Sunday, September 28, 2008

Che Che New York


KOLEKSI ini mempunyai gambar kucing dan anjing.


CHE CHE NEW YORK, satu lagi jenama antarabangsa melabuh tirai di kota metropolitan Kuala Lumpur memperagakan rangkaian beg tangan dan aksesori bagi wanita yang mengimpikan penampilan chic, glamor dan feminin.


KOLEKSI terbaru musim luruh/sejuk 2008 membeli kelainan.


Syarikat yang wujud sejak lapan tahun lalu di kota Manhattan ini merupakan jenama yang disegani.Ketua Pegawai Eksekutif Che Che New York Malaysia, Sue Ong memberitahu, kejayaan dan populariti jenama ini terletak pada kegigihan tiga orang adik beradik yang dikenali sebagai Eliza, Helen dan Marilyn.


PELENGKAP aksesori ini menjadi penyampai mesej berguna.


Che Che mengutamakan keluarga. Ini lebih terserlah apabila nama jenama ini turut dipilih mengikut nama keluarga tiga wanita itu. Jika anda meneliti setiap rekaan beg tangan dalam koleksi ini akan mempunyai gambar seekor kucing dan anjing."Motifnya, mereka ingin menerap dan menyampaikan mesej sayangi alam sekitar dan haiwan. Sebagai pelengkap aksesori, beg tangan Che Che turut berperanan sebagai penyampai mesej berguna pada masyarakat tempatan," katanya kepada Kosmo!, baru-baru ini.




Lokasi: Di pusat beli-belah Mid Valley, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

Produk: Beg tangan rekaan sulaman manik, beg tangan kulit, beg tangan yang diperbuat daripada kain baldu, sapu tangan sutera dan beg kecil telefon bimbit.

Konsep: Rekaan dalaman butik bertaraf antarabangsa ini mengetengahkan konsep urban dan kontemporari. Setiap beg tangan dan produk lain diperagakan secara kreatif.

Tarikan: Koleksi terbaru musim luruh/sejuk 2008 jenama Che Che New York memaparkan keunikan rekaan beg tangan yang dipenuhi sulaman dan manik. Setiap rekaan beg tangan ini sesuai bagi golongan wanita yang sentiasa kelihatan chic, seksi dan remaja.

Harga: RM50 hingga RM400

Waktu operasi: Pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Tel: 012-9146503 (KC Lai).

Rahsia Pembikinan Lemang




TUGAS mencari, menebang dan memotong ruas buluh lemang serta membawanya pulang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Selain risiko miang buluh yang ditebang terlekat di badan, 'nyanyian' nyamuk yang berlagu rancak membingitkan telinga dan mendatangkan ketidakselesaan.Di Kampung Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan, kami ditemani Mohd. Sani Shariff dan dua remaja, Muhd. Rijal Mohd. Nor serta Mohd. Saiful Sahar. Misi kami ialah untuk mencari dan menebang buluh tidak jauh dari kampung tersebut.


PENJAGAAN api amat penting dalam proses pembakaran lemang.


Menurut Mohd. Sani, terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi ketika mencari dan menebang buluh untuk dibuat lemang. Jika tidak, lemang yang dibuat mungkin tidak menjadi.

"Kata orang tua-tua, buluh yang sudah ditebang atau siap dipotong mengikut ruasnya tidak boleh dilangkah kerana ia boleh menyebabkan lemang membuak keluar atau muntah sewaktu dibakar."Oleh itu, sewaktu proses mencari buluh berkenaan, setiap orang perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara tersebut. Jika telah dibawa pulang ke rumah pun, pantang tersebut harus dipatuhi," jelas Mohd. Sani, 45, yang berpengalaman luas mencari buluh lemang.


IKUT putaran jam. Beras pulut dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisang. Diikuti dengan dimasukkan santan. Beras pulut sedia dibakar.


Antara petua lain ialah buluh yang ingin ditebang harus mempunyai ruas yang panjang dan tidak boleh terlalu pendek. Ini memudahkan proses memasukkan daun pisang.Tambah Mohd. Sani, setiap buluh yang diambil harus mempunyai ketebalan yang sederhana atau tidak terlalu tebal di permukaan hingga ke rongga dalam.



"Paling elok diameter ketebalan sesuatu buluh ialah 0.5 sentimeter. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pembakaran lemang. Jika buluh terlalu tebal, lemang akan lambat masak dan rasanya tidak begitu enak," ujar Mohd. Saiful sambil menambah, miang buluh boleh dihilangkan dengan menggosok rambut pada bahagian badan yang terkena.Lazimnya, rutin mencari buluh akan dilakukan sehari atau dua hari sebelum lemang dibuat sekitar pukul 8 atau 9 pagi. Proses tersebut akan mengambil masa lebih satu atau 2 jam bergantung kepada kepakaran seseorang menebang buluh. Buluh yang siap dipotong itu perlu diterbalikkan bagi mengelak bahagian dalamnya kering sebelum diproses untuk dibuat lemang.
BULUH yang baik dipilih sebelum ditebang.


Sementara itu, seorang lagi individu yang sudah lali dengan tugas mencari buluh lemang, Abdul Rahman Ahmad, 73, berkata, buluh yang ditebang tidak boleh terlalu muda atau terlalu tua."Sebaik-baiknya buluh tersebut sederhana usianya. Kalau buluh terlalu tua atau disebut sebagai buluh bayan, ia kurang air ketika dibakar sekali gus menjadikan lemang tidak begitu sedap."Kalau nak tahu buluh yang elok, biasanya buluh tersebut baru saja ditumbuhi daun. Tetapi jika terlalu muda, ia akan menyebabkan buluh menjadi kecut apabila dibakar," jelas Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Haji Rahman.




Haji Rahman menegaskan, golongan muda masa kini perlu mengetahui cara dan petua untuk mencari buluh dan membuat lemang. Jika tidak ujarnya, generasi akan datang mungkin akan melupakan tradisi membuat lemang sewaktu musim perayaan.

Pandangan Haji Rahman disambut baik oleh tunang kepada cucunya, Mohd. Amir Rashid, 25, yang menganggap tugas mencari buluh ini tidak harus dilupakan oleh generasi muda.

"Kalau bukan kita yang mewarisinya, siapa lagi. Oleh itu, penting untuk golongan muda khususnya remaja mempelajari teknik atau petua-petua bagi mencari dan menebang buluh untuk dibuat lemang," kata Amir yang bertugas sebagai penguatkuasa di Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Perkara ini turut dipersetujui oleh Muhd. Rijal dan Mohd. Saiful yang masing-masing berusia 20 tahun. Menurut mereka, tugas ini sebenarnya menjanjikan pengalaman yang menarik."Walaupun tubuh anda terasa gatal-gatal akibat miang rebung dan dihujani 'nyanyian' nyamuk ketika di hutan, tetapi percayalah anda akan berasa puas setelah melihat lemang yang dibuat hasil daripada buluh yang anda cari, masak dan siap dihidang untuk dimakan bersama keluarga," ujar Muhd. Rijal penuh makna.

Kesimpulannya, jika kerjaya ini semakin dilupakan apakah kita masih dapat merasai keenakan lemang yang dimasak secara tradisi?


SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.



KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia.Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50."Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang."Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,'' kata Faridah ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah."Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu.

Kreativiti YB Ramli ADUN Tepuh - Pertandingan Pelita.


pelita daripada barangan terpakai ciptaan Mohd. Syukri Abdullah bersama rakannya, Roslim Ismail berbentuk pelita Masjid Kristal, Menara Kuala Lumpur dan Ferris Wheel menjadi tarikan di Kampung Padang Hangus, kelmarin.
- Gambar AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 28 Sept. - Kedatangan Syawal tidak lama lagi sememangnya ditunggu oleh umat Islam yang menjalani ibadah berpuasa terutama kanak-kanak.Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.

Pertandingan pasang pelita sama sahaja seperti memasang lampu berwarna-warni serta membuat biskut iaitu untuk mewujudkan suasana ceria dan gembira perayaan yang datang hanya setahun sekali.Itulah yang dilakukan masyarakat Kampung Padang Hangus di Tepuh apabila pada 10 malam terakhir Ramadan setiap penduduk akan bergotong royong menyiapkan pelita menggunakan bahan-bahan terpakai.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Hangus, Sidek Salleh, 57, ketibaan 10 malam terakhir Ramadan sememangnya dinantikan penduduk kampung dan mereka awal-awal lagi mencari buluh dan tin kosong untuk dijadikan pelita yang akan dihias di sekeliling kawasan rumah masing-masing.

Kreativiti

Menurutnya, penduduk akan bergotong-royong menyiapkan pelita-pelita berkenaan dalam pelbagai bentuk mengikut kreativiti masing-masing termasuk yang paling popular menyerupai bentuk Menara Berkembar Petronas.''Bahkan golongan muda merupakan golongan yang paling banyak terlibat bergotong-royong menyiapkan pelita menggunakan minyak tanah untuk dipasang di sekeliling kampung," ujarnya.Sidek memberitahu, sebagai tanda sokongan JKKK turut menyumbang minyak tanah sebagai memberi semangat kepada penduduk yang menyertai pertandingan tersebut.Ujarnya setiap penyertaan perlulah menggunakan sekurang-kurang 50 buah pelita pelbagai rekaan untuk dipasang di keliling rumah bagi memeriahkan kawasan.

Tambahnya, setiap penduduk bebas menggunakan kreativiti masing-masing untuk mereka bentuk pelita.Menurutnya, pertandingan pasang pelita itu menawarkan hadiah lumayan kepada penduduk kampung.''Pada tahun ini kita menyediakan hadiah berupa barangan elektrik kepada pemenang dan hamper makanan kepada pemenang saguhati, ini semua sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang menyertai pertandingan ini," katanya.

Tidur Dalam Kolam - hebat!!!


Siapa boleh buat macam budak2 ini... seluruh malaysia pun tiada orang sanggup lakukan seperti ini ..tidur dalam air ... percaya tak kedua-dua budak ini dah pecahkan rekod Malaysia sebagai budak pertama yang tidur dalam air ... lama tu selama 2 minit sahaja ... kalau sesiapa ingin buat pertunjukan macam mana manusia boleh tidur dalam air ... bolehlah mempelawa dua orang manusia hebat ini ... mereka dikenali sebagai LADY WATER ... nama seorang yang hitam sikit tu FIRAS LIPAN .... DAN yang kurus tu namanya SUJI DOLAH ...anak jepung ... apa2 boleh hubungi mereka ini ditalian 00009999 ....

Kenangan PJK

Bergambar dengan isteri tersayang ... tahun 2006 .. dapatlah PJK. Alhamdulillah.

B1st Kat Awana Kijal.


Kemestian untuk kita mulakan hidup pada pagi hari ... ambillah sarapan pagi ... yang seorang tu tersenyum ke apa ? Macam buat-buat senyum aje ... nak tahu siapa dia sebelah saya tu .. namanya Nur Sujud ... oppp ..sebenarnya Nur Sajidah .... tahun 3 ... sekolah Komplek Gong Badak ... masih single lagi ..sesiapa yang ingin berkenalan dengannya boleh tel no.nya 000009999 . bye-bye

Ayam Serama .. MAHA 2008


Percaya tak harga ayam serama ini adalah RM20,000 ... sama mahal dengan Kereta kancil ... cuma yang istimewanya lihat didada ...tak mampu beli lihat gambar saja cukup.

NGV - bila lagi di Terengganu ?

Bila pulak kat k.trg ada stesen NVG ? Hairan budak Jeje ini isi NGV kat mana pulak? Betul ke? tangan sebelah kiri tu pegang apa? .... oppppp semua ini lakonan aje ... patutlah tersenyum aje .. berangan2 nak pakai kereta NGV ... almaklum tunggu 2 tahun lagi lah kat Terengganu ada NGV .. sedih ...sedih ...

Asuh dari kecil ..


Gi sekolah ... bagus kecil pun dah pakai tudung .. inilah yang islam tuntutkan .. tapi mengapa yang tua-tua dan kenamaan pun tak faham-faham kewajipan memakai tudung tu ... adalah tudung ini fesyen atau tuntutan agama... lihat nina cantik sekali dengan tudung tu ...

Betul ke lok lok tu ?

Oh budak .. berani letak tangan dalam mulut singa ... mengapa tunjuk best pulak ... rasa macam mana ? Semua ini gambaran di Muzium Terengganu.

Gigi harus dijaga ...



Gigi dikatakan mahkota kepada wajah .. so kalau dah tahu mahkota mengapa tak jaga .. inilah kesan kalu malas berus gigi ... semua model di atas cantik-cantik tapi bila disenyum nampakkan giginya ... kucing pun lari ..... So Selamat Menyambut Hari Gigi ... Jagalah Gigi Anda agar senyuman ada melahirkan senyuman menawan ....

Bersatu Kita Teguh ..


Raya juga bererti kita harus bersatu .. Dengan himpunan keluarga keutuhan hanya dapat dibina apabila kesatuan dapat dibina. Tanpa kesatuan dan sepakat kita tak mampu membina satu keluarga yang kukuh ...so lihatlah kesatuan yang membentuk satu harus dijadikan landas hidup.

Dibawah itu amat penting ... tanpa yang dibawah yang atas tiada guna.


Lihat semua cantik-cantik dibawah .. maksudku selipar.. satu kaki ain, satu kaki jeje, satu kaki abah dan dua kaki nina .. semua bergaya dengan selipar raya baru . Oh kata bawah punya pun mahu raya ... ingatlah kita bahawa banyak perkara harus dimulakan dari bawah ... Allah swt telah memberi satu pengajaran kepada kita tiada yang bawah maka tiadalah yang atas .. so jangan hanya berpendapat yang atas sahaja penting . Ini kerana tiada yang bawah maka yang atas tiada upaya untuk berdiri teguh.

Lihat kalu beraya hanya dengan pakaian baju sahaja yang baru .. masih tiada maknanya. Ini kerana berdiri teguh dan cantiknya penampilan baju kerana sokongan kaki. Oleh itu yang dikaki juga haruslah ceria dan kuat... jadi jangan terlalu sukakan pada pakaian atas tetapi mengabaikan apa yang dikaki. Saya mencadangkan sebelum membeli baju ... alas kaki harus didahulukan .. mahal kat bawah tak apa ... janji kemana kita bergerak ..kaki akan membawa kita ...

Ambillah manfaat bahawa jangan sekali kali kerana dia dibawah maka kita tidak menyukainya. Kalau kita dah jadi ketua, ingat-ingatlah bahawa kerja kita tak sempurna jika hanya kita tumpukan kepada boss sahaja ... ingat siapa yang lebih ramai boss ke orang bawah ... renunglah bersama

Selipar Raya Semangat Exam

Beli selipar untuk raya ke selipar untuk exam PMR ? tak apalah janji raya tetap kena bergaya so yang mudah bergaya dalam keadaan sekarang adalah selipar ... jenis apa tu? Mesti ada brand .. Diadora ... nak kata mahal tak sangat tetapi sama macam abah cukup. Bila boleh semua pakaian baru rasa lega sikit tension nak exam ... cuma raya 4 hari aje .. nanti balik ke sekolah ...dgn buku pulak kita beraya .. so selamat semuanya ... insyallah mudahan seperti yang didoa dan dipohon ...kita semua berjaya .. SELAMAT HARI RAYA ...

Letih bukan kerana puasa ....


Keletihan puasa ... tak apa belajar dahulu menghayati hikmat dan nikmat ramadhan.. nanti bila besar tidak susah dan memahami inilah tanggungjawab yang harus dipenuhi. Bukan satu kesukaran untuk memenuhi tanggungjawab tetapi itulah tanggungjawab kita kepada Allah swt. Sesungguhnya Kita harus bersyukur kerana kat Malaysia ning ... puasa dah jadi pesta apa tidaknya bagi mereka yang berpuasa pentang adalah waktu untuk bershopping makanan dan juadah ... hanya perlu sediakan duit sahaja .. apa yang nak semua dapat.

Lihat di atas yang puasanya kakak sajidah ...tetapi kerana memahami kakaknya tak boleh makan, si nina juga belajar puasa ... letih ..letih ..semua tertidur dalam perjalanan pulang ke rumah..

Kedai Kasut You


Mula operasi di Kuala Terengganu sekitar tahun 2004 dan kini berjaya menjadi kedai kasut pilihan warga kota K.Terengganu ... kejayaan membina empayar perniagaan dan menjadi pilihan kedai kasut warga trg merupakan satu kejayaan.

Poster Raya di Mydin Terengganu

Segalanya di Mydin Terengganu ... itulah satu kehebatan Mydin Terengganu. Kalu gi Giant harganya Mahal ..so gi Mydin save sikit bajet raya ... yang lebih menarik semua yang ada dari sampin mureh hinggalah yang mahal pun ada ...tapi satu perkara yang perlu kita semua tahu ..sampin tu buatan india cuma bunga atau coraknya bunga terengganu ... janji beraya sakan kita

Kasut Raya ..


Satu hari berpusing-pusing mencari kasut raya utk puteri bongsuKu ini.. akhirnya di kedai Bata kat Giant juga yang dapat dicari..harganya boleh tahan ... RM43.00.

tak jalan pun alaskan dapat naik cukup..

Itulah adik nina ..dapat naik mainan pun jadilah ...janji dapat naik itu yang penting .. yang pening kepalanya mamanyalah sebab nak suruh turun bukan main kena pujuk ..kalu tidak siren akan berbunyilah jawabnya..

Apakah matlamat pemasangan pagar ?


Timbul pelbagai persoalan apakah tujuan utama pagar yang dipasang bagi memisahkan meja utama dengan tastecoffee di Mydin Terengganu tu? Kalulah alasan untuk memudahkan laluan ..rasanya sebelum ini pun bukanlah perkara itu menjadi isu. Jika kerana alasan pemisahan perniagaan ada juga boleh diterima .. tetapi persoalannya mengapa ... adakah kerana tastecoffee tu ramai pelanggan ... macam-macam keadaannya kalu dah satu yang maju dan satu lagi bisnes tak berapa maju ... inilah cabaran dunia bisnes ..renung-renunglah