Sunday, September 14, 2008

Sanusi perjelas punca Tun Mahathir mahu kembali ke Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat menyertai semula Umno kerana mahu mengukuhkan kembali parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang kini dilihat semakin parah tetapi bertegas mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir dalam perjumpaannya bersama Tengku Razaleigh Hamzah; Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik; Pemangku Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang; veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan beliau sendiri, Sabtu lalu.

“Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin mencadangkan supaya Tun kembali semula ke dalam Umno kerana hanya dengan cara itu, Tun dapat menyuarakan pandangannya kepada Umno.“Sekarang ini, orang Umno nak panggil kita pun serba salah kerana kita bukan ahli Umno.“Tun kata beliau sanggup pertimbangkan... yang lain terpulang kepadanya. Beliau belum buat permohonan dan belum umum bila beliau nak masuk (semula Umno) serta cawangan mana dan bahagian mana (mahu menjadi ahli),” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Sanusi berkata, walaupun Dr. Mahathir sebelum ini meletakkan syarat yang beliau akan kembali semula kepada Umno hanya apabila Abdullah berundur, tetapi apabila melihatkan parti itu menjadi bertambah teruk, beliau mempertimbangkan keputusan itu.“Kita fikir tentang penyerahan (kuasa daripada Abdullah kepada Najib) pada 2010... nak menghadapi pilihan raya berikutnya cuma ada lebih dua tahun sahaja.

“Jadi dalam keadaan Umno dan BN yang semakin parah dan keyakinan rakyat yang semakin terhakis, sempatkah kita nak menang pada pilihan raya tahun 2013... kalau (2010) baru nak serah kuasa, kita hendak jamin kekalahan Umno pada 2013.“Kita tidak boleh kata andaian itu melampau kerana terbukti pada 2008 kita dah punah,” katanya.Sanusi berkata, kedudukan Umno dan BN semakin parah apabila teguran dibuat terhadapi Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berikutan kenyataannya menyentuh sensitiviti kaum Cina pada kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.

“Patutnya ada satu jawatankuasa menyelidik seperti polis atau paling tidak pun Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat).. ini tiba-tiba beliau digantung (keahlian) begitu sahaja dan kita nak tahu apakah masalah ini selesai dengan penggantungan itu."Ini menjadi lebih parah...orang Umno ada yang marah, orang bukan Umno nak barangkali beliau (Ahmad) dihukum lebih teruk. Jadi makin tidak puas hati (di kalangan ahli) dan kita kena cari jalan," katanya.Sanusi berkata, Dr. Mahathir tetap bertegas mahukan Abdullah berundur atas alasan beliau yang dikatakan menjadi punca kepada krisis dalam Umno dan BN.

“Ini katanya ada banyak perkara yang hendak dilakukan kepada Umno (merujuk akhbar hari ini) sampai orang tegur pun marah.

“Kenapa marah-marah Muhyiddin... beliau tidak boleh cakap apa-apa dah. Beliau (Abdullah) kecam Muhyiddin kerana menegur keputusan Kabinet sedangkan beliau hanya mengeluarkan pandangan melihat kepada keadaan,” katanya.

Sanusi, bekas Menteri Besar Kedah dan anggota Kabinet persekutuan berkata, tindakan Dr. Mahathir menyokong Tengku Razaleigh disebabkan hanya beliau seorang sahaja yang mahu bertanding jawatan Presiden Umno.Ketika ditanya sama ada beliau akan turut menjejaki langkah Dr. Mahathir menyertai semula Umno, Sanusi menyifatkan beliau hanyalah 'orang kecil' dan enggan mengulas lanjut.Sanusi berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan tentang masalah Umno termasuk kekalahan BN pada pilihan raya umum yang lalu.“Kita menang dengan majoriti besar pada pilihan raya 2004 tapi pada 2008, tidak patut kita kalah.

“Kemudian Tun memikirkan akan berlaku perubahan yang baik dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi lagi teruk. Itu bermakna masih tiada perubahan sedangkan di Permatang Pauh, jentera parti seluruh negara telah bekerja dan dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Gara-Gara Isu Mercedes EXCO Terengganu - Mereka yang lain terakibat?


DITUDUH... Dua pemilik bengkel hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk tuntutan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu. Tor Kok Siong, 52, (gambar bawah) pemilik bengkel di Bukit Kecil dan Choong Yuen Sang, 48, (gambar atas) pemilik bengkel di Chendering dekat Kuala Terengganu dihadapkan ke mahkamah secara berasingan bagi tujuan pendakwaan.

KUALA TERENGGANU: Dua pemilik bengkel hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk tuntutan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu.Tor Kok Siong, 52, pemilik bengkel di Bukit Kecil dan Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel di Chendering dekat sini dihadapkan ke mahkamah secara berasingan bagi tujuan pendakwaan.

Di Mahkamah Sesyen 2, Tor yang diwakili peguam Osman Bakar menghadapi empat pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM72,230.73.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada Ogos tahun lepas di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu didakwa telah memberikan kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri Hashim Abdul Rahman satu invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68.Tuntutan itu adalah untuk kenderaan Proton Perdana V6 Executive bernombor pendaftaran TAG 7979 yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan dan tuntutan itu dibuat dengan tujuan mengelirukan pemiliknya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama dan di tempat yang sama pada Jun tahun ini dengan menyerahkan invois kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK A Rahim Jusoh yang mengandungi tuntutan palsu bagi pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran TT3.Tor turut didakwa menyerahkan invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.69 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TT7 kepada individu dan tempat yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama pada November 2006 di tempat yang sama dengan menyerahkan satu invois mengandungi tuntutan palsu kepada Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terenganu (Am/Kewangan) Zulkifly Isa.Tuntutan palsu itu dilakukan untuk pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 untuk kereta bernombor pendaftaran TAG 8778 berjumlah RM18,057.68 sedangkan kotak gear itu merupakan kotak gear asal dan tidak ada penggantian dilakukan.

Bapa dua anak itu mengaku tidak bersalah ketika pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 6 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara 14 hari dan denda lima kali nilai suapan.Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah Mohd Sophian Zakaria memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin memandangkan Tor menghadapi pertuduhan memperdayakan kerajaan negeri Terengganu.

Bagimanapun Osman membantah dengan alasan wang jaminan dikenakan bukan bertujuan untuk menghukum tetapi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan dalam kes ini, Tor tidak akan melarikan diri memandangkan dia telah lama menetap di Terengganu dan mempunyai perniagaan serta keluarga di sini.Hakim M Bakri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk setiap pertuduhan serta menetapkan 23 dan 24 Dis ini untuk perbicaraan.Di Mahkamah Sesyen 3 pula, Choong didakwa memberikan invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19 119.91 melibatkan kereta bernombor pendaftaran TAK 415 sedangkan tidak ada penggantian kotak gear dilakukan.Invois itu didakwa diberikannya kepada Hashim di Pejabat SUK Terengganu pada 2 Ogos lepas.

Tertuduh diwakili oleh peguam Siti Saleha Mohd Tahir manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohd Sophian di hadapan hakim Mohammad Khalid Abd Karim.ahkamah membenarkan tertuduh diikat ikat jamin RM7,000 dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh perbicaraan.



Renungan bersama satu rencana drp blog Terengganu Kite.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti yang meletakkan batu asas kepada penubuhan negara yang mencorakkan dasar Islam dan mengamalkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sebagai petunjuk jalan meneruskan agenda politik parti.

PERLEMBAGAAN AWAL PAS

PAS yang lahir pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini. Tatkala diawal penubuhan PAS, Perlembagaan awal PAS menggariskan empat tujuan, iaitu:-

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

SELEPAS 13 MEI 1969, PAS BERADA DALAM BARISAN NASIONAL


Tragedi 13 Mei 1969 telah membawa satu kesedaran kepada singkap angkuh UMNO yang telah mencari talian hayatnya dengan merayu satu pembentukan gabungan parti baru yang menggabungkan sembilan parti politik iaitu Umno, MCA, MIC, PAS, Perikatan Sabah, GRM (Gerakan), Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PESAKA), Sarawak United Peoples Party (SUPP) dan PPP.

Pengalaman pada tahun 1969 membuktikan UMNO hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila UMNO kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

"Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978"

1982, UMNO Berstrategi Mengambil Pengaruh ANWAR IBRAHIM untuk Terus Berkuasa

Pada tahun 1978, PAS telah ditendang oleh UMNO daripada gabungan Barisan Nasional setelah UMNO merasakan kedudukan politik mereka kukuh. Namun, konflik yang ada dalam UMNO di antara pemimpin tertinggi mereka di hujung tahun 1970-an dan di awal tahun 80-an telah menyebabkan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Mahathir Mohammad menggunakan helah lama UMNO dengan menggunakan PAS sebagai penyelamat hayat UMNO.

Namun, strategi politik Mahathir tampak berbeza dengan strategi yang digunakan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak pada tahun 1969. Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden ABIM yang menrupakan satu badan yang berada di bawah naungan PAS telah dipelawa oleh Tun Mahathir untuk menyusup masuk ke dalam UMNO kerana Anwar mempunyai pengaruh yang ramai di kalangan pemuda dan pemudi pada masa itu.

Sebenarnya, pada masa itu, UMNO berjaya menghapuskan seorang bakal Presiden PAS, Anwar Ibrahim daripada menggugat kedudukan UMNO yang baru sahaja bercerai daripada PAS dan Pilihanraya pada tahun 1982 memberi satu makna yang besar kepada kedudukan UMNO untuk bertambah kuat dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Parti UMNO.

1987, UMNO Diharamkan.

Apa yang berlaku di dalam gagasan parti UMNO sering kali mereput dan pada tahun 1987, parti UMNO telah diharamkan oleh Mahkamah Malaysia kerana perebutan kuasa di antara pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Namun, UMNO yang telah diharamkan itu dihidupkan semula oleh Tun Mahathir tanpa syarat... Begitulah bertapa UMNO menggunakan sistem keadilan nasional untuk kepentingan demokrasi UMNO.

1998, Anwar Ibrahim Dipenjara

Pada tahun 1998, apa yang telah dijangka oleh PAS juga berlaku kepada Anwar Ibrahim sebagaimana PAS ditendang daripada Barisan Nasional pada tahun 1978. Anwar Ibrahim dituduh melakukan rasuah dan salah laku seks Liwat pada tahun 1998. Pada awal tahun 1998, surat layang berteraburan di sana sinun menyebarkan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepentingan menjatuhkan Anwar Ibrahim dan memastikan Anwar Ibrahim tidak akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri dengan sengaja di sebarkan kepada semua ahli UMNO dan diletakkan di setiap beg ahli UMNO yang menghadairi Perhimpunan Agong UMNO tersebut. Namun, apa yang pasti, Dalil-dalil tersebut begitu busuk dan tidak releven dan penulisannya juga begitu tidak professional dan tampak jelas konspirasi UMNO yang tidak mahu kelibat manusia yang bernama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana sistem yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim bercanggah dengan sistem UMNO yang korup dan tidak mahu satu pentadbiran yang bercirikan keIslaman di negara Malaysia.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, satu gelombang Reformasi mewarnai sejarah Malaysia dengan kebangkitan rakyat yang marah dengan sistem perundangan Malaysia ala UMNO yang bersifat rimba dan bukannya Demokrasi. Tun Mahathir menggunakan senjata konspirasi yang awalnya dicipta oleh pemimpin-pemimpin lain bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim kerana keengganan Anwar Ibrahim melulusakan sejumlah wang daripada Tabung Petronas kepada Syarikat Perkapalan anak Mahathir yang bankrupt akibat daripada kejatuhan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997.

Apa yang pasti, UMNO masih berjaya dengan strateginya menggunakan PAS ataupun Orang berpengaruh dalam PAS bagi mengekalkan kekuasaan politiknya.

PRU-12, UMNO Hilang Majoriti 2/3 Dalam Parlimen dan Hilang 5 Negeri termasuk Kelantan

Pada pilihanraya Umum ke-12, UMNO mencatatkan sejarah yang paling tragis dalam sistem pemerintahannya dengan kehilangan majoriti 2/3 dalam Parlimen dan telah hilang 4 negeri dan PAS berjaya mengekalkan Kelantan.

Satu politik baru Malaysia menjadi penyebab kejatuhan ini apabila satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat yang mempunyai 3 parti komponen utama daripada PAS, PKR dan DAP bersatu padu telah menyebabkan UMNO dilanda satu tsunami politik yang hampir menghancurkan karier politik UMNO.Akibat daripada itu, UMNO dan komponen dalam parti Barisan Nasional menjadi kucar kacir kerana kekalahan yang tidak dijangka kerana Barisan Nasional telah menang besar pada PRU-11 lalu, namun, apa yang berlaku pada PRU-12 berlaku sebaliknya umpama langit dan bumi.Akibat daripada kekalahan ini, UMNO sekali lagi mencari talian hayat mereka yang utama dengan menagih simpati atas dasar nama Melayu kononnya daripada PAS untuk bergabung dalam Pari Barisan Nasional.Namun, disebalik rasa simpati UMNO ini, strategi yang dimainkan UMNO dengan isu Muzakarah atau Muqabalah telah sedikit sebanyak menggegarkan ahli-ahli dalam PAS sepanjang Muktamar PAS yang diadakan pada Ogos 2008 dan ianya secara professional ditangani oleh tokoh-tokoh lama dalam politik Malaysia dengan hanya bersimpati dengan nasib UMNO, namun bergabung dengan UMNO adalah satu mimpi ngeri yang patut PAS terima.

Apa-apa pun, UMNO masih meneruskan usahanya menagih simpati daripada PAS untuk meneruskan kuasa UMNO demi kerana penolakan Sistem Keadilan Demokrasi dan Perundangan Islam....Provkasi demi provokasi untuk memecah belahkan gabungan Pakatan Rakyat terus dilakukan dan provokasi murahan yang menyatakan Anwar Ibrahim akan menyertai UMNO dan menjadi Perdana Menteri melalui UMNO juga dilakukan untuk memecah belahkan kesatuan yang ada dalam gabungan Pakatan Rakyat. Abdullah Ahmad Badawi juga pernah memanggil Anwar Ibrahim selepas 8 Mac, iaitu selepas PRU-12 untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meneruskan agenda kuasa UMNO, namun, ditolak mentah-mentah oleh Anwar Ibrahim dengan menyatakan perbincangan anatara Paklah dan Anwar hanya boleh berlaku sekiranya Haji Hadi dan Lim Kit Siang dipanggil.Anwar Ibrahim yang telah mahir dengan sepak terajang politik UMNO ini telah muak dan jemu dengan agenda UMNO yang bukan sahaja menipu rakyat namun, menipu PAS dan juga pemimpin-pemimpin politik yang lain.

16 September, UMNO Masih Harapkan PAS

Tarikh 16 September sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, malah masyarakat dunia dalam menunggu satu Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat di atas kesedaran daripada beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional yang sudah jemu dengan sistem pemerintahan tajaan UMNO ini demi kesejahteraan rakyat dan satu pemerintahan yang adil.PAS menjadi satu harapan yang terakhir untuk UMNO bagi menyekat tarikh keramat ini menjadi satu realiti kepada rakyat Malaysia.Namun, apa yang pasti, adakah PAS belajar daripada sejarah lama dan adakah PAS masih menerima rasa simpati UMNO yang hanya mencari kemewahan pada diri sendiri dan menghimpit nasib rakyat yang dibelenggu kemiskinan? Adakah PAS masih terus ingin ditipu UMNO yang selama ini menolak Hukum Al-Qur'an dan Al-Sunnah dengan menaja Bid'ah yang baru dengan jenama ISLAM HADHARI? Adakah PAS juga percaya hanya UMNO yang mampu memerintah Malaysia? Adakah PAS tidak terfikir bahawa UMNO lah yang memurungkan nasib Rakyat Melayu dan memajukan kroni-kroninya sahaja? Lihatlah saja pemimpin-pemimpin atasan UMNO, mereka semuanya daripada kerabat UMNO yang sama? Adakah PAS tidak terfikir? Adakah PAS ingin menipu rakyat? Buangkanlah rasa simpati daripada UMNO demi rasa simpati rakyat Malaysia yang selama ini derita dengan Sistem Pemerintahan UMNO yang kejam dan tidak pernah mengutamakan rakyat, sekiranya ada sekalipun, projek yang mereka lakukan diibaratkan projek ala "ada udang disebalik batu".

UMNO akan menolong rakyat melalui projek-projek di bawah kontrak anak dan menantu!!! Lihatlah projek-projek pembangunan, dikatakan untuk rakyat, tapi, rakyat senantiasa ditipu, kerana keuntungan itu adalah hanya untuk keluarga dan kroni sahaja. Dan semua pemimpin UMNO sama dan menjalankan sistem yang sama...... Adakah PAS terus menerus ingin ditipu oleh makhluk yang bernama UMNO yang berselindung disebalik nama Melayu, padahal merekalah yang menjual harta negara kepada bangsa lain. Lagu Warisan itu sekadar retorik mainan UMNO..... Lihatlah Menara KLCC, siapakah dan syarikat apakah yang ada di dalamnya????

Mangsa Nahas Kapal terbang Sek Penerbangan Terengganu

Syukur masih hidup

KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur masih lagi hidup. Saya mahu segera sembuh dan kembali menjalani latihan (di sekolah penerbangan HM Aerospace Sdn Bhd) untuk mencapai cita-cita menjadi juruterbang.Tugas saya belum selesai. Saya mahu bantu keluarga, terutama ibu yang sentiasa di sisi sejak saya terlantar di hospital,” kata Mohd Farid Abdullah, 21, juruterbang pelatih yang terselamat apabila pesawat Diamond 40 MAHA 443 dinaikinya terhempas di kawasan hutan Bidong, Setiu, Terengganu, 20 Ogos lalu.Bagaimanapun rakannya, Muhamad Ariff Ahmad Fuad, 20, juruterbang pelatih yang memandu pesawat dua tempat duduk itu, terkorban dalam nahas berkenaan.Pertama kali ditemubual selepas mampu bercakap, Mohd Farid mengakui Ramadan kali ini dirasakan sangat berlainan buatnya.

Sukar untuk luahkan perasaan saya ketika ini. Saya masih menanggung kesakitan, terutama di kaki, sehingga tidak dapat tidur lena dan hanya mampu berbaring.“Namun saya tidak putus semangat. Saya sentiasa bersemangat untuk segera bebas daripada situasi sukar ini walaupun doktor memberitahu saya perlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya dan kembali berjalan,” katanya.Mohd Farid kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak dipindahkan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, 29 Ogos lalu.Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, sehingga hari ini dia tidak dapat mengingati bagaimana detik cemas yang dilalui sebelum pesawat terhempas.

“Yang saya ingat, dalam keadaan separuh sedar, saya keluar daripada pesawat dan selepas itu terus tidak sedarkan diri. Saya hanya sedarkan diri di hospital.“Sukar untuk bayangkan bagaimana keadaan saya ketika itu kerana dalam keadaan cedera parah, saya bersendirian di hutan. Yang pasti, saya dihurung nyamuk kerana kesan gigitannya masih kekal sehingga hari ini,” katanya.Mohd Farid berkata, hatinya pilu mengenangkan nasib rakan baiknya yang terkorban dalam nahas itu.“Di dalam kelas (di sekolah penerbangan) saya duduk di sebelah Muhamad Ariff. Dia pendiam, tetapi saya selalu mengusiknya untuk menceriakannya.“Banyak peristiwa suka duka kami lalui bersama, tetapi ketika ini saya tidak mampu mengingatinya,” katanya yang mendapat tajaan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk bergelar juruterbang.Sementara itu ibu Mohd Farid, Safiah Omar, 48, kini ‘berumah’ di hospital demi memastikan anaknya dalam keadaan baik.“Saya tidak sanggup berjauhan dengannya. Sejak di Terengganu saya menjaga makan minumnya. Jika mahu ke tandas, saya bantu dia menggunakan kerusi roda. Saya tak sanggup tinggalkan dia bersendirian,” katanya.

Menurut Safiah, jika sebelum ini dia mencari rezeki dengan menerima upah katering secara kecil-kecilan, kini dia kehilangan sumber pendapatan kerana masanya dihabiskan dengan menjaga Mohd Farid.Begitupun, dia tidak kisah kerana yang lebih penting dia dapat sentiasa di sisi anaknya untuk memberi sokongan dan melihatnya sembuh.“Dua tahun lalu saya kehilangan suami kerana terbabit dengan kemalangan jalan raya. Saya tak sanggup lagi kehilangan orang yang saya sayang.“Mohd Farid anak yang baik dan sangat bertanggungjawab. Dalam keadaan terlantar di atas katil, dia tak jemu-jemu memberitahu mahu membela nasib keluarga,” katanya.Safiah berkata, suasana Ramadan kali ini perlu dilalui dengan penuh ketabahan.“Memang sukar berdepan situasi seperti ini. Bagaimanapun, saya reda kerana ia ditakdirkan,” katanya yang berterima kasih kepada MAS kerana banyak membantu.

Kandungan kitab miliki rahsia mengenai kehidupan perlukan kajian mendalam

Ayat al-Quran turut memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam. Hal ini diakui Allah menerusi firman-Nya: "Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah." (Surah Yunus, ayat pertama). Ayat al-Quran mengandungi 114 surah diturunkan selama 23 tahun dengan 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di Madinah (4,780 ayat).

Allah sudah menerangkan secara jelas mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui pemikiran manusia walaupun pada masa ayat al-Quran diturunkan, zaman ketika itu masih dianggap kuno dan belum terdedah kepada ilmu sains.

Antara fakta sains yang ditemui dalam al-Quran iaitu semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61), semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam: 125), makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).

Selain itu, kajian lain yang dijalankan mendapati jumlah sesetengah perkataan yang berlawanan dalam bahasa Arab adalah sama antaranya perkataan dunia dan akhirat disebut masing-masing sebanyak 115 kali.

Perkataan lain adalah malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali), lelaki dan perempuan (24 kali), ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali).

Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib ditemui adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali). Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang ada di dunia ketika ini iaitu masing-masing 71.111 peratus dan 28.889 peratus.

Misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukanlah rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah.

Dr Mahathir, Anwar mimpi serupa di sebalik tidak tidur sebantal .

Renunglah bersama-sama apakah faedah dan kebaikan rencana ini utk memperkukuhkan UMNO atau orang Melayu. Sewajarnya tulisan yang boleh menyakitkan hati sesama insan khususnya dalam bulan puasa harus dihindarkan ... jika pun betul mengapa dalam keadaan yang semakin sukar kita harus mengajak orang melihat semakin payah ... sama-samalah kita berfikirkan untuk kebaikan semua..


Kaca Mata: Sorotan dua dekad politik serlah pelbagai keanehan - Oleh Hishamuddin Aun (Mingguan Malaysia 14 Sept 2008)


ABDULLAH mempertahankan pelan peralihan kuasa pada 2010 yang dipersetujui Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet.

Dr Mahathir, Anwar mimpi serupa di sebalik tidak tidur sebantal .

POLITIK, kata sesetengah orang, adalah seni yang sarat dengan kemungkinan.Sama ada tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain atau mimpi sama di sebalik tidur bantal berasingan, serba-serbinya mempunyai kebarangkalian.Andai disorot lipatan sejarah, tanpa perlu menoleh terlalu jauh ke belakang, mungkin hanya 20 hingga 25 tahun lalu, harus sukar untuk dimengertikan apa yang berlaku dalam politik hari ini.

Hanya lebih sedikit daripada dua dekad lalu atau secara khususnya pada pemilihan Umno 1987, gembar-gembur di kalangan ahli Umno berkisar kepada kekuatan pasukan 'AIDS' yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, di samping menyerang musuh Perdana Menteri ketika itu. 'AIDS' bermaksud kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid. Ketiga-tiganya amat setia kepada Dr Mahathir untuk mendepani cabaran Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Shahrir Samad dan sesiapa saja yang mengkritik kepemimpinan Dr Mahathir. Kesudahannya, pasukan Dr Mahathir menang kerana AIDS sangat berkuasa dan juga kerana AIDS � khususnya Anwar dan Daim � menguasai media arus perdana yang diketuai orang mereka.

Apa yang dikatakan Dr Mahathir terhadap Ku Li ketika itu harus disorot dalam konteks yang sama dengan apa yang dicadangkannya hari ini � iaitu untuk Ku Li mengetuai Umno dan menjadi Perdana Menteri. Pada 1987 juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu Menteri Besar Johor, baru hendak menonjolkan dirinya. Beliau dilihat melawan arus dengan menyokong Dr Mahathir, yang kemudian memberikannya tempat dalam 'Team Wawasan' yang ditubuhkan Anwar enam tahun selepas itu.

Menyusul selepas itu ialah Team Wawasan berebutkan jawatan nombor dua ke bawah � cuma kali ini Sanusi dikeluarkan daripada AIDS untuk bergabung dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba dan agak menghairankan juga, Abdullah. Pemilihan tahun itu menyaksikan politik wang yang disuburkan Team Wawasan pimpinan Anwar, amat berleluasa. Hasilnya, Ghafar, Abdullah dan Sanusi semuanya terkeluar. Pada masa sama, Ku Li pula tidak lagi bersama Umno, sebaliknya menerajui parti serpihan Umno, Semangat 46, untuk tidur sebantal dengan DAP dan Pas.


Seterusnya tiba pemilihan Umno 1996. Sekali lagi politik wang menjadi bualan hangat, di sebalik pelbagai ikhtiar membanterasnya. Dr Mahathir, dalam ucapan dasarnya yang penuh beremosi, menyelar pertukaran wang untuk undi. Tanpa perlu beliau memperincikannya secara khusus, setiap perwakilan memahami gesaannya sebagai mensasarkan seseorang. Akibatnya, Muhyiddin kehilangan kerusi Naib Presidennya. Sebaliknya, ia membuka laluan semula kepada Abdullah untuk diangkat ke jawatan kanan berkenaan.

Seterusnya, Umno menjadi saksi kepada keretakan hubungan Mahathir-Anwar. Dr Mahathir memecat Timbalannya itu pada 1998 yang memuncakkan kemarahan orang Melayu. Berselang beberapa bulan, Dr Mahathir melantik Abdullah � orang yang digugurkan daripada Kabinetnya pada 1987 � selaku orang nombor duanya. Abdullah, pada kaca mata Dr Mahathir dan Umno pada waktu itu, memiliki latar belakang agama dan dihormati akar umbi.

Lebih daripada itu, berlawanan dengan kebanyakan orang lain, Abdullah tidak pernah condong kepada Anwar. Seakan-akan takdir menghendakinya, populariti Dr Mahathir turut semakin terhakis dan kesudahannya � selepas 23 tahun di puncak kuasa � beliau dengan berat hati memilih untuk berundur dan menyerahkan kepemimpinan kepada Abdullah. Dr Mahathir, bagaimanapun, tidak mampu terlalu lama berdiam diri. Apabila Abdullah memutuskan untuk tidak meneruskan projek mega yang diwarisinya, Dr Mahathir memulakan serangan terhadap penggantinya itu � bertali arus kepada gesaannya supaya orang ramai tidak memberikan Barisan Nasional (BN) mandat terlalu besar pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Dan apabila keputusan diumumkan � dengan BN kehilangan majoriti dua pertiga buat julung kalinya � Dr Mahathir menyalahkannya bulat-bulat kepada Abdullah dan menyarankan agar Datuk Seri Najib Razak mencabar Perdana Menteri. Najib, mengambil resmi seorang Timbalan yang setia, enggan menurut. Sebaliknya, apa yang dipersetujuinya ialah pelan peralihan kuasa yang dihajati berlaku pada pertengahan 2010.

Kerana itu, sokongan Dr Mahathir segera beralih. Pilihannya terarah pula kepada Muhyiddin � lantaran beliau semakin kritikal terhadap Abdullah � yang menyerlahkan kesediaan untuk mencabar Perdana Menteri mahupun Najib. Laksana seorang opportunis politik, Muhyiddin harus melihatnya sebagai kesempatan terbaik, apatah lagi bertali arus kepada kekecewaan terdahulunya apabila Abdullah memilih Najib selaku orang nombor dua. Namun, apabila Abdullah dan Najib bersepakat terhadap pelan peralihan kuasa pada 2010 yang diperakui Majlis Tertinggi Umno, Muhyiddin dilihat terdesak dan tersepit.

Satu-satunya pilihan buat Muhyiddin � beberapa ketika dilihat sebagai budak nakal Umno � ialah untuk memendamkan saja hasratnya itu dan menyokong pelan peralihan berkenaan. Tapi, selepas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos lalu, yang menyaksikan Umno kalah teruk, Muhyiddin menghidu sentimen terhadap Umno sudah kembali berubah.

Mungkin benar, mungkin tidak, tetapi itulah perkiraan Muhyiddin yang segera memanfaatkan kesempatan � dengan alasan mewakili kehendak ahli Umno pada peringkat akar umbi � untuk menekan Abdullah semula. Pada masa sama, Dr Mahathir pula membayangkan hasrat untuk kembali ke pangkuan Umno � parti yang ditinggalkannya dengan amarah dan kecewa apabila gesaannya agar Abdullah dan Najib ditentang sambil gandingan Ku Li-Muhyiddin dijulangnya, tidak mendapat sambutan.

Tidak pun segelintir yang menurut jejak Dr Mahathir keluar daripada parti, tidak juga anaknya, Mukhriz, yang memilih untuk berlawan dari dalam.

Kini, Dr Mahathir berada pada pihak yang sama dengan Anwar, dengan masing-masing menuntut supaya Abdullah dikeluarkan. Apa yang harus berbeza ialah, kedua-dua, Dr Mahathir dan Anwar � berlawanan dengan keadaan pada 1987 � tidak lagi tidur sebantal melainkan memasang mimpi yang sama. Turut tidur sebantal dengan Dr Mahathir ialah Ku Li dan Muhyiddin dan harus juga Sanusi. Betapa ia tidak berkemungkinan, tetapi itulah politik � seni pelbagai kebarangkalian! Persamaan yang kekal tidak berubah ialah pasukan asal yang menggabungkan Dr Mahathir, Sanusi dan Anwar masih terus berkira-kira untuk Abdullah disingkirkan.