Thursday, July 10, 2008

Bertani memberi hasil lumayan


CILI ... Pekebun, Mohd Hisham Md Isa, 34, menunjukkan pelbagai jenis cili yang terdapat di Pusat Jualan dan Semaian Cili miliknya di Batu 8, Jalan Alor Star-Sungai Petani dekat sini, hari ini. Beliau yang sebelum ini menjalankan perniagaan pakaian terpakai beralih arah kepada berkebun bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan. Selepas sembilan bulan mengusahakan tanaman tersebut, kini beliau mampu memperolehi pendapatan harian antara RM200 hingga RM300. -foto BERNAMA

ALOR STAR: Bagi sesetengah orang, bercucuk tanaman dan menternak dianggap tidak boleh menampung kehidupan seharian. Tetapi bagi seorang petani di Alor Star, bidang pertanian mendatangkan hasil lumayan.Bagi Mohd Hisham Md Isa, 34, yang menanam sayur-sayuran dan mengusahakan pusat jualan dan tapak semaian sayur-sayuran di Batu 8, Jalan Alor Star-Sungai Petani dekat sini, dia mampu memperolehi pendapatan antara RM200 hingga RM300 sehari.

Antara sayuran yang ditanam dan dijualnya ialah pelbagai jenis cili seperti cili hidup, cili api, cili oren, cili hijau muda, cili strawberi, cili unggu, cili hitam, cili paprika dan cili jambu, sayuran lain seperti terung, tomato, halia dan cekor betik madu.Selain menanam kira-kira 1,000 batang pokok cili, dia juga memelihara 2,000 ekor ikan keli dalam bekas gentian kaca dan 15 ekor kambing kampung."Modal permulaan saya hanyalah sebanyak RM700 yang dipinjam dari ahli keluarga dan rakan-rakan," katanya.Mohd Hisham yang sebelum ini berniaga pakaian terpakai, turut menjual baja dan racun serangga tanaman serta menyediakan khidmat pemasangan paip untuk saluran pengairan tanaman.

Kronologi kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Jawatan kerajaan

  • Sejak Oktober 2003: Perdana Menteri Kelima
  • Januari 1999 - Oktober 2003: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
  • 1999: Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
  • 1991 - 1999: Menteri Luar
  • 1986 - 1987: Menteri Pertahanan
  • 1984 - 1986: Menteri Pelajaran
  • 1981 - 1984: Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • 1980 - 1981: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
  • 1978 - 1980: Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan
  • 1974: Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
  • 1971 - 1973: Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
  • 1969 - 1971: Ketua Penolong Setiausaha Majlis Operasi Negara (NOC), Jabatan Perdana Menteri
  • 1964 - 1969: Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam

Jawatan politik

  • Sejak 2004: Presiden Umno
  • Mei 2000: Timbalan Presiden Umno
  • 1978: Ahli Parlimen Kepala Batas (sehingga sekarang)
  • 1998: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang
  • 1996: Naib Presiden Umno
  • 1993 - 1996: Anggota Majlis Tertinggi Umno
  • 1984 - 1990: Naib Presiden Umno
  • 1981: Anggota Majlis Tertinggi Umno
  • 1979: Ketua Umno Bahagian Bertam
  • 1979: Ketua Umno Bahagian Kepala Batas

Sah, Pak Lah serah Najib kepimpinan Jun 2010

Align Center

INI PENGGANTI SAYA... Mungkin ini yang cuba disampaikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dengan menepuk bahu Mohd. Najib Tun Razak (kiri) pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur petang tadi. - foto The Star Art Chen

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beliau akan menyerahkan tampuk kepimpinan negara dan parti secara berperingkat kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menjelang pertengahan 2010.Peralihan kuasa Abdullah-Najib berkuat kuasa mulai hari ini dan akan lengkap sepenuhnya Jun 2010.Perkara ini diumumkan oleh Abdullah selepas majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Kata Abdullah, keputusan mengatur peralihan kuasa ini tidak dipengaruhi oleh sebarang bentuk tekanan dalam Umno supaya beliau meletakkan jawatan.Abdullah telah didesak oleh pelbagai pihak supaya beliau berundur daripada jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri ekoran keputusan kurang memberangsangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.Malah, Abdullah yang mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan pada Oktober 2003 juga mengulangi bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Disember ini dan mahu Najib kekal sebagai timbalannya.Pada sidang akhbar hari ini Abdullah juga mengumumkan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh ditandingi oleh sesiapa sahaja.

Kata Abdullah, proses peralihan kuasa itu bermula hari ini dan dengan keputusan itu beliau tidak akan memimpin BN pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka pada 2012 atau 2013.

"Saya ambil kesempatan memaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi pada mesyuarat tadi bahawa saya telah mencapai kesepakatan dengan Datuk Seri Najib bahawa saya tidak akan mempimpin parti BN dan Umno pada pilihan raya yang akan datang yang ke13."Dan juga ini bermakna satu peralihan kuasa perlu diwujudkan. Saya maklumkan kepada MT ia bermula dengan apa yang saya umumkan hari ini."Iaitu saya bercadang untuk menyerahkan jawatan kepada Najib untuk ambil alih jawatan presiden parti dalam pertengahan Jun atau pertengahan tahun 2010," katanya.Kira-kira tiga minggu lalu ketika berada di Kelantan dan Terengganu, Abdullah mengumumkan bahawa beliau telah mencapai kata sepakat dengan Najib berhubung peralihan kuasa dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

Ketika ditanya mengapa memilih tempoh 23 bulan untuk menyerahkan kuasa, Abdullah memberitahu, beliau mahu memberi masa yang cukup kepada Najib untuk bersedia memikul tanggungjawab tersebut.Selain itu, kata Abdullah, beliau mahu memastikan program pembangunan yang dirancang termasuk Rancangan Malaysia Kesembilan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin menjelang tahun 2010.Abdullah menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri lima tahun lalu dengan Najib menjadi timbalannya.Kedua-dua mereka menang tanpa bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada 2004.Majlis Tertinggi (MT) Umno selesai mengadakan mesyuaratnya kira-kira pukul 5.30 petang tadi dan disusuli dengan Taklimat Presiden di Dewan Merdeka.Taklimat diberikan oleh Abdullah yang turut mempengerusikan mesyuarat MT lebih dua jam.Mesyuarat MT dan Taklimat Presiden diadakan kira-kira seminggu menjelang mesyuarat agung tahunan lebih 20,000 cawangan Umno.Taklimat Presiden diberikan kepada 191 ketua Umno bahagian.

Debat: Jawatan Menteri jadi taruhan…

Tajuk diatas bunyinya macam orang nak berjudi.Itu dalam bahasa yang direct to the point .Ikut kata sebenar Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek jika beliau 'gagal' dalam debatnya dengan Penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 15 Julai ini beliau akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk mencari Menteri Penerangan yang baru. Pi mai pi mai maksudnya sama saja.Ahmad Shabery baru duduk di kerusi Menteri Penerangan empat bulan.Sebelum pilihanraya 8 Mac Ahli Parlimen Kemaman ini ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Luar.Katanya beliau merasa tidak layak jadi Menteri Penerangan jika tidak mampu pertahankan dasar kerajaan. "Saya adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab untuk pertahankan dan jelaskan dasar kerajaan, saya bukan Menteri yang nak jaga airtime ,drama,artis atau konsert sahaja" katanya ketika ditemui Agendadaily lepas satu acara di Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam

Ungkapan Jadi Panduan

Ungkapan empat kerat `jangan mudah ambil hati, jangan mudah jauh hati, jangan mudah jatuh hati, yang penting berhati-hati’ akan sentiasa terpahat di hati Dato’ Ahmad Said bertujuan mengingati diri supaya sentiasa berfikiran positif ketika mentadbir negeri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad, berkata walaupun melalui pelbagai kontroversi selepas dilantik menjadi MB, dia tabah menghadapinya dan menganggap apa yang berlaku sebagai suntikan semangat untuk terus mencurah bakti kepada rakyat dan negeri. “Pelantikan dirinya sebagai MB bukan kehendak dan diminta tetapi ia adalah ketentuan Allah S.W.T, dia menerima hakikat ini sebagai anugerah dan tidak akan mensia-siakannya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku 100 Hari Pentadbiran YAB Dato’ Ahmad Said. Dalam buku itu ada menceritakan mengenai latar belakang dan perjalanan hidup Dato’ Ahmad sebelum dan selepas dilantik menjadi MB. Dato’ Ahmad bersyukur kehadrat Ilahi dan terima kasih kepada pegawai yang sentiasa berganding bahu menyiapkan buku yang sungguh bermakna bagi dirinya. “Dengan terbitnya buku ini, diharap dapat memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai misi dan visi yang ingin dicapai Kerajaan Negeri terutama ketika menghadapi isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan,” katanya. Sementara itu, Dato’ Ahmad berkata, Kerajaan Negeri berjanji akan menggunakan wang royalti minyak yang akan diperoleh September nanti sebaik mungkin dengan mengutamakan penduduk miskin dan berpendapatan rendah. Sementara itu, hampir 1,000 tetamu jemputan menghadiri majlis solat hajat dan doa selamat bagi memohon keberkatan sempena Sambutan 100 Hari Pentadbiran Menteri Besar ke-13, Dato’ Ahmad Said yang diadakan di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu. Antara yang hadir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua Jabatan dan pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Majlis yang bermula jam 7.00 petang dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar, Haji Saidi Abdul Aziz dan diikuti dengan solat hajat, bacaan Yaasin dan tahlil sebelum menunaikan solat Isyak. Hadirin kemudiannya menikmati makan malam. Unit Komunikasi Negeri
Klik Untuk Besarkan Gambar
Dua pegawai Pejabat Menteri Besar, Normah (kanan) dan Rosini meliti isi kandungan buku 100 Hari Pentadbiran YAB Dato' Ahmad Said pada majlis pelancaran buku itu di Wisma Darul Iman.
Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Ahmad menunjukkan buku 100 Hari Pentadbiran beliau pada majlis pelancaran buku itu di Wisma Darul Iman.

Terengganu Muncul Negeri Maju 2020

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Mokhtar melancarkan Gagasan Badan Ekonomi Melayu disaksikan Dato' Mohamed Awang Tera di Wisma Darul Iman. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Oleh: Aida Abd Rahman

Terengganu bakal muncul antara negeri yang terindah dan maju menjelang 2020 apabila wang kira-kira RM2 bilion setahun hasil minyak yang akan dibayar Petronas akan dibelanjakan secara berhemah dengan memberi tumpuan perbelanjaan infrastruktur yang mendatangkan faedah jangka panjang kepada rakyat. Kemudahan yang bakal dipertingkatkan seperti jalan raya, elektrik dan air, sekolah, hospital dan klinik, taman perindustrian dan infrastruktur sokongan perindustrian dan pertanian serta pelancongan bagi menarik pelaburan dan mewujudkan perindustrian yang bercorak jangka panjang. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pembangunan dan program boleh dibuat oleh kerajaan ada hasil yang lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain. Pada masa yang sama, apabila menjalankan projek, Kerajaan Negeri bercadang untuk memastikan projek itu ditawarkan kepada syarikat milik rakyat negeri ini. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong. Katanya, tanggungjawab syarikat di negeri ini ialah meningkatkan keupayaan dari segi pengurusan, pekerja mahir, kelengkapan dan mesin, kebolehan menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan dan tidak melebihi peruntukan yang disediakan untuk projek berkenaan. “Saya ingin melihat pusingan wang dalam ekonomi negeri ini berkisar atau berputar sebanyaknya dalam negeri ini dan bukan mengalir keluar. Apabila pusingan wang dalam ekonomi negeri dinikmati oleh penduduk dan rakyat tempatan, maka barulah kita lihat pendapatan isi rumah di Terengganu meningkat. “Kita tidak mahu keadaan hasil dan kewangan yang tinggi tetapi pendapatan purata rakyatnya tidak sejajar tinggi,”katanya pada majlis Perasmian Pelancaran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (10 Julai). Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Luar Bandar dan Usahawan Negeri, Dato’ Mohamad Awang Tera selaku Pengerusi Gabem Terengganu. Manakala Menteri Besar sebagai penaung Gabem diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Penasihat Majlis Gabem Negeri. Manakala Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu pula dilantik sebagai Sekretariat Majlis Gabem Negeri. Seramai 20 ahli jawatankuasa dilantik terdiri daripada individu melibatkan pelbagai bidang termasuk usahawan petroleum, perdagangan, peruncitan, perkhidmatan, asas tani dan makan, ahli politik, sistem maklumat dan kontraktor binaan. Dalam pada itu, buat permulaan Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM50,000 kepada Gabem Negeri bagi menggerakkan aktiviti badan itu, selain peruntukan akan ditambah berdasarkan keperluan serta untuk menjayakan misi penubuhannya bagi menambah golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan memartabatkan ekonomi masyarakat Melayu di Terengganu khasnya. Unit Komunikasi Negeri
Klik Untuk Besarkan Gambar
Pengerusi Gabem Terengganu, Dato' Mohamed memperkatakan sesuatu kepada Dato' Mokhtar Nong.
Klik Untuk Besarkan Gambar
Antara yang hadir pada Perasmian Pelancaran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu