Saturday, August 16, 2008

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri," tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi.Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri 'Seminar Tajdid' di USM, Kota Bharu berkata, "Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan."

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful."Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar," katanya lagi.Tambahnya, "Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti."

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, "Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah."

Benar atau Gimik Politik ? Rakyat diyakini @ ditipu lagi?

Saiful: Tindakan saya bukan bertujuan politik!
16-08-2008 04:53:39 PM


Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.Tindakan itu mengakhiri penantian pelbagai pihak untuk melihat pendirian Saiful yang telah menyatakan untuk bersumpah kira-kira sebulan lalu.Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet', beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.


Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi sejurus membacakan sumpah 'mubahalah'.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

sah Maya karim milik orang ...

PETALING JAYA: Aktres jelita, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali semalam, 14 Ogos.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Abdullah dari Algeria yang kini menetap di Itali pada jam 11 malam (waktu Malaysia) bersamaan lima petang (waktu tempatan).


Riak gembira terpancar di wajah Maya dan Steven sebaik sah bergelar suami isteri (Foto ihsan Maya Karin)

Seramai lebih kurang 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis perkahwinan tertutup pasangan tersebut.

Aktres berusia 28 tahun itu bagaimanapun meminta agar sebarang temubual oleh pihak media dibuat setelah dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.

Pasangan itu akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dengan berkonsepkan alam sekitar.


Maya dan Steven akan mengadakan resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini

MB dan Bekas MB ..

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-12 (HARI KEDUA)


Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said (kanan) bertegur sapa dengan mantan Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh ketika hadir di Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Petani, Nelayan Mendapat Pembelaan

Kerajaan Negeri akan mula membayar elaun sara hidup kepada nelayan sebanyak RM200 sebulan mulai September ini dalam usaha meringankan beban golongan terbabit bagi menampung kos menyara keluarga.“Dengan ini, semua nelayan yang belum mendaftar diminta berbuat demikian dengan Jabatan Perikanan bagi mendapatkan insentif bulanan yang disediakan kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat (Wakil BN-Telemong), dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (14 Ogos).