keluasan yang ada, pasangan ini bersetuju memilih kabinet dapur dengan bentuk L.

Mengisi ruang kabinet adalah dua unit singki keluli tahan karat, kepala pili serta rangkaian peralatan dapur jenama Fagor; tungku dapur, dapur induksi, hud danketuhar gelombang mikro serta ketuhar yang tentu sahaja melancarkan tugas diruangan itu. Kabinet yang menggunakan permukaan material jenis high gloss ini, turut menyediakan pintu kabinet berlubang untuk ruang penstoran tong gas.

Cara ini membolehkan gas yang terperangkap, dapat dibebaskan melalui ruang lubang pada pintu tersebut. Solid surface rona merah jambu susu pula, menurut Fiena bukan kemahuan asalnya. Hasrat awal untuk menggandingkan kabinet merah cili dengan solid surface rona hitam, terpaksa dilupakan atas nasihat kontraktor mereka. Ini kerana menurut kontraktor, rona hitam akan mudah memperlihatkan kecacatan yang jelas terutamanya jika permukaannya tercalar.

Selain permukaan kaunter kabinet, penggunaan solid surface rona sama, turut digunakan pada permukaan kaunter pulau yang terletak di tengah ruang dapur. Kata Fiena, unit kaunter pulau adalah ruang kesayangannya. Oleh itu, dia turut memastikan agar ruang itu benar-benar dapat memberikan keselesaan kepadanya kala di dapur.

Selain mewujudkan ruang simpanan di sisi hadapan dan sisi belakang kaunter, penambahan rak bertingkat di sebelah kiri bahagian hadapan kaunter dapat berfungsi sebagai unit pamer dan peraga. Kewujudan singki satu unit pula menambah peranan kaunter pulau sebagai tempat penyediaan untuk memasak. Kaunter pulau kecil dengan kerusi bar metalik pula menjadikan ruang memasak Fiena dan Nik penuh gaya.

Idea kabinet gantung mengikut ruang tingkap juga satu kelainan. Di samping itu, penggunaan cornice rona hitam menyempurnakan lagi reka bentuk kabinet gantung yang mencecah siling. Kabinet gantung dengan pintu kaca berkabut, turut ditampilkan bagi memperlihatkan ciri moden.

Mozek kaca dengan rona putih, merah, kuning dan oren yang disusun berselang-seli di latar dinding menjadikan ruang tampil mempesona. Jubin persegi kalis air pula sengaja dipilih melatari lantai dan dasar luar kabinet dapur untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan lantai.

Fasha pilih anggota tentera

“SAYA hanya boleh cakap dia seorang tentera dan berumur 24 tahun. Tentang dia kerabat atau pun tidak, saya tak boleh komen apa-apa,” ujar pelakon popular, Fasha Sandha ketika dihubungi baru-baru ini.

Fasha berkata demikian ketika ditanya tentang gosip yang mengatakannya sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang kerabat diraja. Bagaimanapun gosip tersebut tidak menyatakan kerabat diraja yang masih bujang itu berasal dari negeri mana.

Fasha yang sebelum ini cukup popular melalui filem 9 September dan Cinta U-Turn ini menjelaskan dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut namun mengakui dirinya bahagia ‘berkawan’ dengan jejaka bertuah itu.

“Saya selesa berkawan dengannya kerana dia cukup menghormati orang tua, rapat dengan keluarga, berkerjaya serta mampu bangun pagi setiap hari. Perkara-perkara tersebut, membuatkan hubungan kami menjadi lebih rapat walaupun baru beberapa bulan kami menjalinkan perhubungan,” ujar Fasha tenang.

Fasha turut memberitahu, mereka berdua kini masih dalam peringkat mengenali hati budi antara satu sama lain. Katanya belum timbul soal pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat kerana perhubungan yang terjalin masih terlalu ‘muda’. Ditanya tentang pendapat ibunya, Hatijah Teh Mah tentang jejaka tersebut, Fasha memberitahu ibunya seronok serta menyukai keperibadian jejaka tersebut yang disifatkan amat merendah diri dan jujur dalam menjalinkan persahabatan dengan anaknya itu.

“Ibu sentiasa memberikan sokongan kepada saya. Apa yang paling penting pilihan saya adalah lelaki bujang,” ujar Fasha yang baru sahaja pulang dari Bangkok, Thailand kerana terlibat dengan penggambaran iklan komersial terbaru Garnier. Sebelum ini pelakon jelita yang juga jurucakap produk kecantikan Maybelline, pernah dikaitkan mempunyai hubungan baik dengan seorang ahli perniagaan terkenal, yang lebih dikenali sebagai Datuk S.

Amal 'Pelaris' Nak Cepat Kaya -Pelaris Makan Tuan

GARA-gara ingin memperolehi keuntungan besar, kaya dan hidup senang, akhirnya seorang peniaga wanita tertipu oleh bomoh apabila pelaris perniagaan yang diamalkan menarik sebahagian keuntungan yang diperolehi. Wanita yang menjual makanan dan minuman menemui seorang bomoh di Klang dengan harapan bomoh itu dapat membantunya dalam melariskan lagi perniagaan yang diusahakannya.

Bomoh itu memberikan sebaris ayat untuk diamalkan dan ternyata perniagaan semakin mendapat kunjungan pelanggan. Namun, apa yang menghairankan peniaga itu adalah keuntungan yang diperolehi itu hanya tinggal separuh sahaja daripada anggaran keuntungan yang sebenar. Berasa sangsi dengan apa yang berlaku itu, peniaga wanita itu bertemu dengan pengamal perubatan Islam, Hamdan Haji Abdul Ghani dan menceritakan kejadian pelik yang berlaku padanya.

“Dia sudah lama berniaga. Namun, dia merasakan perniagaannya perlu ada pelaris lalu dia mengambil keputusan untuk bertemu bomoh di Klang. Bomoh itu memberikan dia sepotong ayat yang berbunyi seperti ayat Al-Quran. “Ayat yang diselewengkan itu memberikan keyakinan kepada peniaga itu bahawa bomoh itu menjalankan perubatan tradisional secara Islam.

Apabila diamalkan setiap hari, perniagaan juga semakin hari semakin maju. “Namun peniaga itu berasa pelik kerana keuntungan yang sepatutnya besar hanya tinggal separuh sahaja. Kalau dia menolak kos, keuntungan yang sepatutnya mencapai RM3,000 hanya tinggal RM1,500 sahaja,” cerita Hamdan.

Wanita itu juga memberitahu bahawa dia tidak boleh melupakan ayat yang diberikan bomoh berkenaan dan semasa diberikan ayat itu, dia begitu mudah untuk menghafalnya.

Kawan biar seribu di Friendster

Bayangkan kita baling batu dikalangan orang ramai dan terkena pada seseorang. Jika ditanya adakah mereka mempunyai Friendster, jawapannya adalah ya. Apakah kaitan antara batu dan Friendster? Tiada, cuma hendak memberi perumpamaan tentang bilangan pengguna Friendster yang semakin meningkat dengan hampir semua individu kita kenali berdaftar dengannya atau paling tidak pernah mendengar tentang Friendster.

Laman Web rangkaian sosial ini telah menjadi satu fenomena hebat dikalangan pengguna Internet Malaysia dengan statistik terkini menunjukkan 29% daripada populasi pengguna Internet negara ini memiliki Friendster. Itu bermakna daripada kseluruhan 14.9 juta populasi Internet Malaysia, 4.2 juta daripadanya berdaftar dengan Friendster. Cukup ramai dan bilangan ini dijangka semakin meningkat berdasarkan kepada ‘trend’ dan keperluan laman komuniti ini untuk orang ramai berhubung dan mencari kenalan baru (faktor utama penggunaan Friendster di Malaysia).

Malah menurut Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran Friendster, Jeff Roberto dalam satu pertemuan dengannya baru-baru ini, pengguna Malaysia merupakan pengguna Friendster paling aktif di dunia. Ia termasuk mereka yang memiliki akaun Friendster atau pengguna biasa yang sekadar melawat ke laman Web berkenaan memberi trafik tinggi setiap bulan. Friendster juga merupakan laman web kedua paling banyak dikunjungi selepas Yahoo! dan di rantau ini sahaja 18.6% pengguna Friendster datangnya daripada Malaysia. Boleh tahan juga orang kita!

