Friday, May 2, 2008

Anda sebagai CEO syarikat anda

Mulai hari ini, anggap diri anda sendiri memiliki syarikat dan anda sebagai CEO syarikat anda. Syarikat anda bernama: SAYA Sdn Bhd

SAYA Sdn Bhd mengeluarkan produk: Diri anda sendiri.

Dengan memikirkan anda sebgai sebuah syarikat, anda bertanggungjawab kepada diri anda sendiri untuk perbaiki:

  • Production
  • Kualiti produk anda
  • Latihan
  • Development
  • Komunikasi
  • Strategi
  • Produktiviti
  • Perkembangan
  • Kewangan

Satu strategi dalam buku-buku motivasi dan kewangan adalah untuk fikirkan diri anda sebagai “Self Employed”. Fikirkan anda adalah syarikat SAYA Sdn Bhd dan bertanggungjawab atas produk anda sendiri: DIRI ANDA!

Tidak kira apa pekerjaan anda kini, anda adalah CEO syarikat anda sendiri!

Cerminkan diri sendiri

Bukan untuk check diri anda hensem atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca ini semuanya cun-cun belaka! :)

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa depan anda.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, anda perlu ketahui dimanakah tahap ilmu perniagaan anda ketika ini. Sekiranya anda bermatlamat untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda, anda perlu lihat kedudukan keuntungan perniagaan anda ketika ini dan dari mana datangnya keuntungan tersebut supaya anda tahu bagaimana caranya untuk melipatgandakan keuntungan anda.

Produk sama tetapi pasaran berbeza

Untuk memaksimakan jualan produk atau perkhidmatan anda. Fikirkan soalan ini.

Dengan produk atau perkhidmatan anda yang sedia ada, bolehkah anda bawa ke pasaran yang berbeza?

Contoh, sekiranya saya menjual eBook 101 CaraPromosi, pasaran sedia ada adalah usahawan Internet. Bolehkah produk yang sama dijual kepada agen insurans yang ingin mempromosikan perkhidmatan mereka bukan di Internet? Bolehkah produk yang sama di pasarkan di peringkat antarabangsa (apabila dialih bahasa)? Bolehkah produk yang sama di extract (pendekkan) untuk dijadikan free gift menarik lebih ramai pembeli?

Semua ini adalah contoh produk yang sama, pasaran berbeza. Ia merupakan satu strategi untuk memaksimakan pendapatan anda. Salah satu soalan yang paling utama saya sering tanya pada diri sendiri untuk mengembangkan perniagaan-perniagaan saya adalah:

“Bagaimana perniagaan ini dapat mengaut keuntungan dari pasaran yang berbeza?”

ROYALTI HAK SIAPA : PANDANGAN TUN SALLEH ABBAS

1. Soalan : Siapakah yang berhak atas royalti minyak ini; Kerajaan Pusat atau Kerajaan Terengganu?

Jawapan : Royalti minyak adalah hak Kerajaan Negeri Terengganu yang mesti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS, sebabnya :

a. Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan bahawa hak kepunyaan petroleum keseluruhannya sama ada di darat atau di laut adalah terserah (vested) kepada PETRONAS dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuat kuasa apabila surat acara penyerahan telah ditandatangani. Penyerahan ini adalah muktamad, tidak boleh ditarik balik dan kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan PETRONAS buat selama-lamanya.

b. Di bawah Seksyen 4, sebagai balasan penyerahan ini, PETRONAS diwajibkan membayar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan, iaitu negeri di mana petroleum dijumpai dan diusahakan satu jumlah wang sebanyak yang dipersetujui di antara pihak berkenaan.

c. Surat cara penyerahan hak kepunyaan telah dibuat oleh semua negeri di Malaysia, termasuklah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu. Bagi Negeri Terengganu surat acara itu ditandatangani oleh Menteri Besar Negeri Terengganu pada masa itu sebagai mewakili negeri dan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS, mewakili PETRONAS. Surat cara penyerahan itu dibuat di Kuala Terengganu pada 22 Mac 1975.

d. Pada hari yang sama dan ditempat yang sama satu perjanjian ditandatangani oleh Menteri Besar Terengganu mewakili Negeri dan oleh Tengku Razaleigh mewakili PETRONAS. Perjanjian ini menetapkan jumlah wang tunai yang mesti dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri sebanyak lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati di Negeri Terengganu dan dijual oleh PETRONAS atau agen-agen atau kontraktor-kontraktornya. Bayaran ini hendaklah dibuat tiap-tiap enam bulan sekali iaitu sebelum 1 September bagi petroleum yang diperolehi dan dijual dalam tempoh enam bulan yang pertama dan sebelum 1 Mac tahun berikut bagi petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan yang kedua, iaitu daripada bulan Julai hingga bulan Disember. Adalah diingatkan bahawa bayaran wang tunai itu tidak diberi nama apa-apa sama ada royalti atau bayaran ihsan.

e. Pada 16 September 1987 PETRONAS memeberi nama bayaran wang tunai ini sebagai bayaran royalti. Ini jelas disebut dalam surat Tan Sri Abdullah Salleh selaku Presiden PETRONAS kepada Dato’ Seri Amar Diraja, Menteri Besar Terengganu. Surat ini merakamkan persetujuan di antara PETRONAS dengan Negeri Terengganu tentang bagaimanakah lima peratus royalti itu dikira atau dihitung. Tajuk surat ini ialah:

Computation of royalty payment to the Government of The State Of Terengganu by PETRONAS for the production of petroleum. (Penghitungan bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS kerana pengeluaran petroleum).

Kesimpulannya ialah bayaran wang tunai itu ialah PETRONAS sebagai balasan menerima hak kepunyaan petroleum daripada Kerajaan Negeri terenganu. Bayarannya itu bukan satu bayaran ihsan sebagai belas kasihan atau murah hati PETRONAS. Bayaran itu diwajibkan apabila petroleum diperolehi di darat ataupun di laut Negeri Terengganu dan dijual. Sekiranya petroleum diperolehi dinegeri-negeri lain, seperti Pahang,Johor,kelantan dan sebagainya negeri-negeri itu berhak kepada bayaran tersebut kerana tiap-tiap buah negeri ada membuat surat cara penyerahan hak kepunyaan dan juga menandatangani perjanjian lima peratus bayaran wang tunai. Tetapi Allah Yang Maha Kuasa dan Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang telah memberi berkat kepada Negeri Terengganu. Dilaut negeri lain petroleum tidak dijumpai, tetapi di laut negeri Terengganu petroleum dijumpai. Yang demikian, negeri negeri Terengganu ialah sebuah negeri yang berkenaan sebagaimana negeri Sabah dan Sarawak. Satu kesimpulan lain ialah bayaran wang tunai ini ialah bayaran royalti kerana mengikut undang-undang, khususnya amalan perniagaan (Commercial Usage) royalti itu ialah satu bayaran yang wajib dibuat oleh penerima hak kepunyaan kepada tuannya yang menyerahkan hak kepunyaan itu. Syarikat-syarikat minyak menggunakan perkataan royalti kepada bayaran mereka buat sebagai balasan kepada mana-mana concession yang mereka dapat. Bayaran royalti setakat lima peratus itu adalah hak Kerajaan Terengganu dan rakyat Negeri Terengganu dan PETRONAS wajib membayarnya. Hak kerajaan Terengganu tidak boleh diganggu dan dibolot oleh Kerajaan Pusat.

KEMPEN KEMBALIKAN ROYALTI KAMI

Hasil dari Mesyuarat kali kedua, MAMPAT memutuskan 3 fasa "Kempen Kembalikan Royalti Kami" iaitu:-

i. PraKonvension
a. Pengedaran Pamplet Sejarah, Realiti & Harapan Royalti Kami
b. Kempen Kibarkan Riben
c. Kempen Stiker

ii. Konvension Royalti Minyak : Sejarah, Realiti & Harapan
Cadangan Pembentangan Oleh
a. Sejarah : Tengku Razali Hamzah
b. Realiti : Tun Salleh Abbas
c. Harapan : Belum ditentukan

Perasmian oleh : Penaung MAMPAT

KONVENSION ROYALTI MINYAK : SEJARAH, REALITI DAN HARAPAN

MAMPAT akan menganjurkan Konvension Royalti Minyak pada :

Tarikh : 14 June 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Primula Park Royal
Penyertaan : Semua badan-badan Politik, NGO & individu yang berminat
Yuran Penyertaan : Akan ditentukan kemudian

Anwar Ibrahim antara 100 berpengaruh di dunia!

DUNIA Islam memang tak kurang hebat. Dari pelbagai resources yang melimpah ruah hinggalah sejarah ummat yang kaya dengan sumbangan tamaddun dunia.
Hari ini satu lagi "kehebatan" dunia Islam dicatat.
T100landing 11 dari 100 tokoh berpengaruh dunia yang dipapar majalah Time adalah Muslim!
Senarai keluaran Time ini diklasifikasi menurut 5 kategori (pemimpin, peneroka, pemikir, penghibur dan pembina industri/empayar niaga).
Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tersenarai antara 10 pemimpin berpengaruh dunia, di tangga ke-9 (di mana Imam Hadhari?).



3 lagi pemimpin ummat Islam tersenarai dalam senarai lengkap 20 pemimpin berpengaruh (Muqtadr Al Sadr di tangga ke-13, Baitullah Mehsud nombor 17, dan ketua tentera Pakistan, Ashfaq Kayani d tangga ke-20).
Sheikh_mohammed Dalam kategori peneroka, pemerintah Dubai Shaikh Mohamed Bin Rashid Al Maktoum (juga Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE) d senarai sebagai peneroka berpengaruh nombor 10 dunia - dengan mengambil kira pelbagai inisiatif beliau meletakkan Dubai d mata dunia. Wanita kelahiran Iraq, Madeeha Hasan Odaib d letakkan d tangga ke-13.
Doktor keturunan Turki, Mehmet Oz menjadi Muslim tunggal dalam kategori pemikir. Beliau yang seringkali d beri gelaran doktor nombor 1 d Amerika d tangga ke-6.
Senarai penghibur juga menyaksikan wakil tunggal dunia Islam, Khaled Hosseini penulis novel yang meningkat naik dengan novel berkisar kehidupan d Afghanistan d tangga ke-9.
Kategori pembina industri/empayar niaga menyenaraikan 3 orang wakil dunia Islam - Menteri Minyak dan Galian Saudi, Ali Al Naimi (no. 2) yang mendahului putera raja Saudi, Al Waleed Bin Talal (no. 11) dan entreprenuer keturunan Sudan, Mo Ibrahim (no. 18).

Usahawan cacing Kemaman


Setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram.


“EIII!!!...geli!.” Biasanya itulah respons orang ramai apabila ternampak cacing yang dianggap kotor dan menjijikkan.Namun, hari ini cacing bukan lagi hidupan yang lazimnya menjadi mainan kaki pancing untuk dijadikan umpan, sebaliknya ia menjadi produk perniagaan yang menguntungkan.Salah seorang penternak cacing, Amaram Ismail, 40, mengakui ramai yang tidak percaya spesies tersebut boleh diternak dan dijadikan satu bisnes berpotensi besar.

Malah, ketika beliau memulakan perusahaan itu, ada segelintir pihak yang bersikap negatif dan memandang serong terhadap usahanya itu.“Ramai yang ketawa apabila saya memberitahu akan mengikuti kursus penternakan cacing di Kangar, Perlis pada awal tahun lalu.

“Ada juga yang anggap saya kurang siuman kerana mahu melibatkan diri dalam perniagaan yang mereka anggap kotor dan sia-sia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanah Lot Binjai, Kemaman, Terengganu.Melalui syarikatnya, Agro Bioline Centre, beliau kini menjadi pembekal cacing untuk pasaran luar negara terutama ke China bagi dijadikan salah satu ramuan dalam produk kosmetik.Menurutnya, beliau sendiri tidak menyangka usahanya menternak cacing menjanjikan pendapatan lumayan dengan harga jualan mencecah RM450 hingga RM500 sekilogram (kg).


MAKANAN cacing yang diternak oleh Amaram Ismali ialah batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing.


Menurutnya, setiap kilogram cacing yang diternak akan bertambah menjadi empat kilogram dalam masa dua bulan.

“Sebenarnya, cacing yang diternak bukan cacing yang berasal dari negara ini tetapi diimport dari Australia,” katanya. Penjagaan cacing tidak sukar kerana cacing tersebut akan diletakkan di dalam satu bekas yang dicampur dengan makanannya iaitu batang pisang yang dipotong dan dicampur dengan najis kambing.

Menurutnya, cacing berkenaan tidak perlu diperiksa setiap hari kerana ia tidak mudah mati.“Cuma, apa yang perlu dibuat ialah sentiasa membasahkan cacing dan meletakkannya di tempat yang lembap. Makanan perlu ditambah seminggu sekali kerana jika habis, cacing akan merayap untuk melepaskan diri,” tambahnya.

Beliau berkata, setiap kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.Amaram berkata, najis cacing yang terdapat dalam bekas pula boleh dijadikan baja dan dijual pada harga sehingga RM15 sekilogram.“Baja najis cacing boleh menyubur tanaman dan sayuran manakala airnya pula digunakan untuk menyubur pohon bunga di halaman rumah.


SETIAP kotak yang diisi cacing perlu ditutup dengan jaring halus bagi mengelak dimasuki musuh perosak seperti semut dan kumbang.


Katanya, cacing dewasa boleh membesar sehingga 12 inci panjang dan boleh bertelur sebanyak 48 biji setahun.
Beliau yang kini menjadi pembekal cacing di pantai Timur terutama Terengganu dan Pahang sentiasa sibuk memenuhi permintaan pelanggan yang tidak pernah putus.

“Maklumlah, ini adalah produk terbaru yang tidak perlu penjagaan rapi tetapi menguntungkan dan semakin mendapat permintaan yang tinggi,” tambahnya.Mereka yang berminat untuk mencuba atau mendapat keterangan lanjut mengenai penternakan cacing daripada spesies berkenaan boleh menghubunginya di talian 019-9040155.