Thursday, June 12, 2008

Nasi ayam Kak Sah RM1.90

Jom Ke Kedai Kak Sah Kampung Gong Kemuntong, Jerteh Besut.


KAK SAH di depan kedainya di Besut yang masih menjual nasi ayam RM1.90 sepinggan semalam.


BESUT - Masih kekal pada harga RM1.90 sepinggan.Jika peniaga lain 'berebut' menaikkan harga barangan, Miss Nabsa Deraman, 37, pula tetap menjual nasi ayamnya pada harga yang sama sejak lima tahun lalu.Menurut peniaga yang dikenali dengan panggilan Kak Sah, beliau tidak terfikir menaikkan harga sepinggan nasi ayamnya kerana masih lagi meraih keuntungan walaupun masih murah."Memanglah keuntungan saya merosot ekoran kenaikan harga barangan, tetapi saya tetap percaya dengan menjualnya pada harga yang murah, saya akan dapat lebih ramai pelanggan,'' ujarnya mengakui masih mengekalkan kuantiti nasi ayam yang dijual.

Ini kerana katanya, kedainya di Kampung Gong Kemuntong, dekat sini, yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam sudah dikenali dengan identiti 'nasi ayam RM1.90' di kalangan orang ramai."Kalau dulu, saya boleh mendapat pendapatan sehingga RM1,000 sehari, tetapi sekarang dapat lebih kurang RM500 sehari sahaja. Tapi tidak mengapa kerana tetap untung," katanya yang menggunakan di antara 70 hingga 80 ekor ayam sehari.Jelasnya, harga barang mentah yang naik mendadak ialah beras seberat 24 kilogram yang dulunya berharga RM46 kini naik kepada RM93, sementara tomato yang sebelumnya berharga RM20 kini naik kepada RM37 untuk 10 kilogram.Tambahnya, harga harga ayam juga meningkat daripada RM5.40 kepada RM5.70 sekilogram.

Peranan Yahudi di AS

PERSAINGAN calon presiden Amerika Syarikat (AS) antara bintang Demokrat, Barack Obama dan John McCain dari Republikan membawa harapan kepada rakyat AS untuk menyaksikan perubahan dalam pelaksanaan dasar-dasar yang gagal dijayakan oleh Presiden George W. Bush.

Masyarakat dunia turut meletakkan harapan kepada pemimpin yang bakal menerajui AS ini agar dapat membawa perubahan yang positif bagi kepentingan global.Harapan yang lebih besar tentulah kepada dunia Islam dan Asia Barat khususnya berkaitan dengan konflik yang selama ini mencatatkan kegagalan demi kegagalan.Presiden Bush dilihat turut gagal membawa perubahan positif dalam merungkai dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel seperti mana presiden-presiden yang terdahulu.Di sini timbul persoalan mengenai nasib dan masa depan konflik yang berlanjutan hampir 60 tahun itu.Adakah bakal presiden AS selepas ini mampu menyelesaikan konflik yang berlaku dan apakah implikasi kepada konflik Israel-Palestin pada masa depan?

Atau pun konflik Israel-Palestin akan terus melalui situasi sukar seperti mana kegagalan usaha-usaha penyelesaian dan dasar yang diamalkan oleh presiden-presiden AS sebelum ini. Kenyataan Obama semasa pertemuan dengan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika (AIPAC) di Washington memberi petunjuk pertama di mana dan ke mana konflik antara Israel dan Palestin.Obama dalam kenyataannya memberi komitmen teguh terhadap keselamatan Israel dan menegaskan Baitulmuqadis tidak boleh dibahagi dua dalam perundingan damai Israel-Palestin pada 6 Jun 2008.Dengan kukuhnya pengaruh para pelobi Yahudi dalam arus politik AS pada hari ini, pelan damai Israel-Palestin akan mempengaruhi nasib yang memihak kepada Israel.Pengaruh Yahudi dalam politik AS adalah sangat besar dan ia dapat dilihat menerusi kejayaan mereka mempengaruhi dasar luar AS terhadap pelan damai yang telah dirangka semenjak meletusnya konflik Arab-Israel pada tahun 1948 sehingga kini.

Bagaimanakah golongan pelobi Yahudi ini dapat mempengaruhi arus politik dan dasar luar AS terhadap Israel?Jumlah populasi masyarakat Yahudi di AS dianggarkan lebih kurang 6 juta orang sahaja daripada hampir 300 juta populasi umum di neagra itu. Namun golongan ini mempunyai hubungan amat rapat dengan elit-elit politik sama ada dari pihak Demokrat ataupun Republikan. Golongan ini yang kebanyakannya mempunyai kedudukan kukuh dalam aspek ekonomi dan profesional telah menjalinkan hubungan akrab dalam pentadbiran negara sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan.PengaruhMalah terdapat para sarjana yang mengaitkan kemunculan golongan neo-konservatif di AS adalah kerana penglibatan dan pengaruh puak Yahudi AS.

Penguasaan golongan ini dalam syarikat-syarikat multinasional telah meletakkan kepentingan golongan Yahudi AS berpengaruh dalam arus kestabilan sosioekonomi dan politik AS.

Secara langsung ia telah mewujudkan satu bentuk hubungan yang rapat antara etnik Yahudi dengan masyarakat AS.Golongan Yahudi turut mengambil pendekatan memperluaskan dan memperkukuhkan hubungan mereka dengan masyarakat awam AS melalui gerakan saraf lebih 55 pertubuhan Yahudi di 50 buah negeri di AS.Golongan itu turut memperluaskan hubungan mereka dengan para elit politik yang berpotensi tinggi dan bakal terlibat dalam pembuatan dasar AS termasuk elit-elit politik di pelbagai peringkat sama ada Kongres ataupun White House.

Hakikatnya pengaruh Yahudi dalam dasar luar AS dapat dilihat menerusi desakan Yahudi AS terhadap Presiden Franklin Roosevelt (1933-1945) agar menerima para pelarian Yahudi yang melarikan diri daripada kekejaman Hitler pada era Perang Dunia Kedua.Hubungan etnik ini semakin berkembang apabila Presiden Harry S. Truman (1945-1953) mengambil tindakan untuk menjadikan AS sebagai negara pertama dunia yang mengiktiraf negara Israel pada tahun 1948.

Perkembangan ini telah meletakkan batu asas keakraban hubungan politik antara Yahudi dengan masyarakat AS yang ada pada hari ini.Sejajar dengan penubuhan Israel pada 1948 dan kemunculan nilai kepentingan rantau Asia Barat dari sudut ekonomi dan politik, hubungan Yahudi AS dengan elit politik AS semakin berkembang.Israel diharapkan dapat menjadi mata dan telinga AS bagi 'menjaga' kepentingan negara itu di Asia Barat. Justeru, kepentingan dan keselamatan Israel mula menjadi agenda dasar luar AS.

Pengaruh Yahudi dalam proses pembentukan dasar AS dapat dilihat dengan peristiwa tumbangnya Senator dari Illinois, Charles Percy pada tahun 1984 akibat tindakannya yang menyokong penjualan senjata AS kepada Arab Saudi.Penubuhan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika adalah bukti keakraban AS-Israel di mana setiap perancangan dan strategi yang digubal oleh kedua-dua pihak akan melalui proses perbincangan terperinci.

Dalam perkembangan arus politik AS, AIPAC yang ditubuhkan semenjak tahun 1953 merupakan destinasi wajib calon-calon presiden AS. Pertemuan ini tidak hanya melibatkan hanya melibatkan Obama malah calon-calon presiden yang lain termasuklah John MacCain dan Hillary Clinton.Pengaruh Yahudi dalam arus politik AS secara langsung meletakkan kemenangan memihak kepada Israel dalam hal ehwal yang melibatkan konflik Israel-Palestin.

StrategiGolongan ini bijak mengatur strategi dalam mempengaruhi dasar luar AS demi melindungi kepentingan Israel di Asia Barat. 'Kelonggaran' terhadap dasar AS yang melibatkan beberapa negara Arab di Asia Barat berdasarkan nilai dan kepentingan yang besar kepada AS. Kelonggaran yang dimaksudkan adalah hubungan dan bantuan yang disalurkan oleh AS kepada negara Arab 'dibolehkan' tetapi ia perlulah dalam keadaan yang 'terkawal' dan tidak mampu mengancam keselamatan serta kestabilan Israel.Perkembangan kukuhnya pengaruh Yahudi dalam arus politik AS ini sememangnya telah disedari oleh masyarakat Asia Barat dan dunia global.

Namun apa yang menyedihkan kepercayaan dan keyakinan masih diletakkan kepada AS sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Asia Barat. Pelan damai yang dirangka pastinya akan membuahkan kegagalan yang mana ia akan memihak kepada Israel. Dengan kata lainnya, mana-mana calon yang akan dilantik sebagai presiden AS sama ada dari Demokrat ataupun Republikan tetap membayangkan kegagalan dalam penyelesaian dan usaha damai di Asia Barat khususnya yang melibatkan konflik Israel-Palestin.

Makan apa saja, bayar cuma RM2


KEKAL RM2... Khalid Ahmad (berdiri) melayan pelanggannya menikmati nasi dan pelbagai lauk di Kedai Makan RM2 miliknya yang terletak berhampiran dengan Terminal Feri Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.

Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.

Paling membanggakan, kedai makan milik Khalid itu yang terletak dekat jeti feri ke pulau peranginan Langkawi masih mampu menawarkan pelbagai pilihan minuman dan lauk-pauk yang menyelerakan.“Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setia.“Apatah lagi kebanyakan mereka terdiri daripada nelayan yang berpendapatan rendah termasuk rakan-rakan saya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.

Katanya, selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.“Ada juga pengunjung yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur terkejut ketika mahu membayar harga makanan di sini.

“Mereka mahu membayar lebih kerana tidak percaya dengan harga yang ditawarkan,” ujarnya.

Khalid yang mendapat bekalan bahan mentah ikan dan hasil laut lain daripada nelayan di sini turut membeli barang keperluan dari pasar tani berhampiran.“Saat paling sibuk ialah pada waktu makan tengah hari apabila pekerja dari pejabat agensi kerajaan berhampiran datang menjamu selera,’’ katanya yang dibantu oleh isteri dan lima pekerja.Menurut Khalid, selain berniaga di kedai itu beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang berhampiran dan hanya mengenakan caj pengangkutan tambahan sebanyak 50 sen.

Beliau memberitahu, sehingga hari ini beliau belum berfikir untuk menaikkan harga makanan di kedainya kerana merasakan masih mampu meraih keuntungan.“Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,” katanya.