Friday, June 6, 2008

AL AMIN Kids ilham suci Anizah

DARI JURUTERA KE PEREKA FESYEN


Anizah Zainuddin di samping suami, Nasaruddin Abu Bakar di hadapan Butik AL AMIN Kids yang terletak di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

KEPAYAHAN mencari dan memperoleh pakaian Muslimah untuk keempat-empat anak perempuannya, menyebabkan jurutera elektrik di Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil keputusan melepaskan jawatan yang disandang selama tujuh tahun demi menghasilkan rekaan pakaiannya sendiri, sekali gus memberi pilihan dan kemudahan kepada kaum ibu sepertinya.

Pun begitu, keputusan tersebut bukan mudah bagi graduan Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ir. Anizah Zainudin, 33 tahun, lebih-lebih lagi setelah memiliki pekerjaan selesa serta bergaji lumayan.Wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, SHAIFUDIN MOHD. NOR menemubual ibu muda berasal dari Kuala Selangor ini berkongsi pengalaman beliau menubuhkan butik busana Muslim yang bercita rasa moden khas buat kanak-kanak dengan menggunakan jenama AL AMIN Kids di kedainya yang terletak di SACC Mall, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

MEGA: Adakah anda pernah terfikir berkecimpung dalam dunia perniagaan sebelum ini dan apakah yang membuka jalan anda ke arah bergelar usahawan?

ANIZAH: Langsung tidak pernah. Ini kerana, semenjak zaman persekolahan lagi saya selalu diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh dan kemudian mencari kerja yang baik.Keinginan bergelar usahawan didorong oleh kesukaran mencari pakaian kanak-kanak yang menepati tuntutan syariat berpakaian Muslim, terutamanya menjelang hari raya.Ia secara tidak langsung, mencetuskan satu idea untuk membuka bisnes berkaitan, selain memberi kemudahan dan mendidik cara pemakaian kanak-kanak Muslim pada peringkat awal lagi. Malah apa yang saya lakukan ini adalah satu fardu kifayah.Semangat saya semakin berkobar-kobar apabila melihat pendapatan suami, Nasaruddin Abu Bakar, 34, hasil daripada mengusahakan bisnes pengendalian takaful mengalahkan kita yang makan gaji.

Dari situ saya dapat lihat kebenaran saranan Baginda Rasulullah SAW bahawa: Sembilan daripada 10 punca pendapatan adalah daripada sumber perniagaan. Apatah lagi, suami selalu memberi galakan dan sokongan terutamanya daripada segi pemasaran.Berdasarkan beberapa faktor di atas, mendorong saya untuk menubuhkan perniagaan pakaian AL AMIN Kids. Cetusan atau ilham penubuhannya datang pada Mei 2007 dan direalisasikan dua bulan kemudian.Alhamdulillah, kini AL AMIN Kids mempunyai pelbagai pilihan koleksi pakaian merangkumi pakaian untuk majlis hari lahir, perayaan, sukan, ibadah, kasual, santai dan majlis keraian serta aksesori daripada umur dua hingga 14 tahun terutamanya bagi kanak-kanak perempuan. Pun begitu, terdapat juga koleksi pakaian kanak-kanak lelaki tetapi tidaklah banyak sangat. Ini kerana pakaian kanak-kanak lelaki tidaklah menghadapi masalah berkaitan syariat berpakaian di dalam Islam.

Bagi mereka yang berminat dengan koleksi pakaian AL AMIN Kids tetapi tinggal di luar Shah Alam, ada tidak dibuka cawangan-cawangan lain bagi memberi kemudahan kepada pelanggan anda?

ANIZAH: Kami memang mengalu-alukan kunjungan pelanggan dan untuk memastikan koleksi AL AMIN Kids sampai kepada semua, kami mempunyai stokis dan pengedar. Bagi penduduk sekitar Lembah Klang, selain ke Shah Alam, mereka juga boleh berkunjung ke Giant Bandar Kinrara, Puchong atau ke Tesco Selayang.Kami juga mempunyai stokis negeri di Kemaman, Terengganu. Manakala beberapa pengedar di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Perak dan Petaling Jaya.Saya juga menggalakkan mereka yang berminat untuk menjadi stokis atau pengedar agar menghubungi pejabat di talian 03-5519 9488 atau layari laman web www.Alaminkids.com. Dalam penghasilan pakaian-pakaian berjenama AL AMIN Kids, selain menitikberatkan faktor syariat, apa lagi aspek yang anda ambil kira?

ANIZAH: Berbalik kepada tujuan asal saya membuka perniagaan ini ialah kerana kesukaran untuk mendapatkan pakaian terutamanya buat anak-anak perempuan saya.

Kini, alhamdulillah usaha ini bukan sahaja memudahkan, saya tetapi sekurang-kurangnya telah memberi kemudahan kepada mereka yang lain serta mendidik generasi Muslim kita dalam aspek berpakaian menepati tuntutan syariat.Di samping itu, AL AMIN Kids turut memastikan setiap rekaan dan material yang dipilih akan memberi keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan rona-rona warna yang lembut menjadi keutamaan saya.AL AMIN Kids juga menawarkan harga yang berpatutan selain menyediakan pelbagai keistimewaan dan promosi kepada setiap ahlinya. Ini bertepatan dengan konsep yang dibawa iaitu Selesa, Sesuai dan Mampu Milik (Cool, Proper and Affordable). Daripada jawatan yang disandang sebelum ini, tentunya anda menghadapi dilema untuk melepaskannya, apatah lagi diketahui bahawa dunia perniagaan berisiko tinggi. Oleh itu, apakah persediaan yang anda lakukan bagi menyakinkan diri mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan?

ANIZAH: Saya akui seronok bekerja walaupun dengan pendapatan gaji bulanan. Ini terbukti apabila saya pernah menerima anugerah Pekerja Cemerlang 2005. Selain bertitik-tolak daripada kepayahan memperoleh pakaian bersesuaian untuk anak-anak, saya mula nampak masa depan luas sekiranya kita berniaga sendiri ialah daripada apa yang diusahakan suami.
Suami, Nasaruddin Abu Bakar, 34 tahun, bukan sahaja membuktikan bahawa perniagaan takaful yang diusahakan membawa pulangan yang lumayan, beliau turut berjaya melahirkan penggerak-penggerak ejen takaful yang berjaya.Malah sebelum terjun dalam dunia perniagaan, saya terlebih dahulu belajar membuat pasaran dengan menjual takaful. Alhamdulillah dalam tempoh beberapa bulan di bawah seliaan dan tunjuk ajar suami, saya lebih berkeyakinan dan selepas mendapat lampu hijau daripadanya, saya tidak menoleh ke belakang dan terus rebut peluang ini.

Yang pasti, suami selalu latih saya untuk berniaga dan motivasi itu datang daripadanya.
Alhamdulillah, sungguhpun belum sampai setahun usia AL AMIN Kids, sambutannya sudah nampak ketara di mana ruang permintaannya adalah tinggi.Memanglah ada yang beranggapan langkah yang diambil ini bukanlah satu langkah bijak, tetapi desakan hati yang mahu menyumbang sesuatu yang lebih bermakna, mengatasi segalanya.Tambahan pula, keyakinan itu semakin menjadi-jadi selepas sekembalinya saya dan suami dari Mekah kerana menunaikan haji.

Sebelum ini, saya terlintas membuka perniagaan aksesori kereta tetapi berkat doa di Tanah Suci, hati saya terdorong untuk membuat bisnes pakaian kanak-kanak.Pun begitu dengan bermodalkan RM80,000, tekad dibulatkan tetapi atas niat untuk membangunkan ummah dan bukan aspek material yang menjadi keutamaan semata-mata. Bersama suami kami bersama-sama menerajui syarikat Fokas Fikir Sdn. Bhd.

Apakah perancangan anda seterusnya?

ANIZAH: Mengakui bahawa anak-anak adalah amanah Allah. Lantaran itu, harapan kami semoga jenama AL AMIN Kids dapat memberi pelbagai pilihan fesyen kepada kanak-kanak Muslim dan mendapat sokongan daripada semua pihak.Ia bertepatan dengan pemilihan nama jenama AL AMIN Kids iaitu bersempena dengan gelaran Rasulullah SAW iaitu 'Al-Amin' yang bermaksud amanah.Insya-Allah, saya juga dalam perancangan untuk mempelbagaikan rekaan dengan berusaha mencari idea-idea baru dan segar. Di samping itu, saya juga merancang untuk menyediakan pakaian untuk remaja.Bagi saya kepuasan pelanggan adalah kepuasan saya juga.

Zabidi rampas gelaran pecut - Siti Fatima ungguli gelaran 100 meter wanita

Zabidi - Siti Fatima ungguli gelaran 100 meter SUKMA 2008


JUARA baru... Atlet Terengganu, Mohd. Zabidi Ghazali meraikan kejayaannya mengungguli larian 100 meter lelaki Sukma XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

KUALA TERENGGANU – Atlet tuan rumah, Mohd. Zabidi Ghazali dan Siti Fatima Mohamad dari Johor merampas gelaran raja dan ratu pecut 100 meter akhir Sukan Malaysia XII, semalam.Mohd. Zabidi dan Siti Fatima yang merupakan atlet kebangsaan mencatat kepantasan 10.57s saat dan 11.82s.

Dalam pada itu, Terengganu mula menunjukkan taring apabila menduduki tempat teratas pungutan pingat emas dengan memintas Sarawak pada hari keenam temasya.Majoriti emas Terengganu disumbangkan oleh pasukan kanu yang beraksi di Taman Rekreasi Tasik Putri, Bukit Besi, Dungun selepas menyapu bersih enam emas.Malah, atlet lontar peluru tuan rumah, Adi Alifuddin Hussein juga berjaya memadamkan rekod lama kejohanan yang dilakukannya sendiri selepas berjaya melakukan lontaran sejauh 15.87 meter untuk menggondol emas.


pelari pecut Johor, Siti Fatimah Mohamad (kiri) mencecah garisan penamat untuk pingat emas 100 meter wanita di Kuala Terengganu, semalam.


Sementara itu, kepantasan larian 11.82s Siti Fatima, semalam memadam rekod kejohanan milik sendiri yang dicatatnya dalam saringan separuh akhir, kelmarin.Pingat perak pula dimenangi pelari Pulau Pinang, Nor Jannah Jamaluddin manakala gangsa, Siti Nurhayati Zulkifli dari Wialayah Persekutuan.Mohd. Zabidi pula mencatat masa terbaik peribadi untuk memenangi emas dengan menewaskan juara bertahan, Mohd. Latif Nyat (10.64s) dari Johor, manakala Daniel Azwan Amar dari Perlis ketiga (10.82s).

Sementara itu, atlet Selangor, Lee Hup Wei memadamkan rekod 14 tahun lompat tinggi kejohanan dengan melakukan lompatan 2.20m, mengatasi catatan yang di buat Loh Kum Zee 2.15m di Sukma 1994 Perak.Acara renang sekali lagi menyaksikan Foo Jian Beng memecahkan rekod kebangsaan melalui kategori 50 meter renang gaya bebas dengan catatan 23.45 saat, memadam rekod lama kejohanan milik Allan Ong pada Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur.Ini merupakan kali kedua Jian Beng memadamkan rekod kebangsaan milik Allan selepas berjaya kali pertama melalui 100m gaya bebas.Secara keseluruhan, tuan rumah masih selesa di tangga teratas ekoran acara renang dan wushu yang didominasi peserta Sarawak sudah berakhir.Apa pun, hari ini tumpuan pasti terarah ke acara olahraga di mana kategori 400m lari berpagar lelaki dan wanita, 1,500m lelaki dan wanita, 4X100m lelaki dan wanita akan diadakan dan kemungkinan lebih banyak rekod yang bakal dipecahkan.

Usahawan SDSI Perlu Fahami Gelagat Pasaran

EKSPO SDSI TERENGGANU 2008 - DARI DAERAH KE GLOBAL

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Mohamed bersama Dato' Mohd Hashim melihat kehalusan songket buatan Terengganu ketika melawat gerai Exspo SDSI. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Usahawan di negeri ini disarankan agar sentiasa memahami gelagat pasaran dan pembeli bagi memastikan produk yang diusahakan mendapat tempat dalam pasaran dan hasilnya tidak sia-sia. “Perniagaan bukan suatu yang statik tetapi ianya suatu proses perubahan yang pragmatik,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera di majlis Perasmian Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, petang kelmarin (22 April). Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar; Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Mohd Hashim Abdullah dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan, Haji Mustafa Khalid. Seramai 83 usahawan SDSI melibatkan 94 booth jualan menyertai ekspo kali ini, sekaligus memberi peluang usahawan SDSI terlibat lebih berdaya saing untuk memasarkan produk masing-masing. Katanya, Ekspo SDSI merupakan platfrom terbaik bagi memperkenalkan produk dari setiap daerah yang dibangunkan dan seterusnya memberi laluan kepada usahawan ini memasarkan hasil keluaran mereka kepada bilangan pelanggan yang ramai. “Kerajaan akan berusaha membangunkan negeri ini sebagai satu destinasi perniagaan yang menarik dan produk-produk SDSI akan diberi nilai tambah dan daya kualiti bagi menempah nama sebagai produk global,” katanya. Sementara itu, Setiu menampilkan kelainan dengan mengenengahkan urutan tradisional dan mandian wap herba melalui Pusat Rawatan Alternatif (PRA) yang beroperasi di Kampung Nyatoh, Setiu. Encik Ali Salleh,63, adalah antara 21 tukang urut (12 lelaki dan sembilan wanita) yang bertugas sepenuh masa di PRA dan semua petugas mengikuti beberapa siri kursus berkaitan sebelum diterima bekerja. Katanya, peluang menyertai Ekspo SDSI ternyata memberi ruang lebih luas kepada orang ramai mendapatkan khidmat urut dari PRA dan dalam tempoh dua bulan beroperasi PRA telah dikunjungi lebih 400 pelangan. Puan Ruzilah Abu Bakar, 50, dari Kampung Rhu Muda, Marang juga turut melahirkan harapan untuk mendapat peluang lebih luas bagi memasarkan produknya iaitu batik dan barangan hasil laut seperti keropok, ikan bilis, ikan kering dan sebagainya yang selama ini hanya dibeli oleh penduduk tempatan. “Hasrat meluaskan perniagaan sudah lama dipendamkan, namun sehingga ini masih tercari-cari peluang, moga dengan penyertaan di Ekspo SDSI hari ini, masa depan perniagaan saya lebih baik selepas ini,”katanya. Unit Komunikasi Negeri

Klik Untuk Besarkan Gambar
Majlis Perasmian Ekspo Satu Daerah Satu Industri di Pusat Dagangan Terengganu disempurnakan oleh Dato' Mohamed Awang Tera.
Klik Untuk Besarkan Gambar
Encik Ali Salleh dan Puan Ruzilah Abu Bakar.

Lahirnya seorang lagi jaguhan Malaysia di SUKMA Terengganu

Mohd Zabidi Raja Pecut Sukma XII Terengganu

Klik Untuk Besarkan Gambar
Pelari Terengganu, Mohd Zabidi mengangkat tangan selepas berjaya memecut emas dalam acara 100m lelaki. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Oleh : Zulkipli Putra. Atlet tuan rumah, Mohd Zabidi Ghazali, 18,dari Terengganu dinobatkan sebagai Raja Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) ke-XII 2008 selepas memenangi pingat emas acara 100m lelaki yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, malam tadi. (5 Jun). Mohd Zabidi mencatat masa 10.57s menewaskan juara bertahan, Mohd Latif Nyat dari Johor yang mencatat masa 10.64s untuk pingat perak. Manakala pingat gangsa dimenangi Daniel Azwan Amar Nand dari Perlis dengan catatan masa 10.82s. Ketika ditemui, Mohd Zabidi agak terkilan kerana tidak berjaya menyamai rekod kejohanan iaitu 10.33s yang masih dipegang Watson Nyambek sejak 12 tahun lalu. “Ini pingat emas untuk Terengganu. Saya rasa bangga kerana berjaya membuat kejutan kali ini walaupun agak jauh masa catatan rekod kejohanan. Apa yang penting, saya perlu berlatih lebih gigih lagi untuk terus mencapai kejayaan,” katanya ringkas. Sementara itu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yakin Terengganu bakal menjadi kuasa baru dalam temasya sukan dwi tahunan itu pada masa akan datang berdasarkan pencapaian membanggakan atlet Terengganu dalam Sukma XII 2008. Katanya, semangat juang ditunjukkan atlet Terengganu pada Sukma kali ini, meletakkan kontinjen Terengganu dalam kelompok teratas pungutan pingat, malah berjaya mengatasi Selangor yang merupakan juara keseluruhan pada beberapa temasya itu sebelum ini. "Terengganu semakin hampir untuk mencapai sasaran 35 pingat emas. Pencapaian kali ini jauh lebih baik daripada pungutan pingat pada Sukma lepas di Alor Setar apabila kita meraih 15 pingat emas,” katanya. Unit Komunikasi Negeri.

Klik Untuk Besarkan Gambar
Detik gembira buat Mohd Zabidi selepas dinobatkan sebagai Raja Pecut Sukma XII 2008 dengan catatan masa 10.57s.


Thursday, June 5, 2008

FACTS ABOUT MALAYSIA (from CIA world fact book)

FACTS ABOUT MALAYSIA (from CIA world fact book)

Oil - production (pengeluaran) : 751,800 bbl/day - tong/sehari (2005 est.)

Oil - consumption (keperluan negara): 501,000 bbl/day - tong/sehari (2005 est.)

Oil - exports: 611,200 bbl/day - tong/sehari (2004)

Oil - imports: 278,600 bbl/day - tong/sehari (2004)

Oil - proved reserves: 3 billion bbl (1 January 2006 est.)

Natural gas - production: 60.9 billion cu m (2005 est.)

Natural gas - consumption: 31.84 billion cu m (2005 est.)

Natural gas - exports: 29.06 billion cu m (2005 est.)

Natural gas - imports: 0 cu m (2005)

Natural gas - proved reserves: 2.037 trillion cu m (1 January 2006 est.)

Untuk pengesahan, rujuk :

[url]https://www. cia.gov/library/ publications/ the-world- factbook/ geos/my.html[/url]

Wednesday, June 4, 2008

Menangani Kenaikan Kos Minyak ?

Harga minyak naik mencecah AS$127 di pasaran Asia awal minggu ini, dan para penganalisis terus menjangkakan kenaikan harga, walaupun negara-negara pengeluar minyak telah meningkatkan pengeluaran mereka. Bagaimanakah pengguna, terutama sekali pemandu kenderaan mengatasi keadaan ini?

Itu beban memang tetap dirasakan lah. Pasal apa, dulu kalau saya jalan satu hari atau satu shift 300 kilometer, kira-kira saya bayar dalam 25 atau 27 dollar. Sekarang, tiap-tiap hari saya terpaksa bayar 35 dollar ke atas.

Mohamad Noor, seorang pemandu teksi, memberikan reaksinya tentang harga minyak yang terus meningkat beberapa bulan kebelakangan ini. Beliau yang memandu teksi selama 7 tahun terpaksa bekerja keras untuk menampung kos sewa teksi dan harga minyak yang lebih tinggi.

Menurut ramai pemerhati, walaupun negara-negra pengeluar telah meningkatkan pengeluaran mereka, harga minyak diramalkan mungkin akan berada di paras tinggi buat jangka masa yang agak lama. Ini disebabkan oleh matawang Amerika yang lemah dan juga spekulasi dari para penganalisis yang meramalkan harga yang lebih tinggi. Bagi Mohamad Faizul, seorang eksekutif muda berusia 27 tahun, harga minyak yang kian meningkat turut mempunyai kesan besar bagi dirinya. Beliau berpendapat bahawa jika kenaikan harga minyak kekal pada parasnya sekarang, tidak lagi menguntungkan untuk memiliki kereta:

Walaupun harga kereta sudah turun, tapi dengan kenaikan harga minyak, harganya amat sama, tidak berbeza. Saya sebagai pemandu ataupun saya memiliki kereta, saya rasa ini akan memakan kepada wang simpanan saya. Jadi saya rasa ini amat menyusahkan penduduk dan orang ramai, terutama mereka yang membawa kereta dan memiliki kereta.

Bagi penduduk Singapura - Johor tetap menjadi sasaran mereka sebagai alternatif terbaik menangani masalah ini .

Salah satu sebabnya, pertukaran wang double dari duit Singapura yang ada pada masa sekarang. Jadi, gunakan, maksud saya gunakan yang ada sekarang untuk mengisi minyak disana dengan harga yang...walaupun sana harga dia masih tetap harga lama jadi its better ke sana lah. Maksud saya, ke Johor.

Bagaimanapun, pemandu seperti Mislan mungkin tidak akan dapat menikmati harga minyak murah buat selama-lamanya. Baru-baru ini, Menteri Ini adalah kerana, dijangkakan kerajaan Malaysia akan menarik balik subsidi minyak bagi kenderaan warga asing.

Baru-baru ini, Menteri Perusahaan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahrir Samad, sekali lagi mencadangkan penyusunan semula sistem subsidi melalui cara pengagihan lebih adil. Cadangan dibuat untuk menggunakan kad pengenalan bagi membezakan pemilik kenderaan dari Singapura dan Thailand yang memasuki Malaysia untuk mengisi minyak. Dalam hal ini, apakah pemandu Singapura masih akan mengisi minyak di Johor? Menurut Mislan Likli sekali lagi:

Jika mereka terus dengan apa yang ingin mereka lakukan, saya rasa warga Singapura akan terasa terjejas dengan kenaikan harga minyak. Tapi pada saya, jika hendak menggunakan minyak, jadi saya rasa terpaksa lah kita isi di Singapura. Jadi tidak ada gunanya kita berpatah balik ke Johor untuk mengisi minyak.

Di sebabkan minyak adalah salah satu daripada komoditi asas, apa sahaja harganya, sebagai pengguna, terpaksalah membayarnya. Namun, usaha sedang digiatkan untuk mengembangkan penggunaan tenaga alternatif seperti biodiesel, yang lebih murah dan juga bersih, dan Singapura dijangka menggunakan 14 peratus pengeluaran biodiesel di rantau Asia Tenggara pada tahun ini. Sehingga kaedah tersebut diperluaskan dan dipermudahkan, mungkin satu cara mengatasi harga minyak mahal ini ialah bagi meneliti cara dan gaya hidup kita dan membuat perubahan yang sewajarnya.

Kepimpinan Keluarga - Bagaimana membina asas yang kukuh?

Keutuhan sesebuah keluarga diibaratkan seperti kekuatan sebatang pohon. Jika akarnya kukuh, pohon itu akan berdiri teguh. Begitu juga dengan sesebuah unit keluarga. Jika ia mempunyai asas yang kukuh, disemai dengan nilai-nilai murni sejak awal lagi, anak-anak akan menjadi individu yang bertanggungjawab apabila dewasa kelak.

Bagaimanakah ibu-bapa dapat membina asas yang kukuh dan menjadi pemimpin yang terbaik bagi anak-anak mereka?


Perlunya ada menekankan tentang usaha-usaha Forum pemimpin masyarakat dalam melaksanakan beberapa inisiatif untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat Melayu Islam. Ini termasuk latihan dalam kepimpinan keluarga.Apakah di antara masalah yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu/Islam setempat?

Salah satu masalah yang besar ya dalam masyarkat kita adalah keluarga yang berpecah-belah. Keluarga yang masuk ke dalam lingkaran kesusahan dan juga keluarga di mana jurang generasi begitu ketara sekali. Jadi melalui sesi-sesi seperti forum hari ini, kita dapat memperbaiki hubungan keluarga, di antara ibu-bapa, anak beranak, barangkali grandparents juga ya, mereka tinggal dengan keluarga itu. Jadi jurang generasi dan persefahaman harus diperbaiki dan melalui komunikasi dan juga skills yang mereka pelajari, diharapkan mereka dapat mempraktikkan segalanya.

Setiap keluarga hari ini menghadapi pelbagai cabaran. Setiap individu dalam sesebuah keluarga itu memerlukan perhatian teliti, terutama sekali anak-anak yang sedang membesar. Bagi memastikan yang setiap keluarga itu berfungsi sebagai satu unit, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing.Program ‘Kepimpinan Keluarga’ anjuran PPIS ini misalnya, memberi peluang kepada ibu-bapa untuk mendapatkan kemahiran, bagi menjana anak-anak yang berhemah tinggi. Di antara mereka yang meraih manfaat dari program ini ialah Encik Md Khair Ashari, 45 tahun, seorang Pegawai Pembelian. Beliau menyertai program yang bercorak interaktif ini bersama isteri dan tiga anak mereka yang berusia antara 6 dengan 10 tahun.

Dengan adanya kursus seperti ini, tanpa kita sedari, kita belajar sesuatu dengan cara sistematik. Dengan cara sistematik, kita sadar oh kita dah buat, jadi kita teruskan. Kemudian mana yang belum kita buat, kita baru belajar, baru mengetahui, kita perkembangkan dari situ. Dan baiknya, dengan konsultan yang bertauliah, kita dapat melakukannya dengan lebih konfiden. Yang menariknya, ada kepelbagaian. Umpamanya, kalau kita pergi Sungai Buloh tempoh hari, kita dapat belajar nature. Bila kita belajar nature, parents dan anak-anak akan belajar tentang sesuatu yang baru. Bagaimana kita mengharungi sesuatu yang baru, bagaimana kita overcome kalau ada sesuatu yang kita tak pernah see before.

Bagaimanakah aktiviti sedemikian dapat membantu ibu-bapa membina asas yang kukuh dalam keluarga mereka?

Mengenai hal ini, Dr Fatimah Lateef, berpendapat,

Wadah ini dapat memberi keluarga-keluarga kita suatu tempat untuk mereka berinteraksi, berbual dengan keluarga-keluarga lain, di mana mereka boleh berkongsi sama, iaitu shared practices, good practices, dan juga tabiat-tabiat yang baik boleh dikongsi sama dengan keluarga-keluarga lain. Dan juga melalui sesi-sesi seperti ini, mereka dapat meluaskan lagi komunikasi mereka dengan keluarga-keluarga yang sama seperti mereka. Jadi mereka ketahui bahawa ini bukan mereka sahaja yang menghadapi masalah seperti itu, tetapi ada juga keluarga lain yang dapati masalah yang sama tetapi mereka dapat menanganinya dengan cara-cara mereka sendiri, jadi mereka dapat berkongsi dan mengetahui lebih lanjut lagi.

Kegiatan sekeluarga sebegini juga membuat ahli keluarga lebih mesra dan setiap individu menghargai peranan masing-masing. Begitulah yang dirasakan oleh Md Ridlwan Md Raffi, pelajar tahun pertama Politeknik .Kita sebagai satu keluarga harus bekerjasama untuk lebih merapatkan hubungan keluarga. Saya rasa sesi ini harus diteruskan pada masa hadapan kerana ini dapat membantu remaja-remaja seperti kita lebih dekat dengan keluarga.

Sememangnya, untuk membina keluarga yang dapat berfungsi dengan baik memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Nilai-nilai murni harus dipupuk sejak anak-anak itu masih kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Dengan asas yang kukuh, anak-anak akan membesar sebagai individu yang mempunyai tanggungjawab sosial dan dapat membawa diri dengan baik. Lantas, menjadi individu yang berupaya memimpin keluarga dan juga masyarakat!