Friday, July 11, 2008

Mesej pakaian dalam


SEBANYAK 67,000 pakaian dalam digantung di kawasan lapang.

BIASANYA, pakaian dalam berperanan sebagai satu produk yang melindungi anggota tubuh wanita. Sejajar peredaran zaman, pakaian dalam telah dipelbagaikan reka cipta, pilihan warna dan corak yang sekali gus memberi nilai tambah kepadanya. Ia juga boleh menjadi lambang kepada kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Justeru, muncul aktiviti yang menggunakan produk ini untuk mengumpul derma.

SEORANG pelancong merakamkan foto pakaian dalam yang pelbagai.


Inisiatif aneh sebuah stesen radio yang berpangkalan di Kanada ini boleh menjadi contoh dalam membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit kanser. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kanser Payu Dara Quebec.


INISIATIF aneh ini sempena memberi kesedaran kanser payu dara.

Stesen ini telah mengumpul kira-kira 67,000 baju dalam dan menggantungnya di sebuah kawasan lapang yang terletak berhampiran dengan Pelabuhan Montreal, Kanada.Koleksi baju dalam ini adalah sumbangan masyarakat setempat dan selebriti terkenal bagi merealisasikan misi pertubuhan tersebut dalam membawa kesedaran tentang kanser payu dara dalam kalangan wanita tempatan. - JEGATHESWARY NARAYANAN

Kunci Kejayaan Duniawi dan Ukhrawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam tips motivasi kali ini saya akan berkongsi dengan Anda 10 kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita. Tips ini sudah lama dalam simpanan saya, kini tibalah masanya untuk dikongsikan bersama Anda.Kekadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai di antara kita terperangkap dalam 'kepompong' diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tak ternampak oleh kita, namun dinampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru ataupun sahabat kita.Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.

Dr Fadzilah Kamsah memangggil apa yang saya tulis ni sebagai "Menerobos Sempadan Diri". Buku motivasi tulisan Dr Fadzilah Kamsah dengan tajuk tersebut dah habis saya baca dan saya juga telah mempraktikkan beberapa tips motivasi yang diajarkan oleh Dr Fadzilah Kamsah bagi meransang kecemerlangan diri saya.

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa

6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Gunakan 10 kunci ini untuk merasang perubahan diri ke arah kecemerlangan !

Tips Motivasi Paling Asas Dari Al Quran

Tips motivasi dari Al Quran adalah salah satu siri tips motivasi yang saya tulis di blog ini.

Firman Allah yang bermakud :

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah, sujudlah dan abdikanlah dirimu kepada Tuhan kamu dan kerjakanlah kebaikan semoga kamu mencapai kejayaan." (surah Al Hajj ayat 77).

Allah memberitahu kita bahawa petua kejayaan yang paling efektif, paling berkesan dan yang paling ampuh adalah dengan taat mematuhi segala perintahnya. Kita amat dianjurkan agar rajin mengerjakan pelbagai ibadah yang membuat perhatian Allah tertumpu pada diri kita.Dengan mendekatkan diri dengan Allah, rajin menjaga sembahyang dan istiqamah dalam ibadah-ibadah lain dapat membuka kunci kepada pintu-pintu kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Allah pemilik rezeki, rahmat dan limpahan nikmat. Untuk membolehkan Anda berubah menjadi cemerlang, dekatkan diri kepadanya, sedekat yang mungkin agar limpahan rezeki, rahmat dan nikmat tu mengalir ke dalam hidup Anda.Setelah itu, rajin-rajin berdoa agar Anda sentiasa dibukakan pintu kemurahan rezeki serta diberikan petunjuk menuju kejayaan. Insya Allah, bila istiqmah berdoa, kesannya akan nampak.Untuk tips motivasi kali ini, dalam apa jua yang Anda lakukan, mulakan dengan bacaan Bismillah dan niatkan sebagai ibadah agar apa yang Anda usahakan berhasil dan apa jua yang Anda targetkan dapat dicapai, secemerlang yang mungkin.Anda akan perasan munculnya semangat dan inspirasi dari dalam diri.

Lebih ngammm lagi bila ditambah dengan rasa bersyukur dan lafaz istighfar sebanyak yang mungkin!Bagi saya pula, setiap kali saya menulis blog, saya disiplinkan diri supaya berwuduk dan membaca Bismillah terlebih dahulu. Sejak dari sekolah menengah, petua ini diajarkan oleh bapa saya supaya ia dapat membersihkan hati lalu membuat idea datang mencurah-curah.

Petua tu selalu saya pakai tiap kali menjawap periksa atau time study.Doa saya untuk Anda, moga Anda sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah dan moga Anda beroleh kecemerlangan dalam akademik, kerjaya, keluarga dan kewangan.Ubah mindset Anda, tekadkan usaha, fokus untuk menjadi cemerlang hari ini juga!.

Motivasi Ada Di Mana-mana

Moga memulakan hari dengan penuh bersemangat dan penuh motivasi. Saya sungguh bersemangat hari ini.

Ramai dari kita asyik turun naik motivasinya. Tapi, tahukah Anda, motivasi ada di mana-mana? Ia ada di depan mata, cuma Anda yang tak nampak.

Motivasi tak naik-naik sebab Anda tidak ada sesuatu yang boleh menjadi penyuntik motivasi. Kita perlu bijak menafsirkan sekeliling lalu mencari motivasi tersirat di dalamnya.

Bagi saya, di waktu pagi saya menjadikan kerajinan orang lain yang saya lihat sebagai penyuntik motivasi. Mereka terdiri dari golongan rendah, yang menjadi tukang sapu, tukang potong rumput, drebar bas, pemandu lori dan penjual kuih. Saya benar-benar kagum dengan kerajinan mereka kerana mereka bangun bekerja di awal subuh semata-mata nak mencari rezeki.

Di waktu tengahari, saya menjadikan orang-orang professional dan yang berjaya sebagai penyuntik inspirasi. Setiap kali melihat mereka berpakaian kemas, segak dan berjalan dengan penuh yakin, saya jadi cukup bersemangat bekerja!.

Sebelum tidur, mengingat Anda sebagai pembaca blog ini membuat saya tak kering dengan curahan idea, terutama di kala sunyinya malam. Terus terang, tiap kali mengingat Anda dan bila timbul keinginan nak buat orang jadi bersemangat, idea mengalir deras!

Mulai saat ini, Anda perlu berubah. Cari apa yang dapat memotivasikan Anda dan apa yang dapat menjadikan Anda kekal termotivasi.

Ia mungkin benda, perkara, sesuatu, orang, situasi atau peristiwa. Cari saja, Anda akan jumpa.

Motivasi ada di mana-mana, ada pentunjuknya, cuma Yang Maha Esa mahu kita berfikir dahulu, baru dapat menggali motivasi tersirat yang banyak tersimpan di alam semesta ciptaannya. Bila kita mengingat kejayaan-kejayaan orang lain yang pernah kita lihat, baca atau ternampak, ia juga boleh membuat kita bermotivasi.

Pilih salah satu cara dan sesuaikan dengan diri Anda.

Hidup perlu ada motivasi, baru ada prestasi!!

Bagaimana Nak Berjaya Walau Banyak Cabaran

Salam, apa khabar Anda hari ni? Untuk entry post motivasi, saya berkata tentang bagaimana kita nak berjaya walau terlalu banyak cabaran, halangan, dugaan dan kegagalan. Satu topik yang paling saya suka ialah kegagalan, sebab dari pengalaman sendiri, saya banyak berdepan kegagalan. Terus terang saya katakan, bangkit dari kegagalan bukan senang.

Untuk mencapai kejayaan walaupun menempuh beribu dugaan, pertama sekali Anda perlu tahu apa yang Anda nak capai. Untuk ke arah itu, Anda perlu ada impian dan matlamat yang nak dituju. Tanya diri apa makna kejayaan pada diri Anda? Adakah nak berjaya sebagai seorang pelajar cemerlang, usahawan muda cemerlang, eksekutif muda cemerlang atau blogger bermotivasi yang cemerlang?

Kedua, persiapkan diri, bersedia untuk berdepan dengan cabaran dan sanggup bangkit dari kegagalan. Anda kena kentalkan hati dan bulatkan tekad. Selagi matlamat Anda tak tercapai, selagi tu Anda kena rajin berusaha, serajin yang mungkin, bekerja sekuat yang mungkin. Lakukan apa saja cara halal untuk membuat matlamat Anda tercapai.

Ketiga, kurangkan mengkritik diri sendiri bahkan elak dari buat begitu. Sebaliknya, beri kata-kata semangat pada diri sendiri. Jangan membandingkan diri Anda dengan orang lain tapi cabar potensi diri untuk menjadi maju, semakin maju dan terus maju dari yang sebelumnya. Kalau dilukis graf, biar ia naik menceracak ke atas.

Bila bangun pagi, letak azam mahu jadikan hari ini lebih baik dari yang kemarin.

Bila nak masuk tidur, set dalam minda yang Anda mahu jadikan esok lebih baik dari yang hari ni. Cara sebegini berkesan pada diri saya. Hasilnya, setiap pagi saya bangun dengan azam yang membara!.

Ubah A.S.K. Ke Arah Kecemerlangan

Tahukah Anda, untuk mencetus perubahan diri ke arah kecemerlangan, terlebih dahulu Anda perlu merubah A.S.K.Ia bermaksud merubah Attitude, Skill, Knowledge. Ubah attitude Anda kepada yang lebih positif, lebih baik dan lebih cemerlang.Ubah skill Anda. Sekarang ni skill Anda mungkin biasa-biasa saja. Untuk berubah menjadi cemerlang, Anda kena pelajari lagi skill baru, kemahiran-kemahiran baru lalu mempraktikkannya.Selepas itu, Anda juga kena ubah knowledge Anda, kasi 'upgrade'. Maksudnya, menambah pengetahuan yang sedia ada.

Orang-orang yang cemerlang, jarang berpuas hati dengan pengetahuan yang mereka ada sekarang ni, tapi menjadi orang yang dahagakan ilmu, cintakan ilmu dan suka mencari ilmu pengetahuan.Bak kata orang, knowledge is power! Anda akan jadi lebih power bila Anda mempraktikkan apa yang Anda tahu.Mulai hari ini, muhasabah diri Anda. Nilai diri, adakah attitude Anda sudah positif sepenuhnya, adakah skill Anda sudah mantap dan semakin mahir serta tanya diri Anda, adakah Anda sudah banyak pengetahuan tentang bidang yang Anda ceburi.Setelah menilai, cetus perubahan dengan merubah attitude (pemikiran), skill (kemahiran) dan knowledge (pengetahuan) ke arah yang lebih baik.

Moga Anda menjadi insan cemerlang, secemerlang yang mungkin, mencapai kejayaan sejauh yang mungkin, setinggi yang mungkin!.

Mendidik Anak Cara Rasulullah

Apa khabar anda hari ini? Moga-moga anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang terhebat. Jika anda belum berumahtangga elok juga mula mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menjadi ibu bapa mithali tidak lama lagi.

Untuk menjadi ibu bapa yang hebat memerlukan kita mempunyai ilmu. Biasakan kita dengar orang berkata... "alangkah baiknya kalau setiap anak yang lahir itu keluar bersama-sama manual bagaimana untuk mendidiknya... yealah macam buku panduan mengendalikan TV atau komputer tu...". Kalau lah macam tu tentu mudah, bukan? Tetapi realitinya tidak begitu.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira maksudnya... setiap anak itu dilahirkan seumpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Malah seorang pakar psikologi kanak-kanak (saya lupa nama dia... nanti kena buka balik buku suami saya "Children Physcology") ada mengeluarkan kenyataan yang selari dengan sabda Rasulullah. Kata beliau... "berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat... dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah".

Moralnya di sini kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja... dan kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai "tidak serupa orang" maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan.

Kenapa saya katakan begitu? Sebab mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya. Cuba rujuk buku "21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang" dan "Menangai Anak Bermasalah" tulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah untuk rujukan lanjut.

Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa... ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun sudah cukup membuat anak "menikus". Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Kesimpulannya... lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda.

Yakin dan percayalah... anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

Serlahkan Batik Malaysia

SERLAHKAN BATIK...

Malam artis nak glamor datang lagi. Kali ini di puncak Genting Highlands, Pahang pula.Majlisnya Anugerah Bintang Popular 2008 yang akan diadakan pada 30 Mac ini. Temanya Batik Glam. Kira nak angkat martabat batik yang tidak hanya untuk dipakai pada majlis kahwin atau hanya digayakan dengan fesyen baju kurung sahaja. Batik juga boleh buat jadi glamor.Kalau tak dapat idea nak pakai batik glamor yang bagaimana, bolehlah lihat aksi selebriti menggayakan batik dalam versi glamor. Ditambah seri dengan pemakaian aksesori mewah Habib. Menyerlah mereka jadinya.

Terserlah kejelitaaan Julia Ziegler.

Liza Hanim pun tak kalah. Umm... mekar semacam aje.

Bintang yang semakin menonjol, Rozita Che Wan.

Pengacara Ogy dan Raja Azura juga turut menglamorkan batik.

Dari kiri, Fasha Sandha, Ella, Liza Hanim, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Julia Ziegler dan Nora Danish.

Batik & Artis

Siapa kata batik tidak menarik untuk dipakai oleh Artis? Lihat inilah warisan yang perlu dipertahankan .... Batik amat menarik untuk diperagakan ..

Fizow Omar dan Ainul Aishah dengan merah garang.

Apabila ada majlis glamor, inilah masa artis melaram habis. Anugerah Bintang Popular 2007 yang diadakan di Genting Highlands pada 30 Mac 2008 lalu menampilkan tema Batik Glam. Inilah sebahagian koleksi Batik Glam yang digayakan oleh artis tempatan. Siapa yang paling cantik?

Si tinggi lampai Dynas dan Fauziah Gous dengan gaya mereka.

Intan Layana dan Noryn turut bergaya.

Marsha Liena yang memang hangat.

Bertudung pun tak kalah gaya Ogy dan Datuk Siti.

Sheila makin ayu dan Fara makin feminin.

Cantik Tetap Cantik - Maya Karim

Maya Karin

Maya Karin ni tetap cantik walaupun mengenakan pakaian yang sebegini dan make-up yang nipis.

Maya Karin

Rambut Maya yang curly ni pun menambahkan kejelitaan si duyung yang pandai berbahasa Melayu ni. Jangan marah Maya!!! Bertuahlah cik abang Si Maya ni dapat buah hati yang rupawan.

Maya Karin

P/s: Pinjam sekejap cermin mata tu Maya! Nak tengok lebih dekat ahli-ahli Manggaonline ni!!!

Dynas selepas kahwin

Undi Artikel Ini!

Semakin berseri nampaknya pelakon Dynas selepas kahwin. Tentulah kerana sedang menyemai detik-detik bahagia sebagai seorang isteri. Sebagaimana yang dijanjikan, Dynas tidak terus behenti berlakon selepas kahwin. Dynas bakal muncul dalam drama terbaru menerusi slot Akasia di TV3 berjudul Ezora.

Apa dah jadi Artis Malaysia ? Fesyen buka dada???

Inilah gayanya bila artis ke majlis glamor. Mereka memeriahkan Malam Gala Karyawan Malaysia baru-baru ini. Nampaknya masing-masing mahu tampil dengan fesyen yang manarik dan boleh membuka mata. Sesuai ke?

Dari kiri Sharifah Hazlinda (Lynn), Sharifah Shahirah, Norsheila Amin dan Datin Maria Arshad. Masing-masing masih melaram walaupun sudah semakin berusia.

Lama Lynn tak muncul ke majlis glamor. Sekali muncul panas juga.

Pasangan Ijoy Azhari dan Shahirah. Ewah Shahirah baru dapat anak kembali bergetah. Apa rahsia?

Nora Danish... Cerai juga akhirnya

Setelah berteka-teki pasal status pelakon Nora Danish dan cerita pasal keretakan rumah tangganya, akhirnya segala-galanya terbongkar apabila dia ke mahkamah juga untuk pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh suaminya, Rizal Ashram Ramli.Nora, 26, yang kini sedang hamil tiga bulan enggan memberikan sebarang komen sebaik sahaja kesnya didengar di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 10 Julai 2008 lalu. Hakim menetapkan 12 Ogos 2008 untuk membuat keputusan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat oleh Rizal, 38.Rizal memberitahu mahkamah dia melafazkan cerai tiga hari sebelum ulang tahun kedua perkahwinan mereka menerusi panggilan telefon kepada Nora. Mereka bernikah pada 20 Jun 2006. Nora sebelum ini menafikan rumah tangganya bergolak apabila perkara itu hangat diperkatakan. Nora juga kelihatan sering bersendirian ke mana-mana majlis yang dihadiri.

Rizal dan Nora datang berasingan ke mahkamah.

Pada masa itu mereka belum sah bercerai. Nora ada sebab untuk tidak mendedahkannya kerana perkara itu belum diputuskan. Malah sehingga 12 Ogos ini perceraian mereka masih belum disahkan lagi.

Hutang mestilah ditulis

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah SWT telah mengajarkannya.

Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah SWT Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun daripada hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki daripada kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa daripada saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah SWT dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka sesungguhnya sang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah SWT (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah SWT sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah: 282)

AL-MARAGHI berkata: Sesudah Allah SWT menggalakkan sedekah dan mengeluarkan derma bagi kepentingan agama, kerana perbuatan ini dapat melahirkan rasa kasih sayang, Allah SWT menyatakan pula larangan mengamalkan riba. Urusan riba boleh mendatangkan sifat kejam. Pada ayat ini, Allah SWT menyebut cara memelihara harta yang halal, iaitu dengan mencatat hutang dan melantik saksi di hadapan orang lain yang boleh dipercayai atau mengambil barangan jaminan jika dia tidak mudah percaya kepada catatan dan penyaksian. Hal ini disebabkan, orang yang diarahkan mengeluarkan infak dan sedekah serta dilarang melakukan riba pasti akan menemui suatu keupayaan untuk mengembangkan harta dan menjaganya jangan sampai hilang, agar dia mudah melakukan perintah dan anjuran Allah SWT untuk memperoleh kekayaan.

Al-Rabi’ meriwayatkan, bahawa ayat ini turun ketika seorang lelaki mengelilingi orang ramai meminta sesiapa antara mereka menjadi saksi, tetapi tiada seorang pun yang mahu menawarkan diri.

Ada pula yang berpendapat, bahawa yang dimaksudkan dengan mereka enggan untuk menjadi saksi dan menjalankannya pada saat dia diperlukan ialah bahawa menolak menjadi saksi itu haram kerana menjadi saksi itu fardu kifayah. Seseorang yang diminta menjadi saksi tidaklah wajib secara mutlak menerimanya, kecuali jika sudah tidak ada lagi orang lain yang boleh melakukannya.

Oleh kerana ayat ini adalah sepanjang ayat dalam al-Quran maka penulis ingin mengemukakan iktibar dan pengajarannya.

I. Sayyid Qutub berkata: “Inilah dasar umum yang hendak dijelaskan oleh al-Quran. Tugas mencatat atau menulis hutang piutang itu merupakan satu tugas yang diwajibkan dengan nas, bukannya ditinggalkan kepada pilihan sukarela sahaja dalam urusniaga hutang piutang yang bertempoh. Tugas ini diwajibkan kerana ia mempunyai sesuatu hikmah yang tersirat di sebaliknya.”

II. Sayyid Qutub berkata: “Yang menentukan taklif ini terhadap penulis ialah Allah SWT supaya dia tidak berlengah-lengah dan tidak enggan menulis dan supaya dia tidak mengirakan tugas itu sebagai suatu kerja yang berat kepada dirinya, kerana tugas ini telah difardukan Allah SWT dengan nas undang-undang dan balasan untuknya kerana menjalani tugas ini telah disanggupi Allah. Tugas ini juga merupakan pernyataan kesyukuran di atas limpah kurnia Allah SWT yang telah mengajarnya kepandaian menulis. Oleh itu hendaklah dia menulis sebagaimana ia diajar oleh Allah.

Menjaga urusan hutang

III. Al-Maraghi berkata: Allah SWT meminta orang yang beriman supaya menjaga urusan hutang mereka dengan hati-hati, sama ada yang yang berbentuk pinjaman atau kredit ataupun penjualan dengan pembayaran tertangguh, dengan cara mencatat sehingga kalau sudah tamat tempohnya, mereka mudah meminta dan menuntut kepada yang berkenaan agar segera membereskan hutang tersebut.

IV. Keperluan bertakwa kepada Allah SWT dalam menjalani perintahnya dan menjauhi larangannya.

V. Hukum berhutang adalah harus dan pembayaran hutang adalah wajib dan patut disegerakan.

VI. Dalam urusan jual beli tunai, saksi diperlukan kerana kadang-kadang selepas selesai urusan tersebut timbul perselisihan dan salah faham. Untuk menyelesaikan hal ini, kehadiran saksi sangat diperlukan.

VII. Kalau yang memberi hutang itu berfikiran lemah atau masih anak kecil, atau orang yang sangat tua, atau orang bodoh, atau gagap, maka wali berkewajipan menangani urusannya untuk berhadapan dengan penulis atau orang yang dilantik sebagai wakil atau orang yang menjadi jurubahasanya mencatatkan dengan adil, tanpa sebarang tambahan atau kekurangan.

VIII. Muhammad Quraish Syihab berkata: Dalam pandangan Mazhab Maliki, penyaksian wanita dibenarkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta benda, tidak dalam jenayah, pernikahan, cerai dan rujuk.

Mazhab Hanafi lebih luas dan lebih sesuai dengan perkembangan masyarakat dan kudrat wanita. Wanita dibenarkan menjadi saksi dalam hal berkaitan dengan harta, persoalan rumah tangga seperti pernikahan, talak dan rujuk bahkan dalam segala sesuatu kecuali dalam soal jenayah.Memang persoalan jenayah yang dapat menyebabkan hukuman mati dan sebat, di samping tidak kena dengan naluri seorang wanita dalam penyaksian pada hal tersebut juga tidak lumrah bagi mereka yang diharapkan lebih banyak memberi perhatian pada anak-anak dan rumah tangga.

Al-Quran inspirasi kejayaan

IDAK ada sebarang masalah yang tidak dapat dirungkai, melainkan pasti ada jalan keluar atau penyelesaiannya. Begitu jugalah persoalan mengenai bagaimana manusia mampu membentuk dirinya menjadi insan yang beriman sepenuhnya kepada Allah SWT.Buku Inspirasi Menuju Jalan Sempurna susunan Muhammad Ibrahim Salim dan diterjemahkan oleh Zainudin Hashim mengandungi beberapa siri pendidikan kanak-kanak yang kebanyakannya dipetik daripada ayat-ayat al-Quran.Buku berkulit keras setebal 136 muka surat ini menjadi asas perbincangan untuk membawa generasi baru hari ini ke arah satu hala tuju hidup yang sempurna, membina jati diri yang teguh kepada prinsip Islam di samping memperkasa diri dengan nilai hidup yang mulia di sisi Allah SWT.Apatah lagi, peranan ibu bapa masa kini semakin mencabar dengan pelbagai masalah gejala sosial, pergaulan bebas dan kecanggihan teknologi tanpa sempadan semakin mudah meratah jiwa-jiwa anak bangsa yang lemah penerapan Islam di dada.

Lantaran itu, kupasan yang terdapat di dalam buku ini dibuat sebegitu menarik agar dapat menarik para pendidik, khususnya ibu bapa untuk menjadikan ia sebagai rujukan, sekali gus menghayati, menghafal serta melaksanakan apa yang difahami.Yang pasti, ia sarat dengan petunjuk-petunjuk yang relevan sepanjang zaman dan amat sesuai untuk ibu bapa, pendidik, pendakwah dan aktivis masyarakat yang berjiwa Islam dan mempunyai visi untuk melahirkan tunas-tunas Islam yang sebati dengan al-Quran.Di samping itu, turut diselitkan beberapa contoh sifat-sifat mulia untuk dijadikan pemangkin kekuatan jati diri Musim serta sifat-sifat keji yang perli dihindari. Malah ia juga diperkuatkan dengan nilai-nilai contoh daripada sirah para sahabat, tabien dan tokoh-tokoh Islam terbilang yang mesti diteladani sebagai cara hidup yang positif menuju umat cemerlang.

Kenapa buku ini perlu menjadi pilihan?

Ia menekankan persoalan akidah yang menjadi fokus perbincangan masa kini.
Menampilkan persoalan hidayah Allah ke atas manusia.Dilengkapi dengan beberapa prinsip agama seperti prinsip memperbaiki jiwa manusia, masyrakat seterusnya pemulihan akidah.
Mengetengahkan beberapa asas tindak-tanduk yang terpuji dan terkeji untuk dijadikan penilaian dalam melakukan pendekatan terhadap orang yang di bawah pengawasannya.

Judul buku: Inspirasi Menuju Jalan Sempurna
Penerbit: Mustread Sdn. Bhd.
Susunan: Muhammad Ibrahim Salim
Penterjemah: Zainudin Hashim
Edaran: Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Tebal: 136 muka surat
Harga: RM29.90 Sem. Malaysia, RM32.90 Sabah/Sarawak

Sebaris bumi dan matahari

Planet terbesar dalam sistem suria, Musytari pada malam esok, Rabu 9 Julai 2008 akan mengalami fenomena istiqbal atau opposition yang berlaku hanya sekali dalam setahun. Wartawan, NOOR HASLIZA NUSI melaporkan.


MUSYTARI merupakan planet kedua paling cerah selepas Utarid, kelima dari matahari dan terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria.


SAMBIL mendongak wajah ke arah langit, anda berkata, "indahnya ciptaan Tuhan sehingga boleh dilihat dengan mata kasar." Inilah perkataan pertama yang akan terpacul dari mulut anda tatkala melihat keajaiban yang diciptakan Tuhan buat seluruh penghuni planet Bumi.Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah makna di sebalik kenyataan tersebut. Ia bukan bermaksud Bumi akan mengalami perubahan atmosfera secara dramatik sehingga memberi kesan terhadap isi di dalamnya, tetapi ia melibatkan fenomena yang jarang berlaku.


KETIKA proses pertentangan Musytari, jaraknya empat kali ganda dari kedudukan matahari.


Pada malam esok iaitu dari pukul 8 hingga 10 malam, sekiranya anda berpeluang melihatnya dengan mata kasar, anda akan nampak satu titik putih menyinari segenap ruang langit dan cahayanya lebih terang berbanding gemerlapan bintang-bintang yang melingkari segenap cakerawala."Titik putih itu adalah planet Musytari yang sedang mengalami opposition atau dalam erti kata lain, istiqbal (pertentangan) yang membawa maksud Musytari, Bumi dan Matahari berada dalam satu garis lurus dengan Bumi berada di antara Matahari dan Musytari.

"Satu pancaran cahaya yang menyinari ruang angkasa dilihat bagaikan sinaran bulan penuh," begitulah gambaran yang dijelaskan oleh Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Rozaini Ezrina Sarbini ketika ditemui di Planetarium Negara baru-baru ini.Apakah yang dapat dilihat sewaktu berlakunya pertentangan Musytari? Menurut Rozaini, beberapa minggu sebelum dan selepas pertentangan berlaku, Musytari akan kelihatan sangat terang.


CONTOH teleskop jenis Celestrone yang digunakan ketika melihat proses pertentangan Musytari.

Difahamkan, kedudukannya juga akan berada dalam keadaan paling dekat dengan Bumi. Katanya, ketika itu, ia merupakan waktu paling sesuai untuk mencerap Musytari.Ini merupakan masa terbaik untuk melihat Musytari. Tompok Besar Merah (Great Red Spot) iaitu ribut di permukaan Musytari, empat bulan yang mengelilingi Musytari iaitu lo, Europa, Ganymede dan Callisto yang terdapat di sisinya juga boleh dilihat menerusi teleskop,'' ujarnya yang memberitahu kedudukan planet Musytari akan berada berhampiran buruj sagitarius sekitar bulan Mac hingga September tahun ini.Ketika ini jugalah, kita berada dalam kedudukan paling dekat dengan Musytari berbanding hari-hari biasa. Ini bermakna Musytari akan kelihatan lebih terang dan sekiranya anda mempunyai teleskop, ia juga akan kelihatan lebih besar berbanding keadaan biasa."Jika Musytari bertentangan dengan Matahari, ini bermakna ia akan terbit di Timur manakala Matahari terbenam di Barat. Fenomena 'bintang' yang sangat terang di langit Timur selepas Matahari terbenam ini boleh dilihat pada malam esok," katanya.

ROZAINI menunjukkan kedudukan Musytari ketika proses pertentangan berlaku.


Semasa berlakunya proses itu juga, Musytari yang mengelilingi Matahari dalam tempoh 11.86 tahun bagi satu pusingan akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan ia boleh dilihat dengan lebih jelas berbanding ketika berada pada kedudukan lain.Musytari yang juga dikenali sebagai Age Star merupakan planet yang kedua paling cerah selepas planet Utarid, planet kelima daripada kedudukan Matahari dan planet terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria.

"Pertentangan Musytari akan berlaku setiap 399 hari atau satu tahun satu bulan dan kali terakhir berlakunya pertentangan Musytari ini ialah pada 6 Jun 2007 dan seterusnya berlaku pada malam esok, 9 Julai 2008, sekitar pukul 8 hingga 10 malam," jelasnya apabila diajukan tentang kekerapan berlakunya pertentangan Musytari.Manakala kadar pencahayaan magnitud visual planet Musytari dalam tempoh beberapa minggu sebelum dan selepas istiqbal adalah dalam lingkungan - 2.7 berbanding kecerahan bintang biasa iaitu 1 magnitud."Semakin negatif magnitud sesuatu objek di langit, maka semakin cerah ia kelihatan. Kedudukan Musytari pada ketika ini adalah pada jarak empat kali ganda atau empat Astronomikal Unit (4 AU) dari Matahari.

"Tidak dinafikan, terdapat kesukaran untuk meramal kedudukan sesuatu orbit dan ia bergantung pada keadaan cuaca pada malam esok. Sekiranya cuaca dalam keadaan cerah, kita berpeluang melihat proses pertentangan ini."Penggunaan alat teropong jauh atau teleskop yang dilengkapi dengan sistem pembesaran 40 kali ganda atau lebih sangat disyorkan untuk digunakan bagi mencerap Musytari," katanya yang memberitahu pencerapan tersebut melibatkan semua negara di seluruh dunia.Paling menakjubkan, tambah Rozaini, sekiranya dilihat menggunakan alat teropong jauh atau teleskop, kita berpeluang mencerap planet Musytari dengan jarak lebih dekat sehingga dapat menerokai permukaan planet keenam iaitu Zuhal.




Peluang mencerap planet Musytari

MUNGKIN sehingga hari ini, anda masih tercari-cari destinasi paling sesuai untuk menyaksikan proses pencerapan planet Musytari yang berada dalam jarak paling dekat dengan planet Bumi pada malam esok?

Jangan memeningkan kepala untuk mengintainya dari sudut kediaman rumah anda tetapi berkunjunglah ke Planetarium Negara pada malam esok.Di situ, anda berpeluang menyaksikan keunikan dan misteri planet Musytari menerusi teropong jarak jauh atau teleskop.Bertempat di perkarangan pintu masuk utama Planetarium Negara, para pengunjung akan disediakan dengan tiga buah teleskop berkuasa tinggi bagi melihat fenomena pencerapan planet Musytari selama dua jam, bermula pukul 8 hingga 10 malam.

Dalam tempoh itu juga, apabila kedudukan Musytari berada bertentangan dengan matahari, orang ramai berpeluang melihat Tompok Merah Besar (Great Red Spot) atau ribut di permukaan Musytari serta empat bulan yang mengelilinginya iaitu Europa, Io, Callisto dan Ganymede.Menurut Pembantu Pegawai Perhubungan Media Planetarium Negara, Latifah Abdul Hamid, pihaknya juga akan menyediakan beberapa program interaktif buat para pengunjung.Antaranya ialah pertunjukan planetarium, kuiz sains angkasa, simulasi langit malam dan taklimat pencerapan langit malam.“Program ini mempunyai objektif tersendiri iaitu meningkatkan pengetahuan orang ramai dalam mengkaji dunia astronomi.

“Khusus untuk golongan remaja dan kanak-kanak, mereka berpeluang mengetahui secara meluas tentang keajaiban yang terdapat di alam cakerawala.“Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan kognitif mereka yang menjurus ke arah masa depan belia yang lebih cemerlang,” katanya kepada Kosmo!.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 atau 4303 dan layari laman web di www.angkasa.gov.my/planetarium.

Menyemai sifat mahmudah




Anak merupakan permata hati yang diidamkan oleh ibu bapa terutama sekali bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.Apa yang penting kepada ibu bapa adalah mendidik anak agar berjaya membina masa depan yang lebih gemilang. Mendidik anak bukan hanya semata-mata untuk kesenangan dunia tetapi juga untuk kesejahteraan hidup di akhirat. Menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk mendidik anak yang soleh selari dengan tuntutan agama. Antara pendidikan yang baik adalah aspek berkaitan dengan pembentukan akhlak mulia.

Dalam pendidikan anak, Allah s.w.t mengabadikan kisah seorang bapa yang dikenali sebagai Luqman yang menjadi inspirasi kepada semua ibu bapa. Luqman seorang hamba yang soleh dikurniakan Allah dengan ilmu pengetahuan dan hikmah kebijaksanaan. Siapa dia, apa bangsa dan di mana negerinya tidak dinyatakan dalam al-Quran. Namun dalam kisahnya, banyak tersirat ajaran yang berharga.

Firman Allah yang bermaksud: 'Dan (ingatlah!) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: 'Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan suatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar.'- Surah Luqman:13.Asas dalam kehidupan seorang anak yang soleh adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah. Dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, ia menjadi benteng daripada melakukan perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Antara amalan mulia yang wajib dan perlu diterap kepada anak-anak adalah mengambil berat terhadap amalan solat, menjauhi daripada melakukan perbuatan mungkar dan sentiasalah diri melakukan perkara baik.Selain itu, anak-anak perlu dipupuk agar sentiasa menghiasi hidup dengan sifat sabar apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: 'Wahai anak kesayanganku! dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.'- Surah Luqman: 17.

Secara jelas, pembentukan nilai dan amalan mahmudah dalam kalangan anak-anak adalah melalui pembentukan personaliti yang terpuji. Allah s.w.t menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud: 'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya yang mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;(ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).' - Surah Luqman: 14. Amalan taat kepada ibu bapa perlu dipupuk kepada anak-anak agar anak membesar dalam kasih sayang ibu bapa yang berkekalan sampai ke akhir hayat.

Menyemai sifat mahmudah kepada anak bermula pada awal lagi sehinggalah keperingkat anak menjangkau remaja. Pada awal pertumbuhan sejak berumur dua tahun, anak-anak mula belajar melalui kata-kata yang baik. Kata-kata baik dan berunsur kasih sayang perlu didedahkan kepada anak agar menjadi satu kebiasaan.Mendedahkan anak dengan kata-kata manis, bersalaman sesama keluarga secara tertib dan penuh hormat. Anak hendaklah dibiasakan dengan sebutan nama Allah walaupun belum mengerti. Ketika hendak memulakan makan, ajar anak membaca Bismillah dan menyudahi makanan dengan ucapan Alhamdulillah. Anak-anak juga boleh dilatih dengan sifat mulia suka memberi dan tidak mementingkan diri sendiri.

Sementara itu, tempoh pertumbuhan dua hingga enam tahun merupakan peringkat menerima pengaruh tingkah laku dan emosi.Anak suka dimanjakan, namun biarlah bertempat. Ibu bapa berperanan menunjukkan sifat terpuji, tidak bercakap kasar dan kotor, suka berkelahi, meremeh dan menghina antara satu sama lain.Anak sebagai aset penting kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan dan membina masa depan anak agar menjadi seorang anak yang soleh dan cemerlang.

Beli-belah dalam talian

VirtualMalaysia.com portal e-pelancongan rasmi Kementerian Pelancongan, telah menambahkan lagi keseronokan beli-belah melalui peraduan secara dalam talian Shopping Mania: Tag the Bag yang dianjurkan sempena Karnival Jualan Mega Malaysia 2008.

Peraduan yang bermula dari 16 Jun hingga 31 Ogos ini merupakan sebahagian daripada kempen selama 11 minggu VirtualMalaysia.com untuk mempromosikan aktiviti membeli-belah di seluruh negara. Sempena dengan karnival jualan mega selama 59 hari (bermula 5 Julai hingga 1 September 2008), peraduan ini menyediakan peluang kepada para pelancong tempatan dan luar negara untuk memenangi hadiah-hadiah hebat serta baucar yang boleh digunakan semasa pesta jualan.

"Malaysia merupakan syurga beli-belah dan kami sangat teruja untuk menampilkan daya tarikan yang ada di negara kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif, VirtualMalaysia.Com, Rohizam Md Yusoff.

"Kami mahu membuat sesuatu yang menyeronokkan untuk para pengunjung VirtualMalaysia.com dan itulah sebabnya kami mencipta permainan Tag the Bag, yang boleh disertai oleh semua lapisan umur, tidak kira tua atau pun muda."




Tag the Bag adalah permainan mudah yang memerlukan para peserta mengumpulkan mata dengan menangkap seberapa banyak beg beli-belah yang boleh dalam masa 20 saat.

Tiada had dikenakan kepada para peserta untuk bermain permainan ini. Lebih kerap peserta bermain, maka lebih besar peluang mereka untuk menang. Para penganjur pertandingan ini termasuklah MasterCard, Gap, Suria KLCC, The Mall, Zon Johor, Gurney Plaza, Kiara Holidays, Dragon-I, dan banyak lagi.

Pemenang peraduan akan dipilih setiap minggu dan diumumkan melalui laman web. Untuk menyertai peraduan, layari www.virtualmalaysia.com dan klik pada Mega Sale Mania: Tag the Bag untuk memulakan permainan.

Mengurus anak angkuh

Dalam kesungguhan anak-anak berbangga dengan kebolehan diri, mereka mungkin tidak sedar bahawa tindakan itu mungkin menyinggung perasaan orang lain.


SIKAP menunjuk-nunjuk adalah perkara biasa bagi kebanyakan kanak-kanak. - Gambar hiasan


PADA usia yang muda, kebanyakan kanak-kanak sudah belajar untuk berkata, 'lihat saya'. Majoritinya berbuat demikian semata-mata ingin mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.Kelibat seorang lelaki dan anak perempuannya yang berusia empat tahun menarik perhatian. Si anak dilihat cuba memperkenalkan diri kepada seorang kakak yang berdiri berdekatannya. Kemudian dia cuba membuat gaya somersault di atas rumput sambil menjerit, 'tengok ni... tengok ni!' Dalam situasi apakah, keangkuhan seseorang anak mungkin bertukar menjadi satu masalah atau bencana?Kanak-kanak lazimnya terlalu muda dan agak mudah bertoleransi dengan keangkuhan kanak-kanak lain. Mereka sama ada akan membiarkan sahaja sikap menunjuk-nunjuk itu atau berkumpul di sekitar anak yang bongkak.

Sebagai ibu bapa, kita akan memberi galakan kepada anak-anak muda untuk berpuas hati dan berbangga dengan apa juga pencapaian mereka.Misalnya, kali pertama anak perempuan anda berjaya dalam pertandingan bercerita, sudah tentu anda memberi pujian sewajar kepadanya sebagai dorongan untuk kejayaan masa hadapan.Menurut seorang profesor dalam jurusan pendidikan karakter, Dr. Marvin Berkowitz, sikap menunjuk-nunjuk dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah adalah sesuatu yang sihat."Salah satu tugas paling penting bagi seseorang anak ialah membentuk rasa sayang pada diri sendiri dan keyakinan diri. Anak-anak perlu merasakan diri akan berjaya dan mampu menjayakan sesuatu," katanya.Anak sering diberitahu oleh ibu bapa bahawa mereka mampu melakukan kerja dan kenyataan ini perlu diterima. Atas sebab ini, anak-anak memperoleh keberanian dan keinginan untuk berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja tentang segala kemampuan yang dilakukan oleh mereka. Namakan sahaja, daripada mengira sehingga 10, mengetahui nama penuh atau bermain dengan bakul.

Namun, dalam kesungguhan mereka bercerita atau berbangga dengan kebolehan diri, mereka mungkin tidak sedar tindakan itu mungkin menyinggung perasaan orang lain.Pakar kanak-kanak berpendapat, anak yang meluahkan kegembiraan terhadap pencapaian mereka adalah sesuatu yang normal asalkan mereka tidak dipaksa melakukannya untuk orang lain. Maklum balas anda sebagai ibu bapa boleh membantu mengajar anak-anak tentang bagaimana menjadi sensitif terhadap perasaan kanak-kanak lain.Seiring dengan peningkatan usia, sebab seseorang anak menunjuk-nunjuk juga berubah. Sekiranya, sikap menunjuk-nunjuk terlalu melampau berbanding rakan sebayanya, ini mungkin bermakna dia tidak memperoleh perhatian secukupnya daripada ibu bapanya.Oleh sebab itu, dia mengambil peluang untuk menunjuk-nunjuk agar diri berasa dihargai. Sesetengah anak-anak mungkin berasa angkuh apabila mereka dilanda ketidakpastian terhadap diri sendiri atau ingin diri diterima. Pada masa yang sama, ia mungkin bermakna si anak telah menerima terlalu banyak pujian sehinggakan sikap menunjuk-nunjuk dirasakan tiada masalah.

Tetapi seiring dengan tumbesarannya, mereka sepatutnya belajar dan mengetahui bahawa sikap yang menunjuk-nunjuk tidak lagi boleh diterima. Mereka mungkin semakin sukar untuk menerima bahawa tindakan itu boleh memakan diri.Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu membuang tabiat menunjuk-nunjuk si anak dengan menaikkan tahap keyakinan diri mereka. Bantulah anak sedar bahawa mereka mampu berdikari dan tidak perlu terlalu berbangga atau terlampau menunjuk-nunjuk akan pencapaian diri.Tunjukkan kepada anak-anak tentang bagaimana sikap menunjuk-nunjuk mereka mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain. Gunakan diri sebagai contoh untuk menunjukkan kepada anak, bagaimana gaya menunjuk-nunjuk itu boleh memberi maksud sebaliknya kepada orang di sekeliling.

Walaupun menunjuk-nunjuk adalah perkara biasa bagi kebanyakan kanak-kanak, mereka perlu dididik tentang kepentingan mengelakkan keangkuhan melampau.

Thaksin yang ke-16 terkaya


THAKSIN bergambar bersama anak perempuannya, Paetongtarn selepas majlis konvokesyen di Universiti Chulalongkorn, Bangkok semalam.


BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra disenaraikan antara orang terkaya di negara berkenaan walaupun hartanya berjumlah AS$2 bilion (RM6.5 bilion) dibekukan.Menurut majalah Forbes, Thaksin yang digulingkan pada 2006 adalah orang ke-16 paling kaya di Thailand dengan harta bernilai AS$400 juta (RM1.3 bilion) bertambah sebanyak AS$100 juta (RM325 juta).

Bagaimanapun, nilai sebenar harta Thaksin dianggarkan lebih tinggi kerana sebahagian aset beliau yang bernilai AS$2 bilion (RM6.5 bilion) dibekukan oleh pihak berkuasa Thailand.Aset Thaksin dibekukan selepas beliau didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung penjualan saham syarikatnya, Shin Corp kepada sebuah syarikat Singapura, Temasek Holdings pada 2006.Thaksin dan isterinya, Pojaman hadir di mahkamah pada Selasa lalu bagi menghadapi beberapa tuduhan rasuah yang berlaku sepanjang pemerintahan beliau

Serah kepada Najib Jun 2010 - Proses peralihan kuasa Perdana Menteri sudah bermula




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan akan menyerahkan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.Katanya, proses peralihan kuasa itu bermula semalam dan dengan keputusan itu beliau tidak akan memimpin BN pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka pada 2012 atau 2013."Saya ambil kesempatan memaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi pada mesyuarat tadi bahawa saya telah mencapai kesepakatan dengan Datuk Seri Najib bahawa saya tidak akan memimpin parti BN dan UMNO pada pilihan raya yang akan datang yang ke-13."Dan ini juga bermakna satu peralihan kuasa perlu diwujudkan. Saya maklumkan kepada MT ia bermula dengan apa yang saya umumkan hari ini (semalam)."Iaitu saya bercadang untuk menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Mohd. Najib untuk ambil alih jawatan presiden parti dalam pertengahan Jun atau pertengahan tahun 2010," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Khas Tertutup dengan pemimpin UMNO bahagian dan pemimpin ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ketika ditanya sama ada sebarang keputusan dibuat bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti nanti, Abdullah berkata, tidak ada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu dan berharap Najib akan terus menjadi timbalannya sehingga beliau menyerahkan kuasa nanti."Saya dapati hubungan itu adalah baik. Niat dan tujuan saya ialah untuk mengukuhkan parti dan meneruskan program-program yang banyak dirancang termasuk janji-janji pilihan raya."Maka saya rasa senang hati jika sekiranya timbalan saya Najib sampai tarikh (itu) nanti, (apabila) saya menyerahkan jawatan saya.

"Inilah penghargaan saya kepadanya dan saya memilih beliau menjadi pengganti saya kerana saya yakin dan percaya beliau dapat memimpin parti dengan baik," katanya.Dalam tempoh peralihan itu, Abdullah berkata, mereka berdua akan berusaha meningkatkan kekuatan parti dan mengembalikan semula parti kepada kedudukan yang mendapat sokongan kuat daripada rakyat dengan bilangan yang lebih ramai daripada dahulu iaitu sewaktu parti menghadapi pilihan raya dan melaksanakan program-program yang lain.Abdullah juga menghargai kesediaan Najib untuk menerima cadangannya itu yang mendapat restu baik daripada pemimpin UMNO pada pertemuan tertutup semalam iaitu dengan mendapat tepukan dan standing ovation daripada mereka.Ditanya mengapa pertengahan tahun 2010 dipilih untuk peralihan kuasa itu, Abdullah berkata, jangka masa itu dilihat mencukupi untuk beliau melaksanakan pelbagai projek dan rancangan yang diaturkan bersama dengan Najib.