SERDANG - Keunikan rasa kopi tongkat ali dan kacip fatimah perasa nanas keluaran Prima Pine Marketing antara yang menarik perhatian pengunjung pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di sini semalam.Pengurusnya, Abdul Rahim Sidek berkata, Prima Cafe mengandungi ekstrak nanas yang baik untuk sistem penghadaman."Prima Cafe ada untuk wanita dan lelaki. Kebaikan dan keenakannya dapat dinikmati dalam satu cawan kopi Pine yang diminum," katanya ketika ditemui pada MAHA 2008 di sini semalam.Menurut Rahim, ekstrak buah nanas yang turut dikatakan berperanan sebagai antiradang itu dihasilkan hanya selepas mendapat khidmat nasihat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di Johor Bahru."Produk ini hanya baru lapan bulan di pasaran. Ia dijual pada harga RM5 satu kotak," ujar Rahim.Menurutnya, sehingga sembilan hari berlangsung MAHA, beliau telah menjual lebih 1,000 Prima Cafe."Sambutan yang diberi pengunjung sangat menggalakkan kerana ia adalah sesuatu yang baru," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment