Thursday, July 24, 2008

Khasiat belut

KHASIAT BELUT (Monopterus albus)

Spesies ini dikatakan mempunyai khasiat serta nilai pemakanan yang tinggi. Ia dikategorikan spesies ikan yang memiliki kandungan minyak yang tinggi. Malah dikatakan kerana minyak inilah, belut sukar dipegang. Kajian menunjukkan kandungan pemakanan belut setanding ikan tenggiri dan selar. Belut mengandungi protein sejumlah 18.6 peratus dan 15 peratus lemak. Juga, mengandungi kalsium, vitamin A, B, dan D serta zat besi serta dapat memanaskan badan pemakannya.Banyak makanan menggunakan belut sebagai pelazat makanan.

Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah.Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Khasiat belut membuka selera

KOTA BARU: Gerai nombor 22 di Tapak Pesta Nasi 100 yang diadakan di padang Stadium Kota Baru baru-baru ini menggamit ramai pelawat.Melihat pengunjung yang berpusu-pusu ke gerai tersebut, pelawat lain juga turut terjenguk-jenguk dan terintai-intai. Apalah yang dijual di situ sehinggakan suasana di hadapan gerai padat dengan orang ramai.Rupa-rupanya ada demonstrasi masakan. Kelihatan di atas dapur, seperiuk besar sup yang sedang menggelegak mengeluarkan aroma yang sungguh menyelerakan. Di atas meja pula terhidang beberapa jenis masakan daripada belut dan ikan keli Omega 3.Menu yang tertera ialah nasi belut goreng, nasi paprik belut, nasi sup belut, nasi kerabu belut, nasi tom yam belut, nasi belut goreng 'krispi' dan nasi masam manis belut.

Rosli: Kalau di utara, laksa belut sangat popular. Di sini pula, saya cuba mempelbagaikan jenis masakannya supaya lebih banyak pilihan. (foto Bernama)
Tidak hairanlah gerai milik Rosli Hassan, 42, dari Tumpat ini begitu memukau perhatian ramai. Ada yang ingin mencuba dan ada juga sekadar melihat dengan reaksi yang pelbagai.

Laksa belut popular
Di antara 160 jenis nasi yang dipamerkan, Rosli tampil dengan hidangan menu nasi belut yang agak unik.

Menurut beliau yang telah lapan tahun membuka restoran di kawasan Pantai Seri Tujuh, Tumpat, hidangan belut pada awalnya dahulu kurang dikenali."Mungkin sebab ramai yang memikirkan belut adalah sama seperti ular. Tapi sebenarnya, tanggapan tersebut jauh menyimpang.

"Belut adalah spesies ikan. Malah, kalau di utara, laksa belut sangat popular. Di sini pula, saya cuba mempelbagaikan jenis masakannya supaya lebih banyak pilihan," jelasnya.Salah seorang pengunjung yang hadir, Hanisah Shahdan, 37, berpendapat hidangan belut bukan sekadar menyelerakan. Rasa isinya yang lembut dan manis seperti ikan keli terasa lebih enak jika dipelbagaikan masakannya."Walaupun baru pertama kali mencubanya, saya berpendapat belut yang dimasak paprik memang lazat. Kita sendiri perlu kreatif untuk mempelbagaikan menu belut ini.

"Pada saya, istilah geli tidak timbul kerana belut diakui sejak dahulu lagi adalah makanan yang banyak khasiat. Cuma kalau hendak memasaknya sendiri, mungkin tidak menjadi sebab belut agak sukar dibersihkan."Jika tidak kena caranya, mungkin hanyir dan berlendir," sambung Hanisah yang turut membeli belut goreng krispi untuk anak-anaknya.Manakala pengunjung lain, Khairol Amri Usman, 39, pula memilih sup belut untuk hidangan tengah hari itu. Khairol berpendapat tekstur dan isi belut hampir sama seperti ikan keli, dan tidak menghadapi masalah untuk mencubanya."Hidangan belut memang patut dipromosi kepada orang ramai bagi berkongsi keenakan dan kelebihan khasiatnya," katanya.

Khasiat belut
Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.

Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Seorang penangkap belut, Razali Mamat, menunjukkan hasil tangkapannya dari sawah-sawah terbiar di kawasan Atas Tol, Kuala Terengganu. (foto fail The Star)
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Belut yang ditangkap lebih mahal
Walaupun tidak ada yang menternaknya secara komersil seperti ternakan ikan keli, belut tetap menjanjikan pulangan yang lumayan kepada penjualnya.

Bahkan, sehingga kini Rosli belum pernah menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan belut. Menurut beliau, restorannya memerlukan bekalan 15 hingga 20 kilogram belut sehari, dan pembekal tidak pernah gagal memenuhi keperluan tersebut.Bagaimanapun, harga belut yang ditangkap lebih mahal berbanding belut yang diternak. Dikatakan belut liar lebih banyak khasiatnya kerana haiwan tersebut hidup di dalam air tawar dan habitat semulajadi.

Harganya boleh mencecah RM8.00 hingga RM11.00 sekilogram dan meningkat hingga ke RM14.00 sekilogram pada musim hujan. Manakala belut yang dibela harganya adalah RM6.00 hingga RM7.00 sekilogram.

Zaman dahulu, orang yang makan belut dianggap terlalu miskin hinggakan belut pun dibawa balik. Sedangkan hari ini, hidangan belut terutamanya sup belut sukar didapati dan harganya pula lebih mahal daripada sup biasa.Dek kerana ramai yang telah menyedari khasiat istimewa belut, tidak hairanlah harganya meningkat di pasaran.Malah, Rosli juga pernah beberapa kali mengikut pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyertai pelbagai promosi yang melibatkan promosi hidangan belut ke seluruh Malaysia. B

Kos Idup Makin Tinggi ...

Keadaan Ekonomi Punca Wanita Tertekan

kEBELakangan ini kiTa SERing DiPaPaRkan DEngan gEJaLa yang TiDak SihaT SEPERTi MEROMPak, MEMBUnUh, PEcah RUMah Dan SEBagainya MEnERUSi akhBaR MahUPUn Di kaca TELEViSyEn. MaSyaRakaT kini kian TERTEkan Dan gELiSah LEBih-LEBih Lagi DaLaM SUaSana haMBaTan EkOnOMi yang SEMakin MEncEngkaM SERTa kOS kEhiDUPan yang SEMakin Tinggi.


Siapakah yang akan mengeluh dengan peningkatan ekonomi terutama dari segi kenaikan harga minyak sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang? Sudah pastinya mereka yang berpendapatan sederhana atau rendah. Tak kurang juga kaum wanita turut sama merasai suasana tersebut terutama sekali golongan suri rumah.Apa yang perlu kita lakukan ketika ini, ialah berusaha untuk menyaingi kenaikan harga tersebut de ngan meningkatkan punca pendapatan tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan taraf dan gaya hidup seperti sedia kala.

Kehidupan semakin tertekan terutama apabila suami diberhentikan kerja dek kerana syarikat atau kilang sudah tidak mampu beroperasi seperti biasa. Akibatnya, pendapatan keluarga terjejas pelbagai masalah mula timbul. Untuk mendapatkan pekerjaan yang baru bukanlah semudah menyalin pakaian kerana dalam keadaan ekonomi stabil sekali pun, peluang pekerjaan amat sukar di peroleh. Ramai graduan sehingga kini masih menganggur tercari-cari peluang pekerjaan. Justeru, dengan keadaan ekonomi sekarang, sudah tentulah peluang mendapatkan pekerjaan baru sangat sukar. Namun, setiap masalah harus dicari jalan penyelesaiannya. Jangan nanti, dek kerana bebanan ekonomi suami isteri bergaduh sehingga membawa kepada kemusnahan dalam keluarga.

Semua tahu 9 dari 10 rezeki datangnya dari perniagaan. lantaran itu, bagi menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing, seseorang itu boleh menjana pendapatan melalui kerja sambilan mengikut kemahiran yang ada dalam diri. Sebagai contohnya, jika seseorang wanita itu tahu menjahit, maka bolehlah mengambil upah menjahit baju ataupun membuat kuih, menjual nasi lemak dan sebagainya. Secara tak langsung, kaedah ini membantu mengurangkan beban ekonomi keluarga.

Ikuti beberapa pendapat daripada Menteri Besar Kelantan serta orang ramai mengenai isu ini.


Bijak uruskan Hal Ehwal Dapur

“Tidak dinafi kan ekonomi sekarang membuatkan ramai tertekan, terutama golongan isteri, ibu dan suri rumah tangga. Contohnya masalah yang berkaitan dengan hal ehwal dapur, bagaimana mengawal perbelanjaan, berjimat dan sebagainya golongan wanita lebih banyak yang tertekan.

“Apa yang saya boleh sarankan adalah, semuanya perlu diuruskan dengan baik. Selain didik diri sentiasa berjimat, juga perlu mencari alternatif untuk mengatasi keadaan ekonomi sekarang agar tidak terlalu tertekan. “Cari benda yang boleh kita belajar, seperti kraf tangan, menjahit dan sebagainya. Lakukan ketika ada kelapangan. Hasil pendapatan yang ada sekurang-kurangnya dapat membantu untuk melalui cabaran dan saatsaat seperti ini. “Saya sendiri, amalkan berjimat-cermat, bukan sahaja di rumah malah dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan. Sedikit sebanyak, langkah ini dapat mendidik rakyat dan juga ahli keluarga saya sendiri kepentingan berjimat cermat,” komen Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Ternak Cacing, Belut & Lintah - satu peluang bisnis

Ternak cacing, belut dan lintah serentak


mustafa Abdul Wahab dan Azlinda Ros Abdul Aziz melihat baja cacing yang telah siap untuk dipasarkan.


Bermula dengan menternak cacing secara suka-suka di belakang rumah selama dua tahun, seorang kontraktor, Mustafa Abdul Wahab mengambil keputusan berhenti kerja dan menjalankan aktiviti secara sepenuh masa pada Julai tahun lepas.

Mustafa berkata, ramai yang tidak mengetahui mengenai kepentingan dan kegunaan cacing yang memang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.Malah pada peringkat awal, ramai yang mencemuh apabila beliau memulakan penternakan cacing.“Cacing telah lama digunakan sebagai baja vermicast dan kaya dengan sumber protein utama dengan 20 jenis enzim dan asid amino yang berguna untuk kosmetik (kolagen) dan perubatan.

“Penternakan cacing bukanlah sesuatu yang baru kerana organisma ini banyak digunakan dalam bidang pertanian," katanya semasa ditemui di premis perniagaanya AZR Agro Centre di Bandar Sungai Mas, Banting, Selangor.China misalnya, memerlukan lebih 500 tan cacing tanah sebulan bagi tujuan perubatan dan kosmetik manakala Jepun pula memerlukan satu tan seminggu.

Mustafa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre menambah, cacing berpotensi dalam negara sebagai alternatif dalam makanan ternakan bagi menggantikan jagung dan soya memandangkan ia mempunyai protein haiwan yang amat diperlukan.Kajian yang dijalankan menunjukkan lebih 30 jenis nutrien terdapat dalam cacing, malah tanaman yang menggunakannya baja vermicast tidak memerlukan racun serangga.Menjalankan penternakan tiga serangkai - cacing, belut dan lintah, Mustafa menyifatkan ketiga-tiga haiwan berkenaan berkaitan antara satu sama lain.“Malah pihak kami mendapat permintaan yang besar dari negara Jepun yang sehingga kini masih belum dapat dipenuhi,” kata rakan kongsinya Azlinda Ros Abdul Aziz.

Bercerita mengenai ternakan belut sawah atau nama saintifiknya Monopterus albus, Mustafa berkata, pihaknya mendapatkan induk belut yang diambil dari sawah untuk dibiakkan sendiri untuk tujuan pengeluaran.Mustafa berkata belut mudah dipelihara kerana makanannya mudah diperoleh seperti daun-daun reput, jerami padi atau batang pisang.

“Bagaimanapun penternakan belut menghadapi masalah dengan pembiakan kerana jantinanya ditentukan oleh saiz.“Biasanya belut yang berusia enam hingga sembilan bulan adalah betina dan lebih sembilan bulan adalah jantan,” katanya.Pembiakan belut dijalankan secara semula jadi dengar kadar yang tidak konsisten kira-kira 800 hingga 3,000 biji telur dan hanya satu perempat saja akan menetas dan menghasilkan anak.Berbeza dengan belut, lintah atau Hirudo medicinalis adalah haiwan dua jantina iaitu mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina dan menghasilkan telur dalam bentuk kokon.

“Kami mendapat bekalan lintah yang diambil dari kawasan sawah, sungai dan hutan hujan tropika di dalam negeri untuk dibiakkan,” katanya.Lintah biasanya digunakan dalam perubatan dan kosmetik dan dipelihara dalam kolam tanah, kanvas atau akuarium kerana haiwan ini memakan belut, siput sudu atau larva nyamuk.Cacing atau Lumbricus rubellus, biasa dipanggil cacing merah pula boleh hidup sehingga enam tahun.Haiwan berkenaan biasanya digunakan dalam perubatan, pertanian, kosmetik.Cacing senang dipelihara menggunakan kotak bertingkat-tingkat menggunakan najis kambing atau lembu yang dicampur dengan habuk kayu dalam nisbah 70:30 serta sedikit air bagi melembapkan media.Mempunyai ladang ternakan cacing, lintah dan belut di Sekinchan, Selangor, sebanyak 20 buah kolam yang memuatkan cacing lintah dan belut.

Di Sungai Mas, Mustafa menjadikan ladang transit yang boleh memuatkan satu tan cacing, satu tan belut dan 10,000 ekor lintah.AZR Agro Centre juga menjalankan beberapa siri latihan bagi mendapatkan penternak baru, jabatan kerajaan dan menghasilkan produk.Misalnya, cacing amat berguna untuk dijadikan baja semasa negara menuju ke arah pertanian selain dapat menghasilkan kolagen yang amat sesuai untuk kulit.Lintah pula untuk dijadikan minyak lintah menerusi kaedah bioteknologi memandangkan protein akan terurai pada suhu yang tinggi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai cacing, lintah atau belut boleh menghubungi AZR Agro Centre di 03-31803994 atau 03-31803996 atau faks 03-31803995 atau layari laman web www.azragrocentre.

Saat Menanti Lamaran

Bilakah hubungan cinta yang dijalin sejak sekian lama akan berakhir dengan ikatan perkahwinan?
perkahwinan adalah masa terbaik untuk merancang dan menguruskan soal kewangan.



Ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat atau saudara-mara, tiba-tiba hati terusik dengan seribu satu persoalan: "Bilakah pula tiba giliran aku?" atau "Bercinta sudah lama, tetapi kahwinnya tidak, bila agaknya sampai saat ini?""Hendak bertanya kepada si dia, mungkin dianggap soalan cepu emas buatnya, tetapi sampai bila kamu harus menunggu lamarannya?Mungkin itulah kata-kata yang sering menganggu fikiran kamu tatkala melihat sebentuk cincin mula disarungkan ke jari manis insan paling dekat dengan kamu, lebih-lebih lagi rakan baikmu.

Pada dasarnya, perkahwinan merupakan saat paling dinanti-nantikan setiap pasangan lelaki mahupun wanita. Ia juga merupakan anjakan seterusnya dalam mengukuhkan lagi ikatan perhubungan.Apa yang diharapkan dalam percintaan hanyalah kesinambungan intuisi percintaan. Setelah sekian lama mengharung pelbagai rintangan, onak dan duri, kini sudah tiba masanya kamu menamatkan sebuah perjuangan yang ditunggu selama ini.Menanti yang belum pasti tiba, antara bicara cinta wanita buat si dia yang begitu payah melafazkan bicara akhir. Intim minggu ini berkongsi rahsia kenapa lelaki masih sukar untuk membuat lamaran terhadap kekasihnya.

Sensitif akan putaran waktu

Lelaki tidak gemar dirinya terikat pada usia muda. Hidupnya lebih senang sekiranya tiada sebarang bebanan kerja mahupun tugasan di rumah, lebih-lebih lagi pada waktu cuti mereka.
Baginya, putaran waktu lelaki adalah berbeza dengan kaum wanita. Alasannya ialah kecanggihan teknologi perubatan membenarkan wanita berusia lebih 40-an melahirkan cahaya mata dan mengambil berat tentang penjagaan anak. Tetapi bagi kaum lelaki, sekiranya mereka melakukan tanpa sebuah keikhlasan, mungkin ia akan menggugat rutin kehidupan dan menjadi bebanan untuk melalui semua itu.Ini adalah alasan terbaik bagi lelaki yang sukar melemparkan kata lamaran. Berbanding seperti kamu, seorang wanita yang bersikap natural.

Takut hari penting

Bukan seperti semua wanita yang mengimpikan hari bersejarah dalam hidup mereka. Menyarung busana perkahwinan pada majlis bersejarah adalah impian setiap wanita.
Tetapi tidak bagi lelaki. Memutuskan untuk berkahwin dengan wanita idaman membuatkan mereka takut untuk berfikir dengan lebih serius.Bukan kerana mereka tidak mahu menghabiskan masa dengan insan tersayang, tetapi dengan persediaan yang kurang mencukupi untuk mengadakan resepsi perkahwinan, lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda masalah kewangan, membuatkan mereka takut untuk berfikir tentang alam perkahwinan.Untuk menyelesaikan tanggapan sebegini, apa kata kamu menasihati si dia agar menyimpan duit mulai dari sekarang serta memberi contoh yang baik kepadanya. Jangan pula lupa menerangkan maksud sebenar tentang perhubungan dalam perkahwinan.

Perlu persediaan

Sememangnya benar, romantis dalam perhubungan membuatkan ikatan percintaan menjadi bertambah teguh. Tetapi, kepercayaan dalam sebuah perkahwinan adalah masa terbaik untuk kamu berdua merancang, menambah dan menguruskan hal kewangan.Sekiranya perancangan tidak dilakukan dengan serius, ia akan memberi kesan kepada kehidupan rumah tangga dan anak-anak nanti. Peluang untuk dia melamar adalah sangat tipis memandangkan tiada perancangan kehidupan untuk masa hadapan.Untuk mengubatinya, rancanglah setiap intipati kehidupan kamu berdua dikemudian hari dan motivasi diri untuk mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

Fobia saat melamar

Mungkin kamu tidak menyedari pada hakikatnya, lelaki begitu takut hendak menyatakan lamaran cintanya demi mewujudkan sebuah hubungan bersama insan tersayang.Berfikir tentang kehidupannya selepas berkahwin, apatah lagi mendengar pelbagai isu yang melibatkan keretakan rumah tangga, membuatkan dirinya takut untuk melamar.Paling menakutkan ketika menanti keputusan yang dibuat ahli keluarga sebelah perempuan, sama ada menerima lamaran dengan memutuskan pelbagai syarat atau menolak dengan pelbagai alasan.

Akhirnya, sekiranya kamu bersedia menempuhi kehidupan di peringkat seterusnya, tetapi masih tidak dapat mempertimbangkan keputusan lamaran, sebaik-baiknya mintalah nasihat rakan atau pakar kaunseling. - NOOR HASLIZA NUSI

Bijak kah kabinet jika mengarahkan kenderaan dibeli dijual semula ?

Sedia jual Mercedes


SEORANG anggota Exco Terengganu, Dr. A. Rahman Mokhtar tiba dengan kereta Mercedes E200 Kompressor untuk menghadiri Mesyuarat Exco di Kuala Lumpur semalam.


KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sedia menjual semula semua 14 buah kereta jenis Mercedes E200 Kompressor kontroversi yang digunakan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sejak awal minggu lalu.Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said berkata, sekiranya Kabinet melarang Exco dan pegawai kanan Terengganu menggunakan kereta tersebut, penggunaan Proton Perdana V6 Executive akan dikekalkan.Bagaimanapun menurutnya, kerajaan Pusat harus menanggung kerugian sekiranya kerajaan negeri terus menggunakan Proton Perdana V6 Executive kerana kos penyenggaraannya yang tinggi.

“Kalau suruh jual kita akan jual tetapi buat masa ini kita masih tidak tahu apa yang akan dilakukan dengan kenderaan tersebut.“Tetapi kerajaan negeri sudah tidak sanggup menanggung kerugian lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.Kerajaan Terengganu membincangkan pembelian kersemua kereta bernilai RM3.43 juta di Kuala Lumpur semalam.

Kabinet pula turut membincangkannya semalam bagi menentukan sama ada pembelian itu melanggar dasar kerajaan mengenai penggunaan kereta nasional oleh kementerian dan kerajaan negeri.Bagaimanapun, sehingga petang semalam tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung masyuarat Kabinet itu.

Terkini - Datuk Angkasawan Negara ...

Minggu lalu ada sorang kawan terserempak dengan angkasawan negara yang handsome, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di sebuah showroom kereta mewah di Kuala Lumpur. Dia datang bersama tunangnya. Bahagia nampaknya mereka.

Dr. Mus kelihatan meninjau-ninjau kereta baru di showroom itu. Tak tahulah pulak kereta mana yang jadi pilihannya sebab sebelum Dr. Mus selesai berurusan, kawan itu sudah keluar dari showroom tersebut. Agaknya dia nak beli kereta baru untuk diri sendiri ataupun nak jadikan hadiah kepada tunang. Tak pun sebagai hantaran kahwin?

Tapi tak dengar pulak pasal perancangan perkahwinannya dalam masa terdekat ini. Sebaliknya adik angkasawan itu yang akan kahwin dulu tidak lama lagi. Dr. Mus bila lagi mahu tamatkan alam bujang? Agaknya dia masih sibuk sebab banyak program yang disusun dalam usaha memperkenalkan ilmu angkasa kepada anak muda hari ini.

Adnan setuju kos senggara Perdana V6 lebih mahal berbanding Mercedes

KUANTAN 24 Julai — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif adalah lebih mahal daripada Mercedes.

Memberi contoh kereta Mercedes yang digunanya sejak era Menteri Besar terdahulu, Tun Khalil Yaakob iaitu sejak berbelas tahun lepas, Adnan berkata kos penyenggaraan kereta itu untuk tahun lepas ialah RM42,000.

Beliau berkata sebaliknya ada antara kos penyenggaraan Proton Perdana yang diguna anggota exco kerajaan negeri sejak beberapa tahun lepas mencecah RM57,500 setahun.

“Dari segi hakikatnya Menteri Besar Terengganu betul apabila menyatakan kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif lebih tinggi daripada Mercedes,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan cek kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Seramai 41 pelajar UiTM dalam jurusan Perancang Bandar menjalankan kajian mengenai perancangan pelan tempatan bagi daerah Lipis sejak Januari lepas dan kajian itu akan dilakukan dalam tempoh 2008-2020.

Adnan berkata dari sudut praktikal memang sukar menggunakan kereta yang mempunyai kuasa enjin rendah terutama bagi perjalanan ke destinasi yang jauh.

Beliau bagaimanapun mengambil langkah tidak menyokong mahupun menentang keputusan pembelian 14 kereta Mercedes E200 kerajaan negeri Terengganu itu.

“Segala keputusan yang hendak dibuat pada masa kini sepatutnya mengambil kira situasi semasa dan kehendak rakyat. Sekarang rakyat lebih suka macam saya (Menteri Besar) naik kereta Kancil atau motosikal pun boleh (jika ke lokasi dekat),” katanya. Beliau menegaskan kerajaan negeri Pahang akan mengambil keputusan untuk mengikut arahan dan keputusan yang ditetapkan kerajaan pusat berhubung pemakaian kereta nasional walaupun ia boleh dipertikai.

Mengenai tindakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang bertindak memasuki Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adnan berkata itu hak bekas wakil rakyat berkenaan.

Pengajaran Israk & Mikraj

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir � 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh �Atiah Saqar � soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi � soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5_____al-Qaradawi � soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).

Strategi mengantarabangsakan perabot usahawan bumiputera

KUALA LUMPUR: Nilai eksport perabot Malaysia bagi 140 negara di dunia mencatatkan jumlah melebihi RM8 bilion pada tahun lepas dengan jangkaan melampaui RM10 bilion pada tahun 2010.

Namun peratusan daripada pengusaha perabot bumiputera adalah begitu kecil sekali.
Bayangkan dengan perkembangan yang begitu pesat dan semakin mencabar, pembabitan pengusaha bumiputera dalam pengeksportan perabot hanyalah dalam lingkungan dua peratus sahaja.

Walaupun secara relatifnya usahawan perabot bumiputera menguasai hampir 20 peratus pasaran tempatan, namun kebanyakan pasaran datangnya daripada kontrak yang telah diberikan oleh kerajaan.

Antara punca terjadinya perkara ini ialah ketiadaan kepakaran teknologi dan pengetahuan bagi menghadapi saingan dalam industri ini, demikian menurut pendapat Professor Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kelantan, Prof Madya Dr Marzuki Ibrahim kepada Bernama.

Akibat daripada kelemahan ini, hampir kesemua aktiviti ini sama ada industri hiliran atau huluan telah dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera.

Ketinggalan aspek reka bentuk

Faktor keduanya ialah tiadanya rantaian nilai dalam industri ini mengakibatkan mereka tidak dapat bersaing sama ada dalam pasaran terbuka mahupun pasaran eksport.

Selain aspek pemasaran, pengusaha perabot bumiputera juga ketinggalan dalam aspek reka bentuk kerana perabot yang dihasilkan mereka hanyalah melalui "proses segera', jelas Dr Marzuki lagi.

Ini dilakukan melalui pengubahsuaian reka bentuk perabot luar negara yang diperolehi daripada sumbersumber seperti majalah, katalog mahupun melalui lawatan ke pameran perabot .

Akibatnya, reka bentuk perabot yang dihasilkan mereka bermutu rendah dan dikategorikan di bawah pasaran perabot kos rendah.

Berdasarkan kepada senario ini, beliau berkata, kerajaan melalui MARA telah menetapkan sasaran sebanyak lima peratus pertumbuhan perabot bumiputera dalam tempoh lima tahun RMK9.

Beberapa langkah dan strategi bagi memantapkan lagi kedudukan pengusaha bumiputera juga disarankan melihat kepada pasaranpasaran baru yang lain seperti Eropah yang mempunyai pasaran perabot melebihi RM50 bilion untuk diterokai.

Perkembangan Industri

Sejarah pengeluaran dan pengeksportan perabot di Malaysia bermula agak perlahan dengan pertumbuhan kilang kecilkecilan pada lewat 1970an.

Industri perabot Malaysia hanya memasuki era eksport pada pertengahan tahun 1980an dengan eksport berjumlah RM25 juta pada tahun 1985, kata Marzuki.

Eksport perabot Malaysia terus berkembang maju dengan mencatat jumlah eksport sebanyak RM1.228 bilion dan bertambah hampir RM1 bilion setiap tahun.

Sebagai contoh, jumlah eksport mencatatkan RM2.078 bilion pada 1995, RM3.094 bilion (1997), hampir RM5 bilion (1999), melebihi RM5 bilion (2000), RM7.67 bilion (2005) dan meningkat ke paras tertinggi sebanyak RM8.19 bilion pada tahun 2006, katanya.

Eksport perabot Malaysia dijangka berkembang antara tujuh dan sembilan peratus setiap tahun.

Sehingga akhir 2005, Amerika Syarikat masih lagi menjadi pengimport perabot Malaysia yang terbesar dengan jumlah sebanyak 33.5 peratus. Ia disusuli Jepun (10.25 peratus) dan United Kingdom (8.85 peratus).

Prospek cerah

Mengenai jenis perabot pula, Marzuki berkata, rekod menunjukkan 81.41 peratus datangnya daripada perabot kayu terutama kayu getah diikuti logam (12.30 peratus), manakala perabot rotan hanya menyumbang sebanyak 0.65 peratus daripada keseluruhan eksport perabot negara.

Prospek industri perabot adalah cerah walaupun Malaysia terpaksa bersaing dengan negara jiran yang lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam mahu pun China.

Seperti Malaysia, negaranegara berkenaan juga berusaha mempergiatkan aktiviti mereka dengan meneroka dan terus mencari pasaran baru.

Bagi Malaysia usaha yang berterusan sedang dilaksanakan bagi mencari pasaran baru seperti di Amerika Selatan dan Amerika Utara dan beberapa pasaran mewah yang khusus.

Pameran antarabangsa

Sejajar dengan hasrat mengantarabangsakan perabot bumiputera, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan dan agensi MARA, Furniture Industry Technology Centre (FITEC) akan menganjurkan satu Pameran Persidangan Perabot Antarabangsa 2008 yang pertama di Malaysia (2008ifcx).

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan pameran itu yang bermula dari 28 hingga 30 Julai manakala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar akan melakukan penutupannya.

Kira-kira 500 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menghadirinya. Bertemakan mengantarabangsakan reka bentuk perabot, ia akan mengutarakan dua faktor asas bagi pengeluar perabot Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa iaitu reka bentuk dan pemasaran.

Dua penceramah terkemuka, Karim Rashid (seorang pereka perabot terkenal dunia) akan mengupas mengenai kepentingan reka bentuk berkualiti manakala Dr Stefan Wille dari Aktrin Furniture Information Centre akan membincangkan secara terperinci mengenai strategi pemasaran.

Selain itu, 56 kertas kerja hasil penyelidikan oleh pembentang dari dalam dan luar negara dan pameran akan diadakan.

Diharapkan pameran itu dapat memenuhi aspirasi kerajaan yang mahukan perabot keluaran Malaysia dikenali di seluruh dunia dengan memenuhi standard rekaan antarabangsa dan dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa yang begitu kompetitif, kata Dr Marzuki. BERNAMA

Mercedes VS Perdana V6

Mercedes-Proton: BPR mula siasat, empat pemandu diambil keterangan
24-07-2008 07:20:58 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO berbual dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (kiri) sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur, hari ini. Mesyuarat itu menyentuh isu muzakarah antara UMNO dan PAS dan tuntutan Singapura ke atas kawasan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif di sekitar Batu Puteh. - fotoBERNAMA

(Mutakhir) KUALA TERENGGANU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keterangan daripada empat pemandu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu berhubung kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang terlalu tinggi.

Enam pegawai BPR berkenaan telah datang ke Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan Terengganu, sejak petang semalam dan pagi tadi bagi mengambil dokumen-dokumen berkaitan untuk diteliti.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Saya mengesahkan pegawai BPR telah mengambil keterangan daripada empat pemandu Exco berhubung perkara berkenaan dan pada hari ini mereka selesai berbuat demikian kirakira pukul 1.15 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan pegawai BPR berkenaan turut mengambil keterangan daripada pegawaipegawai kanan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.


Dua hari lepas, pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan memberitahu, kerajaan negeri itu terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menyenggara kereta nasional itu sejak 2004 hingga sekarang.

Kos senggaraan yang tinggi itu dijadikan alasan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said bagi meluluskan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Pembelian kereta Mercedes itu yang berharga RM245,000 sebuah adalah untuk kegunaan 10 Anggota Exco kerajaan negeri, sebuah untuk Speaker Dewan Undangan Negeri dan tiga lagi untuk Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat UndangUndang negeri.

Ketika ditanya sama ada BPR akan mengambil keterangan daripada beberapa individu lagi, Mokhtar berkata: "saya tidak tahu... (bagaimanapun) kerajaan negeri akan memberi kerjasama kepada BPR bagi memastikan siasatan kes ini berjalan lancar.

"Jika ada penyelewengan, kerajaan negeri tiada mempunyai masalah dengan BPR untuk mengambil tindakan," katanya.

Beliau menjelaskan, kereta Proton Perdana V6 Executive itu, telah dihantar sendiri oleh pemandu exco atau pegawai kanan kerajaan negeri itu untuk diselenggara di bengkel-bengkel yang dilantik dan pihaknya akan membuat bayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakan.

Mokhtar berkata, setiap exco kerajaan negeri mempunyai dua pemandu iaitu seorang yang merupakan kakitangan tetap dan seorang lagi yang dilantik sendiri oleh mereka secara kontrak.

Beliau berkata, kerajaan Terengganu akan terus menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sementara menunggu surat rasmi daripada Kabinet berhubung arahan tidak membenarkan penggunaan kereta berkenaan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.

"Sebanyak 15 buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu masih digunakan untuk kegunaan bersama (pool)," katanya.
BERNAMA




Isu Perdana V6 - Komen TG.Nik Aziz..

Kelantan pun dakwa Proton Perdana sering rosak
24-07-2008 05:06:29 PM

KOTA BAHARU: Menyusul tindakan Terengganu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan pendapat yang sama dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said - penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi negeri banyak menimbulkan masalah.

Nik Aziz berkata, kerajaan negeri Kelantan sendiri mendapati kos penyenggaraan kereta nasional itu lebih tinggi berbanding kenderaan yang diimport selain sering mengalami kerosakan.

Walaupun tidak bercadang untuk menukar kenderaan rasmi kepada kereta lain termasuk kereta import, Nik Aziz berkata, apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Terengganu mengenai kereta Proton Perdana memang berasas.

"(Kerajaan negeri) Kelantan kami pun pakai Perdana selain Mercedes lama, ada sedikit kelonggaran kita bagi. Ini kerana sama dengan yang Menteri Besar Terengganu sebut, kereta Perdana ni masalah penyenggaraan dialah.

"Rosak sokmo (sering rosak). Kadangkadang cermin tak boleh naik, kadangkadang nak tutup tak boleh sedangkan baru keluar dari kilang," kata beliau dipetik Bernama.

Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian ketika mengulas isu kerajaan negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.