Thursday, July 24, 2008

Isu Perdana V6 - Komen TG.Nik Aziz..

Kelantan pun dakwa Proton Perdana sering rosak
24-07-2008 05:06:29 PM

KOTA BAHARU: Menyusul tindakan Terengganu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan pendapat yang sama dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said - penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi negeri banyak menimbulkan masalah.

Nik Aziz berkata, kerajaan negeri Kelantan sendiri mendapati kos penyenggaraan kereta nasional itu lebih tinggi berbanding kenderaan yang diimport selain sering mengalami kerosakan.

Walaupun tidak bercadang untuk menukar kenderaan rasmi kepada kereta lain termasuk kereta import, Nik Aziz berkata, apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Terengganu mengenai kereta Proton Perdana memang berasas.

"(Kerajaan negeri) Kelantan kami pun pakai Perdana selain Mercedes lama, ada sedikit kelonggaran kita bagi. Ini kerana sama dengan yang Menteri Besar Terengganu sebut, kereta Perdana ni masalah penyenggaraan dialah.

"Rosak sokmo (sering rosak). Kadangkadang cermin tak boleh naik, kadangkadang nak tutup tak boleh sedangkan baru keluar dari kilang," kata beliau dipetik Bernama.

Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian ketika mengulas isu kerajaan negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

No comments: