Thursday, August 21, 2008

keajaiban daripada Usain Bolt


BOLT mengungguli acara 200 meter dengan mencatatkan rekod baru dunia.

BEIJING – Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt mencipta sejarah tersendiri selepas muncul juara acara 200 meter lelaki pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing semalam.Kejayaan itu hadir beberapa hari selepas dia mengesahkan statusnya selaku manusia terpantas di muka bumi apabila mengungguli acara 100m dengan catatan rekod baru dunia, 9.69 saat.Semalam, Bolt mengulangi keajaiban yang sama dengan satu lagi catatan rekod dunia untuk acara 200m iaitu 19.30; mengatasi rekod lama milik legenda Amerika Syarikat, Michael Johnson dengan 19.32s yang dilakukan pada temasya Olimpik 1996 di Atlanta.“Menakjubkan, dia adalah Superman 2,” jelas Johnson merujuk kepada kejayaan Bolt.“Ia merupakan satu lagi keajaiban daripada Usain Bolt dengan penamat yang cukup sempurna.”Dalam pada itu, Bolt juga muncul pelari unggul dalam sejarah Sukan Olimpik yang berjaya menyapu bersih pingat emas acara 100m dan 200m dalam satu temasya Olimpik sejak Carl Lewis melakukannya pada 1984.

Bolt merupakan pelari pertama di dunia yang memecah rekod dunia dalam dua acara pecut pada satu temasya Olimpik, iaitu satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh legenda seperti Lewis atau Jesse Owens.Sementara itu, pingat perak acara 200m menjadi milik Churandy Martina dari Belanda Antilles dengan catatan 19.82s diikuti juara bertahan, Shawn Crawford dari Amerika yang mencatat masa 19.96s.

No comments: