Thursday, August 7, 2008

Kemban: Kegilaan artis Malaysia


Kemban oh kemban... Kini kembali dengan pelbagai rupa dan gaya. Namun secara umumnya, artis Malaysia suka mengenakan warna 'garang' dan 'terang' ketika meragakan fesyen kemban di mana-mana gala

Fesyen berkemban kini bagaikan menjadi-jadi di kalangan artis tempatan kita. Jika kita mahu membandingkan beberapa dekad yang lalu, hanya kini artis kita menggilakan konsep ala kemban terutamanya ketika majlis keramaian. Pokoknya, mengapa fesyen kemban kini mendominasi gaya artis kita sedangkan berkemban itu merupakan salah satu cara pemakaian tradisional masyarakat Asia?Bersama mStar Online meninjau kehangatan berkemban bersama salah seorang pereka tersohor di negara kita, Salikin Sidek.

Mengapa kemban kembali?"Ia sememangnya satu trend di kalangan wanita di Asia. Wanita di Kelantan masih menggunakan kemban. Unik dibandingkan dengan cara wanita di Brunei memakai kemban. Mereka menggunakannya di luar baju kurung mereka," ujar Salikin Sidek, salah seorang pereka pakaian tradisional tersohor di Malaysia mengenai cara-cara pemakaian kemban di rantau ini."Salah satu kemungkinan juga adalah pemakai rasa lebih selesa dengan gaya tersebut. Ianya amat praktikal serta bersesuaian dengan cuaca negara kita" tambahnya lagi.

Adakah juga kerana dipengaruhi gaya di Hollywood?
"Memang tidak dinafikan pengaruh artis Hollywood memainkan peranan yang penting. Ianya trendy.Lagipun trend kemban telah menjadi ikutan ramai sejak lima tahun yang lalu di Malaysia. Tetapi ianya lebih elok jika orang tempatan kita mengenakan selendang agar kelihatan lebih sopan," kata Salikin lagi.Ternyata pada beberapa acara kemuncak seperti Oscars serta Gloden Globes, ramai artis antarabangsa telah mengayakan gaun ala kemban. Antaranya Charlize Theron, Natalie Portman serta Kiera Knightly. Tidak kurang hebatnya juga ketika acara-acara kemuncak tempatan di mana ramai artis Malaysia memilih konsep berkemban untuk gaun mereka."Kebiasaannya artis akan mendengar nasihat kita atas dasar kita lebih berpengalaman serta tahu selok belok fesyen," jelasnya mengenai sikap artis tempatan ketika menempah baju ala kemban. Antara artis yang pernah mengayakan hasil rekaan Salikin berkonsepkan kemban adalah Umie Aida, Erma Fatima, Nasha Aziz dan yang terkini, pelakon drama, Nisdawati.Harga kemban mengikut rekabentuk serta kepanjangan kemban itu. Antaranya adalah kemban berkonsepkan potongan dari atas dada sampai ke pinggang berharga RM150 ke atas manakala gaun berkonsepkan kemban berharga RM1500 ke atas.

Apa kata artis?

Umie Aida
"Pada kebiasaannya bila saya memakai fesyen ala kemban, saya rasa tidak selesa kerana ini membataskan pergerakkan saya. Jika kita aktif, agak sukar untuk menggunakannya sebagai pakaian harian. Tetapi kalau ada majlis, tidak kisahlah tetapi mesti ada cover."Lydia Ibtisam
"Walaupun saya bukan seorang pakar dari segi fesyen, tetapi saya rasakan fesyen kemban agak cool. Kemungkinan besar ia dipengaruhi oleh fesyen musim Spring/Summer, lantas ramai yang mengenakannya. Tetapi, saya tidak berapa suka menggunakan fesyen ala kemban kerana ianya harus dibuat secara ketat. Kalau tidak, habislah."

Kemban berunsurkan elemen putih... Menyerlah keanggunan pemakai terutamanya apabila Carmen Soo dan Keira Knightly mengenakannya

Mischa Barton dan Marion Caunter mempunyai banyak persamaan. Merah, menawan dan muda... Amat bersesuaian dengan gaya kemban yang dikenakan

Azizah Mahzan dan Natalie Portman... Perbezaan pemakaian di antara dua pelakon dari dua generasi, dua benua berbeza. Bagi mereka yang dimamah usia, lebih elok jika gaun kemban itu dipadankan bersama sehelai selendang

Bagi artis antarabangsa pula... Warna lembut serta gelap merupakan pilihan utama mereka. Jarang sekali mereka menggunakan fesyen kemban berwarna terang hanya Zhang Ziyi yang berani mencubanya

(Gambar: The Star, Utusan, Reuters, AP dan AFP)

Trend ataupun tradisi, susuk badan pemakai haruslah secocok dengan gaya kemban yang dipilih. Sememangnya kemban itu merupakan satu tradisi untuk kaum wanita di negara kita malah di rantau Asia. Namun biarlah ia digayakan dengan kesopanan dan kena pada tempat serta masanya.

No comments: