Wednesday, October 15, 2008

B747


Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bakal menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Gong Badak yang baru siap diubahsuai akan menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa secara tidak rasmi pada 18 November ini apabila ia digunakan sebagai terminal berlepas untuk kumpulan bakal haji yang pertama dari pantai timur.

Dan tidak ramai pula yang mengetahui bahawa pada 17 Oktober ini sebuah Pesawat Boeing 747-400F akan mendarat dan membawa kargo antarabangsa yang pertama bernilai jutaan ringgit, iaitu kuda. Kuda-kuda ini dibawa oleh Malaysian Airlines Cargo Sdn Bhd (MASKargo) secara berperingkat untuk Kejohanan Sukan Kuda Lasak Antarabangsa yang berprestij yang akan berlangsung di Lembah Bidong, Setiu pada 5 hingga 9 November ini. Kedua-dua acara ini amat bererti kerana menjadi perintis kepada kemajuan pengangkutan udara kepada Malaysia dan negeri Terengganu khasnya. Unjuran daripada itu, Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan menjadi hab serantau yang akan memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi Terengganu.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pemangkin pertumbuhan ekonomi Terengganu.

Perancang di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang melihat lapangan terbang ini sebagai pemangkin kepada setiap perkara yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi di negeri ini. “ Sumbangannya kepada sektor pelancongan adalah amat besar. “Ia juga akan menggalakkan pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan dalam industri perhotelan serta sektor perkhidmatan,” kata Menteri Besar. “ Impak juga akan turut dirasai oleh sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, pembangunan hartanah dan pembuatan. “ Terengganu akan menjadi hab ekonomi baru dan kita juga akan merasai perubahan gaya hidup masyarakat,”katanya. Dalam sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, beliau berkata kawasan pedalaman boleh diterokai untuk perusahaan tanaman jagung, penternakan biri-biri dan juga lembu serta unggas di mana pegeluaran hasil boleh ditumpukan untuk pasaran eksport. “ Mereka yang menceburi sector pertanian di Terengganu sekarang ini perlu melihat ke pasaran eksport yang amat lumayan. “ Produk yang mudah lupus, termasuk buah-buahan tropika yang di anggap eksotik di beberapa negara, kini boleh di hantar ke destinasi seperti Jepun, Hong Kong atau Taiwan dalam masa yang singkat.” Dato’ Ahmad berkata, dengan kehadiran lebih banyak pelaburan, ia akan menyumbang kepada pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi di mana impaknya juga akan dirasai oleh sektor hartanah yang diperlukan oleh pelabur asing untuk membina ibupejabat wilayah masing-masing. “ Saya percaya kita mempunyai insentif untuk untuk pelabur awal. Sudah tentu kita juga akan berusaha untuk menarik minat pelabur dengan mengurangkan karenah birokrasi. Dato’ Ahmad juga membayangkan perubahan pembangunan fizikal di sekitar Kuala Terengganu dalam jangkamasa 10 hingga 15 tahun dengan lebih banyak bangunan pencakar langit dan pusat-pusat perniagaan akan dibina.

Terengganu akan membangun pesat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“ Dengan peluang-peluang yang akan hadir, saya ingin rakyat bersedia untuk mengambil kesempatan tersebut. Kemajuan tidak dapat dielakkan." “ Jika anda berada di Terengganu 15 tahun dahulu, perjalanan melalui jalan raya amat cepat dan mudah, tetapi sekarang kita sudah mendengar rungutan tentang kesesakan lalu lintas seperti bandar-bandar utama di negara ini.
“ Saya percaya, perancang bandar akan menyediakan pelan induk untuk menjadikan Kuala Terengganu dan kawasan-kawasan sekitarnya sebagai kawasan yang selesa untuk dihuni,” tambahnya.

Sunday, October 12, 2008

B747 di Ruang Udara LTSM


B747 MAS diruang Udara LTSM pada jam 5pm 11 Okt 2008.

Pendaratan Pertama B747 di LTSM


Pendaratan B747

Memahat Sejarah Terengganu Maju ..B747 mendarat




Ina ..kat sekolah Abang ..


Pada 6pm 11hb Okt 2008 , kami pergi jumpa abang disekolahnya... ini ina ...

Memahat Sejarah Terengganu Maju ..


Sejarah terpahat di bumi Darul Iman apabila buat pertama kalinya pesawat B 747-400 melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Oleh: Aida Abd Rahman

Terengganu sekali lagi mengukir sejarah gemilang apabila pesawat B 747-400 membuat pendaratan pertama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, 3.00 petang semalam ( 11 Oktober).

Pendaratan pesawat itu akan diiikuti dengan pendaratan dan penerbangan lain terutama untuk acara World Endurance Championship (WEC) 2008 yang dijangka bermula 17 Oktober ini, manakala penerbangan Haji terus dari Kuala Terengganu ke Jeddan pada 13 November 2008.

Dato' Ahmad Said menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penumpang pertama B 747.

Pada tahun ini, LTSM akan mengendalikan 18 penerbangan pergi dan balik jemaah haji, semnetara WEC pula tidak kurang daripada 10 penerbangan kargo melibatkan pesawat Airbus dan B 747, di mana ianya tidak termasuk penerbangan yang menggunakan pesawat peribadi dari seluruh dunia.

Malah, semalam juga berlangsung majlis menandatangani satu perjanjian untuk membiayai lebihan kos pengendalian haji pihak Malaysia Airline System (MAS) sebanyak RM4,690,000.

MOU antara Kerajaan Negeri dengan MAS Berhad disaksikan Menteri Besar Terengganu.

Lebihan kos itu adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak MAS akibat perubahan operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke LTSM.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkta kira-kira 3,000 jemaah haji akan berlepas dari LTSM melibatkan jemaah dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Anak yatim diberi penerangan mengenai perspektif dalaman B747 oleh paramugari.

“Kerajaan Negeri berpendapat perbelanjaan yang dikeluarkan akan dipulangkan balik dalam ekonomi negeri dalam bentuk sewaan bilik hotel serta peluang perniagaan kepada rakyat tempatan.

“Dari segi fasilii disediakan, LTSM telah mencapai taraf lapangan terbang antarabangsa dan kerajaan sedang berusaha mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengangkutan untuk mengiktiraf LTSM sebagai lapangan antarabngsa, khususnya sebagai pintu masuk utama ke Wilayah Timur,”kata beliau selepas menyambut ketibaan penumpang pertama B 747-400 melibatkan sekumpulan media Terengganu, petang semalam.

Pendaratan B747 di bumi Terengganu oleh Datuk Kapten Nawawi Awang, seorang pilot berasal dari Terengganu.

Menteri Besar sebelum itu menghadiri dua majlis di Dungun dan bergegas pulang ke Kuala Terengganu untuk menyambut ketibaan penumpang penerbangan itu.

Ikan Raya ..


Kerana Hari raya .. nak gi pasar, pasar tutup, nak gi Giant, Jalan jem gila.. jadi wujudlah gerai tepi jalan , pastinya yang terbaik untuk dapatkan ikan segar .. mama membeli ikan tepi jalan.