Bas bandar makin memukau
|
ImeJ baru perkhidmatan bas bandar di Kuala Terengganu yang bercirikan istana melayu lama.– Gambar FAUZI BAHARUDIN |
KUALA TERENGGANU 29 Ogos – Setiap bandar raya utama di dunia memiliki bas bandarnya sendiri untuk membawa pelancong menikmati keindahan.
Jika Kuala Lumpur bangga dengan KL Hop-On Hop-Off, London dengan bas dua tingkat, Paris dengan bas tanpa bumbung, Bandar raya Kuala Terengganu tidak kurang hebatnya.
Ini kerana bas bercirikan istana Kesultanan Melayu lama telah memulakan operasi di bandar raya ini sejak setahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Pelancongan, Kesenian dan Warisan dan negeri, Datuk Za‘abar Mohd. Adib berkata, ia kini menjadi daya tarikan baru pelancongan di bandar raya ini.
“Sambutan pelancong terhadap bas bercirikan istana Melayu lama ini turut menyemarakkan Tahun Melawat Terengganu 2008,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Katanya, bas tersebut beroperasi setiap hari bermula 6 pagi hingga 10 malam untuk membawa penumpang mengelilingi Kuala Terengganu.Beliau berkata, antara kawasan yang dilalui ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Payang, Istana Maziah dan juga Muzium Negeri.Bas tersebut turut melewati Batu Bersurat yang terletak di Bulatan Jalan Sultan Sulaiman di sini.Bagi penumpang yang ingin menaiki bas ini, mereka boleh menunggu bas bandar ini di Dataran Shahbandar.Bas ini juga turut dihiasi ukiran kayu dan corak batik pada bahagian dalam manakala di bahagian luar pula, dihiasi kayu berukir.Tempat duduk diperbuat daripada kayu membuatkan penumpang seolah-olah berada di taman bunga dan bukannya berada di dalam bas.
KUALA TERENGGANU 29 Ogos - Keindahan dan keunikan bas bandar di sini mampu memukau pengunjung yang datang ke negeri ini.Malah, mereka mengakui ia merupakan suatu kelainan yang tiada di tempat lain tetapi ada di bandar raya pesisir pantai ini.Seorang pengunjung dari Selangor, Nurul Fatiehah Muhamad, 22, berkata, dia dan keluarga teruja apabila melihat sebuah bas tersebut dihias dengan gaya tersendiri."Apabila pertama kali melihat, saya seperti terkejut kerana sebuah bas boleh dihias dengan ciri-ciri ukiran Melayu yang unik," katanya.Menurutnya, ini merupakan sesuatu yang baik dan negeri lain sepatutnya menjadikan bas bandar Terengganu ini sebagai contoh."Ketika melihat reka bentuk bas ini, kita seolah-olah memasuki sebuah istana lama yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang tersendiri," ujarnya.Siswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nur Hidayah Ibrahim, 24, mengakui keunikan bas bandar ini mampu memberi kenangan yang tersendiri kepada pelancong."Walaupun saya bukan pelancong dari luar tetapi apabila melihat keunikan bas ini membuatkan saya bangga menjadi anak Terengganu," katanya.Menurutnya, keunikan yang terdapat pada bas bandar ini membuatkan seseorang mungkin teringatkan zaman kegemilangan Melayu dahulu.Ia turut disokong sahabatnya, Harriani Faiza Che Mohd. Ruzli berkata, reka bentuknya unik dan berlainan daripada bas lain dan sangat mengagumkan.Akui gadis berusia 23 tahun ini sambil mengesyorkan bas tersebut patut ditambah lagi untuk kegunaan di daerah-daerah di negeri ini."Selaras dengan fungsinya sebagai pengangkutan awam ia juga berperanan sebagai ikon dalam memperkenalkan Terengganu sebagai sebuah negeri yang unik," katanya.
No comments:
Post a Comment