Namun, ada yang tersasar kerana terlalu mengejar kebendaaan hingga melupakan tanggungjawab dan amanah membina keluarga.
Kembalilah bermuhasabah supaya anak-anak dan keluarga tidak jauh tersisih. Jika anda baru saja membina keluarga, panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk memperoleh kebahagiaan keluarga yang diingini:
Jalankan peranan sebagai ibu bapa.
Jadilah pendengar yang baik. Belajarlah mendengar supaya orang lain boleh bercakap dan belajarlah bercakap supaya orang lain mahu mendengar. Belajar mengendali sikap negatif ahli keluarga tanpa diri sendiri bersikap negatif. Pupuk hubungan sebaik mungkin sesama pasangan dan anak. Selesaikan sebarang salah faham dan konflik dengan segera. Katakan ‘sayang’ atau ‘saya ambil berat mengenai diri...’ kepada orang yang disayangi. Beri pelukan untuk menunjukkan kasih sayang kerana satu pelukan sehari akan menceriakan anda sepanjang hari. Berikan kad ucapan atau nota kepada ahli keluarga sekerap mungkin. Setiap perkahwinan akan mengalami pelbagai peringkat dan bentuk permasalahan rumah tangga. Pasangan suami isteri yang lebih peka dan bersedia akan dapat menghadapi sebarang cabaran. Hasilnya, tekanan emosi akibat masalah rumah tangga akan dapat dikurangkan. Sebenarnya, mempelajari kemahiran daya tindak yang berkesan akan membantu menangani masalah rumah tangga dan mengelakkan keretakan rumah tangga. Analisis masalah sama ada situasi itu boleh diubah atau sebaliknya. Jika situasi boleh diubah, kenal pasti masalah contohnya anak tidak lagi minat bersekolah. Antara cara mengatasi masalah termasuk berbincang dengan guru, anak, bertanyakan anak mengenai masalahnya atau dapatkan bantuan profesional. Bagi situasi tidak boleh berubah misalnya kematian ahli keluarga, cuba ubah pengertian situasi berkenaan. Contohnya, anggap kematian sesuatu yang semula jadi atau Tuhan lebih menyayanginya. Ibu bapa yang mempunyai kesihatan mental yang baik dapat berkomunikasi dengan pasangan, anak, ahli keluarga, jiran dan masyarakat sekeliling dengan harmoni. Memupuk kasih sayang dalam keluarga penting bagi mencapai keharmonian perkahwinan dan hidup berkeluarga yang bahagia. Amalan ini mewujudkan suasana kekeluargaan yang menyokong ke arah kebaikan kesihatan mental seisi sekeluarga. Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai. Tingkatkan kekuatan kerohanian contohnya dengan bersembahyang, bertafakur, amalan membaca kitab agama dan lakukan perkara bermanfaat. Amalkan bicara diri yang positif seperti ‘saya bagus’, ‘saya boleh’ dan ‘saya penyayang’. Elakkan bercakap atau bertindak dalam keadaan yang marah. |
No comments:
Post a Comment