Friday, June 13, 2008

Noorkumalasari - Antara Kejayaan & Kenangan.

Noorkumalasari sentiasa bergaya dalam apa sahaja fesyen. Apabila berimej bertudung litup pun bekas peragawati terkenal pada tahun 1970-an ini tetap bergaya. masih boleh bagi pose menarik lagi. Apa cerita terbaru Noor?Kalau nak tahu jangan lupa tonton program Cerita Artis Malaysia (CAM) di Astro Ria (saluran 104) mulai 7 April ini. Noor akan membuka semula kisah hidupnya sebagai anak seni dan perkembangan terbaru sehingga dia kini tampil dengan gaya wanita muslimah sejati. Adik diva Anita Sarawak ini rela membuka semula cerita lama untuk memberi iktibar kepada generasi muda hari ini.

Masih bergaya.

"Saya anggap ini sebagai satu pendekatan lembut dalam berdakwah, saya sedia ceritakan pengalaman saya selama menjadi anak seni sehingga hari ini," kata Noor.

Anak kepada Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthoum ini berharap paparan kisah hidupnya dapat mengubah penonton menjadi orang yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.

Noor belum ada menantu.

"Saya tidak pernah menyesal menjadi pelakon apabila saya sudah berubah menjadi seperti hari ini. Ia menjadi pengalaman manis saya yang tersimpan dalam sejarah hidup saya," kata Noor lagi.Noor, 52, kini bahagia bersama suami, Wan Mohd Yusuf, 57. Tiga anak bujang mereka semakin membesar iaitu Wan Amin Nurrasyid, 16, Wan Amni, 14, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 12. Anak sulung Noor hasil perkahwinan pertama, Abdul Qayyum kini sudah berusia 25 tahun.

No comments: