URUTAN DETIK SEJAK SAIFUL MEMBUAT ADUAN POLIS
28 Jun : Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.
29 Jun : Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.
30 Jun : Anwar keluar dari Kedutaan Turki.
1 Julai : Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
2 Julai : Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.
8 Julai : Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.
15 Julai : Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”
16 Julai :
10.05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.
1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.
8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.
17 Julai : Anwar dibebaskan dengan jaminan polis
21 Julai : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.
21 Julai : Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
30 Julai : Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf.
30 Julai : Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.
31 Julai : Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.
31 Julai : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.
6 Ogos : Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.
TUDUHAN MELIWAT... Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat kali kedua dalam tempoh 10 tahun berhadapan dengan tuduhan meliwat. Pagi tadi beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.
Anwar yang genap 61 tahun Ahad ini dituduh melakukan perbuatan itu antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun lalu di unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.PERKEMBANGAN DETIK GERAK-GERI
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM HARI INI (7 OGOS 2008)
9:20 pagi : Ahli Parlimen Puchong dan peguam Gobind Singh Deo tiba di pekarangan mahkamah.
9:30 pagi: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di pekarangan mahkamah untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat mengadakan sidang media kira-kira pukul 9.40 pagi.
9:30 pagi : Anwar bertolak dari rumah ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
9:35 pagi: Timbalan Presiden PKR, Prof Syed Husin Ali dan Naib Presidennya, Azmin Ali dan tiba di pekarangan mahkamah.
9:40 pagi: Peguam Anwar, Sivarasa, Saiful Izham dan Latheefa Koya masuk ke dalam mahkamah.
9:42 pagi: Anwar tiba bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya. Turut mengiringi Azmin dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.
9:50 pagi: Peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus masuk ke dalam mahkamah.
10:00 pagi: Anwar masuk ke dalam mahkamah untuk mendengar pertuduhan dibacakan.
10:12 pagi: Pertuduhan ke atas Anwar dibacakan.
10:22 pagi: Anwar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
10:28 pagi: Hakim menetapkan 10 September sebagai tarikh sebutan kes.
10:40 pagi: Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000.
11:35 pagi: Anwar meninggalkan pekarangan mahkamah.
11:37 pagi: Anwar meninggalkan pekarangan mahkamah.
2.45 petang: Peguam-peguam Anwar keluar dari rumah Anwar.
9.00 malam: Anwar berucap di Taman Medan, Petaling Jaya
Anwar bebas bon peribadi, sebab Saiful tidak didakwa
07-08-2008 10:16:46 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSAIN
ANWAR Ibrahim melambai ke arah kira-kira 2,000 penyokongnya ketika meninggalkan pekarangan mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini. - foto REUTERS
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang lazimnya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.Jika sabit kesalahan Anwar boleh dihukum hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.Ketika mebenarkan ikat jamin itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah berkata, undang-undang menetapkan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dan bahawa ikat jamin dikenakan bagi menentukan kehadiran orang itu."Saya tidak fikir Anwar akan menghilangkan diri. Jadi, saya akan membenarkan anda dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin," katanya.
Terdahulu, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun yang mengetuai pasukan pendakwaan, tidak membantah jika mahkamah membenarkan ikat jamin tetapi meminta jumlah ikat jamin ditetapkan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa Anwar diserahkan kepada mahkamah.Beliau berkata, pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar adalah serius dan tidak boleh diikat jamin, tetapi mengikut undang-undang, mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan ikat jamin.
----------------------------------------------------------------------------------
SAIFUL TIDAK DIDAKWA KERANA DIA PENGADU
MOHAMAD Saiful Bukhari Azlan tidak didakwa di mahkamah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tuduhan liwat kerana dia merupakan pengadu yang mendakwa diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar."Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis mendakwa kejadian itu berlaku? Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah," katanya.
Selepas dibebaskan dengan ikat jamin kemudiannya, Anwar mempersoalkan kenapa Mohamad Saiful tidak turut didakwa kerana kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan yang didakwa itu.Syed Hamid berkata bahawa dalam kes rasuah umpamanya, orang yang didakwa menerima sogokan lazimnya akan didakwa dan bukannya pemberi yang merupakan orang yang membuat laporan."Itulah cara sistem perundangan... yang penting ialah wujudnya keadilan," katanya.
----------------------------------------------------------------------------------
Sulaiman Abdullah, yang mengetuai peguam Anwar, memohon hakim menggunakan budi bicaranya mengikut Seksyen 388 (2) Kanun Acara Jenayah untuk membebaskan anak guamnya itu dengan bon peribadi tanpa mengenakan jumlah yang ditetapkan.Hakim menetapkan 10 September ini untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama dan kemungkinan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan tersebut tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas hampir enam tahun dipenjarakan, setelah Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan 21, mengetepikan sabit liwat dan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya.Anwar dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Saiful.Selepas jurubahasa Mahkamah Sesyen membacakan pertuduhan terhadapnya dan bertanya sama ada beliau (Anwar) mengaku bersalah atau tidak, Anwar berkata:
"Itu jahat dan khianat. Saya tidak bersalah."Selain Idrus, pihak pendakwaan turut dianggotai oleh Ketua Unit Pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Hanafiah Zakaria manakala George Varughase dan Rajpal Singh mewakili Majlis Peguam.Pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.Peguam lain terdiri daripada R..Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Radzlan Jalaluddin.Sementara, International Federation for Human Rights, Forum Asia and Human Rights Watch diwakili peguam A. Sahadeva, Chan Weng Keng, Ann Chuah Siew Fan and Seira Sache.
Proses pertuduhan itu berjalan lancar walaupun ramai penyokong Anwar berkumpul di perkarangan mahkamah menunggu ketibaannya 25 minit sebelum mahkamah bersidang pada pukul 10.11 pagi dan berakhir pukul 10.35 pagi.Sementara itu, Sankara yang ditemui di luar mahkamah berkata, Anwar mempunyai alibi yang kukuh bagi menyangkal dakwaan Saiful.
Beliau berkata Anwar telah memberitahu alibi tersebut kepada pihak polis semasa beliau ditahan pada 16 Julai, namun polis tetap mahu meneruskan siasatan terhadap kes.
"Kami yakin kerana pada tarikh kejadian Anwar punya alibi yang kukuh dan beliau sedang bermesyuarat di tempat kejadian," kata beliau kepada pemberita di luar kamar mahkamah.
Tambah Sankara, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu boleh bertanding sebagai calon pada pilihan raya kecil Permatang Pauh yang ditetapkan 16 Ogos ini tanpa sebarang masalah kerana perbicaraan kes tersebut belum bermula.Ditanya mengenai pembebasan anak guamnya, Sankara berkata, mahkamah telah memutuskan satu tindakan yang adil dengan membebaskan Anwar tanpa perlu membayar sebarang wang ikat jamin."Hakim S.M. Komathy Suppiah telah menggunakan budi bicara secara adil dan tanpa gentar dengan membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin."Kami bersetuju dengan hakim dan telah meminta mahkamah tidak menahan pasport kerana Anwar telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada polis," katanya.Dalam pada itu, Anwar turut memberi kenyataan kepada media bahawa beliau gembira dibebaskan dan menegaskan, pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau adalah pertuduhan jahat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya gembira dibebaskan, cuma apa yang dikesalkan adalah pendakwaan diteruskan walaupun saya yakin pendakwa pun nampak dipaksa untuk meneruskan kes ini," katanya sejurus keluar dari kamar mahkamah.Anwar yang dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin berkata, beliau sendiri telah menandatangi bon peribadi itu."Ia tidak libatkan sumber kewangan, dana dan pasport saya juga masih kekal dengan saya," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, pendakwaan hari ini dibuat kerana didalangi oleh tokoh-tokoh politik tertentu."Ingin saya tegaskan pendakwaan ke atas saya hari ini berniat jahat dan dirancang oleh Abdullah," ujar Anwar.Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.Tambah Anwar, biarpun beliau akan didakwa atas tuduhan ke liwat ia tidak akan menjejaskan peluangnya untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh."Sekarang ini kita nak tumpu di Permantang Pauh. Selepas berjaya ke Parlimen kita akan ambil alih dan hapuskan semua rasuah yang berlaku dalam kerajaan, " kata Anwar. Penasihat PKR itu turut mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.
"Dulu dari awal dihebahkan kepada media, ada penderaan dan liwat secara paksa," katantya.
Semalam Perdana Menteri, Abdullah Badawi berkata tuduhan liwat terhadap Anwar melibatkan rogol namun Anwar menegaskan kenyataan Abdullah berniat jahat kerana hari ini beliau didakwa 377 B kerana kesalahan meliwat secara sukarela. "Jika suka sama suka, kenapa hanya saya sahaja kena dakwa.Kenapa tak panggil dua-dua?" katanya.Laungan "reformasi" bergema sebaik sahaja Anwar memberikan kenyataannya.
Dalam pada itu, isteri Anwar, Dr. Wan Azizah berkata, beliau amat berpuas hati dengan perjalanan kes tersebut."Ini juga satu petanda baik apabila pihak pendakwa tidak menentang permohonan Anwar untuk diikat jamin," katanya.Anwar meninggalkan perkarangan mahkamah pada pukul 11.35 pagi sementara di luar mahkamah, kira-kira 2,000 penyokong Anwar mula bersorak dengan laungan "reformasi".Terdahulu, Anwar tiba di mahkamah Jalan Duta pukul 9.42 pagi tadi.Dalam pada itu tinjauan mStar Online pada 7.30 pagi mendapati unit polis trafik mengawal lalu lintas sejak pagi tadi di sekitar jalan menuju ke mahkamah.Sementara itu di hadapan masuk, terdapat kira-kira 100 orang FRU mula mengambil tempat berkawal di perkarangan mahkamah. Para wartawan sudah berkumpul di luar mahkamah.
No comments:
Post a Comment