Nama calon:
Permatang Pauh bakal mengekalkan wakil rakyat yang namanya bermula dengan huruf 'A'? - Dua calon pilihan nama mereka bermula dengan huruf A iaitu Datuk Arif Shah Omar Shah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing di petak pertama dan kedua. Seorang lagi ialah calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.
Umur calon:
Dua daripada calon berusia 61 tahun iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hanafi Mamat.
Mengapa pilihan raya diadakan:
Pilihan raya kecil diadakan ekoran keputusan isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memutuskan untuk mengosongkannya.
Pilihan raya kecil pertama:
Ini pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu. Malah ia juga merupakan pilihan raya kecil bagi Umno selepas pengumuman peralihan kuasa antara Presiden dan Timbalan Presiden pada Jun 2010.
Ini juga pilihan raya pertama bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengakhiri tempoh larangan aktif berpolitik selepas menjalani hukuman penjara.
No comments:
Post a Comment