Wednesday, September 10, 2008

Koleksi Ramadhan

Galeri gambar Ramadan

TUMPUAN ... Orang ramai mula keluar membeli makanan bagi persiapan untuk berbuka di Bazar Ramadan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini, semalam. Tinjauan mendapati kebanyakan mereka terdiri daripada penduduk tempatan dan juga kakitangan kerajaan yang baru habis bekerja. Pelbagai lauk-pauk dan kuih-muih tradisional dengan harga berpatutan boleh diperolehi di bazar tersebut. -foto BERNAMA

REZEKI RAMADAN ... Pengusaha kuih tradisional Zarina Yahaya, 41, (kanan) dibantu pekerjanya membungkus kuih rempeyek bagi memenuhi permintaan pelanggannya pada bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan ke rumahnya di Taman Kobena, Senawang dekat sini, semalam. Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lepas menyediakan 500 keping rempeyek sehari dengan dibantu lima pekerjanya. Walaupun permintaan kuih itu tinggi, namun dia hanya mampu menyediakan kira-kira 3,000 bungkus dalam tempoh sebulan. Kuih yang mengandungi 50 keping itu dijual oleh suaminya, Zulkifli Mahmud, 43, di bazar ramadan sekitar Senawang dan Seremban pada harga RM15 sebungkus

RINGKAS ... Anggota tentera dari Kem Sasaran Penting Briged Kelapan Infantri yang menjalankan tugas mengawal kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok (dari kiri) Prebet Allyusman Nor Hashim, Prebet Shamsudin Kossim, Lans Koperal Kamaruzaman Awang, Prebet Manan Ismail dan Prebet Mohd Zaki Mohd Zain menikmati juadah berbuka puasa di kawasan rondaan mereka semalam. Walaupun juadahnya ringkas dan jauh dari keluarga tersayang, tugas yang diamanahkan tetap dijalankan dengan penuh tanggungjawab. Kawasan di sepanjang Sungai Golok sering menjadi sasaran penyeludup dan pendatang asing tanpa izin untuk masuk ke negara ini secara haram.

MURAH ... Peniaga kuih Halipah Dahaman, 52, (kiri) menyusun pelbagai jenis kuih ketika tinjauan ke gerainya di Pekan Baling di sini, semalam. Halipah yang telah berniaga sejak 26 tahun lepas menjual kuih yang terdapat di gerainya dengan harga yang murah walaupun harga tepung semakin mahal berbanding dahulu. Setiap kuih itu dijual pada harga 10 sen satu

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (empat, kiri) mengaminkan doa selepas menunaikan solat Maghrib pada jamuan berbuka puasa bersama-sama Menteri-menteri Kabinet, Duta-duta Asing ke Malaysia dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara di sini, semalam. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (lima, kiri), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (lapan, kiri), Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kiri), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapha Mohamed (dua, kiri) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar

No comments: