Saturday, August 9, 2008

Bermulanya Olimpik XXIX




BEIJING - Paluan gendang daripada 2,008 pemuzik menghasilkan bunyi penuh simbolik bagi menanda- kan tanda bermulanya upacara pembukaan Sukan Olimpik XXIX di Stadium Nasional Beijing semalam.Ia juga merupakan perkiraan detik menjelang upacara bersejarah itu yang turut mempamerkan satu persembahan daripada tamadun yang dianggap tertua di dunia.Begitulah antara suasana penuh bercahaya yang menghiasi bumi Beijing sebagai terciptanya satu lagi episod sejarah bagi negara Tembok Besar China.Tepat pukul 8 malam pada tarikh 8.08.2008 telah dipilih sebagai hari pembukaan pada temasya sukan terbesar ciptaan manusia itu yang buat julung-julung kalinya di bumi China.Memulakan upacara adalah bunyi bedilan senapang diiringi letupan bunga api yang nyata menyemarak- kan lagi suasana meriah di tengah- tengah bandar raya Beijing itu.


PRESIDEN Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge (kiri) dan Presiden China, Hu Jintao hadir pada perasmian Sukan Olimpik XXIX di Stadium Nasional Beijing semalam.


Di tengah padang, ribuan manusia membentuk acuan luas dengan laungan keramat versi Confucian sebagai tanda mengalu-alukan kehadi- ran atlet dari 204 negara yang mengambil bahagian.Lebih menarik, lukisan-lukisan landskap tradisional dipaparkan di screen gergasi sambil diterjemahkan dengan maksud tersendiri oleh kalangan pelakon terkemuka negara itu.

Turut sama disajikan adalah bentuk kotak kecil yang menyerupai monumen Tembok Besar, iaitu satu daripada khazanah paling bersejarah dalam ketamadunan manusia.Meneruskan acara semalam adalah kehadiran seribu penari yang membentuk pelbagai variasi sambil seorang budak perempuan diterbangkan dengan layang-layangnya tinggi, sebagai simbolik menunjukkan kehebatan stadium ciptaan China yang turut digelar Stadium Sarang Burung.Menghangatkan lagi majlis apabila penyanyi Britain, Sarah Bright- man bergabung suara dengan penyanyi China, Liu Huan untuk mengalunkan lagu tema Sukan Olimpik sambil gambar kanak-kanak menghiasi suasana cerah di Stadium Olimpik.Apa yang pasti, sejarah gemilang selama 5,000 tahun dihimpunkan dalam satu malam penuh bersejarah bagi memaparkan imej China.

Sekitar Persiapan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Galeri gambar tujuh hari sebelum penamaan calon
09-08-2008 05:29:23 PM
oleh ASRI ABDUL GHANI


Perang poster antara parti Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin hangat apabila pilihan raya semakin dekat

Sekitar Isu Forum Memeluk Islam - Satu Cabaran Malaysia.

KONTROVERSI... Forum kontroversi "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam, yang diteruskan juga hari ini walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan, ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Kira-kira setengah forum yang bermula pukul 9 pagi itu berlangsung, Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada 10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.

Kapsyen:

SUASANA di luar bangunan Majlis Peguam di Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur pagi ini membantah forum anjuran badan itu


Gambar demonstrasi bantahan forum "Memeluk Islam"
09-08-2008 05:42:39 PM
oleh Victor K. K. NG

Suasana di luar bangunan Majlis Peguam, Kuala Lumpur pagi tadi.

Kumpulan berdemonstrasi berucap di luar bangunan Majlis Peguam, Kuala Lumpur pagi tadi dengan pasukan FRU mengawal keselamatan.

Suasana di luar bangunan Majlis Peguam, Kuala Lumpur pagi tadi.

Suasana di luar bangunan Majlis Peguam, Kuala Lumpur pagi tadi.


Sebahagian pengikut 29 badan bukan kerajaan yang menganjurkan demonstrasi bantahan forum "Memeluk Islam".


Pihak polis menemui dua botol yang disyaki Molotov cocktails.


Sebahagian daripada kira-kira 110 peserta yang hadir dalam forum.


Shahril Aziz berang dengan Majlis Peguam.


Zulkifli Nordin turut serta dalam demonstrasi tersebut dan selepas mengadakan perbincangan dengan Majlis Peguam.


Kira-kira lebih 300 orang yang sertai demonstrasi tersebut
di luar Majlis Peguam
.


Barisan panel forum.


Prof. Mehrun Siraj dan peguam Sulaiman Abdullah.

Suasana di tingkat satu ketika perundingan antara wakil kumpulan membantah dan Majlis Peguam sedang diadakan. - foto The Star oleh oleh VICTOR K. K. NG

Suasana di luar bangunan Majlis Peguam, Kuala Lumpur pagi tadi.

Bukit Puteri Kuala Terengganu


Antara pengunjung yang melawat Bukit Puteri yang baru dibuka semula kepada orang ramai di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 8 Ogos - Destinasi pelancongan Bukit Puteri yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini dibuka semula kepada pengunjung baru-baru ini setelah ditutup dua tahun lalu.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, Bukit Puteri yang terkenal sebagai tempat bersejarah yang menempatkan pelbagai bahan antaranya genta dan kubu pertahanan, ditutup kerana kerja-kerja pembinaan Bazar Warisan di lokasi berhampiran.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh itu pihak muzium mengambil langkah membaik pulih kawasan tersebut yang menjadi tumpuan pelancong apabila singgah di Pasar Payang.

Jelasnya, lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dan berhampiran muara Sungai Terengganu dengan ketinggian kira-kira 200 meter dari aras laut dan keluasan 0.688 hektar, menjadikan Bukit Puteri satu destinasi bersejarah terkenal di negeri ini.

''Sejajar dengan pembukaan semula Bukit Puteri, pengunjung tidak perlu lagi menaiki anak tangga yang banyak untuk sampai ke puncak Bukit Puteri kerana kita menyediakan tangga bergerak," katanya di sini baru-baru ini.Mohd. Yusof berkata, selain dapat melihat bahan-bahan bersejarah yang ditempatkan di situ, orang ramai berpeluang melihat keindahan Kuala Terengganu dan persekitaran muara Sungai Terengganu dari atas Bukit Puteri.Beliau menambah, mengikut legenda rakyat negeri ini, Bukit Puteri dahulunya menjadi tempat tinggal puteri bunian dan penduduk tempatan seringkali meminjam pinggan mangkuk untuk majlis kenduri.

''Bagaimanapun puteri itu merajuk apabila pinggan mangkuk yang dipinjam tidak dipulangkan atau dikembalikan dengan keadaan rosak menyebabkan puteri tersebut lari ke Besut," ujar beliau.Selain itu katanya, Bukit Puteri juga merupakan kubu pertahanan terutama semasa pergolakan politik Kesultanan Terengganu antara 1831 hingga 1839 membabitkan Tengku Umar dengan Sultan Mansur 11.Jelasnya, sempena dengan pembukaan itu, pengunjung dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan tersebut dan tidak merosakkan kemudahan yang disediakan di situ.Menurut beliau, Bukit Puteri dibuka kepada pengunjung setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang termasuk cuti umum kecuali hari Jumaat mulai pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 5 petang.Jelasnya, setiap pengunjung dikenakan bayaran iaitu 50 sen untuk kanak-kanak dan RM1 bagi orang dewasa.

Terengganu tidak akan bangunkan projek mega ketika ini - Ahmad Said

KUALA TERENGGANU 9 Ogos — Kerajaan Terengganu tidak akan melaksanakan sebarang projek mega ketika ini, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada program-program yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat terutama golongan miskin.Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata langkah itu bertujuan meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar itu, seiring dengan pembangunan yang dilaksanakan dalam negeri.“Konsep pembangunan kerajaan negeri sekarang adalah berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Perpaduan dan Mesra Rakyat bersama Menteri Besar di Stadium Tertutup, Gong Badak dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang menghimpunkan kira-kira 5,000 orang penduduk tempatan itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

Ahmad berkata bagaimanapun kerajaan Terengganu tidak akan menolak, malah mengalu-alukan sekiranya kerajaan Pusat bercadang untuk melaksanakan projek-projek mega di Terengganu.Sementara itu Ahmad melahirkan rasa kecewa dengan prestasi beberapa syarikat milik kerajaan negeri yang mengalami kerugian dalam bidang perniagaan yang diceburi mereka.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Bedah siasat akan dibuat terhadap syarikat berkenaan dan prestasinya akan sentiasa dipantau. Kami akan melihat sekiranya syarikat itu perlu disuntik dengan perubahan pengurusan,” katanya.Dalam pada itu, beliau menggesa anak syarikat kerajaan Terengganu seperti Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), TDM Berhad, Golden Pharos dan anak-anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) supaya membuat penilaian dan pembaharuan sesuai dengan cabaran globalisasi.Ahmad berkata kerajaan negeri berharap perubahan pengurusan bagi beberapa syarikat yang ada kepentingan kerajaan itu akan memberi nafas baru dalam mengharungi hala tuju yang lebih fokus dan bermakna bagi penjanaan ekonomi negeri.

Logo Hari Merdeka 2008

The image “http://merdeka51.bernama.com/img_bi/2008lnt.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Sambutan Kemerdekaan Malaysia Kali ke 51

Logo-Logo Hari Merdeka



1976
Theme :: Ketahanan Rakyat



1977
Theme :: Bersatu Maju



1978
Theme :: Kebudayaan Sendi Perpaduan



1979
Theme :: Bersatu Berdisiplin



1980
Theme :: Berdisiplin Berbakti



1981
Theme ::
Berdisiplin Berharmoni




1982
Theme ::
Berdisiplin Giat Maju



1983
Theme ::
Bersama Ke Arah Kemajuan



1984
Theme ::
Amanah Asas Kejayaan




1985
Theme :: Nasionalisme Teras Perpaduan



1986
Theme :: Bangsa Tegas Negara Teguh



1987
Theme :: Setia Bersatu Berusaha Maju




1988
Theme :: Bersatu



1989
Theme :: Bersatu



1990
Theme :: Berjaya




1991
Theme :: Wawasan 2020



1992
Theme :: Wawasan Asas Kemajuan



1993
Theme :: Bersatu Menuju Wawasan




1994
Theme :: Nilai Murni Jayakan Wawasan



1995
Theme :: Jatidiri Pengerak Wawasan



1996
Theme :: Budaya Penentu Kecapaian




1997
Theme :: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya



1998
Theme :: Negara Kita, Tanggungjawab Kita



1999
Theme :: Bersatu Ke Alaf Baru




2000-2006
Theme :: Keranamu MALAYSIA



2007
Theme :: Malaysiaku Gemilang