Tuesday, August 26, 2008

Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh

Anwar kembali dipilih MP Permatang Pauh, letak dua tuntutan awal
27-08-2008 01:57:43 AM Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini, pukul 0200) PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

MENANG... Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melambai ke arah penyokongnya selepas diumumkan secara rasmi memenangi pilihan raya keci Parlimen Permatang Pauh malam tadi.

Beliau dikerumuni penyokongnya (gambar bawah) sebelum meninggalkan Pusat Operasi Utama PKRdi Yayasan Aman, menuju ke Pusat Penjumlahan Undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun untuk mengetahui keputusan rasmi.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah; Anwar selaku Penasihat PKR, dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.

No comments: