Harga petrol RON97 turun 15 sen |
Aug 22, 08 5:27pm |
Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa esok.Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini. Berikut adalah kenyataan penuh Berdasarkan harga RM2.50 seliter ini, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk diesel ialah sebanyak 50 sen setiap liter. Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini akan berkuatkuasa mulai esok, 23 Ogos 2008.Sebagaimana yang diumumkan hari ini, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai 2008 berbanding Julai 2007 meningkat pada kadar 8.5 peratus.Adalah menjadi harapan Kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keputusan Kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa. Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter. |
Friday, August 22, 2008
Harga Minyak turun - kerajaan awalkan pengumuman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment