Thursday, August 21, 2008

Pelancong dikesan 'jual' tubuh


WANITA asing ini ditahan dalam Ops Sayang di Bukit Bintang semalam.

KUALA LUMPUR - Sanggup 'berdusta pada suami sendiri dengan alasan melancong ke Malaysia, tapi memperdagangkan tubuh.Manakan tidak, ini kerana kegiatan tidak bermoral itu membolehkan mereka meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.Ini sudah cukup lumayan kerana sambil melancong, mereka boleh meraih pendapatan lumayan.

Kewujudan pelacur dari Asia Tengah ini boleh dilihat di kawasan sekitar Bukit Bintang di sini yang sentiasa berlegar-legar di sekitar premis makanan 'memburu' pelanggan yang terdiri daripada golongan mewah dan elit.Menurut sumber Kosmo!, kebanjiran mereka di sini sebenarnya mempunyai serampang dua mata - melancong dan dalam masa yang sama 'melencong'.

"Kalau nak cam kumpulan pelancong pelacur ni senang saja. Selain menggoda, gebu, seksi, mereka akan hisap shisha, jalan mundar-mandir dan kita boleh lihat mereka suka sangat berkumpul di lampu trafik."Tapi minah-minah ni memilih sikit. Mereka tak mahu pelanggan mereka orang kita sebab mereka lebih suka 'kaum mereka' dan warga Eropah sebab poket mereka tebal," dakwanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.Selain itu difahamkan, kumpulan pelacur itu juga enggan dibawa bermalam ke tempat lain kerana mereka 'terikat' kepada tiga hotel di kawasan berhampiran Bukit Bintang.Berbekalkan maklumat ringkas yang diperoleh, Kosmo! selama beberapa malam membuat intipan di tiga buah lokasi yang dimaksudkan dan ternyata kebenaran dakwaan sumber terbukti.

No comments: