Wednesday, June 4, 2008

Kepimpinan Keluarga - Bagaimana membina asas yang kukuh?

Keutuhan sesebuah keluarga diibaratkan seperti kekuatan sebatang pohon. Jika akarnya kukuh, pohon itu akan berdiri teguh. Begitu juga dengan sesebuah unit keluarga. Jika ia mempunyai asas yang kukuh, disemai dengan nilai-nilai murni sejak awal lagi, anak-anak akan menjadi individu yang bertanggungjawab apabila dewasa kelak.

Bagaimanakah ibu-bapa dapat membina asas yang kukuh dan menjadi pemimpin yang terbaik bagi anak-anak mereka?


Perlunya ada menekankan tentang usaha-usaha Forum pemimpin masyarakat dalam melaksanakan beberapa inisiatif untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat Melayu Islam. Ini termasuk latihan dalam kepimpinan keluarga.Apakah di antara masalah yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu/Islam setempat?

Salah satu masalah yang besar ya dalam masyarkat kita adalah keluarga yang berpecah-belah. Keluarga yang masuk ke dalam lingkaran kesusahan dan juga keluarga di mana jurang generasi begitu ketara sekali. Jadi melalui sesi-sesi seperti forum hari ini, kita dapat memperbaiki hubungan keluarga, di antara ibu-bapa, anak beranak, barangkali grandparents juga ya, mereka tinggal dengan keluarga itu. Jadi jurang generasi dan persefahaman harus diperbaiki dan melalui komunikasi dan juga skills yang mereka pelajari, diharapkan mereka dapat mempraktikkan segalanya.

Setiap keluarga hari ini menghadapi pelbagai cabaran. Setiap individu dalam sesebuah keluarga itu memerlukan perhatian teliti, terutama sekali anak-anak yang sedang membesar. Bagi memastikan yang setiap keluarga itu berfungsi sebagai satu unit, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing.Program ‘Kepimpinan Keluarga’ anjuran PPIS ini misalnya, memberi peluang kepada ibu-bapa untuk mendapatkan kemahiran, bagi menjana anak-anak yang berhemah tinggi. Di antara mereka yang meraih manfaat dari program ini ialah Encik Md Khair Ashari, 45 tahun, seorang Pegawai Pembelian. Beliau menyertai program yang bercorak interaktif ini bersama isteri dan tiga anak mereka yang berusia antara 6 dengan 10 tahun.

Dengan adanya kursus seperti ini, tanpa kita sedari, kita belajar sesuatu dengan cara sistematik. Dengan cara sistematik, kita sadar oh kita dah buat, jadi kita teruskan. Kemudian mana yang belum kita buat, kita baru belajar, baru mengetahui, kita perkembangkan dari situ. Dan baiknya, dengan konsultan yang bertauliah, kita dapat melakukannya dengan lebih konfiden. Yang menariknya, ada kepelbagaian. Umpamanya, kalau kita pergi Sungai Buloh tempoh hari, kita dapat belajar nature. Bila kita belajar nature, parents dan anak-anak akan belajar tentang sesuatu yang baru. Bagaimana kita mengharungi sesuatu yang baru, bagaimana kita overcome kalau ada sesuatu yang kita tak pernah see before.

Bagaimanakah aktiviti sedemikian dapat membantu ibu-bapa membina asas yang kukuh dalam keluarga mereka?

Mengenai hal ini, Dr Fatimah Lateef, berpendapat,

Wadah ini dapat memberi keluarga-keluarga kita suatu tempat untuk mereka berinteraksi, berbual dengan keluarga-keluarga lain, di mana mereka boleh berkongsi sama, iaitu shared practices, good practices, dan juga tabiat-tabiat yang baik boleh dikongsi sama dengan keluarga-keluarga lain. Dan juga melalui sesi-sesi seperti ini, mereka dapat meluaskan lagi komunikasi mereka dengan keluarga-keluarga yang sama seperti mereka. Jadi mereka ketahui bahawa ini bukan mereka sahaja yang menghadapi masalah seperti itu, tetapi ada juga keluarga lain yang dapati masalah yang sama tetapi mereka dapat menanganinya dengan cara-cara mereka sendiri, jadi mereka dapat berkongsi dan mengetahui lebih lanjut lagi.

Kegiatan sekeluarga sebegini juga membuat ahli keluarga lebih mesra dan setiap individu menghargai peranan masing-masing. Begitulah yang dirasakan oleh Md Ridlwan Md Raffi, pelajar tahun pertama Politeknik .Kita sebagai satu keluarga harus bekerjasama untuk lebih merapatkan hubungan keluarga. Saya rasa sesi ini harus diteruskan pada masa hadapan kerana ini dapat membantu remaja-remaja seperti kita lebih dekat dengan keluarga.

Sememangnya, untuk membina keluarga yang dapat berfungsi dengan baik memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Nilai-nilai murni harus dipupuk sejak anak-anak itu masih kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Dengan asas yang kukuh, anak-anak akan membesar sebagai individu yang mempunyai tanggungjawab sosial dan dapat membawa diri dengan baik. Lantas, menjadi individu yang berupaya memimpin keluarga dan juga masyarakat!

No comments: