10-09-2008 03:59:30 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Jika tidak 16 September, 20 September? Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk 20 September semalam?Ketika berucap di kediamannya sempena bulan Ramadan malam tadi, Anwar berkata, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang."Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah," katanya.
Sebelum ini 16 September banyak dikaitkan dengan tarikh pembentukan Malaysia - yang membawa kepada kemasukan Sabah dan Sarawak.Bagaimana pula dengan 20 September?Tanggal 20 September merupakan hari bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan mendatangkan kemudaratan kepada negara.
Anwar telah ditangkap oleh pihak polis pada pukul 10 malam 20 September 1998 di rumahnya no. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Penangkapannya dibuat di bawah seksyen 73(1) (a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mendatangkan kemudaratan negara.Kemudian beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.
Beliau keluar penjara pada April 2004 dan bebas larangan aktif berpolitik April lalu - sebulan selepas pilihan raya umum ke-12.Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil 26 Ogos lalu.Sasaran Selasa depan tak jadi? 20 September mungkin tarikh baru Pakatan - Anwar (Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang."Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.
10-09-2008 11:09:06 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.
Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.
"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi."Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN."Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.Pendakwa pohon pindah ke Mahkamah Tinggi, kes liwat Anwar ditangguh hingga 24 September
10-09-2008 03:47:13 PM
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.Beliau juga membenarkan permohonan Sulaiman untuk diberikan masa menyediakan hujah kerana mendakwa pihak pembelaan diberitahu mengenai pemindahan itu hanya 10 minit sebelum prosiding hari ini bermula pada 10 pagi tadi.Anwar, 61, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Komathy memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk membuat persiapan bagi penghujahan nanti.Sebelum itu, Sulaiman mempertikaikan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dengan alasan Abdul Gani sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ekoran
laporan oleh Anwar yang mendakwa Peguam Negara itu telah memalsukan keterangan dalam kes liwat yang juga melibatkan Anwar pada 1998.Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang mengetuai pendakwaan tidak hadir pada prosiding hari ini. Selain Yusof, pihak pendakwaan hari ini diwakili Datuk Nordin Hassan, Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.Pasukan pembelaan turut mengandungi R. Sivarasa, Sankara N. Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.Kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dikawal anggota polis termasuk daripada Unit Simpanan Pesekutuan dan Pasukan Gerakan Am. Polis membuka kaunter pendaftaran di luar pintu masuk ke kompleks itu."Kami ambil butiran setiap orang awam bagi memastikan kompleks ini terkawal dan keadaan keselamatan terurus," kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan.
Terdahulu Anwar di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi - pukul 9.30 pagi - dengan pasukan peguamnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.Kes tersebut disebut semula pagi ini dengan kawalan keselamatan ketat di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.Ketika ditemui wartawan sebaik tiba di pekarangan mahkamah, Anwar berkata: "Saya tidak pasti apa yang akan berlaku di mahkamah hari ini. Saya berharap jaminan (peribadi) tidak ditarik balik. Sememangnya tiada asas untuk mengenakan tuduhan, jadi mengapa bercakap mengenai ikat jamin?"Peguamnya, Sankara Nair pula berkata: "Jika pendakwa mahu menafikan jaminan ke atas Anwar, mereka perlu memohon dan kami akan respons. Begitu juga langkah memindahkan kes ke mahkamah lain (Mahkamah Tinggi)."
ANWAR Ibrahim, (dua dari kanan) bersama isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) ketika tiba di pekarangan mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi tadi. - foto AP
Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.
Beliau diwakili sembilan orang peguam.Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.
Semalam Sankara ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian."Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan)."Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.
Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak mereka.Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.
No comments:
Post a Comment