RIANG: Abby dan suami, Norman Hakim mahu melihat anak membesar secara sihat. |
Minuman unggul pelbagai perisa bantu erat kasih sayang sekeluarga
BAGI pelakon Arbaieyah Abdul Manan atau Abby Abadi, perlantikan sebagai duta minuman Ribena sejak Jun lalu ibarat bulan jatuh ke riba kerana beliau mengetahui rahsia dan kebaikan minuman enak bersari itu memandangkan beliau sendiri sudah didedahkan dengan minuman berkenaan sejak kecil. Jika dulu beliau diberikan ibu minuman berwarna ungu itu, kini Abby yang sarat menunggu kelahiran anak ketiga juga mengambil keputusan memperkenalkan Ribena kepada dua cahaya mata beliau, Mohamed Danish Hakim, lima, dan Marissa Dania Hakim, tiga tahun.
Bagaimanapun, Danish dan Marissa lebih bertuah kerana sekarang Ribena boleh didapati dalam pelbagai perisa buah-buahan berbanding pada zaman mamanya dulu. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Ribena kerana melantik saya sebagai duta minuman itu. Sebetulnya, Ribena memang menjadi pilihan dan kegemaran kami sekeluarga,” katanya ketika ditemubual melalui telefon, di Hulu Klang, baru-baru ini. Bersifat ceria dan penyayang, meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan sarat menunggu kelahiran anak ketiga, Abby tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Danish dan Marissa yang kini semakin aktif seperti kanak-kanak seusia mereka.
AKTIF: Keadaan kandungan yang semakin sarat tidak membataskan Abby untuk terus berlakon. |
Abby berkata, beliau turut meluangkan masa bersama anak seperti melayan mereka bermain dan sering merangsang anak supaya berani bersuara dengan meminta mereka memberi pendapat atau menyuarakan apa yang ada di fikiran mereka.
“Danish kuat daya ingatan dan rajin bercakap. Saya sering memperdengarkan mereka cerita pendek dan bercakap mengenai agama sebelum tidur dan apa yang menggembirakan saya, dia dan Marissa sudah boleh mengingat beberapa doa pendek seperti doa makan dan doa sebelum tidur,” katanya. Menyentuh mengenai aktiviti seni, walaupun berada dalam keadaan sarat, ia tidak membataskan Abby untuk terus menerima tawaran berlakon. Terkini, beliau menjalani penggambaran drama Apa Itu Cinta sebanyak 13 episod untuk siaran Astro. “Kadang-kadang ketika menjalani penggambaran, ada juga Abby berasa loya kerana keadaan sekarang, tetapi rasa itu tidak berpanjangan kerana Abby sentiasa membawa pastil Ribena berperisa buah. Ia menghilangkan rasa kurang selesa pada tekak,” katanya. Lantaran mengetahui kebaikan ribena, Abby suka mencadangkan ibu lain memberikan anak mereka minuman Ribena kerana khasiatnya tidak perlu diragui. Tambahan pula, ada banyak perisa yang boleh memenuhi selera anak. Bagi Abby, kegembiraannya ialah melihat Danish dan Marissa membesar dengan sihat, dan Ribena adalah ramuan utama mereka sekeluarga kerana bukan saja anak yang suka, malah beliau dan suami juga menggemari rasanya yang enak dan bersari itu.
No comments:
Post a Comment