Lekor Bond 007 Kuala Ibai
SEBUT sahaja 007, pasti anda teringat ejen penyiasat James Bond. Tetapi bagi penggemar keropok lekor, 007 juga mengingatkan mereka kepada juadah popular Terengganu itu.
Keropok lekor dengan imej 007 memang dikenali di kalangan peminat juadah itu di Kuala Terengganu dan masyarakat luar.
Sesetengah keropok lekor mungkin terasa kenyal, sebaliknya keropok lekor 007 mempunyai rahsia ramuan tersendiri.
Walaupun 007 sudah bertukar nama kepada 3007 Ori dua tahun lalu, namun keistimewaan keropok tersebut kekal menjadi pilihan pelanggan.Menurut pengusahanya, Zainab Mamat, 49, atau Kak Yah, beliau mula menjalankan perniagaan membuat dan menjual keropok lekor sejak dua dekad lalu di Kampung Losong Masjid, Kuala Terengganu.Katanya, dia menimba pengalaman selama lima tahun daripada ibunya mengenai penyediaan membuatkan keropok lekor."Saya berniaga di Losong, kira-kira lima tahun sebelum membuka perniagaan di Kuala Ibai, Kuala Terengganu."Di Kuala Ibai dengan menggunakan nama Keropok 007, saya mampu bertahan sehingga 13 tahun. Pada masa itu tiada langsung persaingan," katanya ketika ditemui di di Jalan Sultan Mahmud.
|
RESIPI keropok lekor yang sedap terletak pada ramuannya. |
Kedai tersebut yang terletak bertentangan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung.
Menyingkap keunikan nama keropoknya, seorang pelanggan tetap datang ke kedainya dan menyapa beliau dengan panggilan James Bond. Ini kerana keropoknya diminati ramai orang seperti filem berkenaan.
Katanya, bermula dari situlah beliau dan suami, Wan Su Wan Awang, 51, nekad menggunakan nama 007 sebagai nama kedai mereka."Waktu itu sebut sahaja keropok lekor Kuala Ibai, pasti orang ramai tahu kedai yang dimaksudkan adalah kedai keropok 007," katanya.
Ujar Zainab, pernah sekali seorang lelaki membeli sehingga RM50 keropok rebus untuk dimakan bersama ahli keluarga.
"Saya tanya kenapa beli banyak sangat. Dia cakap dia akan simpan keropok itu dalam peti ais bahagian sejuk beku dan ia mampu bertahan selama sebulan," katanya.Katanya, ramuan yang digunakan tidak pernah diubah sukatannya sejak 20 tahun lalu. Malah isi ikan juga perlu melebihi kadar sukatan sagu."Sukatan ikan akan melebihi kira-kira suku sukatan sagu dan tulang ikan perlu dibuang," katanya.Katanya, pernah pelanggan memberitahu, jika makan keropok lekornya sebanyak 10 batang, belum tentu akan rasa puas. Malah, pelanggan dari serata Malaysia yang datang ke Kuala Terengganu pasti akan membawa pulang ole-ole 007.
Tetapi dua tahun lalu gerai keropok lekor 007 Zainab terpaksa berpindah atas sebab tertentu. Bagaimana jaraknya cuma kira-kira 800 meter dari tapak asal dan masih di jalan yang sama.
"Sejak berpindah ke tempat baru, kedai Kak Yah sudah bertukar nama Keropok 3007 Ori. Namun, ia masih lagi mengekalkan kualitinya," kata Kak Yah yang mahu memberi imej baru kepada hasil produknya.
No comments:
Post a Comment