Friday, July 11, 2008

Al-Quran inspirasi kejayaan

IDAK ada sebarang masalah yang tidak dapat dirungkai, melainkan pasti ada jalan keluar atau penyelesaiannya. Begitu jugalah persoalan mengenai bagaimana manusia mampu membentuk dirinya menjadi insan yang beriman sepenuhnya kepada Allah SWT.Buku Inspirasi Menuju Jalan Sempurna susunan Muhammad Ibrahim Salim dan diterjemahkan oleh Zainudin Hashim mengandungi beberapa siri pendidikan kanak-kanak yang kebanyakannya dipetik daripada ayat-ayat al-Quran.Buku berkulit keras setebal 136 muka surat ini menjadi asas perbincangan untuk membawa generasi baru hari ini ke arah satu hala tuju hidup yang sempurna, membina jati diri yang teguh kepada prinsip Islam di samping memperkasa diri dengan nilai hidup yang mulia di sisi Allah SWT.Apatah lagi, peranan ibu bapa masa kini semakin mencabar dengan pelbagai masalah gejala sosial, pergaulan bebas dan kecanggihan teknologi tanpa sempadan semakin mudah meratah jiwa-jiwa anak bangsa yang lemah penerapan Islam di dada.

Lantaran itu, kupasan yang terdapat di dalam buku ini dibuat sebegitu menarik agar dapat menarik para pendidik, khususnya ibu bapa untuk menjadikan ia sebagai rujukan, sekali gus menghayati, menghafal serta melaksanakan apa yang difahami.Yang pasti, ia sarat dengan petunjuk-petunjuk yang relevan sepanjang zaman dan amat sesuai untuk ibu bapa, pendidik, pendakwah dan aktivis masyarakat yang berjiwa Islam dan mempunyai visi untuk melahirkan tunas-tunas Islam yang sebati dengan al-Quran.Di samping itu, turut diselitkan beberapa contoh sifat-sifat mulia untuk dijadikan pemangkin kekuatan jati diri Musim serta sifat-sifat keji yang perli dihindari. Malah ia juga diperkuatkan dengan nilai-nilai contoh daripada sirah para sahabat, tabien dan tokoh-tokoh Islam terbilang yang mesti diteladani sebagai cara hidup yang positif menuju umat cemerlang.

Kenapa buku ini perlu menjadi pilihan?

Ia menekankan persoalan akidah yang menjadi fokus perbincangan masa kini.
Menampilkan persoalan hidayah Allah ke atas manusia.Dilengkapi dengan beberapa prinsip agama seperti prinsip memperbaiki jiwa manusia, masyrakat seterusnya pemulihan akidah.
Mengetengahkan beberapa asas tindak-tanduk yang terpuji dan terkeji untuk dijadikan penilaian dalam melakukan pendekatan terhadap orang yang di bawah pengawasannya.

Judul buku: Inspirasi Menuju Jalan Sempurna
Penerbit: Mustread Sdn. Bhd.
Susunan: Muhammad Ibrahim Salim
Penterjemah: Zainudin Hashim
Edaran: Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Tebal: 136 muka surat
Harga: RM29.90 Sem. Malaysia, RM32.90 Sabah/Sarawak

No comments: