
''Saya mengakui tahun ini syarikat penerbangan berdepan dengan cabaran yang sukar disebabkan kenaikan bahan api dan kemerosotan dalam pertumbuhan ekonomi dunia.
''Bagaimanapun, AirAsia tidak berhasrat menangguhkan usaha memperkenalkan laluan baru selagi syarikat ini mampu menjana keuntungan daripada operasi kami.''Seperti syarikat penerbangan lain, AirAsia juga mempunyai had kos bagi perbelanjaan operasi tetapi kalau AirAsia terlalu banyak mengurangkan laluan, macam mana pula kita hendak mengekalkan pertumbuhan perniagaan,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen Jaminan Masa Menunggu AirAsia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada syarikat itu akan mengurangkan laluan seperti yang dilakukan oleh syarikat penerbangan dunia lain ekoran lonjakan harga minyak dunia.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun dan Pengarahnya, Datuk Aziz Bakar.Beberapa syarikat penerbangan dunia seperti Qantas Airways dan US Airways baru-baru ini mengumumkan akan mengurangkan laluan ke destinasi yang kurang menguntungkan.Mengulas mengenai perkara itu, Fernandes berkata, setakat ini, AirAsia masih mampu menjana pulangan daripada semua laluannya.Malah, katanya, beberapa laluan baru yang diperkenalkan AirAsia seperti Haikou, China dan Hong Kong turut mendapat sambutan baik.
''Jualan AirAsia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 86 peratus dengan pertambahan penumpang 36 peratus pada sukuan lalu,'' ujarnya.Lebih membanggakan, tambahnya, jumlah pelanggan korporat turut meningkat sebanyak 300 peratus.Fernandes berkata, perkembangan tersebut menunjukkan strategi pemasaran AirAsia berjaya dan yakin syarikat penerbangan itu akan terus menjadi pilihan utama dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi.
''Berikutan peningkatan jumlah penumpang, AirAsia menjangkakan mampu mencatatkan peningkatan hasil lebih baik daripada unjuran yang dibuat pada tahun ini,'' katanya.
Pada sidang akhbar itu, beliau berkata, penggunaan pesawat Airbus berjaya menjimat kos minyak yang kini mewakili 50 peratus daripada keseluruhan kos operasinya.Sehingga hari ini AirAsia sudah memiliki 67 buah pesawat berkenaan dan masih menggunakan 17 pesawat Boeing 737.Mengenai kempen Jaminan Masa Menunggu AirAsia, Fernandes berkata, syarikat itu akan membayar baucer bernilai RM200 kepada penumpang sekiranya penerbangan AirAsia terlewat lebih tiga jam daripada jadual penerbangan asal.Bagaimanapun, kelewatan penerbangan itu tidak termasuk faktor-faktor di luar kawalan AirAsia seperti cuaca buruk, kawalan trafik udara dan penutupan lapangan terbang, jelasnya.
''Kami memperkenalkan kempen ini kerana AirAsia begitu serius dan komited untuk menyediakan perkhidmatan lima bintang kepada penumpang,'' tambahnya.
No comments:
Post a Comment