Monday, August 4, 2008

PELANCARAN MAJLIS GABEM
NEGERI TERENGGANU







Menjenamakan semula teksi, kereta sewa

KUALA TERENGGANU 3 Ogos - Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menjenamakan semula teksi dan kereta sewa dalam usaha meningkatkan imej pengangkutan awam itu seiring dengan perkembangan dan peningkatan terhadap perkhidmatannya.Ini kerana, teksi dan kereta sewa merupakan antara pengangkutan awam yang menjadi pilihan orang ramai termasuk pelancong asing untuk ke pelbagai destinasi pelancongan di negeri ini.

Usaha itu juga dibuat dalam usaha meningkatkan pemahaman pemandu teksi dan kereta sewa mengenai peranan mereka sebagai antara petugas barisan hadapan sektor pelancongan.Ia dilakukan bukan sahaja untuk keperluan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2008 tetapi juga kerana negeri ini akan menjadi hos beberapa acara sukan antarabangsa yang akan menjadikan Terengganu tumpuan masyarakat dari seluruh dunia.Mengikut permit yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), sebanyak 766 buah teksi dan kereta sewa beroperasi di seluruh negeri ini.

Pada peringkat awal langkah itu, sebanyak 160 pemandu kereta sewa dan teksi bandar dibantu mendapatkan kenderaan baru di bawah program penjenamaan semula pengangkutan awam itu.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM2 juta bagi mencapai tujuan tersebut."Ini merupakan langkah awal kerajaan negeri untuk membantu kira-kira 1,192 buah kereta sewa dan teksi bandar di seluruh negeri secara berperingkat-peringkat.

"Langkah penjenamaan semula pengangkutan awam ini dijangka selesai dilaksanakan pada tahun 2012."Ia dilaksanakan bagi meningkatkan imej Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2008 dan pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.Beliau berkata, ia juga merupakan usaha kerajaan negeri meningkatkan mutu perkhidmatan awam bagi menyambut kedatangan pelancong dalam dan luar negara serta penduduk tempatan.Menurutnya, melalui program peningkatan imej dan penjenamaan kereta sewa itu, pemilik pengangkutan awam itu akan diberi bantuan sebanyak RM10,000 seorang serta kemudahan mengecat kereta sewa kepada warna korporat yang telah ditetapkan iaitu kuning dan hitam.

"Ketika ini, peruntukan RM2 juta tersebut juga membantu tiga teksi dan kereta sewa yang terpilih di setiap daerah," katanya.Katanya, usaha tersebut akan diteruskan sehingga tujuan asal dicapai namun peruntukan untuk pelaksanaannya tahun depan masih belum ditentukan lagi.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri sebelum ini melancarkan penjenamaan semula teksi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dalam usaha meningkatkan imej pemandu teksi di lapangan terbang itu.Menurutnya, mereka juga diberi latihan untuk berinteraksi dengan pelancong terutama dari luar negara melalui kursus-kursus yang disediakan termasuk mengasah kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Pejenamaan Semula Kereta Sewa Negeri Terengganu

Pemandu sambut baik


Seorang pemandu bersama deretan teksi yang telah melalui proses penjenamaan semula di Kuala Terengganu baru-baru ini.
- Gambar FAUZI BAHARUDIN


KUALA TERENGGAN 3 Ogos - Pemandu teksi dan kereta sewa di negeri ini menyambut baik langkah kerajaan negeri menjenamakan semula perkhidmatan awam itu kerana ia dapat meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan mereka.

Seorang pemandu teksi dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, Zainuddin Rosli, 53, berkata, usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri dan pihak-pihak berkaitan mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Kursus Asas Keusahawanan dan Kecemerlangan Imej Pemandu Kereta Sewa Negeri Terengganu yang dianjurkan banyak membantu kami dalam melayan keperluan pelanggan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Naib Dipertua Persatuan Kereta Sewa/Teksi Hulu Terengganu itu berkata, walaupun khidmat yang disediakan hanya sekadar membawa penumpang, sebagai pemandu mereka memainkan peranan penting dalam memberi tanggapan positif kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Ini kerana kami merupakan antara orang pertama yang akan pelancong temui ketika menjejakkan kaki ke negeri ini," ujarnya.Justeru katanya, usaha memberikan para pemandu teksi kefahaman mengenai peranan mereka amat dialu-alukan kerana dapat membantu mereka memahirkan diri untuk menjadi lebih mesra dengan pelanggan."Perkara-perkara yang dianggap remeh oleh kita sebelum ini sebenarnya penting dalam menunjukkan kemesraan kita kepada penumpang," katanya.

Dia menambah, cara komunikasi dengan pelanggan juga memberi gambaran kepada mereka perwatakan penduduk negeri ini selain menunjukkan kemesraan.Seorang pemandu teksi dari Besut, Zakaria Hamid, 55, pula melahirkan harapan agar pihak-pihak terlibat turut membantu mereka belajar bahasa asing terutama bahasa Inggeris dengan memperbanyakkan kursus-kursus sedemikian."Kalau kami dapat belajar bahasa asing maka lebih mudah untuk memahami kehendak pelanggan terutama pelancong luar negara. Melalui cara ini, kita akan tampak lebih mesra dengan mereka."Yang penting kami dapat belajar bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa antarabangsa dan yang paling banyak digunakan oleh pelancong asing," katanya.

Hati & Jantung Aku ...

Abg Fawas ... Hero & Harapan keluarga ..

Isteri tercinta dan Power Nur Syamina ..


Hati-Hatiku .. nur sajidah, nur syamina dan nur firas Ain ..

Oh nasi lemak..oh roti bakar dan Oh kopi ..




Abby arif khasiat Ribena


RIANG: Abby dan suami, Norman Hakim mahu melihat anak membesar secara sihat.

Minuman unggul pelbagai perisa bantu erat kasih sayang sekeluarga

BAGI pelakon Arbaieyah Abdul Manan atau Abby Abadi, perlantikan sebagai duta minuman Ribena sejak Jun lalu ibarat bulan jatuh ke riba kerana beliau mengetahui rahsia dan kebaikan minuman enak bersari itu memandangkan beliau sendiri sudah didedahkan dengan minuman berkenaan sejak kecil. Jika dulu beliau diberikan ibu minuman berwarna ungu itu, kini Abby yang sarat menunggu kelahiran anak ketiga juga mengambil keputusan memperkenalkan Ribena kepada dua cahaya mata beliau, Mohamed Danish Hakim, lima, dan Marissa Dania Hakim, tiga tahun.

Bagaimanapun, Danish dan Marissa lebih bertuah kerana sekarang Ribena boleh didapati dalam pelbagai perisa buah-buahan berbanding pada zaman mamanya dulu. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Ribena kerana melantik saya sebagai duta minuman itu. Sebetulnya, Ribena memang menjadi pilihan dan kegemaran kami sekeluarga,” katanya ketika ditemubual melalui telefon, di Hulu Klang, baru-baru ini. Bersifat ceria dan penyayang, meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan sarat menunggu kelahiran anak ketiga, Abby tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Danish dan Marissa yang kini semakin aktif seperti kanak-kanak seusia mereka.

AKTIF: Keadaan kandungan yang semakin sarat tidak membataskan Abby untuk terus berlakon.

Abby berkata, beliau turut meluangkan masa bersama anak seperti melayan mereka bermain dan sering merangsang anak supaya berani bersuara dengan meminta mereka memberi pendapat atau menyuarakan apa yang ada di fikiran mereka.

“Danish kuat daya ingatan dan rajin bercakap. Saya sering memperdengarkan mereka cerita pendek dan bercakap mengenai agama sebelum tidur dan apa yang menggembirakan saya, dia dan Marissa sudah boleh mengingat beberapa doa pendek seperti doa makan dan doa sebelum tidur,” katanya. Menyentuh mengenai aktiviti seni, walaupun berada dalam keadaan sarat, ia tidak membataskan Abby untuk terus menerima tawaran berlakon. Terkini, beliau menjalani penggambaran drama Apa Itu Cinta sebanyak 13 episod untuk siaran Astro. “Kadang-kadang ketika menjalani penggambaran, ada juga Abby berasa loya kerana keadaan sekarang, tetapi rasa itu tidak berpanjangan kerana Abby sentiasa membawa pastil Ribena berperisa buah. Ia menghilangkan rasa kurang selesa pada tekak,” katanya. Lantaran mengetahui kebaikan ribena, Abby suka mencadangkan ibu lain memberikan anak mereka minuman Ribena kerana khasiatnya tidak perlu diragui. Tambahan pula, ada banyak perisa yang boleh memenuhi selera anak. Bagi Abby, kegembiraannya ialah melihat Danish dan Marissa membesar dengan sihat, dan Ribena adalah ramuan utama mereka sekeluarga kerana bukan saja anak yang suka, malah beliau dan suami juga menggemari rasanya yang enak dan bersari itu.

Promosi Malaysia Di London

Filem bantu promosi budaya negara


TEKUN: Shafie bersama sebahagian daripada delegasi ke London menyaksikan persembahan sempena Program Minggu Malaysia 2008.

Program Minggu Malaysia menjadi acara tahunan

KERAJAAN menaruh keyakinan beberapa filem kita bukan saja dilihat sekadar hiburan semata-mata tetapi juga dijadikan bahan untuk mempromosikan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia seterusnya memberi kefahaman mengenai negara ini secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) akan menggunakan sektor perfileman sebagai sebahagian daripada bahan persembahan dalam Program Minggu Malaysia pada tahun akan datang.Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha yang dilakukan oleh kementeriannya juga diharap dapat mendedahkan aktiviti perfileman tanah air di pentas antarabangsa. "Usaha ini kita lakukan bukan saja hanya boleh mempamerkan filem tempatan kepada masyarakat luar negara, tetapi juga dapat mendedahkan filem atau industri perfileman negara di pentas antarabangsa. "Dan, ia juga dilakukan dengan tujuan dan harapan filem tempatan juga dapat menembusi pasaran antarabangsa seperti produk filem dari Hollywood dan Bollywood," katanya kepada media selepas melancarkan Program Minggu Malaysia di Potters Field, London, baru-baru ini.

AKSI SI CILIK: Penari ini adalah sebahagian Artis yang mengikuti rombongan ke London.

Enam filem ditayangkan sepanjang Program Minggu Malaysia 2008 di London ini yang bermula 30 Julai hingga 3 Ogos. Filem itu ialah 1957: Hati Malaya, Sepi, Duyung, Evolusi: KL Drift, Congkak dan Apa Kata Hati. Ia mewakili genre atau kategori filem patriotik, cinta, drama, aksi, komedi romantik, fantasi dan seram.

Semua filem ini ditayangkan percuma di Panggung Odeon Covent Garden, dalam kawasan West End, London yang terkenal dengan persembahan teater pada setiap hari.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang bertanggungjawab dalam program tayangan ini turut mengatur sesi apresiasi bersama pengarah dan pelakon filem Congkak dan Evolusi: KL Drift.

"Saya yakin kita mempunyai keupayaan dan kebolehan terhadap produk filem yang sesuai untuk ditayangkan di kota London. Enam filem yang ditayangkan di sini memaparkan kehidupan rakyat di Malaysia dan juga budaya yang ada," tegas Mohd Shafie.

RANCAK: Persembahan tarian kebudayaan Sabah menjadi tumpuan tetamu.

Mengenai Program Minggu Malaysia 2008, beliau berkata, berbeza pada dua tahun sebelumnya, program ini diadakan di tempat yang strategik iaitu di antara London Tower dan pejabat Datuk Bandar London selain buat pertama kalinya mempamerkan budaya masyarakat Malaysia daripada kepelbagaian etnik, tarian dan barangan kraftangan yang bukan saja dipamerkan tetapi dijual kepada pengunjung.

"Kita juga mempamerkan lukisan tempatan yang akan turut memberi penjelasan dan penerangan yang diperlukan. Jadi, pendekatan ini agak interaktif. Perkara yang baru kita lakukan tahun ini berbanding tahun yang sudah, pertamanya, ialah pameran lukisan, keduanya penayangan filem. "Ini adalah dua produk yang baru kita ketengahkan. Selain itu, seperti tahun lalu kita juga pamerkan masakan dan makanan dan penjualan kraf di London. "Saya lihat dari segi persembahan dan produk yang kita bawa, ada penambahan dari segi acaranya seperti pameran lukisan. Ia agak baru. Satu daripada pameran yang kita bawa ialah lukisan sepanjang satu kilometer (bertajuk Satu Mata Dunia),' yang akan dipersembahan oleh S Amin Shahab. Ini satu keunikan dan jadi tarikan kepada masyarakat di ibu kota London. "Satu lagi keunikan yang disebutkan tadi adalah pameran sektor perfileman," katanya. Menjawab soalan lain, Mohd Shafie berkata, beliau faham keadaan ekonomi semasa menyebabkan kebanyakan rakyat mengurangkan belanja untuk pelancongan, namun langkah dan usaha menarik pelancong dan memperkembang budaya harus diteruskan.

"Program budaya dan seni ini tidak ketinggalan walaupun kita lakukan dengan skil yang menurun. Walaupun keadaan ekonomi sekarang agak bermasalah tetapi ia tidak bermakna kita harus hentikan semua kegiatan (kebudayaan, kesenian dan warisan). "Kegiatan ini membabitkan perkembangan budaya, terutamanya yang perlu kita ketengahkan," katanya. Menurutnya, beliau mensasarkan Program Minggu Malaysia 2008 menerima 80,000 pengunjung walaupun sasaran awal ialah 100,000 pengunjung.

"Pada tahun pertama diperkenalkan pada 2005, program ini menerima 55,000 pengunjung, pada tahun kedua 70,000. Dan dengan keadaan sekarang kita harap program ini dapat dihadiri 80,000 pengunjung walaupun sasaran awal 100,000 pengujung. "Kemungkinan keadaan ekonomi yang melanda ibu kota London akan menarik banyak pelancong tempatan yang tidak berupaya melancong ke luar negara. Saya yakin tidak semua keluar dari London. Tarikan ini bukan khusus untuk penduduk London saja. Kita yakin ada pelancong yang turut datang ke London sekitar Eropah, Sepanyol dan Jerman. "Pada tahun 2006 dan 2007, pertambahan jumlah pelancong ke United Kingdom meningkat 9.6 peratus. Jadi, kementerian akan teruskan program ini di London pada tahun depan," katanya.

Sebelum itu, pelancaran program Minggu Malaysia 2008 berlangsung dalam suasana meriah walaupun musim panas di London menyebabkan suhu waktu siang mencecah sehingga 22 darjah selsius kerana Portters Fields Park adalah lokasi yang menjadi tumpuan utama kepada pelancong yang melawat kota London. Ia diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada penari Istana Budaya, pelajar Akademi Seni, Budaya dan Warisan (Aswara) dan Sekolah Tunas Budaya dari Kota Kinabalu, Sabah. Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Timbalan Datuk Bandar London, Ian Clement, Datuk Bandar Southwalk, Eliza Mann, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Rustam Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha (Warisan), Kementerian tersebut, Datuk Nor Azmal Mohd Nazir.

Matangkah masyarakat kita?

Bicara seks bukan kotor


IBU memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai seks kepada anak-anak. - Gambar hiasan


APABILA membicarakan soal seks secara terbuka, pasti masyarakat menolaknya. Seks dianggap sebagai satu topik memalukan serta tidak manis untuk diperkatakan terutamanya di hadapan anak-anak.Ibu bapa khususnya masih lagi mempunyai perasaan segan dan tidak terbuka untuk membincangkan perkara ini walaupun hakikatnya pendidikan seks seawal usia harus diterapkan bagi mengelak berlakunya masalah sosial seperti yang dapat dilihat sekarang.Mungkin ia berlaku kerana terikut dengan budaya dan adat ketimuran yang mana dalam sesebuah keluarga, tajuk perbincangan seperti seks dianggap tabu atau tidak boleh disebut langsung.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak kurang pengetahuan tentang apa yang dimaksudkan dengan perhubungan seks antara lelaki dan wanita.Lebih menyedihkan apabila terdapat banyak kes pembuangan bayi disebabkan seseorang remaja hamil akibat melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Lebih malang, ada remaja menggugurkan kandungan atau membuang bayi yang baru dilahirkan.


BUANGKAN perasaan malu untuk berbincang mengenai seks dengan anak-anak. – Gambar hiasan


Justeru, penerapan terhadap didikan seks pada awal usia mampu memelihara anak-anak daripada cuba melakukan perkara tersebut sekali gus menghindari penyakit kelamin seperti siflis, AIDS dan hepatitis, kata Pakar Psikologi Klinikal, Leong Huey Mei dalam satu bengkel bertajuk Talking about Taboo Topics.“Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan paling penting dalam menyediakan pengetahuan mengenai seks dan kaedah perancangan keluarga untuk anak-anak.“Perkara paling sukar dalam memperkatakan topik mengenai seks dengan anak-anak ialah bagaimana untuk memulakan perbincangan tersebut. Tetapi sebagai ibu yang bertanggungjawab, ia adalah satu perkara yang wajib dilakukan.“Memang kebiasaannya, si ibu pasti berasa segan pada mulanya, namun mereka harus memberanikan diri dan membuang perasaan malu demi kebaikan serta masa depan anak-anak. Jika perlu, selitkan gurauan bersahaja untuk mengatasi rasa segan itu,” kata Huey Mei yang telah banyak mengendalikan kes-kes sedemikian.


BARISAN penceramah, (dari kanan), Leong Huey Mei, Fatimah Abu Bakar, Dr. Ho Choon Moy, Lavin Seow dan Daphne Iking.


Tambah Huey Mei lagi, jika ibu bapa memilih untuk mendiamkan diri apabila anak-anak bertanya mengenai topik berkenaan, ia boleh memudaratkan keadaan kerana maklumat yang dikumpul sendiri oleh mereka tidak semestinya tepat dan boleh dipercayai.“Malah, pelbagai kajian telah membuktikan bahawa gadis remaja yang mendapat pendidikan seks pada awal usia daripada ibu mereka, kebarangkalian mereka menangguhkan hubungan seks di luar perkahwinan adalah lebih tinggi,” ujarnya pada majlis anjuran Bayer Schering Pharma ini.

Sementara itu, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr. Ho Choon Moy, berkata, selain memperkatakan tentang seks, ibu juga harus menekankan topik mengenai kaedah perancangan keluarga yang efektif.“Memberi maklumat yang tepat dan benar mengenai seks dan juga kaedah perancangan keluarga yang berkesan adalah satu-satunya cara membantu anak-anak muda menghindari perilaku seks yang boleh memudaratkan diri,” jelas Choon Moy yang juga merupakan Pakar Kesihatan Wanita.




Turut berkongsi pengalaman dalam bengkel tersebut adalah ibu kepada pelakon popular, Sharifah Aleya dan Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar; pengacara My Australian Adventure dan My Star LG, Daphne Iking serta pemenang Miss Malaysia, Lavin Seow.Fatimah, ibu kepada empat anak perempuan, mengakui bahawa pada awalnya dia sendiri malu untuk berbincang mengenai topik seks dengan anak-anaknya. Namun, atas rasa tanggungjawab, dia sedia menghadapinya untuk kebaikan anak-anak sendiri.“Waktu kecil dahulu, ibu jarang memperkatakan soal ini secara terbuka kepada saya dan adik-beradik lain. Oleh itu, perasaan malu itu memang wujud. Tetapi menyedari betapa pentingnya pendidikan seks diajar kepada anak-anak, saya akur dan mula membuka minda untuk berbincang,” jelas Fatimah yang juga bekas tenaga pengajar rancangan realiti televisyen popular, Akademi Fantasia (AF).

Bagi salah seorang ibu yang menghadiri bengkel ini, Emy Hartini Abdul Hamid, 43, dia sudah mula faham bahawa pendidikan seks sebenarnya bukan satu perkara yang kotor untuk diperkatakan. Sebaliknya, ia adalah satu bentuk maklumat yang harus dibekalkan pada anak-anak demi menjamin masa depan mereka.

“Saya mempunyai seorang anak perempuan yang semakin meningkat remaja berusia 15 tahun dan dua anak lelaki berusia lima serta empat tahun. Setelah mengikuti bengkel ini, saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ibu begitu besar.“Saya harus menyiapkan diri dengan segala ilmu untuk membincangkan perkara ini dengan mereka seperti cara berkomunikasi, kaedah penceritaan dan banyak lagi. Apa yang penting adalah saya tidak mahu mereka terjerumus ke arah masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang seperti seks bebas, hamil luar nikah, menghidap penyakit kelamin dan sebagainya,” kata Emy.Kesimpulannya, apa yang ditekankan menerusi bengkel ini ialah ibu bapa tidak harus memandang ringan mengenai isu pendidikan seks pada awal usia kerana banyak manfaat yang diperoleh berbanding keburukan jika anak-anak mengetahuinya.