Che Che New York
CHE CHE NEW YORK, satu lagi jenama antarabangsa melabuh tirai di kota metropolitan Kuala Lumpur memperagakan rangkaian beg tangan dan aksesori bagi wanita yang mengimpikan penampilan chic, glamor dan feminin.
Syarikat yang wujud sejak lapan tahun lalu di kota Manhattan ini merupakan jenama yang disegani.Ketua Pegawai Eksekutif Che Che New York Malaysia, Sue Ong memberitahu, kejayaan dan populariti jenama ini terletak pada kegigihan tiga orang adik beradik yang dikenali sebagai Eliza, Helen dan Marilyn.
Che Che mengutamakan keluarga. Ini lebih terserlah apabila nama jenama ini turut dipilih mengikut nama keluarga tiga wanita itu. Jika anda meneliti setiap rekaan beg tangan dalam koleksi ini akan mempunyai gambar seekor kucing dan anjing."Motifnya, mereka ingin menerap dan menyampaikan mesej sayangi alam sekitar dan haiwan. Sebagai pelengkap aksesori, beg tangan Che Che turut berperanan sebagai penyampai mesej berguna pada masyarakat tempatan," katanya kepada Kosmo!, baru-baru ini.
Lokasi: Di pusat beli-belah Mid Valley, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.
Produk: Beg tangan rekaan sulaman manik, beg tangan kulit, beg tangan yang diperbuat daripada kain baldu, sapu tangan sutera dan beg kecil telefon bimbit.
Konsep: Rekaan dalaman butik bertaraf antarabangsa ini mengetengahkan konsep urban dan kontemporari. Setiap beg tangan dan produk lain diperagakan secara kreatif.
Tarikan: Koleksi terbaru musim luruh/sejuk 2008 jenama Che Che New York memaparkan keunikan rekaan beg tangan yang dipenuhi sulaman dan manik. Setiap rekaan beg tangan ini sesuai bagi golongan wanita yang sentiasa kelihatan chic, seksi dan remaja.
Harga: RM50 hingga RM400
Waktu operasi: Pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
Tel: 012-9146503 (KC Lai).
No comments:
Post a Comment