Thursday, October 30, 2008

Makan-Makan kat Bandar Miri ..


Miri City Cafe ... satu suasana yang mesti dirasai oleh siapa yang ingin menikmati waktu malam di bandar Miri.













Siput Ngokye - satu makanan menarik yang perlu anda rasai ... enak rasanya ...

Miri - Apa yang menarik?

Pada 27hb Okt saya telah berkunjung ke Miri Sarawak bagi menguruskan persediaan pelaksanaan program Terengganu Showcase yang akan diadakan pada 27-30 Nov akan datang. Kunjungan kali ini merupakan ketibaan saya kali ke 5 di Miri.

Kunjungan pertama adalah pada Feb 1991 semasa bertugas dengan Maybank. Dua kali kunjungan ke Miri dilakukan atas sebab tugasan bersama majikan sebelum ini iaitu KWSP iaitu pada tahun Ogos 1994 dan Julai 1996. Manakala kunjungan ke 4 adalah pada bulan Mac 2003 iaitu atas tugasan perniagaan.


Secara umumnya wujud perubahan yang ketara terhadap pembangunan MIRI. Namun apa yang menarik adalah pembangunan yang begitu terancang menjadikan MIRI seolah-olah lebih baik daripada Bandaraya Kuala Terengganu.
Tiada kesesakan jalan raya dan yang lebih menarik wujudnya infrastruktur seolah MIRI setaraf dengan sebuah ibu negeri. Oleh itu status bandaraya yang diperolehi amat berpatutan.

Durian Miri - satu yang istimewa yang harus dirasai oleh pengunjung pertama kali ke Miri.

Keupayaan Miri sebagai bandar Minyak dan pelancongan menjadikan Miri agak strategik kepada pelawat daripada Brunei yang datang ke Miri.