Wednesday, June 18, 2008

AirAsia mahu jadi syarikat bertaraf lima bintang

AirAsia Bhd. (AirAsia) menyasarkan untuk menjadi syarikat penerbangan tambang murah bertaraf lima bintang sambil memperkenalkan lebih banyak lagi destinasi baru.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, pertambahan destinasi itu selaras dengan pelan pertumbuhan syarikat berkenaan dan krisis kenaikan harga minyak dilihat tidak akan menghalang usaha berkenaan.

''Saya mengakui tahun ini syarikat penerbangan berdepan dengan cabaran yang sukar disebabkan kenaikan bahan api dan kemerosotan dalam pertumbuhan ekonomi dunia.
''Bagaimanapun, AirAsia tidak berhasrat menangguhkan usaha memperkenalkan laluan baru selagi syarikat ini mampu menjana keuntungan daripada operasi kami.''Seperti syarikat penerbangan lain, AirAsia juga mempunyai had kos bagi perbelanjaan operasi tetapi kalau AirAsia terlalu banyak mengurangkan laluan, macam mana pula kita hendak mengekalkan pertumbuhan perniagaan,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen Jaminan Masa Menunggu AirAsia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada syarikat itu akan mengurangkan laluan seperti yang dilakukan oleh syarikat penerbangan dunia lain ekoran lonjakan harga minyak dunia.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengarahnya, Datuk Aziz Bakar.Beberapa syarikat penerbangan dunia seperti Qantas Airways dan US Airways baru-baru ini mengumumkan akan mengurangkan laluan ke destinasi yang kurang menguntungkan.Mengulas mengenai perkara itu, Fernandes berkata, setakat ini, AirAsia masih mampu menjana pulangan daripada semua laluannya.Malah, katanya, beberapa laluan baru yang diperkenalkan AirAsia seperti Haikou, China dan Hong Kong turut mendapat sambutan baik.

''Jualan AirAsia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 86 peratus dengan pertambahan penumpang 36 peratus pada sukuan lalu,'' ujarnya.Lebih membanggakan, tambahnya, jumlah pelanggan korporat turut meningkat sebanyak 300 peratus.Fernandes berkata, perkembangan tersebut menunjukkan strategi pemasaran AirAsia berjaya dan yakin syarikat penerbangan itu akan terus menjadi pilihan utama dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi.

''Berikutan peningkatan jumlah penumpang, AirAsia menjangkakan mampu mencatatkan peningkatan hasil lebih baik daripada unjuran yang dibuat pada tahun ini,'' katanya.

Pada sidang akhbar itu, beliau berkata, penggunaan pesawat Airbus berjaya menjimat kos minyak yang kini mewakili 50 peratus daripada keseluruhan kos operasinya.Sehingga hari ini AirAsia sudah memiliki 67 buah pesawat berkenaan dan masih menggunakan 17 pesawat Boeing 737.Mengenai kempen Jaminan Masa Menunggu AirAsia, Fernandes berkata, syarikat itu akan membayar baucer bernilai RM200 kepada penumpang sekiranya penerbangan AirAsia terlewat lebih tiga jam daripada jadual penerbangan asal.Bagaimanapun, kelewatan penerbangan itu tidak termasuk faktor-faktor di luar kawalan AirAsia seperti cuaca buruk, kawalan trafik udara dan penutupan lapangan terbang, jelasnya.

''Kami memperkenalkan kempen ini kerana AirAsia begitu serius dan komited untuk menyediakan perkhidmatan lima bintang kepada penumpang,'' tambahnya.

Politik berteraskan idea

DENGAN meningkatnya seruan ke- arah pembaharuan dalam negara, sekarang telah tiba masanya untuk kita meneliti satu elemen penting dalam demokrasi yang ma- tang, iaitu ideologi.

Media antarabangsa sering memberi gambaran seolah-olah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang lalu merupakan pertarungan politik antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jarang sekali terdapat liputan yang mendalam mengenai parti-parti yang mereka pimpin.Jika ada, Barisan Nasional biasanya dikatakan sebagai gabungan parti berasaskan bangsa manakala pembangkang pula sebagai gabungan 'pelik' sebuah parti pelbagai kaum dengan sebuah parti sosialis dan sebuah lagi parti Islamik.Dominasi keperibadian tokoh-tokoh tertentu menggambarkan betapa kita masih bergantung kepada pemimpin tersebut dalam membuat keputusan.

Nampaknya kita masih belum memilih pemimpin berdasarkan penilaian kita terhadap idea dan polisi mereka.Di negara seperti United Kingdom, telah menjadi kebiasaan untuk pengundi kekal dalam sesebuah parti meskipun pemimpin parti tersebut tidak sealiran dengan kefahaman mereka.Di Malaysia, keahlian dalam sesebuah parti banyak dipengaruhi oleh faktor kepercayaan terhadap pemimpin.Contoh nyata yang boleh dilihat ialah penubuhan Parti Melayu Semangat 46 oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Parti Keadilan oleh penyokong Anwar dan Parti MIUP oleh Datuk Nallakaruppan.

Terkini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan mengajak ahli-ahli lain mengikut langkah beliau.Tetapi setakat ini seruan Dr. Mahathir nampaknya masih belum disambut dan lebih ramai yang mahu memperbaiki UMNO dari dalam. Ini membuka ruang untuk berlakunya pembaharuan ideologi dalam parti tersebut.UMNO ditubuhkan untuk membolehkan orang Melayu memimpin bangsa Melayu, demi kebaikan bangsa sendiri dalam kerangka Barisan Nasional.Tetapi selepas PRU-12 para penganalisis hampir sepakat menyatakan bahawa UMNO hanya akan mengundang malang sekiranya mereka kembali kepada sifat perkauman Melayu yang berlebihan.

Maka, ke mana arah UMNO selepas ini?

Penggunaan istilah 'kiri' dan 'kanan' jarang kedengaran dalam politik Malaysia.

Tetapi, mungkin kita boleh mengatakan bahawa golongan kiri di Malaysia merangkumi parti DAP yang merupakan ahli Pergerakan Sosialis Antarabangsa dan juga kelompok dominan dalam Parti Keadilan Rakyat.FahamanDalam PAS juga terdapat elemen kiri yang agak berpengaruh. Tetapi, kelompok konservatif juga cukup kuat dalam PAS dan mereka sering dilabel sebagai berfahaman kanan, seiring dengan UMNO yang memperjuangkan fahaman etnik-kebangsaan.

Berdasarkan logik ini, peristiwa menghunus keris dan juga seruan ke arah pemerintahan berdasarkan syariah mungkin boleh disatukan sebagai fahaman ultra- kanan.

Terdapat dua lagi sebab kenapa UMNO biasanya dikatakan beraliran kanan. Pertama, parti tersebut asalnya dipenuhi oleh kumpulan elit Melayu.Diasaskan di istana, dan dipimpin oleh seorang putera raja, UMNO pada peringkat awal dipimpin oleh golongan aristokrat Melayu pro-British yang berjaya merundingkan kemerdekaan negara kita.

Evolusi yang dilalui oleh UMNO kemudiannya menjadikan ia sebuah parti yang menghasilkan golongan Melayu kelas pertengahan (middle-class), walaupun ada yang kaya kerana korupsi, kronisme dan nepotisme.

Faktor kedua yang menyebabkan UMNO biasanya dilabelkan sebagai parti kanan adalah lebih mudah difahami.

UMNO memimpin BN mengalahkan komunis, maka secara logik mudahnya mana-mana parti yang menentang parti komunis yang beraliran kiri mestilah dengan sendirinya beraliran kanan.

Tetapi, dalam zaman globalisasi ini, perkara-perkara di atas tidak cukup untuk membolehkan mana-mana parti dilabel sebagai beraliran kanan di Malaysia.

Parti Konservatif British atau Parti Liberal Demokrat Jepun dikenali sebagai parti kanan-pertengahan (centre-right) bukan kerana fahaman etnik-kebangsaan atau latar belakang ahli parti-parti tersebut.

Sebaliknya, mereka diiktiraf sebagai pertengahan kanan hasil daripada falsafah po- litik mereka yang mendokong liberalisasi ekonomi, sistem pasaran terbuka, institusi keluarga, dan juga masyarakat sivil.

Ringkasnya, falsafah pertengahan kanan menuntut agar bidang kuasa kerajaan dihadkan.

Berdasarkan piawaian ini, parti-parti berteraskan etnik dalam Barisan Nasional termasuk UMNO tidak boleh dilihat sebagai beraliran kanan.

Pada masa yang sama, walaupun terdapat beberapa parti yang dengan jelas mengaku beraliran kiri, terutamanya DAP, terdapat juga beberapa polisi mereka yang cenderung ke arah kanan.

MengurangkanContohnya, Bajet Alternatif DAP 2008 dan Agenda Ekonomi Malaysia PKR turut mengandungi usaha mengurangkan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi dan sistem harga, serta juga mendokong sistem pasaran yang lebih terbuka. Ini sebenarnya elemen penting dalam fahaman liberalisme klasik yang memacu perjuangan banyak parti-parti berhaluan kanan di seluruh dunia.

Begitu juga dengan seruan untuk pemerkasaan institusi parlimen, kehakiman, kebebasan akhbar, federalisme dan pembanterasan rasuah.

Semua ini sebenarnya konsisten dengan seruan golongan kanan untuk mempertahankan kebebasan individu dan juga evolusi kuasa.

Tetapi, mungkin sahaja dalam proses memperbaiki parti, UMNO akan lebih mampu menjuarai agenda fahaman kanan manakala parti-parti dalam Pakatan Rakyat akan disekat oleh kehendak golongan sosialis kiri yang menuntut campur tangan kerajaan dalam pelbagai perkara.

Masih terlalu awal untuk kita menjangka apa sebenarnya yang akan berlaku di masa hadapan.

PRU-12 menyaksikan kemenangan wakil-wakil rakyat dari kalangan generasi muda yang pernah terlibat dengan parti politik luar negara yang mempunyai falsafah politik yang lebih jelas.

Saya harap pengalaman luar negara golongan muda ini akan membolehkan mereka menghargai kepelbagaian fahaman yang timbul selepas PRU-12.

Sejak Merdeka, negara kita bukan hanya sebuah negara berbilang kaum.

Malahan, negara kita merupakan sebuah persekutuan negeri-negeri berdaulat, yang terbina hasil pertemuan golongan tua dan muda, kampung dan bandar, kaya dan miskin.

Lebih penting lagi, negara kita sebenarnya terbina atas satu aspirasi yang dikongsi bersama, iaitu pembentukan sebuah negara Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia berteraskan prinsip Bersekutu Bertambah Mutu.

Jalan terbaik untuk mencapai aspirasi tersebut ialah dengan memastikan sistem politik negara kita adalah berteraskan prinsip-prinsip dan idea yang jelas.

Friday, June 13, 2008

Inilah bakal isteri Ajai

Inilah bakal isteri komposer Ajai. Liza Ilyas namanya. Kini orang kuat bahagian promosi dan pemasaran Maestro Records. Dalam orang sibuk-sibuk bercerita pasal Ajai dan beberapa wanita, sebenarnya wanita inilah yang bertakhta di hati Ajai. Mereka akan kahwin Julai depan."Tapi tarikhnya belum pasti lagi... kami dah bersetuju cari tarikh pada bulan Julai depan sebab saya dan Ajai masing-masing banyak komitmen kerja," kata Liza kepada ManggaOnline.Liza, 35, sedar sejak gambar-gambar Ajai, 33, dan beberapa wanita tersebar di Internet, banyak juga yang bertanyakannya. Kata Liza dia tidak rasa tergugat kerana percayakan Ajai. Malah Liza juga faham bidang kerja Ajai kerana dia sendiri seorang yang bekerja dalam dunia hiburan."Dalam urusan kerja Ajai bertemu dengan sesiapa sahaja. Kalau ada peminat yang bergambar dengannya macam itu tak boleh nak elak," kata Liza lagi.Liza dan Ajai pernah bekerja bersama di bawah bumbung syarikat Warner Music. Pada masa itu mereka hanyalah pasangan good team dalam bekerja. Apabila Ajai bercerai dengan Nurul, barulah mereka mula serius berkawan sehingga akhirnya tercetus perasaan cinta. Itupun semasa terlibat dalam satu projek bersama kawan sekitar awal tahun lalu."Ajai seorang yang tidak membosankan, sporting dan caring," kata Liza.

Walupuh sudah ebrkira-kira pasal kahwin,. namuan kata LIza dia sendiri belum fikirkan pasal konsep kahwin.

"Yang penting kita selesaikan yang wajib dulu... akad nikah. Bertunang pun belum difikirkan lagi. Kalau terusk nikah sahaja pun memadai. Kita ni bukanlah bercinta macam budak-budak. Masing-masing dah matang kira percintaan orang matanglah," katanya.

Sekali lagilah Ajai ada mentua di Utara. Liza juga orang Pulau Pinang. Selamat berbahagia dan moga-moga dapat lalui apa sahaja cabaran menjelang hari bahagia nanti.

Aksi mesra Ajai dan artis naungan syarikatnya Tasha yang pernah tersebar sebelum ini.

Noorkumalasari - Antara Kejayaan & Kenangan.

Noorkumalasari sentiasa bergaya dalam apa sahaja fesyen. Apabila berimej bertudung litup pun bekas peragawati terkenal pada tahun 1970-an ini tetap bergaya. masih boleh bagi pose menarik lagi. Apa cerita terbaru Noor?Kalau nak tahu jangan lupa tonton program Cerita Artis Malaysia (CAM) di Astro Ria (saluran 104) mulai 7 April ini. Noor akan membuka semula kisah hidupnya sebagai anak seni dan perkembangan terbaru sehingga dia kini tampil dengan gaya wanita muslimah sejati. Adik diva Anita Sarawak ini rela membuka semula cerita lama untuk memberi iktibar kepada generasi muda hari ini.

Masih bergaya.

"Saya anggap ini sebagai satu pendekatan lembut dalam berdakwah, saya sedia ceritakan pengalaman saya selama menjadi anak seni sehingga hari ini," kata Noor.

Anak kepada Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthoum ini berharap paparan kisah hidupnya dapat mengubah penonton menjadi orang yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.

Noor belum ada menantu.

"Saya tidak pernah menyesal menjadi pelakon apabila saya sudah berubah menjadi seperti hari ini. Ia menjadi pengalaman manis saya yang tersimpan dalam sejarah hidup saya," kata Noor lagi.Noor, 52, kini bahagia bersama suami, Wan Mohd Yusuf, 57. Tiga anak bujang mereka semakin membesar iaitu Wan Amin Nurrasyid, 16, Wan Amni, 14, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 12. Anak sulung Noor hasil perkahwinan pertama, Abdul Qayyum kini sudah berusia 25 tahun.

Dr. Muszaphar dikerumun

Popular sungguh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Apabila muncul di tengah-tengah artis popular pun, Dr. Mus tetap jadi tumpuan. Angkasawan tampan itu jadi undangan khas secara kejutan pada majlis makan tengah hari sempena Minggu Setiauasha anjuran Astro bersama empat juara Akademi Fantasia (Mawi, Zahid, Mila dan Faizal), Anita Sarawak dan Aznil Nawawi pada 9 April 2008.

Peminat ini bertuah dapat berjumpa angkasawan dari dekat.

Muszaphar muncul sebagai hadiah kepada salah seorang peminat yang berani naik ke pentas untuk acara games yang dikendalikan oleh Aznil. Menjerit dewan di Hotel One World, Petaling Jaya apabila Dr. Mus naik ke pentas siap dengan pakaian rasmi angkasawan negara lagi. Kalah jeritan untuk penyanyi lain pada hari itu.

Ceria memberi pose kepada peminat yang mahu rakam wajahnya menggunakan telefon bimbit berkamera.

"Mesej yang saya mahu sampaikan ialah apa sahaja impian yang kita mahu, kita boleh mencapainya," kata Dr. Mus.

"Imej Siti berselendang..." SITI NURHALIZA

APABILA Datuk Siti Nurhaliza mengenakan fesyen tutup kepala, banyak orang memperkatakan pasalnya. Ada yang mempersoalkan gayabertutup kepalanya yang masih menampakkan rambut dan leher. Siti juga sedar perkara itu diperkatakannya. Tapi, dia menerima semua itu dengan hati terbuka. Siti sedar payah untuk menyenangkan hati semua orang."Kalau ada (artis) yang ekstrim bertutup kepala pun dikatakan juga, dan bila kita tutup sikit pun ada yang bersuara... susah nak senangkan semua orang... tapi Siti buat ini untuk keselesaan diri Siti sendiri."Situ masih menyanyi dan semasa mengadakan persembahan, ada kalanya Siti kena menari (lagu rancak), jadi inilah gaya yangsesuai dengen Siti. Siti selesa."Jangan kata imej Siti sekarang bertudung... imej Siti hanya berselendang sahaja, kalau bertudung tu tutup semuanya," kata Siti kepada media dalam satu majlis di PNB Darby Park pada 24 April 2008 lalu.

I

Sheila lancar produk sendiri

Sheila Majid pernah menjadi jurucakap kepada banyak produk kecantikan terkemuka bersandarkan kecantikannya. Dia juga turut menjadi jurcakap kepada produk-produk lain. Kira wajah Sheila boleh jadi pelarislah. Sekarang wajah Shiela mewakili produk keluaran sendiri berjenama Jerneh by Sheila Majid. Nama berbahasa Melayu pun menarik juga. Jangan anggap nama berbahasa Melayu susah nak diperkenalkan ke luar negara. Sheila dan rakan kongsi, Mohamed Faisal Ahmad dan Faridah Ahmad Fadzil melancarkan produk kecantikan itu pada 7 Mei 2008 lalu.

Sheila bersama Faisal dan Faridah pada majlis pelancaran Jerneh.

Kiranya Sheila tambah lagilah statusnya sebagai usahawan. Kini bergelar usahawan produk kecantikan. Dunia kecantikan memang tak asing dengan Sheila, sekarang semakin dekatlah drinya apabila melibatkan diri secara langsung.

Sheila menurunkan tandatangan pada poster Jerneh.