
ANAK merupakan pelengkap kepada sesebuah keluarga. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada golongan selebriti. Mereka juga merupakan insan biasa yang mengidamkan anak sebagai pewaris mereka.Maka, tidak hairanlah jika kebelakangan ini ramai di antara selebriti Hollywood berlumba-lumba untuk melahirkan anak. Ini juga membuatkan ramai aktres Hollywood yang belum memiliki anak berasa terdesak.Minggu ini, mari kita melihat golongan selebriti yang menyimpan hasrat murni untuk menjadi ibu.
Eva Longoria terdesak

|
EVA dan suami, Tony masih menantikan zuriat pertama mereka. |
Dilihat sebagai wanita yang bertuah, aktres jelita, Eva Longoria sebenarnya tidak sempurna. Dia yang berkahwin dengan pemain bola keranjang popular, Tony Parker pada Julai 2007 sebenarnya terdesak untuk melahirkan anak bersama suaminya ini.Eva, 33, memberitahu bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memulakan keluarga baru. Dan apabila ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk melahirkan anak, dia dengan penuh gembira memberitahu, "Saya sudah tidak sabar."
Aktres yang popular menerusi drama Desperate Housewives ini juga memberitahu dia kini berpeluang untuk meninggalkan semua pakaian mewah dalam musim terbaru siri popular ini.
Oleh kerana siri terbaru ini akan berlanjutan sehingga lima tahun akan datang, ini bermaksud Eva boleh berhenti daripada diet ketat serta melakukan senaman yang melampau."Saya sukakan idea baru ini. Kini saya hanya perlu melakukan solekan dan dandanan rambut selama 10 minit dan bukannya dua jam seperti sebelum ini. Ia lebih menyeronokkan untuk menjayakan watak wanita selekeh.
"Ini supaya saya boleh lebih memberi fokus terhadap lakonan daripada menitikberatkan kecantikan. Saya rasa dia (Gabrielle Solis) mempunyai banyak isu untuk dikendalikan."
Kylie tidak ada anak

|
KYLIE MINOGUE |
Berjaya dalam karier seni tidak bermaksud Kylie Minogue turut memiliki kehidupan yang indah. Penyanyi ini telah menyuarakan perasaan kebimbangan bahawa dia mungkin akan menjalani hidup keseorangan pada masa akan datang.
Ada sebab Kylie merasa sedemikian kerana dia berpendapat menjadi ibu bukan jalan yang sesuai baginya.Namun, dia masih menyimpan hasrat untuk melahirkan anak suatu hari nanti. Cuma apa yang menganggu fikirannya adalah usianya yang telah menjangkau 40 tahun.Kylie juga berpendapat dia bukan calon yang sesuai untuk menjalani kehidupan berkeluarga dan sedang mengikuti jejak langkah penyanyi wanita tanpa anak yang berjaya seperti Debbie Harry dan Dolly Parton."Saya tidak pernah rasa saya adalah wanita yang dilahirkan untuk berkahwin dan tinggal di rumah sahaja. Sama seperti Debbie Harry dan Dolly Parton. Mereka mempunyai karier yang berjaya tetapi hidup tanpa keluarga.
"Namun, saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang," akuinya.
Penelope Cruz ibu sempurna

|
MUNGKINKAH hubungan Penelope Cruz dan Javier Bardem bakal berakhir dengan pernikahan dan kelahiran zuriat mereka? |
Aktres jelita, Penelope Cruz percaya dia akan menjadi ibu yang sempurna. Dia yang kini sedang bercinta dengan aktor Javier Bardem ingin berehat dan membina keluarga bersama kekasihnya itu."Saya ingin melahirkan anak pada suatu hari nanti tetapi bukan sekarang. Saya rasa saya akan menjadi ibu yang sempurna kerana saya sukakan bayi," kata Penelope.
Aktres berusia 33 tahun ini yang bertemu dengan Javier tahun lalu semasa penggambaran filem arahan Woody Allen, Vicky Cristina Barcelona juga mendedahkan dia tidak berminat dengan institusi perkahwinan."Saya tidak mempercayai perkahwinan. Tetapi saya percaya terhadap keluarga, cinta dan anak. Ia bergantung kepada situasi tetapi buat masa ini, saya tidak tahu apa fungsi perkahwinan," tambahnya.Tahun lalu, ketika Penelope membujang, dia memberitahu mengambil anak angkat akan menyempurnakan hidupnya."Saya mahu memiliki anak sendiri dan pada masa yang sama mengambil anak angkat. Rasanya hidup saya tidak lengkap jika tidak mengambil anak angkat."
Carmen Electra sudah bersedia

|
CARMEN kini memadu asmara bersama Rob. |
Bekas pelakon
Baywatch, Carmen Electra juga mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Dia yang sedang hangat bercinta dengan pemain gitar kumpulan Korn, Rob Patterson sudah tidak sabar memiliki anak bersama.Walaupun hanya berkenalan selama sebulan, Carmen, 35, memberitahu, "Saya sudah membayangkan diri saya sebagai ibu untuk bertahun-tahun lamanya tidak sabar untuk merealisasikan impian itu."
Carmen yang sebelum ini berkahwin dengan penyanyi rock, Dave Navarro dan pemain bola keranjang Dennis Rodman menyatakan kini dia dan Rob mahu meninggalkan dunia berparti dan tinggal bersama."Kami kini sudah jarang keluar rumah dan lebih menyukai masa bersama di rumah," kata Carmen.Aktres ini juga dikatakan mempunyai hubungan yang serius dengan pemuzik berusia 37 tahun ini dan bercadang untuk tinggal bersamanya."Rob pandai mengambil hati Carmen. Adalah bagus untuk melihat dia (Carmen) gembira selepas hatinya dilukai," kata seorang kenalan rapat Carmen.
Missy Elliott fobia bersalin

|
MISSY ELLIOTT |
Penyanyi hip hop, Missy Elliott juga terdesak untuk melahirkan anak tetapi terlalu takut untuk bersalin secara normal.issy yang menyimpan hasrat untuk memiliki keluarga sendiri ingin menjadi ibu dan membesarkan anak tetapi takut untuk bersalin.Walaupun dia mempunyai hasrat untuk mengandung pada masa akan datang tetapi kini dia hanya mahu mengambil anak angkat.Saya pastinya mahu anak tetapi mungkin saya hanya akan mengambil anak angkat. Saya tidak tahu sama ada saya boleh menanggung kesakitan semasa melahirkan anak."Mungkin pada tahun 2020 ada teknologi yang boleh membantu mengurangkan kesakitan. Buat masa sekarang, saya lebih rela mengambil anak angkat," katanya kepada majalah
People.