Thursday, August 7, 2008

Kemban: Kegilaan artis Malaysia


Kemban oh kemban... Kini kembali dengan pelbagai rupa dan gaya. Namun secara umumnya, artis Malaysia suka mengenakan warna 'garang' dan 'terang' ketika meragakan fesyen kemban di mana-mana gala

Fesyen berkemban kini bagaikan menjadi-jadi di kalangan artis tempatan kita. Jika kita mahu membandingkan beberapa dekad yang lalu, hanya kini artis kita menggilakan konsep ala kemban terutamanya ketika majlis keramaian. Pokoknya, mengapa fesyen kemban kini mendominasi gaya artis kita sedangkan berkemban itu merupakan salah satu cara pemakaian tradisional masyarakat Asia?Bersama mStar Online meninjau kehangatan berkemban bersama salah seorang pereka tersohor di negara kita, Salikin Sidek.

Mengapa kemban kembali?"Ia sememangnya satu trend di kalangan wanita di Asia. Wanita di Kelantan masih menggunakan kemban. Unik dibandingkan dengan cara wanita di Brunei memakai kemban. Mereka menggunakannya di luar baju kurung mereka," ujar Salikin Sidek, salah seorang pereka pakaian tradisional tersohor di Malaysia mengenai cara-cara pemakaian kemban di rantau ini."Salah satu kemungkinan juga adalah pemakai rasa lebih selesa dengan gaya tersebut. Ianya amat praktikal serta bersesuaian dengan cuaca negara kita" tambahnya lagi.

Adakah juga kerana dipengaruhi gaya di Hollywood?
"Memang tidak dinafikan pengaruh artis Hollywood memainkan peranan yang penting. Ianya trendy.Lagipun trend kemban telah menjadi ikutan ramai sejak lima tahun yang lalu di Malaysia. Tetapi ianya lebih elok jika orang tempatan kita mengenakan selendang agar kelihatan lebih sopan," kata Salikin lagi.Ternyata pada beberapa acara kemuncak seperti Oscars serta Gloden Globes, ramai artis antarabangsa telah mengayakan gaun ala kemban. Antaranya Charlize Theron, Natalie Portman serta Kiera Knightly. Tidak kurang hebatnya juga ketika acara-acara kemuncak tempatan di mana ramai artis Malaysia memilih konsep berkemban untuk gaun mereka."Kebiasaannya artis akan mendengar nasihat kita atas dasar kita lebih berpengalaman serta tahu selok belok fesyen," jelasnya mengenai sikap artis tempatan ketika menempah baju ala kemban. Antara artis yang pernah mengayakan hasil rekaan Salikin berkonsepkan kemban adalah Umie Aida, Erma Fatima, Nasha Aziz dan yang terkini, pelakon drama, Nisdawati.Harga kemban mengikut rekabentuk serta kepanjangan kemban itu. Antaranya adalah kemban berkonsepkan potongan dari atas dada sampai ke pinggang berharga RM150 ke atas manakala gaun berkonsepkan kemban berharga RM1500 ke atas.

Apa kata artis?

Umie Aida
"Pada kebiasaannya bila saya memakai fesyen ala kemban, saya rasa tidak selesa kerana ini membataskan pergerakkan saya. Jika kita aktif, agak sukar untuk menggunakannya sebagai pakaian harian. Tetapi kalau ada majlis, tidak kisahlah tetapi mesti ada cover."Lydia Ibtisam
"Walaupun saya bukan seorang pakar dari segi fesyen, tetapi saya rasakan fesyen kemban agak cool. Kemungkinan besar ia dipengaruhi oleh fesyen musim Spring/Summer, lantas ramai yang mengenakannya. Tetapi, saya tidak berapa suka menggunakan fesyen ala kemban kerana ianya harus dibuat secara ketat. Kalau tidak, habislah."

Kemban berunsurkan elemen putih... Menyerlah keanggunan pemakai terutamanya apabila Carmen Soo dan Keira Knightly mengenakannya

Mischa Barton dan Marion Caunter mempunyai banyak persamaan. Merah, menawan dan muda... Amat bersesuaian dengan gaya kemban yang dikenakan

Azizah Mahzan dan Natalie Portman... Perbezaan pemakaian di antara dua pelakon dari dua generasi, dua benua berbeza. Bagi mereka yang dimamah usia, lebih elok jika gaun kemban itu dipadankan bersama sehelai selendang

Bagi artis antarabangsa pula... Warna lembut serta gelap merupakan pilihan utama mereka. Jarang sekali mereka menggunakan fesyen kemban berwarna terang hanya Zhang Ziyi yang berani mencubanya

(Gambar: The Star, Utusan, Reuters, AP dan AFP)

Trend ataupun tradisi, susuk badan pemakai haruslah secocok dengan gaya kemban yang dipilih. Sememangnya kemban itu merupakan satu tradisi untuk kaum wanita di negara kita malah di rantau Asia. Namun biarlah ia digayakan dengan kesopanan dan kena pada tempat serta masanya.

Keanggunan Batik

Artis tempatan raikan keunggulan batik di The Weld
22-09-2006 05:13:24 PM


Zahnita... Pelakon serta model jelita ini sopan mengenakan gaun baby doll yang berwarna biru khas untuk wanita mengandung. Pemilihan warna biru terang dikatakan bersesuaian dengan kulit Zahnita yang berputih. Gaun ini merupakan rekaan Masrina daripada butik Ilham
(Foto The Star Oleh T.K Lim)


Tiga diva memilih warna garang... Nurul, Deja Moss dan Ziana Zain memastikan bahawa kehadiran mereka dirasai dengan memilih rekaan batik yang berwarna terang. Deja mengenakan rekaan hasil daripada Ridzuan Bohari manakala Ziana pula cantik dengan gaun berlengan panjang hasil rekaan Khalid dan Khoo Khai
(Foto The Star )


Gaun yang memenangi Young Designer Awards pada tahun 2000 sepadan dengan potongan badan pelakon sensasi Nisdawati. Baju yang berkonsepkan kubah masjid yang disertakan dengan tali merupakan hasil rekaan Nazleen Noor
(Foto The Star )


Anggun dan bergaya... Fauziah Latif membuktikan bahawa dirinya adalah salah seorang ikon fesyen Malaysia menerusi rekaan Iikarrtini. Konsep putih yang diselitkan dengan warna-warna garang merupakan salah satu percubaan berani penyanyi yang berusia 37 tahun itu yang sering mengenakan gaun-gaun berwarna hitam pada majlis keramaian
(Foto The Star )


Betty Benafe memilih rekaan Bill Keith kerana potongan baju halter neck sesuai dengan lehernya yang panjang. Warna cokelat pula menjadi tema kerana ianya sepadan dengan koleksi musim panas
(Foto The Star )


Ashraf Sinclair kacak mengenakan baju lengan panjang berwarnakan cokelat rekaan Raymond Jolly dan Aaron George. Konsep ranggi itu turut dipadankan dengan elemen moden menerusi koleksi aksesori Ashraf yakni topi dan rantai
(Foto The Star )


Bagi model antarabangsa, Amber Chia, semua lapisan masyarakat Malaysia boleh mempraktikkan batik sebagai pakaian formal ke majlis-majlis keramaian. Amber angggun mengenakan gaun hasil rekaan Michael Shu yang dihiasi dengan manik- manik yang berwarna-warni
(Foto The Star )


Gagah dan kacak... Pelakon baru Adi Putra segak memperagakan baju rekaan Khadani yang bermotifkan elemen warisan kebudayaan kaum Cina

Foreshadow 'ayam' dalam Susuk berjaya!

AYAM dijadikan satu foreshadow di dalam filem Susuk! Ayam diinterpretasikan sebagai satu simbol objek 'jahat' dan ilmu hitam di dalam filem ini.Dalam filem arahan pengarah berkaliber Amir Muhammad dan Naeim Ghalili ini, ayam dijadikan binatang 'jahat' yang juga simbolik kepada 'pembunuhan'.Pada setiap babak yang menunjukkan setiap mangsa bunuh si pemakai 'susuk keramat' iaitu Suzana (Ida Nerina), pasti ayam akan muncul. Oleh itu, ia memberi petanda atau foreshadow bahawa selepas ini akan berlaku pembunuhan kejam walaupun tidak ditunjukkan secara terang-terangan.Adegan ngeri ini mengingatkan penulis kepada filem-filem seram dan suspens sebelum ini seperti Psyco, Prom Night dan beberapa buah filem lagi.


Diana Rafar berlakon sebagai seorang pelatih jururawat bernama Soraya yang bercita-cita untuk bergelar artis.

Begitu juga dalam babak ketika Soraya (Diana Rafar) bergurau senda dengan rakan serumahnya (Norkhiriah) dan memukul kepala antara satu sama lain dengan bantal sehingga bantal tersebut terkoyak dan menerbangkan 'bulu ayam' di dalamnya.Motif adegan ini dimasukkan dalam jalan cerita ini hanya sebagai sesuatu peristiwa akan berlaku. Bulu ayam itu mempunyai kaitan dengan 'ayam' yang dijadikan sebagai 'signal' utama dalam filem ini.Ketika di dalam majlis sidang media yang dilakukan, selain wartawan, ada seorang budak kecil di belakang yang bertanya soalan tentang kenapa ayam dipilih sebagai binatang 'jahat' dalam filem ini?Lalu Amir menjawab, "Ayam digunakan kerana mengaitkan ia dengan penggunaan ilmu hitam yang biasanya digunakan oleh bomoh. Jadi, dalam filem ini, ayam selalu muncul kerana secara 'subtle' nya melambangkan kampung. Ia memberi maksud Soraya yang mahu lari dari imej kekampungan."Selain ayam, binatang lain juga digunakan dalam filem ini iaitu ikan pada awal permulaan ceritanya. Tetapi ayam lebih memainkan peranan yang penting dalam filem ini.

Ada beberapa perkara lain yang menarik untuk dikongsi berkaitan dunia artis kita.


Salah satu babak yang memaparkan gelagat artis dalam majlis minum semasa konsert Mona dan Rozana.

Salah satu babak dalam Susuk ketika Soraya masuk ke dalam kelompok artis dan orang-orang kenamaan di majlis minum sebelum menonton konsert penyanyi pujaannya iaitu Mona (Sofia Jane) dan Rozana (Aleeza Kassim).Apa yang diperhatikan, adegan tersebut seolah-olah menyindir artis atau selebriti kita dengan mempamerkan gelagat sebenar mereka yang berada di luar sana. Susuk telah men’stereotaip’kan artis kita sebagai manusia yang suka ‘bermuka-muka’, hipokrit, bongkak dan angkuh dengan kedudukan mereka.Lebih bermakna apabila dialog Soraya yang selamba meminta minuman keras, vodka daripada kekasihnya (Gambit) apabila sampai di majlis tersebut.Penulis harus memuji pelakon-pelakon hebat dalam filem yang telah siap sejak dua tahun lalu ini kerana Sofia Jane, Ida Nerina, Diana Rafar, Aleeza Kassim dan Adlin Aman Ramli sememangnya memberikan lakonan yang cemerlang dan meninggalkan kesan.


Adlin berlakon sebagai Dukun Dewangga.

Tidak perlulah diceritakan secara terperinci tentang lakonan mereka tetapi apa yang pasti gabungan pelakon mantap ini mampu menghasilkan filem yang benar-benar memberikan impak kepada penonton. Tahniah Amir dan Naeim serta semua pihak yang terlibat dalam penerbitan filem Susuk ini!Penulis juga ingin memuji dari segi teknik yang digunakan untuk menimbulkan unsur seram. Sinematografi dan ‘mis-en-scene’ seperti warna, pergerakan kamera, props, mekap, kostum, suntingan, latar set dan semuanya diadun dengan cantik sekali sehingga tidak kurang ada yang menjerit kerana terkejut ketika menontonnya.Melalui teknik suntingan dan graf cerita secara non-linear, Susuk berjaya merahsiakan watak-watak tertentu yang akhirnya penonton mungkin tidak menyangka ceritanya 'begitu' dan 'begini' seusai tirai wayang berakhir.


Susuk turut menunjukkan cara susuk dipakaikan.

Setiap benda yang diciptakan dalam Susuk mesti ada sebab dan maksudnya. Amir sendiri mengatakan yang dia tidak mahu penonton hanya menonton filemnya tanpa berfikir. Jadi, tidak hairanlah jika penonton akan tertanya-tanya di akhir filem itu.Oleh itu, sesiapa yang menggemari filem karya Yasmin Ahmad mungkin akan turut meminati Susuk kerana filem kedua-dua pengarah ini ibarat mempunyai identiti dan pemikiran yang sama. Cuma cara penyampaiannya yang berbeza.Sebelum filem ini dipertontonkan, Amir juga ada menyebut tentang duality yang dipaparkan dalam Susuk. Selepas menontonnya, barulah penulis faham apa maksud Amir tentang duality yang telah disampaikan.Salah satunya adalah dua karektor antara Suzana dan Soraya. Walaupun karektor dan nama mereka berbeza, namun ada persamaan antara kedua-duanya yang menghubungkan mereka iaitu susuk.Susuk mengisahkan Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Lantas di kala tawaran jadi bintang mengundang, dia mahu gapai setinggi langit. Langkah mulanya penuh ranjau. Sehinggalah Soraya dipujuk dengan amalan susuk yang sukar diketepikan untuk bergelar diva ternama. Kini dia mesti memilih samada terus di laluan yang benar atau jalan onar yang perlukan pengorbanan..


Kesan susuk yang dipakai Mona lakonan Sofia Jane di dadanya.

Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal sedang mendaki puncak populariti teratas. Namun terselindung di balik tabir keagungannya, Suzana adalah pengamal ilmu hitam tegar kerana dia pewaris susuk keramat. Tapi ia ada musibahnya. Suzana perlukan korban nyawa manusia setiap kali dia melanggar pantang larang.Susuk menyusuri kisah Soraya dan Suzana dalam lajur cerita yang berbeda namun akan bertembung di akhir cerita. Suatu kesudahan yang akan membongkar rahsia dan misteri ilmu hitam yang tidak tergambar oleh sesiapa!Yang pasti, Susuk juga berupaya memberi mesej supaya “jangan pakai susuk kerana hidup anda dan keluarga anda akan merana” seperti yang dipaparkan dalam filem ini.Penat lelah Amir dan Naeim serta para pelakon lain seperti Ida Nerina yang melakukan kajian mendalam tentang susuk akhirnya membuahkan hasil. Mereka telah berjaya memaparkan cara-cara susuk dipakaikan.Tetapi, filem ini juga berjaya merungkaikan tanggapan sesetengah orang yang menganggap susuk hanya dipelopori oleh kaum wanita. Dalam Susuk, kaum lelaki turut mengaplikasikannya. Jadi, jangan ingat wanita sahaja hendak cantik, lelaki pun mempunyai keinginan yang sama!Jadi, jangan lepaskan peluang menonton Susuk mulai hari ini, 7 Ogos. Tidak rugi rasanya kerana ini adalah sebuah filem Melayu yang hebat.Tahniah buat pengarah Amir Muhammad, Naeim Ghalili, penerbit Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Monsun Pictures serta semua pihak yang terlibat di belakang dan di depan tabir filem Susuk

Liwat: Dr. Muhamad buat akuan bersumpah, pertahan hasil periksa Saiful

Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, pula mengeluarkan akuan bersumpah dengan mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.Ia merupakan akuan bersumpah ketiga melibatkan isu kontroversi dalam negara sejak dua bulan lalu, selepas dua yang sebelum ini berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.Sambil menegaskan beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr. Muhamad Osman, rakyat Myanmar berkata, Saiful pada peringkat awal telah diserah untuk menemui seorang doktor wanita.

Bagaimanapun oleh kerana Saiful mahu dia hanya diperiksa doktor lelaki, dia diserahkan kepada Dr. Muhamad Osman. "Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu.

Akuan bersumpah itu ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Mohd. Annuar Mohd. Salleh.Dalam akuan bersumpah itu, beliau mengakui mempunyai status penduduk tetap Malaysia dan tinggal di B-24-3, Menara City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.Beliau memperoleh kelulusan perubatan daripada Institute of Medicine 2, University of Rangoon pada 1977.Dr. Muhamad Osman berhijrah ke Malaysia pada 1995 dan berkhidmat dengan RISEAP sebagai Pegawai Perubatan dan kemudian dengan HIKMAH (Harakah Islamiah) di Sarawak sebagai Pegawai Perubatan sehingga 1999, di Hospital Universiti (2000 hingga 2007) dan Hospital Pusrawi sejak awal tahun ini.

Katanya, Saiful telah diliwat oleh seseorang.Kata Dr. Muhamad Osman, kemudiannya beliau difahamkan fail pemeriksaan perubatan ke atas Saiful telah disebarkan dalam media dan internet."Saya terkejut dan hairan apabila mengetahui fail perubatan dengan kandungan yang sama tanpa sebarang pindaan ditemui dalam media," katanya lagi.

Kata Dr. Muhamad Osman, beliau mengetahui sebaran laporan hasil pemeriksaan itu selepas mula bercuti.Dr. Muhamad Osman bercuti selama dua minggu dan sepatutnya kembali kerja pada Isnin lalu tetapi pengurusan Hospital Pusrawi memaklumkan beliau tidak kembali melaporkan diri sehingga semalam."Untuk rekod, bagaimanapun, saya ingin mengesahkan bahawa saya perdirian teguh dengan penemuan-penemuan saya (ke atas Saiful)," katanya.

Pada minggu lalu, Hospital Pusrawi menjelaskan Dr. Muhamad Osman hanya melakukan pemeriksaan biasa terhadap Saiful tetapi bukan aspek yang berkaitan liwat.Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Saiful yang mengadu telah diliwat Anwar.Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, Dr. Muhamad Osman merupakan seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.

“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau. Pusrawi melahirkan pandangan selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Saiful, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.Dalam akuan bersumpah itu, Dr. Muhamad Osman memberitahu, beliau tidak tahu siapa yang membocorkan laporan pemeriksaan ke atas Saiful.

Katanya lagi, pada awal bulan lalu, beliau telah dikunjungi seorang pegawai polis bernama ASP Rosmi Mat Derus dari Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields."Saya telah ditemu siasat dan disoal berkaitan dengan perkara-perkara menyentuh pemeriksaan perubahan pesakit (Saiful), yang saya telah memberikan kerjasama yang baik," katanya.Kenyataan itu ditulis dengan tangan dan apabila ia ditaip beberapa fakta yang tidak dibincangkan telah disertakan dalam kenyataan yang ditaip.Dr. Muhamad Osman menyebut bahawa beberapa perenggan pada muka terakhir juga telah dimasukkan dalam bahasa Malaysia.Beliau berkata, pertemuan kedua polis itu disusuli dengan kunjungan DSP Choo dari Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Dr. Muhamad Osman memberitahu, memandangkan keselamatan diri dan keluarganya teracam beliau memutuskan untuk kembali ke Myanmar - kira-kira seminggu selepas kunjungan DSP.

Urutan Siri Dakwaan DSAI

URUTAN DETIK SEJAK SAIFUL MEMBUAT ADUAN POLIS

28 Jun : Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun : Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.

30 Jun : Anwar keluar dari Kedutaan Turki.

1 Julai : Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai : Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.

8 Julai : Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.

15 Julai : Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

16 Julai :
10.05 pagi :
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.

17 Julai : Anwar dibebaskan dengan jaminan polis

21 Julai : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai : Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

30 Julai : Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf.

30 Julai : Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai : Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

31 Julai : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

6 Ogos : Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.

TUDUHAN MELIWAT... Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat kali kedua dalam tempoh 10 tahun berhadapan dengan tuduhan meliwat. Pagi tadi beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Anwar yang genap 61 tahun Ahad ini dituduh melakukan perbuatan itu antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun lalu di unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

PERKEMBANGAN DETIK GERAK-GERI
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM HARI INI (7 OGOS 2008)


9:20 pagi : Ahli Parlimen Puchong dan peguam Gobind Singh Deo tiba di pekarangan mahkamah.

9:30 pagi: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di pekarangan mahkamah untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat mengadakan sidang media kira-kira pukul 9.40 pagi.

9:30 pagi : Anwar bertolak dari rumah ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

9:35 pagi: Timbalan Presiden PKR, Prof Syed Husin Ali dan Naib Presidennya, Azmin Ali dan tiba di pekarangan mahkamah.

9:40 pagi: Peguam Anwar, Sivarasa, Saiful Izham dan Latheefa Koya masuk ke dalam mahkamah.

9:42 pagi: Anwar tiba bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya. Turut mengiringi Azmin dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

9:50 pagi: Peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus masuk ke dalam mahkamah.

10:00 pagi: Anwar masuk ke dalam mahkamah untuk mendengar pertuduhan dibacakan.

10:12 pagi: Pertuduhan ke atas Anwar dibacakan.

10:22 pagi: Anwar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

10:28 pagi: Hakim menetapkan 10 September sebagai tarikh sebutan kes.

10:40 pagi: Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000.

11:35 pagi: Anwar meninggalkan pekarangan mahkamah.

11:37 pagi: Anwar meninggalkan pekarangan mahkamah.

2.45 petang: Peguam-peguam Anwar keluar dari rumah Anwar.

9.00 malam: Anwar berucap di Taman Medan, Petaling Jaya




Anwar bebas bon peribadi, sebab Saiful tidak didakwa
07-08-2008 10:16:46 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSAIN



ANWAR Ibrahim melambai ke arah kira-kira 2,000 penyokongnya ketika meninggalkan pekarangan mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini. - foto REUTERS

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang lazimnya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.Jika sabit kesalahan Anwar boleh dihukum hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.Ketika mebenarkan ikat jamin itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah berkata, undang-undang menetapkan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dan bahawa ikat jamin dikenakan bagi menentukan kehadiran orang itu."Saya tidak fikir Anwar akan menghilangkan diri. Jadi, saya akan membenarkan anda dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin," katanya.

Terdahulu, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun yang mengetuai pasukan pendakwaan, tidak membantah jika mahkamah membenarkan ikat jamin tetapi meminta jumlah ikat jamin ditetapkan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa Anwar diserahkan kepada mahkamah.Beliau berkata, pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar adalah serius dan tidak boleh diikat jamin, tetapi mengikut undang-undang, mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan ikat jamin.

----------------------------------------------------------------------------------

SAIFUL TIDAK DIDAKWA KERANA DIA PENGADU

MOHAMAD Saiful Bukhari Azlan tidak didakwa di mahkamah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tuduhan liwat kerana dia merupakan pengadu yang mendakwa diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar."Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis mendakwa kejadian itu berlaku? Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah," katanya.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin kemudiannya, Anwar mempersoalkan kenapa Mohamad Saiful tidak turut didakwa kerana kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan yang didakwa itu.Syed Hamid berkata bahawa dalam kes rasuah umpamanya, orang yang didakwa menerima sogokan lazimnya akan didakwa dan bukannya pemberi yang merupakan orang yang membuat laporan."Itulah cara sistem perundangan... yang penting ialah wujudnya keadilan," katanya.

----------------------------------------------------------------------------------

Sulaiman Abdullah, yang mengetuai peguam Anwar, memohon hakim menggunakan budi bicaranya mengikut Seksyen 388 (2) Kanun Acara Jenayah untuk membebaskan anak guamnya itu dengan bon peribadi tanpa mengenakan jumlah yang ditetapkan.Hakim menetapkan 10 September ini untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama dan kemungkinan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan tersebut tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas hampir enam tahun dipenjarakan, setelah Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan 21, mengetepikan sabit liwat dan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya.Anwar dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Saiful.Selepas jurubahasa Mahkamah Sesyen membacakan pertuduhan terhadapnya dan bertanya sama ada beliau (Anwar) mengaku bersalah atau tidak, Anwar berkata:

"Itu jahat dan khianat. Saya tidak bersalah."Selain Idrus, pihak pendakwaan turut dianggotai oleh Ketua Unit Pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Hanafiah Zakaria manakala George Varughase dan Rajpal Singh mewakili Majlis Peguam.Pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.Peguam lain terdiri daripada R..Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Radzlan Jalaluddin.Sementara, International Federation for Human Rights, Forum Asia and Human Rights Watch diwakili peguam A. Sahadeva, Chan Weng Keng, Ann Chuah Siew Fan and Seira Sache.

Proses pertuduhan itu berjalan lancar walaupun ramai penyokong Anwar berkumpul di perkarangan mahkamah menunggu ketibaannya 25 minit sebelum mahkamah bersidang pada pukul 10.11 pagi dan berakhir pukul 10.35 pagi.Sementara itu, Sankara yang ditemui di luar mahkamah berkata, Anwar mempunyai alibi yang kukuh bagi menyangkal dakwaan Saiful.

Beliau berkata Anwar telah memberitahu alibi tersebut kepada pihak polis semasa beliau ditahan pada 16 Julai, namun polis tetap mahu meneruskan siasatan terhadap kes.

"Kami yakin kerana pada tarikh kejadian Anwar punya alibi yang kukuh dan beliau sedang bermesyuarat di tempat kejadian," kata beliau kepada pemberita di luar kamar mahkamah.

Tambah Sankara, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu boleh bertanding sebagai calon pada pilihan raya kecil Permatang Pauh yang ditetapkan 16 Ogos ini tanpa sebarang masalah kerana perbicaraan kes tersebut belum bermula.Ditanya mengenai pembebasan anak guamnya, Sankara berkata, mahkamah telah memutuskan satu tindakan yang adil dengan membebaskan Anwar tanpa perlu membayar sebarang wang ikat jamin."Hakim S.M. Komathy Suppiah telah menggunakan budi bicara secara adil dan tanpa gentar dengan membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin."Kami bersetuju dengan hakim dan telah meminta mahkamah tidak menahan pasport kerana Anwar telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada polis," katanya.Dalam pada itu, Anwar turut memberi kenyataan kepada media bahawa beliau gembira dibebaskan dan menegaskan, pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau adalah pertuduhan jahat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya gembira dibebaskan, cuma apa yang dikesalkan adalah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin pendakwa pun nampak dipaksa untuk meneruskan kes ini," katanya sejurus keluar dari kamar mahkamah.Anwar yang dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin berkata, beliau sendiri telah menandatangi bon peribadi itu."Ia tidak libatkan sumber kewangan, dana dan pasport saya juga masih kekal dengan saya," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, pendakwaan hari ini dibuat kerana didalangi oleh tokoh-tokoh politik tertentu."Ingin saya tegaskan pendakwaan ke atas saya hari ini berniat jahat dan dirancang oleh Abdullah," ujar Anwar.Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.Tambah Anwar, biarpun beliau akan didakwa atas tuduhan ke liwat ia tidak akan menjejaskan peluangnya untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh."Sekarang ini kita nak tumpu di Permantang Pauh. Selepas berjaya ke Parlimen kita akan ambil alih dan hapuskan semua rasuah yang berlaku dalam kerajaan, " kata Anwar. Penasihat PKR itu turut mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Dulu dari awal dihebahkan kepada media, ada penderaan dan liwat secara paksa," katantya.

Semalam Perdana Menteri, Abdullah Badawi berkata tuduhan liwat terhadap Anwar melibatkan rogol namun Anwar menegaskan kenyataan Abdullah berniat jahat kerana hari ini beliau didakwa 377 B kerana kesalahan meliwat secara sukarela. "Jika suka sama suka, kenapa hanya saya sahaja kena dakwa.Kenapa tak panggil dua-dua?" katanya.Laungan "reformasi" bergema sebaik sahaja Anwar memberikan kenyataannya.

Dalam pada itu, isteri Anwar, Dr. Wan Azizah berkata, beliau amat berpuas hati dengan perjalanan kes tersebut."Ini juga satu petanda baik apabila pihak pendakwa tidak menentang permohonan Anwar untuk diikat jamin," katanya.Anwar meninggalkan perkarangan mahkamah pada pukul 11.35 pagi sementara di luar mahkamah, kira-kira 2,000 penyokong Anwar mula bersorak dengan laungan "reformasi".Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah Jalan Duta pukul 9.42 pagi tadi.Dalam pada itu tinjauan mStar Online pada 7.30 pagi mendapati unit polis trafik mengawal lalu lintas sejak pagi tadi di sekitar jalan menuju ke mahkamah.Sementara itu di hadapan masuk, terdapat kira-kira 100 orang FRU mula mengambil tempat berkawal di perkarangan mahkamah. Para wartawan sudah berkumpul di luar mahkamah.

Sapina DSAI - satu kesalahan jenayah @ politik ?

Di rumah Anwar


Para wartawan mula mengerumuni rumah Anwar.


Wartawan menanti kedatangan pihak polis yang menyerahkan sapina kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim.


ASP Jude Pereira tiba di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.


ASP Jude Pereira menyerahkan sapina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat


Datin Seri Wan Azizah (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Sulaiman Abdullah (kanan) ketika menghadiri majlis sidang media
berhubung tuduhan liwatnya. Turut serta adalah anaknya, Nurul Izzah.







Versi Cetakan Hantar Kepada Kawan

Rencana

Project Malaysia joins the pack
07-08-2008
Pick the right VC for the job
07-08-2008
Empangan Chereh tasik buatan simpan air bersih terbesar negara
07-08-2008

Undian

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan?
Anwar menang tanpa bertanding
Saingan Anwar-calon BN
Pertarungan 3 penjuru