Sunday, September 28, 2008

Dibawah itu amat penting ... tanpa yang dibawah yang atas tiada guna.


Lihat semua cantik-cantik dibawah .. maksudku selipar.. satu kaki ain, satu kaki jeje, satu kaki abah dan dua kaki nina .. semua bergaya dengan selipar raya baru . Oh kata bawah punya pun mahu raya ... ingatlah kita bahawa banyak perkara harus dimulakan dari bawah ... Allah swt telah memberi satu pengajaran kepada kita tiada yang bawah maka tiadalah yang atas .. so jangan hanya berpendapat yang atas sahaja penting . Ini kerana tiada yang bawah maka yang atas tiada upaya untuk berdiri teguh.

Lihat kalu beraya hanya dengan pakaian baju sahaja yang baru .. masih tiada maknanya. Ini kerana berdiri teguh dan cantiknya penampilan baju kerana sokongan kaki. Oleh itu yang dikaki juga haruslah ceria dan kuat... jadi jangan terlalu sukakan pada pakaian atas tetapi mengabaikan apa yang dikaki. Saya mencadangkan sebelum membeli baju ... alas kaki harus didahulukan .. mahal kat bawah tak apa ... janji kemana kita bergerak ..kaki akan membawa kita ...

Ambillah manfaat bahawa jangan sekali kali kerana dia dibawah maka kita tidak menyukainya. Kalau kita dah jadi ketua, ingat-ingatlah bahawa kerja kita tak sempurna jika hanya kita tumpukan kepada boss sahaja ... ingat siapa yang lebih ramai boss ke orang bawah ... renunglah bersama

No comments: