Friday, August 22, 2008

Berusaha menuju kesempurnaan

SEMPURNA bermaksud cukup, lengkap, tiada cacat celanya. Kesempurnaan juga bererti efektif dan efisien dalam melaksanakan tugas. Efektif bermaksud berhasil mencapai matlamat yang ditujui manakala efisien pula bermaksud menggunakan sebaik-baiknya tempoh masa yang ada dalam usaha mencapai matlamat tersebut.Konsep itqan dalam Islam juga merujuk kepada maksud sempurna atau konsep profesionalisme. Namun perkataan itqan itu mempunyai konotasi yang lebih luas dan holistik kerana ia bertaut kepada aspek ketauhidan kepada Allah SWT.Dalam kupasan minggu ini perkataan sempurna digunakan bagi memudahkan pemahaman pembaca, tetapi pada dasarnya, ia merujuk kepada konsep itqan yang dimaksudkan.

Bagi seseorang insan itu, kesempurnaan dalam menuju matlamat insan diciptakan ialah apabila ia berusaha untuk memenuhi segenap aspek kehidupannya di dunia ini sebagai ibadah kepada Allah SWT semata-mata, sebagaimana maksud ayat 56 surah Az-Zaariyat.

Kesempurnaan dalam bidang profesional

Faktor kesempurnaan semakin signifikan apabila dikaitkan dengan bidang profesional seperti kedoktoran dan kejuruteraan. Profesion sebagai doktor atau jurutera umpamanya, memerlukan kejituan serta ketelitian yang tinggi dalam tugasan mereka kerana ia melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan orang ramai.Doktor yang merawat pesakit perlu berusaha memastikan kesempurnaan terhadap rawatan yang diberikan. Diagnosis penyakit perlu teliti, preskripsi ubat perlu sesuai, serta rekod perubatan perlu objektif demi memastikan kualiti kesihatan pesakit semakin meningkat selepas rawatan (dengan izin Allah).

Andai doktor cuai, penyakit bakal melarat, penyakit lain pula menghambat, dan kemudiannya pesakit semakin tenat. Emosi pesakit dan keluarga pula semakin meruntun. Kredibiliti doktor juga bakal dipersoal, malah mungkin dipertanggungjawabkan atas ketidaksempurnaan tugas yang dilaksanakan.Jurutera yang merencana pembinaan bangunan atau lebuh raya perlu berusaha memastikan kesempurnaan dalam pembinaan yang dirancangkan.

Bahan yang digunakan perlu berkualiti, reka bentuk yang dirancang perlu selamat serta mempunyai ketahanan untuk menanggung beban berat manusia dan kenderaan yang menggunakannya.Andai jurutera cuai, bangunan mungkin retak lantas mengundang bahaya buat penghuni serta sekitarnya. Ditakuti bahawa bangunan mungkin tumbang atau runtuh secara tiba-tiba lalu mengakibatkan ramai terkorban serta kehilangan harta benda.

Di kala itu sang jurutera dipertanggungjawabkan, punca kejadian dicari dan hukuman bakal menanti andai didapati bersalah. Sudah tentu kita tidak mahu tragedi tumbangnya kondominium Highland Towers 15 tahun lepas berulang lagi.

Kesempurnaan dalam pelajaran

Bagi remaja yang masih menempuhi pelajaran, sifat kesempurnaan itu akan membantu ke arah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kesempurnaan dalam pelajaran perlu bermula sejak awal tahun persekolahan atau semester dan bukannya hanya apabila tempoh peperiksaan semakin menghampiri.Dari segi tugasan, implementasi sempurna terhadap pelajaran bermaksud tugasan dilaksanakan dengan betul dan lengkap pada waktunya. Tugasan juga mungkin dilaksanakan atas inisiatif sendiri atau perbincangan bersama rakan tetapi bukannya dengan meniru secara bulat-bulat daripada mana-mana rujukan sekalipun.

Kesempurnaan juga merangkumi inisiatif sendiri dalam melakukan latih tubi serta pembacaan yang intensif terhadap bahan berkaitan peperiksaan. Justeru, bersifat proaktif dengan kaedah belajar sendiri merupakan langkah utama dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.Di samping itu, aktif dalam kegiatan kokurikulum yang tidak menjejaskan pelajaran serta halaqah juga menjurus ke arah kesempurnaan dalam pembentukan watak seseorang pelajar itu.

Kesempurnaan yang berimbang

Kesempurnaan bukan sahaja berkaitan perkara yang dihuraikan di atas tetapi juga meliputi segenap aspek dalam kehidupan insan. Kesempurnaan dalam sesuatu aspek sahaja tetapi mengabaikan aspek lain tidak dapat menghasilkan kecemerlangan yang holistik bagi seseorang insan itu serta insan lain di dalam lingkungan pengaruhnya.

Bagi mereka yang berkerjaya dan berkeluarga misalannya, kesempurnaan dalam kerjaya melalui dedikasi masa dan tenaga bakal membuahkan hasil dalam bentuk kenaikan pangkat, pendapatan yang lebih tinggi atau sebagainya.

Namun jika tuntutan berkerjaya mengatasi tanggungjawab sebagai seorang Muslim contohnya solat ditinggalkan kerana terlalu sibuk dengan tugasan kerja, adakah kita masih menuju kesempurnaan dalam aspek pembangunan diri sebagai seorang Muslim?

Dan jika kesibukan terhadap kerjaya menyebabkan kurangnya masa untuk bersama keluarga dan mendidik mereka, anak-anak bakal membesar dan 'terdidik' dengan acuan di kaca televisyen, permainan video, internet dan rakan sebaya dalam usaha mereka memenuhi kesunyian akibat kurangnya tumpuan ibu bapa.

Tetapi apabila anak-anak terlibat dengan pelbagai gejala sosial maka adakah kita masih menuju kesempurnaan dalam pembinaan keluarga yang bahagia dan mithali? Adakah kesempurnaan dalam kerjaya mampu menebus kepincangan keluarga sendiri? Sudah tentu jawapannya tidak.

Justeru usaha menuju kesempurnaan berkaitan sesuatu aspek itu perlu berimbang dengan keperluan mencapai kesempurnaan dalam aspek lain agar kita berhasil menuju kesempurnaan dalam kualiti kehidupan secara keseluruhannya.

Berusaha menuju kesempurnaan

Dalam usaha kita menuju kesempurnaan, kita seharusnya memahami hakikat bahawa sifat kesempurnaan yang hakiki itu hanya menjadi milik Allah SWT. Kita sebagai hamba-Nya yang lemah hanya mampu berusaha dengan sebaik mungkin dengan izin Allah dalam mencapai sesuatu.

Hasil reka cipta dan kerja tangan manusia tidak akan dapat menandingi sebarang elemen alam ciptaan Allah. Sebagai contoh, robot yang menyerupai manusia atau humanoid versi terkini dikatakan mampu untuk berjalan serta berlari.

Secara umumnya kemampuan fizikalnya untuk berlari hampir menyamai keupayaan manusia untuk berlari. Tetapi jika ada bahagian robot yang rosak, robot tidak mampu memperbaiki diri sendiri, walhal sistem tubuh manusia mampu menjana penyembuhan sendiri terhadap luka yang dihadapi.Manusia diberikan keupayaan berfikir yang ada keterbatasannya serta memerlukan pedoman wahyu Ilahi untuk memandu kehidupan di dunia ini. Pemahaman terhadap hakikat ini seharusnya mewujudkan rasa ketundukan dan kehambaan kepada Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.Manusia itu sendiri bersifat lalai maka akan sahaja melakukan kesilapan. Namun sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempelajari kesilapan mereka dan tidak mengulanginya lagi. Namun kita dituntut untuk berusaha untuk menghampiri serta menuju kesempurnaan kerana ia akan membawa kebaikan secara keseluruhannya.

Memperkasakan industri pertanian

KUALA LUMPUR: Dasar perindustrian negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju, sebenarnya bukan mahu menjadikan sektor pertanian ketinggalan hingga tidak menjadi tonggak pertumbuhan, tetapi ia dilihat begitu.Dan krisis makanan dunia serta kemelut bekalan beras yang melanda negara ini buat beberapa ketika barubaru ini membuatkan kita semakin terdesak untuk memperkasa industri pertanian.Kerajaan begitu komited dan telus ke arah usaha ini, antaranya menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi yang baru serta pelbagai insentif untuk menaikkan hasil tuaian padi.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bertindak proaktif dengan melancarkan kempen "Bumi Hijau" bagi menggalakkan rakyat bercucuktanam termasuk sayur, ulamulaman dan herba serta menternak ikan dan ayam bagi kegunaan sendiri.

Dua sub sektor pertanian

Sektor pertanian terbahagi kepada dua subsektor iaitu tanaman industri seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada hitam dan tanaman makanan yang terdiri daripada padi, sayuran, buahbuahan, perikanan dan akuakulktur serta ternakan.Menurut Dr Amin Mahir, Ketua Laboratori Dasar Perniagaantani dan Pengurusan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), pertumbuhan subsektor tanaman makanan tidaklah sepantas tanaman industri.Selepas kemerdekaan, mulai tahun 60an hingga 70an, katanya, kerajaan melabur lebih daripada RM1 bilion untuk pembangunan perparitan dan saliran bagi penanaman padi.Bagaimanapun, kata beliau, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat menyebabkan keutamaan diberi kepada tanaman industri yang mempunyai potensi untuk menjana pendapatan eksport.

Keperluan meningkat

Keperluan makanan sesebuah negara akan meningkat dengan pertambahan penduduk, tambahan pula Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka di mana berlaku pengaliran masuk orang asing sama ada pelancong atau pekerja di samping pendatang tanpa izin.

Krisis bekalan beras yang berlaku sebelum ini, meskipun dapat ditampung dengan menambah import menjadikan negara semakin perlu meningkatkan tahap sara diri.Dalam hal ini, Dr Amin yang juga pensyarah kanan Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Fakulti Pertanian UPM merujuk kepada bil import makanan negara yang mencecah RM23 bilion (2007)."Ini adalah ketirisan yang agak besar dan usaha untuk meminimumkan ketirisan ini perlu disokong semua pihak," tegasnya.

Dasar yang konsisten

Usaha memperkasa semula sektor pertanian terutama subsektor makanan memerlukan dasar yang konsisten dan berterusan tanpa mengira kepimpinan di samping komitmen kerajaan yang tinggi dari segi sumber dan dana.

Dalam menyuarakan pandangan itu, Dr Amin berkata sumber perlu diperuntukkan secukupnya agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana sebelum ini ada projek tidak dapat dijalankan kerana kekurangan sumber."Keperluan sosialpolitikekonomi dari aspek sumber terutama dana perlu diseimbangkan," katanya.Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri juga perlu memberi komitmen dengan menyediakan lebih tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan.

Peranan GLC

Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC), harus turut memainkan peranan yang lebih besar."Sebagai contoh Felda mempunyai keluasan kelapa sawit yang terbesar iaitu 690 ribu hektar. Ladang ini boleh diintegrasikan dengan ternakan lembu daging atau kambing.Cuba kita bayangkan populasi ternakan jika terlaksananya ladang integrasi ini."Saya kira tahap sara diri daging lembu yang sekarang ini hanya 26 peratus bukan sahaja dapat dinaikkan tetapi kita mungkin dapat mengeksport pula daging tersebut dalam jangka masa panjang. Meskipun ladang integrasi ini telah dimulakan, ia harus diperluaskan," jelasnya.Pada masa yang sama, katanya, isu kenaikan kos makanan ternakan perlu diberi perhatian yang serius. Dr Amin turut mencadangkan GLC yang bukan berasaskan pertanian seperti Tenaga Nasional atau Petronas mempelbagaikan aktiviti dengan melabur dalam pengeluaran makanan.

Katanya Penunjuk Pencapaian Utama (KPI) GLC berkenaan perlu disemak semula dengan mengambil kira sumbangan mereka terhadap dasar jaminan makanan negara."Saya kira ini dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan seterusnya menyumbang kepada dasar jaminan makanan di samping mengurangkan pergantungan kepada import, berkemungkinan kita mengeksport," katanya.

Tak perlu banding

Dr Amin berkata manamana pihak tidak perlu membandingkan pencapaian Malaysia dalam pembangunan pertanian dengan negara lain termasuk Thailand.Kata beliau, dalam pengeluaran minyak sawit, Malaysia telah lama jauh ke hadapan dan tidak dapat ditandingi negara lain."Tetapi Thailand pula adalah pengeksport utama beras dunia. Inilah maksud saya, keutamaan dalam dasar yang berbeza. Jika Thailand berhasrat menjadi 'kitchen to the world', kita mempunyai aspirasi menjadi hab makanan halal.

"Jadi saya kira kita tak perlu bersaing dengan mereka. Apa yang harus kita lakukan ialah memperkukuhkan lagi subsektor makanan dengan meningkatkan pengeluaran dan mampu memenuhi permintaan domestik dan sekali gus mengurangkan pergantungan kepada import," tegasnya.Bagaimanapun, Dr Amin berkata tidak ada salahnya jika Malaysia mengkaji faktor kejayaan sesuatu negara untuk mengambil apa yang boleh dicontohi.Dasar Pertanian Negara, katanya, menggariskan keutamaan komoditi makanan yang perlu diberi tumpuan, manakala Pelan Induk Perindustrian menunjukkan bagaimana pertalian industri harus berlaku antara pengeluaran makanan dan penambahan nilai."Cuma apa yang saya nampak ialah terdapat masalah pelaksanaannya. Sebagai contoh pembabitan sektor swasta dalam perladangan tanaman makanan masih belum mencapai suatu tahap yang diharapkan," kata Dr Amin.

Nilai semula

Krisis makanan dunia jelas membuka mata kita untuk menilai semula dasar dan pengeluaran makanan terutama beras.Dunia pernah mengalami krisis makanan pada tahun 1970an tetapi krisis makanan kini berbeza puncanya, kata Dr Amin.Sekarang, jelasnya, tanaman makanan bukan lagi berfungsi sebagai makanan manusia tetapi juga digunakan untuk makanan ternakan dan yang terbaru untuk menghasilkan bahan bakar bio."Persaingan ini mengakibatkan penghasilan makanan manusia terhad dan melonjakkan harga barang makanan. Amerika Syarikat, pengeluar utama jagung dan gandum memberi insentif penanaman jagung untuk penghasilan ethanol (bahan bakar bio) mengakibatkan pengurangan kawasan untuk tanaman gandum.

"Kesannya, kenaikan harga gandum dan harga beras. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan nilai dolar Amerika memburukkan lagi keadaan. Kita perlu berhatihati dengan biodiesel kita kerana ia berkemungkinan menaikkan harga minyak masak," tambah Dr Amin.

Cabaran menanti

Ketika kerajaan mengorak langkah memperkasa sektor pertanian negara, Dr Amin berkata terdapat beberapa kekangan yang perlu diberi perhatian.Beliau menyebut persaingan sumber antara sektor pertanian dan sektor lain sebagai satu daripada kekangan itu.

"Tanah adalah sumber penting dalam pertanian. Begitu juga bagi sektor lain seperti perumahan dan pembuatan.Dalam persaingan ini, sektor pertanian yang tewas. Bukan sahaja pembukaan kawasan baru, kawasan pertanian sedia ada pun telah banyak ditukar kepada kawasan perumahan atau perkilangan."Tanah juga hak kerajaan negeri. Jika pun terdapat kerjasama dengan kerajaan pusat, masalah seperti ketiadaan prasarana yang mencukupi di kawasan tanah yang diperuntukkan atau tanah yang diperuntukkan adalah tanah bermasalah seperti tanah masam, berbatu atau tanah yang boleh ditenggelami air laut apabila air laut pasang," jelasnya.Bidang pertanian juga kurang diminati terutama golongan muda tempatan dan ada yang menganggap pekerjaan tani menawarkan pendapatan rendah, kotor, kerja berat dan tradisional.

"Walaupun ramai di antara mereka anak petani, peneroka atau nelayan, melihatkan keadaan ibu bapa mereka, ditambah dengan tiada galakan ibu bapa, mereka ini lebih cenderung bekerja makan gaji," katanya.Pertanian juga sering dikaitkan dengan kemiskinan. Justeru, rakyat negara ini perlu mengubah minda selaras dengan yang diuaruarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 'Pertanian adalah perniagaan.'Dalam hal ini, Dr Amin turut menekankan bahawa pembangunan seimbang antara sektor pertanian dan sektor perindustrian menuntut peruntukan kewangan serta pelaksanaan dasar yang sama rata.

Yang pasti semua ini memerlukan keazaman yang tinggi untuk memperkasa pembangunan pertanian dan menjadikan sektor pertanian pengeksport utama negara menjelang 2010! BERNAMA

Harga Minyak turun - kerajaan awalkan pengumuman

Harga petrol RON97 turun 15 sen
Aug 22, 08 5:27pm

Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa esok.Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini.

bm version fuel petrol diesel price hike reduction 220808

Berikut adalah kenyataan penuh

Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan Julai 2008.Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter.Pada masa yang sama, harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga-harga berkenaan ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos 2008 hingga 21 Ogos 2008, serta penetapan subsidi 30 sen seliter, untuk kedua-dua RON97 dan RON92.Di samping itu, Kabinet juga mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit diesel sebanyak 8 sen seliter, iaitu daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.

Berdasarkan harga RM2.50 seliter ini, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk diesel ialah sebanyak 50 sen setiap liter. Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini akan berkuatkuasa mulai esok, 23 Ogos 2008.Sebagaimana yang diumumkan hari ini, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai 2008 berbanding Julai 2007 meningkat pada kadar 8.5 peratus.Adalah menjadi harapan Kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keputusan Kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.

Pada 1 Ogos 2008, Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter.

Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.

Thursday, August 21, 2008

Pelancong dikesan 'jual' tubuh


WANITA asing ini ditahan dalam Ops Sayang di Bukit Bintang semalam.

KUALA LUMPUR - Sanggup 'berdusta pada suami sendiri dengan alasan melancong ke Malaysia, tapi memperdagangkan tubuh.Manakan tidak, ini kerana kegiatan tidak bermoral itu membolehkan mereka meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.Ini sudah cukup lumayan kerana sambil melancong, mereka boleh meraih pendapatan lumayan.

Kewujudan pelacur dari Asia Tengah ini boleh dilihat di kawasan sekitar Bukit Bintang di sini yang sentiasa berlegar-legar di sekitar premis makanan 'memburu' pelanggan yang terdiri daripada golongan mewah dan elit.Menurut sumber Kosmo!, kebanjiran mereka di sini sebenarnya mempunyai serampang dua mata - melancong dan dalam masa yang sama 'melencong'.

"Kalau nak cam kumpulan pelancong pelacur ni senang saja. Selain menggoda, gebu, seksi, mereka akan hisap shisha, jalan mundar-mandir dan kita boleh lihat mereka suka sangat berkumpul di lampu trafik."Tapi minah-minah ni memilih sikit. Mereka tak mahu pelanggan mereka orang kita sebab mereka lebih suka 'kaum mereka' dan warga Eropah sebab poket mereka tebal," dakwanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.Selain itu difahamkan, kumpulan pelacur itu juga enggan dibawa bermalam ke tempat lain kerana mereka 'terikat' kepada tiga hotel di kawasan berhampiran Bukit Bintang.Berbekalkan maklumat ringkas yang diperoleh, Kosmo! selama beberapa malam membuat intipan di tiga buah lokasi yang dimaksudkan dan ternyata kebenaran dakwaan sumber terbukti.

Alternatif cegah serangan jantung



SETIAP tahun, jumlah kemasukan pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung. Majoritinya berusia 60 tahun ke atas.Namun kini, lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun, 500 kematian direkodkan.Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr. David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun."Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

"Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koronari secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah."Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya," kata Dr. Quek dalam satu pembentangan khas mengenai alternatif rawatan penyakit jantung menerusi pengambilan suplemen berasaskan beras yis merah (BYM) baru-baru ini.


DR. QUEK ketika membentangkan khasiat beras yis merah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Quek, pengambilan BYM ini boleh dijadikan alternatif dalam mencegah penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular manusia.Malah ujarnya, jika diambil berterusan, ia mampu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik) serta merangsang kesihatan sistem jantung.Apa itu BYM? Mungkin ramai kurang arif mengenainya atau tidak tahu langsung mengenai kewujudan produk botani ini. Sebenarnya BYM telah digunakan di China sejak berabad-abad lalu. Sejak zaman kuno lagi, BYM telah dikenali sebagai sumber makanan perubatan.Di samping itu, ia juga telah digunakan sebagai bahan pewarna dalam masakan China sejak lebih 1,000 tahun lalu. Malah, serbuk BYM turut menjadi ramuan bagi menyediakan sajian terkenal masyarakat China, itik Peking.

Menariknya, ramai yang tidak sedar dengan menjamu sajian istimewa itu, mereka sebenarnya mengurangkan risiko menghidap hiperlipidemia atau paras kolesterol yang tinggi. Risiko itu dapat dikurangkan bukan kerana memakan daging itik, tetapi ramuan serbuk berwarna merah, BYM yang disapu pada keseluruhan badan itik sebelum dibakar untuk menyediakan hidangan tersebut.Selain itu, turut direkodkan bahawa BYM pernah dijadikan ubat untuk rawatan kecelaruan peredaran darah sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644) lagi.Bagaimana BYM terhasil? Adakah memang terdapat beras merah yang ditanam di sesuatu kawasan khas seperti di China. Hakikatnya tidak sama sekali. BYM sebenarnya terhasil daripada penapaian sejenis yis yang dikenali sebagai Monascus purpureus yang sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina untuk merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut dengan beras biasa.


BERAS yis merah telah lama digunakan sebagai sumber makanan perubatan di China.

Penggunaan BYM kini telah diakui sebagai salah satu bahan alternatif dalam mengurangkan kolesterol selepas satu penyelidikan luas mengenai khasiatnya disiarkan dalam American Journal of Cardiology (AJC), sebuah jurnal berkaitan kardiovaskular terkenal di dunia pada pertengahan Jun lalu."Terbaru, hasil kajian yang disiarkan dalam AJC itu membuktikan bahawa bahan monacolin yang terdapat dalam BYM diakui keberkesanannya untuk menurunkan kadar kolesterol dan lain-lain penyakit jantung yang berpunca daripada tahap kolesterol yang tinggi," kata Dr. Quek lagi.Bagaimanapun, Dr. David M. Capuzzi dari Thomas Jefferson University di Philadelphia yang mengetuai kajian tersebut berkata, walaupun semua hasil kajian memberangsangkan, tetapi orang ramai tidak boleh terus mula membeli dan memakan BYM untuk mencegah serangan jantung."BYM yang dijual di pasar raya atau kedai makanan kesihatan bukan sepenuhnya asli. Persiapan bahan-bahan (yang digunakan dalam kajian) dibuat oleh syarikat biotech yang dikawal dengan teliti adalah mengikut keperluan makmal. Jadi keasliannya terjamin.

"Berlainan dengan BYM yang dihasilkan oleh syarikat biasa, ia mungkin meninggalkan kesan negatif kepada pengguna seperti kesakitan otot, kekejangan dan sebagainya kerana tidak mengikut prosedur penghasilan sebenar."Jika mahu mengambil BYM sebagai suplemen perubatan, mereka perlu membeli produk BYM yang dihasilkan oleh syarikat biotech terkemuka yang dijamin keaslian mutunya bagi mengelak kesan buruk setelah mengambilnya," ujar Capuzzi dalam laporan jurnal tersebut.Dalam kajian tersebut, hampir 5,000 orang di China yang pernah mengalami serangan jantung serta mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dipilih untuk menerima kapsul mengandungi BYM dan pengambilan plasebo (ubat kosong yang digunakan untuk tujuan kajian).


BAHAN monacolin yang terdapat dalam beras yis merah berkesan menurunkan kadar kolestrol.

Kapsul BYM yang diberi kepada pesakit mengandungi kombinasi lovastatin, lovastatin hydroxyl acid, ergosterol dan lain-lain komponen. Sepanjang lima tahun tempoh kajian ini berlangsung, penyelidik mendapati bahawa 10.4 peratus yang mengambil plasebo mengalami serangan jantung kedua berbanding 5.7 peratus pesakit yang dibekalkan dengan kapsul BYM.Berdasarkan penemuan tersebut, Dr. Quek menegaskan bahawa pengambilan suplemen berasaskan BYM secara tidak langsung membantu mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh seseorang sekali gus menghindarkan diri daripada mengalami penyakit berkaitan jantung.

Tema Sex and The City

Kolaborasi Rizalman dan butik Brenna of Italy mempamerkan nilai-nilai estetika yang tinggi di dalam mempersembahkan keindahan fabrik juga potongan melalui tema yang mengujakan.


GAUN hijau lumut ini sesuai digayakan ke majlis makan malam.

BRENNA of Italy adalah nama butik tekstil berprestij di Itali. Butik tersebut telah menerajui perniagaan tekstil selama beberapa dekad di negara tersebut, sementara Rizalman Ibrahim pula adalah jenama fesyen tempatan yang begitu dikenali.Apabila mereka bekerjasama dalam satu majlis pelancaran, dua jenama ini mempamerkan nilai-nilai estetika yang tinggi di dalam mempersembahkan keindahan fabrik dna potongan melalui tema yang mengujakan Sex and The City. Ikuti temu bual istimewa Elemen Fesyen bersama pereka terkemuka ini.Mengapa Brenna of Italy memilih beliau? Rizalman tersenyum, "Sepatutnya bukan saya yang menjawab soalan itu," katanya merenung, "Mungkin kerana kami punya pandangan dan pegangan yang sama terhadap apa yang kami hasilkan."Menurut beliau sebelum dipilih di antara beberapa pereka tempatan yang lain, beliau telah diminta menghantar portfolio dan profil jenamanya untuk dianalisis. Sebagai syarikat dan jenama antarabangsa Barat, Brenna of Italy amat professional dalam setiap urusan. Kebanyakannya dilakukan oleh jururunding yang mereka lantik.


Menariknya, setelah sekian lama bertapak sebagai pengeluar dan pengedar tekstil terkemuka Itali yang menghasilkan tekstil bermutu untuk jenama-jenama unggul dunia seperti Dolce and Gabbana dan Roberto Cavalli serta memonopoli dunia perniagaan tekstil di serata dunia, buat pertama kali Brenna of Italy membuka butik tekstilnya di luar negara.

Asal Brenna of Italy ialah dari daerah Lombardy di sebuah tempat bernama Como, Itali. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai jenis fabrik seperti sutera, sifon hinggalah fabrik kapas yang bermutu tinggi."Bagi saya ini satu penghormatan yang amat tinggi buat Kuala Lumpur kerana jika mereka tidak mempercayai kekuatan pasaran fesyen kita tentu mereka tidak akan memilih untuk membuka butik di sini," pintas Rizalman dan menambah, "Mungkin pembabitan saya nampak kecil tetapi saya melihat kepercayaan tersebut sebagai satu petanda baik bagi industri fesyen kita."

Kata beliau, sekiranya mana-mana pihak mendapat peluang seperti ini, ia harus disahut penuh tabah dan perlu bersikap bertanggungjawab. Apa yang beliau maksudkan ialah penuhi kemahuan dan cuba capai mutu kemahiran setinggi yang mampu seperti yang diharapkan oleh orang luar."Saya akan cuba sedayanya untuk memenuhi permintaan dan mutu yang mereka harapkan kerana saya percaya saya bukan sahaja mewakili jenama saya tetapi juga Kuala Lumpur."

Koleksi Sex and The City

Bagi himpunan Resort 2008, Rizalman memilih tema Sex and The City. Itu merupakan versi kedua selepas versi pertama yang beliau hasilkan lebih setahun lalu dengan meminjam idea daripada siri TV saluran HBO yang memaparkan gaya hidup empat wanita metropolitan."Untuk versi pertama saya hanya memberi fokus kepada gaya Sarah Jessica Parker kerana dia merupakan watak utama dalam siri tersebut tetapi bagi versi kedua ini saya memilih untuk menyuntik semangat daripada keempat-empat watak yang tidak kurang menarik dan mempunyai elemen-elemen penting yang ada dalam diri wanita hari moden ini."Melalui tema dan elemen yang beliau suntik ilham daripada filem Sex and The City, Rizalman telah menghasilkan satu koleksi lengkap mengandungi empat rangkaian iaitu pakaian malam, perkahwinan, koktel dan kasual.Menurut Rizalman, jika diperhatikan watak dalam cerita tersebut memang ketara perbezaannya. Ini memberikan beliau ruang bermain dengan rekaan dan memberi fokus kepada pasaran yang bakal membelinya. Bagi menghasilkan kelainan, beliau menggunakan fabrik mewah bermutu untuk rangkaian kasual misalnya.


KOLABORASI pereka Rizalman dan butik Brenna of Italy mempamerkan keunikan fabrik tersendiri.


Terdapat juga kaftan menarik berlengan cerut dan berbelah di depan yang diperbuat daripada sutera crepe bercorak bunga-bunga atau geomatrik dalam warna-warna menawan. Untuk gaun pengantin, Rizalman menggunakan fabrik mewah seperti sutera dan sutera taffeta dengan perincian seperti lisu halus dan gaun bertingkat.

Sementara itu pakaian malam, menjadi trademark jenama Rizalman Ibrahim; fabrik mewah, potongan menawan dan perincian menakjubkan. Terdapat banyak sifon sutera mewah yang digunapakai dan disatukan atau dilapikkan dengan satin sutera dalam warna-warna mewah seperti hijau zamrud dan ungu manggis.Apakah pengalaman yang ditimba setelah bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Brenna of Italy? Rizalman mengakui bahawa beliau belakar banyak perkara, profesionalisme dalam setiap urusan dan mereja begitu terperinci.Cawangan pertama di dunia buat Brenna of Italy di Pavilion, Kuala Lumpur juga harus dilihat dari sudut dan pendekatan yang lebih besar dan meluas. Ini kerana ia secara tidak langsung adalah satu pengiktirafan kepada industri fesyen tempatan."Saya berasa bangga kerana dapat diberi peluang berkolaborasi dengan jenama unggul ini dan saya percaya peluang sebegini jarang datang dan akan gunakan sebaik mungkin. Siapa tahu kolaborasi kecil ini boleh menjurus kepada sesuatu yang lebih besar suatu hari nanti."


RIZALMAN IBRAHIM (kiri) bersama pemilik Bienna of Italy, Claudia Brenna.

Bagi Rizalman, kolaborasi tersebut bukan sahaja satu penghormatan buat dirinya tetapi juga melihatnya sebagai platform yang boleh membantu meletakkan jenama Rizalman ke peringkat antarabangsa.

keajaiban daripada Usain Bolt


BOLT mengungguli acara 200 meter dengan mencatatkan rekod baru dunia.

BEIJING – Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt mencipta sejarah tersendiri selepas muncul juara acara 200 meter lelaki pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing semalam.Kejayaan itu hadir beberapa hari selepas dia mengesahkan statusnya selaku manusia terpantas di muka bumi apabila mengungguli acara 100m dengan catatan rekod baru dunia, 9.69 saat.Semalam, Bolt mengulangi keajaiban yang sama dengan satu lagi catatan rekod dunia untuk acara 200m iaitu 19.30; mengatasi rekod lama milik legenda Amerika Syarikat, Michael Johnson dengan 19.32s yang dilakukan pada temasya Olimpik 1996 di Atlanta.“Menakjubkan, dia adalah Superman 2,” jelas Johnson merujuk kepada kejayaan Bolt.“Ia merupakan satu lagi keajaiban daripada Usain Bolt dengan penamat yang cukup sempurna.”Dalam pada itu, Bolt juga muncul pelari unggul dalam sejarah Sukan Olimpik yang berjaya menyapu bersih pingat emas acara 100m dan 200m dalam satu temasya Olimpik sejak Carl Lewis melakukannya pada 1984.

Bolt merupakan pelari pertama di dunia yang memecah rekod dunia dalam dua acara pecut pada satu temasya Olimpik, iaitu satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh legenda seperti Lewis atau Jesse Owens.Sementara itu, pingat perak acara 200m menjadi milik Churandy Martina dari Belanda Antilles dengan catatan 19.82s diikuti juara bertahan, Shawn Crawford dari Amerika yang mencatat masa 19.96s.