Pemandu sambut baik
|
Seorang pemandu bersama deretan teksi yang telah melalui proses penjenamaan semula di Kuala Terengganu baru-baru ini. - Gambar FAUZI BAHARUDIN |
KUALA TERENGGAN 3 Ogos - Pemandu teksi dan kereta sewa di negeri ini menyambut baik langkah kerajaan negeri menjenamakan semula perkhidmatan awam itu kerana ia dapat meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan mereka.
Seorang pemandu teksi dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, Zainuddin Rosli, 53, berkata, usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri dan pihak-pihak berkaitan mampu meningkatkan pendapatan mereka.
Kursus Asas Keusahawanan dan Kecemerlangan Imej Pemandu Kereta Sewa Negeri Terengganu yang dianjurkan banyak membantu kami dalam melayan keperluan pelanggan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Naib Dipertua Persatuan Kereta Sewa/Teksi Hulu Terengganu itu berkata, walaupun khidmat yang disediakan hanya sekadar membawa penumpang, sebagai pemandu mereka memainkan peranan penting dalam memberi tanggapan positif kepada pelancong dalam dan luar negara.
"Ini kerana kami merupakan antara orang pertama yang akan pelancong temui ketika menjejakkan kaki ke negeri ini," ujarnya.Justeru katanya, usaha memberikan para pemandu teksi kefahaman mengenai peranan mereka amat dialu-alukan kerana dapat membantu mereka memahirkan diri untuk menjadi lebih mesra dengan pelanggan."Perkara-perkara yang dianggap remeh oleh kita sebelum ini sebenarnya penting dalam menunjukkan kemesraan kita kepada penumpang," katanya.
Dia menambah, cara komunikasi dengan pelanggan juga memberi gambaran kepada mereka perwatakan penduduk negeri ini selain menunjukkan kemesraan.Seorang pemandu teksi dari Besut, Zakaria Hamid, 55, pula melahirkan harapan agar pihak-pihak terlibat turut membantu mereka belajar bahasa asing terutama bahasa Inggeris dengan memperbanyakkan kursus-kursus sedemikian."Kalau kami dapat belajar bahasa asing maka lebih mudah untuk memahami kehendak pelanggan terutama pelancong luar negara. Melalui cara ini, kita akan tampak lebih mesra dengan mereka."Yang penting kami dapat belajar bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa antarabangsa dan yang paling banyak digunakan oleh pelancong asing," katanya.
No comments:
Post a Comment