Sunday, October 12, 2008

B747 di Ruang Udara LTSM


B747 MAS diruang Udara LTSM pada jam 5pm 11 Okt 2008.

Pendaratan Pertama B747 di LTSM


Pendaratan B747

Memahat Sejarah Terengganu Maju ..B747 mendarat




Ina ..kat sekolah Abang ..


Pada 6pm 11hb Okt 2008 , kami pergi jumpa abang disekolahnya... ini ina ...

Memahat Sejarah Terengganu Maju ..


Sejarah terpahat di bumi Darul Iman apabila buat pertama kalinya pesawat B 747-400 melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Oleh: Aida Abd Rahman

Terengganu sekali lagi mengukir sejarah gemilang apabila pesawat B 747-400 membuat pendaratan pertama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, 3.00 petang semalam ( 11 Oktober).

Pendaratan pesawat itu akan diiikuti dengan pendaratan dan penerbangan lain terutama untuk acara World Endurance Championship (WEC) 2008 yang dijangka bermula 17 Oktober ini, manakala penerbangan Haji terus dari Kuala Terengganu ke Jeddan pada 13 November 2008.

Dato' Ahmad Said menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penumpang pertama B 747.

Pada tahun ini, LTSM akan mengendalikan 18 penerbangan pergi dan balik jemaah haji, semnetara WEC pula tidak kurang daripada 10 penerbangan kargo melibatkan pesawat Airbus dan B 747, di mana ianya tidak termasuk penerbangan yang menggunakan pesawat peribadi dari seluruh dunia.

Malah, semalam juga berlangsung majlis menandatangani satu perjanjian untuk membiayai lebihan kos pengendalian haji pihak Malaysia Airline System (MAS) sebanyak RM4,690,000.

MOU antara Kerajaan Negeri dengan MAS Berhad disaksikan Menteri Besar Terengganu.

Lebihan kos itu adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak MAS akibat perubahan operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke LTSM.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkta kira-kira 3,000 jemaah haji akan berlepas dari LTSM melibatkan jemaah dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Anak yatim diberi penerangan mengenai perspektif dalaman B747 oleh paramugari.

“Kerajaan Negeri berpendapat perbelanjaan yang dikeluarkan akan dipulangkan balik dalam ekonomi negeri dalam bentuk sewaan bilik hotel serta peluang perniagaan kepada rakyat tempatan.

“Dari segi fasilii disediakan, LTSM telah mencapai taraf lapangan terbang antarabangsa dan kerajaan sedang berusaha mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengangkutan untuk mengiktiraf LTSM sebagai lapangan antarabngsa, khususnya sebagai pintu masuk utama ke Wilayah Timur,”kata beliau selepas menyambut ketibaan penumpang pertama B 747-400 melibatkan sekumpulan media Terengganu, petang semalam.

Pendaratan B747 di bumi Terengganu oleh Datuk Kapten Nawawi Awang, seorang pilot berasal dari Terengganu.

Menteri Besar sebelum itu menghadiri dua majlis di Dungun dan bergegas pulang ke Kuala Terengganu untuk menyambut ketibaan penumpang penerbangan itu.

Ikan Raya ..


Kerana Hari raya .. nak gi pasar, pasar tutup, nak gi Giant, Jalan jem gila.. jadi wujudlah gerai tepi jalan , pastinya yang terbaik untuk dapatkan ikan segar .. mama membeli ikan tepi jalan.

Ragam Raya Ina

Imang ... Orang Kemaman..

Ina dgn baju barney ..

Bergaya lagi .. baju ke 15 ...

Awal pagi 6 syawal ..

Isi minyak selepas letih berjalan ..

Jeje Bersama Raja Arifah ..

Geng Sekolah & Sedarjah ..Raja Arifah Raja Ariff

Raya ke 5 ..

Bergayanya Fifi atau juga dikenali sebagai makain ..
Kakak dengan ina

Banyaknya duit tu ... u ambil yang saya ke ? kata-kata gege kepada ain.


Kalu dok gaya tak sah ... inilah adik ina. Baju kupu kupu.. beli mana baju tu? Pasti mama beli kat K.Lumpur ... mengapa jauh sangat beli? Terengganu tak dok ke?

Kenangan Himpunan Keluarga Hari Raya ..

Dapat juga hadiah bertuah kali ini ..

MakRa Ayahnor dpt cabutan bertuah..

Ipah dapat hadiah cabutan bertuah drp Ayahendut.

Rul dapat Cenderahati Kehadiran Himpunan

Ini giliran saya pulak ..

Ayahanda Pengerusi pun dapat tuala ..

Abang Joe Cik wa .

Hidangan Hari Raya .. Cepatnya Pengerusi Majlis ambil nasi .. pasti dok B1st tadi ..

Ayahanda Ayahmud .. penaja utama majlis ..

Himpunan Keluarga 2 Syawal

Backdrop Program ...

Urusetia sibuk membincangkan perjalanan majlis dengan ayahanda Pengerusi Majlis.

Ku Sah .. peserta no.1 yang mendaftar .. urusetia daftar sibuk menulis ..

Ayahanda Ayahmud, Ciknon & ayahanda Bat.

Ucapan Ayahanda Pengerusi

Ayahanda Ku Endut & Ayahanda Bat

Setiap 2 tahun sekali mulai tahun ini, himpunan keluarga akan dilaksanakan. Perkara ini telah diputuskan pada 2 syawal lalu dan dimaklumkan oleh Ayahanda Dato' Dr.Tengku Mahmud pada ucapan beliau. Himpunan 1429H kali kali berjaya kerana telah dihadiri oleh lebih kurang 380 ahli keluarga. Himpuan bermula jam 9.30am pada pagi 2 syawal bertempat di Suria Merang Resort begitu meriah dan padat dengan pelbagai acara.