Filipina mempunyai pengguna Friendster paling ramai di rantau Asia Pasifik iaitu 39.9%, diikuti oleh Malaysia 18.6%, Singapura 14.2% dan Indonesia 13.9% mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Alexa. Maka tidak hairanlah jika kita lihat senarai 15 negara paling banyak mengkases Friendster datangnya dari negara-negara Asia Pasifik termasuk Hong Kong, China, Jepun, Taiwan dan Korea serta lebih 25 juta pelawat unik Friendster setiap bulan adalah dari rantau ini. Siapa pula pengguna Friendster di Malaysia? Tentu sahaja wanita lebih ramai bilangannya iaitu sebanyak 55% manakala pengguna lelaki 45%. Angka ini hampir sama seperti negara-negara Asia lain. Bukan remaja sahaja kini bersosial di Friendster, malah mereka yang bekerja, sudah berkeluarga, artis, selebriti dan yang berumur juga seronok berkawan-kawan di Friendster. Pengguna Malaysia menghabiskan purata 245 minit setiap bulan (perseorangan) di Friendster, menunjukkan ketagihan bersosial tinggi di laman web ini berbanding laman sosial lain di Internet seperti MySpace dan Facebook (Comscore Oktober 2007).


Peningkatan... Pembaharuan

Memandangkan bilangan pengguna Friendster semakin meningkat iaitu 58 juta pengguna berdaftar, 28.4 juta pelawat unik dan kini berada di kedudukan ke-15 laman web paling banyak dikunjungi di Internet, Friendster terus membuat peningkatan dan pembaharuan terhadap laman web tersebut. Ia kini boleh diakses dalam tiga bahasa baru iaitu Jepun, Korea dan bahasa China mudah menjadikan ia keseluruhan enam bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Inggeris Mudah dan China Tradisional. Bahasa-bahasa ini dikatakan mewakili 56 peratus bahasa yang digunakan oleh pengguna Internet.

Ditanya adakah Friendster akan menambah Bahasa Melayu di dalam laman webnya? David Jones memberitahu bahawa kemungkinan itu ada dan Friendster mungkin akan mempertimbangkannya. Cuma lambat atau cepat tidak dapat dipastikan lagi. Friendster menurutnya akan fokus terhadap menambah lebih banyak kumpulan Profil Peminat dan pembinaan aplikasi sebelum memikirkan ingin menambah bahasa lain di dalam laman wb berkenaan. Kita hanya boleh menunggu dan berharap satu masa nanti Friendster akan menambah bahasa Melayu didalam web tersebut. Ia sedikit sebanyak akan memudahkan kita melihat blog individu lain dan membaca kandungan secara lebih difahami (terjemahan)

Selain itu, satu lagi ciri menarik Friendster anda menu Sekolah dan Rakan Sekolah. Menu ini membolehkan anda mencari dan berhubung dengan rakan sekolah lama atau mungkin boleh digunakan untuk membentuk satu komuniti sekolah yang berhubung secara maya. Anda dapat mengikuti perkembangan rakan-rakan sekolah dan siapa sangka mungkin rakan anda yang terputus hubungan sejak 20 tahun lalu boleh dijumpai di Friendster. Tentu menyeronokkan!

Friendster menyokong sekolah-sekolah daripada negara Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Ireland, Australia, New Zealand, India, Kanada dan Norway. Lebih banyak sekolah daripada negara lain akan ditambah untuk pengguna mengaksesnya tidak lama lagi. Lebih menarik lagi, Friendster akan memastikan anda menerima makluman menerusi emel dan mobil (sedang diusahakan) sekiranya terdapat rakan baru menyertai komuniti sekolah anda atau terdapat kandungan baru dalam Profil Peminat dan sebagainya. Jadi anda tidak bersusah-susah lagi untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan dan kekal berhubung sama ada berada atau tidak berada di Friendster.

10 Ramalan Ancaman Serangan 2008

Masih belum terlewat untuk membuat ramalan tentang ancaman komputer yang bakal berlaku tahun ini. Richard Stiennon, Ketua Pegawai Pemasaran Fortinet menerusi artikelnya menjelaskan bahawa, meskipun kecurian talian bukan perkara baru, namun penjenayah siber sedang mencari jalan untuk mendapatkan keuntungan besar berbilion ringgit menerusi cubaan sofistikated Internet. Dengan keuntungan di depan mata, pendekatan serangan adalah semakin licik dan jumlah mangsa juga semakin meningkat. Oleh kerana itu menurutnya, organisasi memerlukan perlindungan yang lebih ekstrim bagi memastikan keselamatan data dan kewangan terkawal daripada sasaran serangan penjenayah siber.

Menerusi pemerhatian yang dibuat oleh Richard Stiennon, tahun ini berkemungkinan kita dapat melihat serangan dilakukan secara pintar menerusi laman rangkaian sosial, aplikasi perisian On-Demand, E-dagang dan Perniagaan Kecil Perniagaan Sederhana (SMB) dalam fesyen yang boleh memberi penjenayah siber mendapat keuntungan dua kali ganda. Ia dijangka menggerakkan pasaran gelap antara USD 5 bilion hingga USD 10 bilion. Sememangnya jumlah yang banyak!


Oleh itu, 10 Ramalan yang dijangkakan untuk 2008 ialah:

1.Widget Facebook sebar Malware.
Rangkaian sosial popular ini membenarkan pengguna mencipta dan menerbitkan aplikasi kecil serta Widget di laman web masing-masing. Ia boleh merangkumi apa-apa sahaja. Oleh itu, kita bakal melihat percubaan menceroboh Facebook menerusi Widget. Ia boleh berlaku sama ada menerusi aplikasi sedia ada yang serta merta membenarkan kod berniat jahat Trojan dimuat turun. Atau ia merupakan aplikasi baru yang dipasang untuk mencuri informasi atau menjangkiti komputer pelawat.

2. OpenSocial buka risiko serangan.
Kadangkala perkara baik juga boleh mendatangkan masalah. Kewujudan OpenSocial, iaitu percubaan untuk menghapuskan jurang antara rangkaian sosial dengan membenarkan perkongsian aplikasi dan Widget juga boleh memungkinkan lebih banyak serangan. Ia meningkatkan risiko untuk eksploitasi berlaku dan dijangkakan percubaan pertama menceroboh rangkaian sosial ialah dengan mengeksploitasi peralatan OpenSocial.

3. Salesforce.com AppStore mengalami insiden kehilangan data.
Pada 2007, kita melihat Salesforce.com (SFDC) menjadi sasaran serangan Phishing. Apabila maklumat peribadi mangsa dicuri, ia akan digunakn untuk mencapai akses kepada pangkalan data kontak dan mangsa akan menerima serangan Spam. Bayangkan kuasa aplikasi SFDC yang digunakan dengan banyaknya untuk mencuri informasi memungkinkan tahun ini ia akan dieksploitasi lagi untuk tujuan yang lebih jahat.

4. Serangan dari China
2008 akan menunjukkan serangan ancaman komputer dari China berterusan terhadap kerajaan dan industri di Barat. Lebih banyak hal dalaman agensi kerajaan akan didedahkan kepada umum.

5. Serangan untuk tujuan politik.
Mei tahun lalu, perbalahan merebut tugu peringatan perang di Estonia mencetuskan serangan siber besar-besaran menentang Estonia oleh rejim Putin. Dijangkakan Rusia akan terus menggunakan cara ini sebagai peralatan memeras siber bagi menjalankan niat politik mereka.

6. Jenayah siber semakin dekat dan peribadi.
Jenayah siber terancang (sasaran) akan memberi keuntungan yang lebih kepada penjenayah siber. Tahun lalu, Igor Klopov, remaja 24 tahun daripada Rusia menggunakan senarai Forbes individu Amerika terkaya untuk mencari sasaran di Texas. Lebih banyak syarikat dan individu mungkin terlibat dalam serangan di 2008.

7. Pasaran kewangan diganggu oleh muslihat licik.
Sebagai contoh Pump and Dump yang digabungkan dengan DDoS. Penceroboh boleh menggunakan serangan Phishing untuk mencapai akses ke akaun komisen broker di talian. Mereka menutup portfolio saham mangsa dan membeli saham lain. Mereka kemudian menjalankan serangan besar-besaran menentang syarikat disebalik saham berkenaan dan mendapat keuntungan apabila saham jatuh.

8. Melihat kesan Trojan Storm.
Trojan Storm antara Malware sofistikated yang belum digunakan tetapi telah disebarkan dengan banyaknya tahun lalu iaitu anggaran 50 juta. Ia merupakan senjata gangguan paling banyak dipasang di Internet dan mungkin 2008 ini kita bakal melihat kesannya.

9. DDoS serang E-Dagang dan laman media.
Organisasi pengganas akan menggunakan DdoS sebagai senjata menyerang E-Dagang dan laman media. Ia juga boleh mengakibatkan insiden membabitkan isu keagamaan yang bakal menaikkan kemarahan banyak pihak.

10. Eskploitasi konsol permainan di Internet.
Ia diramal akan berlaku terutama menerusi Wii di mana sistem yang tidak dilindungi mudah dijangkiti Malware. Salah satu peluang besar serangan adalah menerusi perangkaian antara konsol permainan. Dengan tahap pemilikan konsol permainan oleh penceroboh semakin meluas, anda boleh jangkakan apa bakal berlaku untuk konsol permainan di 2008. Lebih banyak konsol permainan boleh diceroboh dan dijangkiti Malware.

MUTIARA HATI

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.


Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.


Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.


Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.


Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.


Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.


Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.


Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga
.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse


Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan


Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur


Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze


Awal mula pohon ialah benih.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.


Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.


Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...


Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.


Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia

Orang yang berkhianat selalu terhina.

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -Emerson

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.


Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya -Saidina Ali

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu..
-Whittier


Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Apakah diharapkan hujan tanpa awan.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)


Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang
(Saidina Ali)

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.


Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
- Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
-Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya - Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? -Benjamin Franklin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran- Horatius

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan - Mognon Me Lauhlin

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan

Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang -Pepatah inggeris

Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah -Rahmohan Ghandi

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Cinta Dalam Pandangan ISLAM

"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam Islam, mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah
Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, cuma bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi merekaa€¦).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya"-riwayat Bukhari. Rasulullah pernah berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.

2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan
Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki ajnabi sendirian, seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis riwayat Imam Bukhari. Perempuan juga dilarang berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan, tidak di tengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki. Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan berdua - duaan.

3. Berpegangan tangan
Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye'ah. Bahkan rasulullah akan mengambil bye'ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi mengambil bye'ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!

4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah. Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan"-(riwayat imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya, ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya. Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri kepada zina, dan ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan, Demi diriku yang berada dalam tanganNya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika sekiranya seorang lelaki berhimpit dengan seekor bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya". Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua bersama, kalau di zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin berdua-duaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu memanglah satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka bumi ini untuk belajar bersama sama. atau sudah tiada pelajar yang sama jantina yang boleh membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri : "Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata. saya mengajarkannya al-Quran". Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram.

PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau tidak Seperti yang kita tahu, telefon dan SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul, sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau dalam masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar percakapan wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya aman dari fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari mengingati Allah Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim misalnya, terdapat hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para muslimah dengan percakapan. Ibnu Hajar dalam syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar percakapan perempuan itu adalah harus, dan suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula dalam syarah sahih muslim menyatakan: dalam hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat atau tujuan, dan suara mereka bukanlah aurat. (rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s 276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ..."(al-Ahzab: 53) Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits bagi orang yang ingin mengambil hadits mereka. Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar." Di dalam Al-Quran juga kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda, putri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib alaihissalam) yang bercakap dengan Musa, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "... Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya." (al-Qashash: 23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bias membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit." Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan yang baik". Melalui hujah ini, maka harus untuk seseorang bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, dengan hajat dan tujuan yang baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam contoh-contoh di atas serta aman dari fitnah, syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan oleh diri orang yang menelefon atau memberi sms itu sendiri, samaada percakapannya itu menimbulkan fitnah atau tidak, melalaikan atau
tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri dan orang lain,maka itu antara dia dan Allah Ta'ala.

Cinta sebagai satu fitrah
Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi