Thursday, August 21, 2008

Sokong - Debat Agenda Daily Mematangkan Masyarakat Malaysia Kepada Politik.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah berentap sakan dalam siri kedua Debat Agendadaily Rabu malam.Debat dibawah tajuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Kira-kira 300 orang kebanyakannya pemimpin dan penyokong parti Gerakan dan DAP hadir di dewan itu menyaksikannya.Ia disiarkan secara langsung pada jam 9 malam menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3.Debat siri pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu. Gambar atas di Balai Budaya Tun Syed Nasir,DBP manakala gambar bawah para pengunjung di sebuah warung di Permatang Pasir, Permatang Pauh,Pulau Pinang sedang menonton beramai-ramai debat itu .- 20/8/2008

No comments: